CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] COVID-19. e-Bazar tak dibenarkan

  [Copy link]
Post time 17-4-2020 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Bulan posa tahun ni belajarlah masak. Senduk dengan garfu pun xkenal susah lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2020 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Hilang kemeriahan menyambut ramadhan tahun ini. Saya berasa amat sedih. Allahu Akbar
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2020 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Aikk.. kan dh cuti sebulan bsea lah belajar bikin kuih tepung pelita sendiri.. murtabak sendiri.. kuih muih sendiri etc.. ke pemalas??
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2020 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Agak2 selasa rabu kamis nnt supermarket jalanraya sesak semua keluar rumah pergi soping
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2020 07:03 PM | Show all posts
hyie replied at 16-4-2020 07:00 AM
sebab diorang tau, tak semua (maybe semua) penjual tu amalkan konsep kebersihan yang ikut SOP musim  ...

I nka buat servis macm mudah sempena ramdahan ni tapi otak jadi jamm bila pikir pasal suntikan tiroid ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2020 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru haritu aku dengar dalam MHI, mawar rashid dan fadzley yaakob nak buat e-bazar. Dah 60 orang register.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2020 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Takyah la pandu lalu ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2020 10:58 PM | Show all posts


Penganjur: Bayaran sewa tapak bazar Ramadan KL dipulangkan selepas 1 Mei
4 minutes

Penganjur bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan menjelaskan wang sewa tapak yang telah dibayar peniaga akan dipulangkan semula selepas 1 Mei ini.

Setiausaha Persatuan Penjaja-Penjaja Dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu, Wilayah Persekutuan (PPKMWP) Mohamed Zamri Mohammed, berkata ini kerana pihaknya perlu menunggu senarai peniaga bazar Ramadan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Lebih baik tunggu senarai kerana DBKL telah meminta peniaga untuk membuat permohonan untuk wang mereka dikembalikan. Permohonan dibuka hari ini sehingga 30 April.

“Selepas itu, DBKL akan berikan senarai peniaga yang membuat permohonan dan kami akan pulangkan duit, termasuk duit sewa DBKL.

“Cara ini lebih memudahkan semua pihak, iaitu peniaga, penganjur dan DBKL," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Pada 18 April lalu, DBKL memaklumkan peniaga yang sudah mendaftar dan membayar untuk perniagaan di bazar Iftar Ramadan 2020 di 65 lokasi di ibu negara di beri dua pilihan berikutan pembatalannya bagi membendung penularan Covid-19.

Pilihan pertama adalah tidak menuntut bayaran fi lesen, caj perkhidmatan atau pembersihan, sewa tapak, wang cagaran dan bayaran lain yang berkaitan dan akan layak secara automatik untuk berniaga di bazar pada tahun depan.

Pilihan kedua adalah untuk memohon mendapatkan wang tersebut kembali tetapi perlu membuat permohonan semula untuk slot pada tahun depan.

Permohonan boleh dibuat di laman web DBKL.

Bagaimanapun Zamri menjelaskan peniaga tidak akan mendapat sepenuhnya bayaran yang telah dibuat, ekoran pemotongan 20 peratus perlu dibuat bagi kos pengurusan yang telah dibuat penganjur.

“Kami boleh cakap tidak lebih 20 peratus (potongan jumlah keseluruhan), kerana kos pengurusan seperti khemah, kebersihan semua kami sudah bayar.

"Kami juga ada beberapa masalah untuk diselesaikan,” katanya mewakili beberapa lagi penganjur induk bazar Ramadan di Kuala Lumpur.

Pasar Ramadan batal: 'Tak wajar bebankan kos pada peniaga'

DBKL bayar balik deposit bazar tapi yuran tapak macam mana

Malaysiakini difahamkan terdapat empat lagi penganjur induk bazar, selain PPKMWP - Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPKBWPKL), Pertubuhan Pengurusan Pasar Malam Kuala Lumpur (PMKL), Persatuan Penjaja-Penjaja Dan Pekedai Bumiputera Wilayah Persekutuan (PPBWP) dan Badan Pengurusan Kampung Baru.

Zamri menjelaskan perkara itu setelah diminta mengulas keluhan peniaga berkenaan status bayaran yang telah dibuat, susulan pembatalan bazar Ramadan.

"Mungkin ada penjaja yang salah faham dan menganggap kami tidak mahu pulangkan wang. Itu salah kerana kami fikir lebih baik tunggu senarai daripada DBKL dahulu," katanya.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan keluhan peniaga berkenaan proses pemulangan semula bayaran tersebut.

"Kenapa peniaga kena melalui DBKL, walhal bayaran dibuat kepada persatuan (penganjur tapak, yang kemudiannya memberikan bayaran itu kepada penganjur induk). Sepatutnya persatuanlah yang buat kerja," katanya.

Malaysiakini juga dimaklumkan peniaga bahawa mereka telah membayar sehingga RM2,000 untuk sewa tapak.

Kebanyakannya mahu bayaran itu dikembalikan untuk mengurangkan beban perbelanjaan sepanjang tempoh PKP.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.251557 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list