View: 7751|Reply: 48
|
Nak Buat Ujian Sebelum Tiba Kampung, Macam Mana Ramai Terlepas Rentas Negeri?
[Copy link]
|
|
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan semakin ramai individu ingkar arahan rentas negeri walaupun pelepasan pergerakan rentas negeri yang diberikan bermula 7 hingga 10 Mei lalu sudah tamat.
Susulan itu, individu yang ditahan kerana merentas sempadan negeri tanpa kebenaran boleh dikenakan kompaun sehingga RM1,000.
Gambar Hiasan: MalaysiaKini
Menerusi Facebook, seorang jururawat mendedahkan ada individu tampil untuk melakukan ujian saringan kesihatan sebaik tiba di kampungnya di pantai timur.
Beliau sendiri tertanya-tanya bagaimana individu terbabit berjaya merentas negeri pada waktu ini.
Menurutnya, dia sangat terkejut melihat masyarakat yang menetap di Kuala Lumpur dapat pulang ke kampung halaman di pantai timur untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga.
Tambahnya, mereka yang pulang ke kampung turut melakukan pemeriksaan kesihatan (ujian swab) di unit kecemasan hospital sebelum tiba di rumah masing-masing.
Lebih mencurigakan, kesemua mereka berjaya merentasi sempadan dan memiliki surat pelepasan polis meskipun kerajaan tidak membenarkan mereka berbuat demikian.
Petikan posting berkenaan yang sempat disalin OhBulan!
Menurut individu yang pulang beraya, mereka mengakui melakukan pemeriksaan kesihatan untuk memastikan diri negatif Covid-19 sebelum berjumpa keluarga di rumah. Lebih musykil, mereka mendedahkan kawasan rumah mereka di Kuala Lumpur merupakan zon merah.
Tinjauan di Facebook bagaimanapun mendapati posting asal jururawat ini telah dipadamkan.
Kredit foto: Facebook
Menurut Sinar Harian, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes-kes positif Covid-19 yang berkait rapat dengan aktiviti merentas negeri adalah amat membimbangkan terutamanya jika ia terus berlaku berlaku walaupun selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan.
Masyarakat seharusnya lebih berwaspada menjelang tempoh perayaan kerana ia mungkin menjadi pemangkin kepada penularan Covid-19 ke kawasan-kawasan yang kini telah mencapai status hijau.
Kepatuhan rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) PKPB amat penting dalam usaha menjayakan misi memutuskan rantaian Covid-19. Jangan pentingkan diri sendiri! - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nekad yer puak2 ni nak balik beraya... lautan api pon snaggup direnangi asalkan SSKJP. |
|
|
|
|
|
|
|
Rentas negeri, polis buru hingga ke Rumah
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa mungkin akan mengunjungi kediaman individu yang lolos larangan rentas negeri pada Hari Raya nanti.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata pihak berkuasa memandang berat larangan pergerakan antara negeri, khususnya perjalanan tanpa kebenaran polis semata-mata untuk menyambut Aidilfitri.
Katanya, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengesan individu yang disyaki melakukan kesalahan pergerakan rentas negeri tanpa permit.
"Selain daripada melakukan pemeriksaan di sekatan jalan raya, polis akan menjalankan pemeriksaan di kawasan perumahan dan kampung untuk mengesan mereka yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan bergerak melampaui perbatasan negeri untuk balik berhari raya.
"Bagi tujuan ini pasukan pemantau PDRM dan ATM akan meninjau rumah di taman perumahan dan kampung di seluruh negara," katanya kepada BH hari ini.
Beliau berkata, polis akan memeriksa bagi mengesan kenderaan yang tidak mempunyai permit pergerakan.
"Polis memiliki rekod butiran individu serta kenderaan mereka yang diberikan permit atau kebenaran untuk melakukan pergerakan antara negeri," katanya.
Sebarang kesalahan pergerakan rentas negeri boleh disiasat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967.
Sebelum ini Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berulang-kali menegaskan supaya masyarakat tidak melakukan sebarang pergerakan rentas negeri semasa musim perayaan ini.
Beliau turut memberi peringatan bahawa mereka yang sebelum ini sudah 'terlepas' pulang ke kampung halaman tidak semestinya akan 'terlepas' apabila hendak kembali semula ke rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
dah kobar dah..
sek sek kito jange pecoh ni memang ummah paling degil..
sure ramai jugak akan balik tak kira la apa juga cara..
harap tutup terus border..
no more rentas negeri..
biar semua mereput kat kampung.. |
|
|
|
|
|
|
|
satu jer aku nk tny...sdgkan aku balik pada rrkh merentas negeri, polis duk mintak qr code bagai...so mcm mana plak org mcm ni terlepas....mesti lalu sekatan jugak...dan nk lalu sekatan kena ada surat sma bagai..takkan diaorg boleh bodoh2 lepas sekatan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 19-5-2020 11:47 AM
Amboi langgar arahan, lepas tu senang2 pulak pergi buat swab test free. Harap pihak berkuasa dapat jejak puak2 degil ni dan ambil tindakan. Semoga puak2 degil ni mereput kat kg, tak dapat balik rumah semula. Bakalan kena ambik cuti tanpa gaji sbb tak dapat hadir bertugas ke pejabat. Ajar sikit, tak adil utk orang yg ikut arahan |
|
|
|
|
|
|
|
kaedah ni bgs..mungkin menakutkan org ramai..yela semua pakat blk nek kete..tp menambahkan keje polis la plak..kesiam abam2 polis
|
|
|
|
|
|
|
|
sekatan mmg 24jam..tp bkn 24jam tahan kereta kot..tgk pagi lalu pegi keje lepas je semua
ptg br tahan..
|
|
|
|
|
|
|
|
johan-adx replied at 19-5-2020 11:50 AM
sekatan mmg 24jam..tp bkn 24jam tahan kereta kot..tgk pagi lalu pegi keje lepas je semua
ptg br ...
dah tuh..mmg btollah ada yg terlepas...nama pun malaysia..sma pun boleh...bukan ker tuk org yg pergi kerja tuh hrus ada qr code..so motif qr code ni dicipta stakat tuk balik kg jer? |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 19-5-2020 11:36 AM
dah kobar dah..
sek sek kito jange pecoh ni memang ummah paling degil..
sure ramai jugak akan bali ...
ttp border kang ada plak merempan xleh g kerja..kang kena buang kerja... |
|
|
|
|
|
|
|
eih mereka ni tak kerja ka.. peliknya.. ke wfh.. tu pasal blh fly sana sini gamaknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
ikut logik kan..sush kot nk halang org blk ke kampung jgk..byk jln2 tikus..
tau la sikap rakyat kita mcmana..
jd utk langkah selamat bg kesedaran aje la..
|
|
|
|
|
|
|
|
Patut dalam tempoh seminggu ni kembali kan PKP semula, buangkan bersyarat tu sementara. Rakyat Malaysia ni akal panjang mesti cari jalan sebolehnya. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai yang terlepas.. kat swk nie lagi lah... byk jalan tikus... sedar2 dari redzone dah update status kat greenzone...
|
|
|
|
|
|
|
|
msdummy.2018 replied at 19-5-2020 12:02 PM
ttp border kang ada plak merempan xleh g kerja..kang kena buang kerja...
sendiri degil.. selayaknya la kena buang kerja.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari kau sebok pasal orang rentas negeri ni, datin alya bawak budak 5 ketol pegi beli toys tu ke mall boleh pulak ye. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
belilies replied at 19-5-2020 12:51 PM
Dari kau sebok pasal orang rentas negeri ni, datin alya bawak budak 5 ketol pegi beli toys tu ke m ...
Aku tgk igsrory dia ni dalam hati terus menyumpah bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
pcr13 replied at 19-5-2020 01:01 PM
Aku tgk igsrory dia ni dalam hati terus menyumpah bodoh
Dari musim keluar sorang lagi ye. Siap berteman. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sapa sapa yang lepas kuar negeri tu harap jangan tipu apa apa ya..
Hanat btol..
Sebab mcm ni la orang yang betul betul ada urusan penting jadi susah semuanya
Bodoh btol dtg emergency pkl 3 4 pagi..mcm.nak.mati plak |
|
|
|
|
|
|
| |
|