CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7164|Reply: 92

[Tempatan] "Mereka" tiada hak untuk Menuntut - KDN

[Copy link]
Post time 30-4-2020 08:18 PM | Show all posts |Read mode
Pelarian tiada hak kemuka tuntutan kepada kerajaan
Mahaizura Abd Malik

PEMEGANG kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) daripada etnik Rohingya tidak mempunyai sebarang status, hak dan asas untuk mengemukakan sebarang tuntutan kepada kerajaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, hasil semakan kementerian itu mendapati Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) tidak pernah mendaftarkan pertubuhan atas nama Rohingya atau mana-mana etnik Rohingya di Malaysia.

"Mana-mana pertubuhan yang mewakili etnik Rohingya di Malaysia adalah tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] dan boleh diambil tindakan mengikut lunas undang-undang.

"Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui jabatan dan agensi di bawahnya komited dalam memastikan ketenteraman awam terus terpelihara dari masa ke masa.

"Sebarang tindakan pemegang kad UNHCR yang mengganggu gugat ketenteraman awam dan bertentangan dengan undang-undang negara tidak akan terlepas daripada tindakan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 19 laporan terhadap pemegang kad UNHCR daripada etnik Rohingya dan empat kertas siasatan dibuka.

"Selain itu, dua tekong warga Myanmar bakal dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan terbabit dengan sindiket menyeludup masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) yang memegang kad UNHCR ke dalam negara," katanya.

Hamzah berkata, langkah pihak berkuasa tidak membenarkan bot membawa etnik Rohingya memasuki perairan negara 17 April lalu adalah tindakan berlandaskan undang-undang bagi menjaga kedaulatan sempadan negara daripada diceroboh.

"Bagaimanapun, atas dasar kemanusiaan pihak berkuasa Malaysia mengagihkan bekalan makanan sebelum mengiringi bot itu keluar dari perairan negara," katanya.

Katanya, tindakan memperketatkan sempadan termasuk lorong tikus bagi menghalang pencerobohan PATI adalah selari dengan langkah kerajaan menutup pintu masuk negara kepada warga asing bagi memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.

"KDN menegaskan pihak berkuasa akan terus bersiap-siaga bagi menghalang sebarang pencerobohan terhadap sempadan mahupun perairan negara.

"Pada masa yang sama, PATI yang memegang kad UNHCR di Malaysia diingatkan terus menghormati dan mematuhi undang-undang di negara ini," katanya.

Dalam perkembangan sama, Hamzah berkata, seramai 179,521 pemegang kad UNHCR menetap secara sementara di Malaysia.

"Daripada jumlah itu, 56.6 peratus atau 101,584 orang adalah daripada etnik Rohingya. Dalam hal ini, KDN ingin menegaskan Malaysia bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967 sekali gus tidak mempunyai rangka kerja perundangan atau pentadbiran yang mengawal status dan hak pelarian di negara ini.

"Oleh itu, kerajaan tidak mengiktiraf status pelarian dan mengklasifikasikan mereka sebagai PATI yang memegang kad UNHCR.

"Namun, atas dasar kemanusiaan, kerajaan membenarkan PATI yang memegang kad UNHCR untuk tinggal sementara di negara ini sebelum ditempatkan di negara ketiga oleh UNCHR menerusi dasar 'satu kes ke satu kes'," katanya

Kredit - Link Asal Harian Metro





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2020 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Zafar tu pengerusi pertubuhan haram lah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2020 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Statement mcm ni kita nak dgr. Kita pun rasa confident.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2020 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak la kerajaan sedar rakyat depa sapa.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2020 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
statement same yg pernah berulang dr dulu, still pendatang rohingya tu xkene deport lg, selagi tu dieorg kekal beranak pinak, dpt permanent resident mcm long tiger tu, lame2 dpt ic biru..mcm terjadi kat sabah, geng2 pilak bmaharajelela
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2020 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
org tak mau dengar atau baca benda yang sama berulang. apa yg kita nak semua rohigya dihantar balik ke myanmar dan PATI lain digempur habis habisan....dah lama sangat mereka kumpul kekayaan di negara ni, anak anak Malaysia pun nak cari makan. Kata kerja 3D je pendatang boleh buat, ini jadi plumber, berniaga nasi lemak tepi jalan semua mereka sapu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2020 08:38 PM | Show all posts
since menteri2 la ni adalah menteri backdoor govt, depa kena ikut sora rakyat sebelum rakyat pulak menyampah dengan kerajaan sebab isu2 yang tak selesai..

Young man control in your hand, Slam your fist on the table, Take a stand
Fan a fire for the flame of the youth, Got the freedom to choose You better make the right move


Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2020 08:39 PM | Show all posts
Harap KDN ambil tindakan terhadap pertubuhan haram tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2020 08:41 PM | Show all posts
tapi PH dah sapu RM200juta ntah kemana pegi tanpa rekod audit
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2020 08:42 PM | Show all posts
Sooo dipersilakan keluarlah ye lps pkp ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2020 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
kelapaparut replied at 30-4-2020 08:33 PM
statement same yg pernah berulang dr dulu, still pendatang rohingya tu xkene deport lg, selagi tu di ...

mmmm......cam statement nak kurangkan pekerja warga asing setiap kali menjelang PRU...dh menang... ' mereka'(bn,pr,ph,pn kita tunggu) ' lupa' plak....
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2020 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts

Kena hantar balik semua pelarian/pati skrg sblm terlambat. Jangan smpai mereka membiak lebih ramai sbb nanti mereka lagi berani. Xmustahil nti bukan setakat demand mcm2 je tp up to level melawan/merusuh jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2020 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kdn cakap je tak guna. Halau mereka ni balik. Rakyat sendiri dalam kesempitan..banyak hilang kerja... Nak kesian dekat rohingya yang buat tahi di sini buat apa.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2020 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Yer. Semua malaysians tahu rohingya adalah pendatang yang takder aper2 hak nak tuntut pada kerajaan malaysia. Hantar mereka, semua pendatang balik ke negara asal
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2020 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
So UNCHR buat kerja ke tak? Makin bertambah puak ni tiap tahun takda nya dihantar ke negara ke3. Takkan gov Malaysia yang  nak kena tanggung kos baru nak gerak.. PBB takda fungsi langsung, buat duit je bayar yuran tiap tahun
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2020 09:05 PM | Show all posts
Alhamdullilah..tgu la abis pkp...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2020 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru kjn tersedar kuasa rakyat..... politik yg haus kuasa tu jgn pung pang konon nak bela rohingya tp rakyat sendiri kau biar melarat..... jgn nak jd jaguh konon atas nama islam la,  kalau dah terlebih islam  pi daftar dgn hamas lawan zionis israel,  baru betul2 syahid..... 1 lg nak tanya kjn msia pun pernah  sokong resolusi un serang Iraq satu masa dulu, iraq tu negara kapir ke?? .... pigidahhhh ckp berdegar2 mcm ayam jantan berkokok ekor penuh tahiiii....puiii
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2020 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn sembang kencang jer..kerajaan skrg nk kita undi uols akan dtg kena selesaikan hal rohingya ni hantar mereka balik..muktamad
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2020 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Jyeahhhh!!! What say you, Zafar?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2020 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
nefnefnef replied at 30-4-2020 09:13 PM
Jyeahhhh!!! What say you, Zafar?

Kecutttttttt..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.064398 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list