CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kuppit

[Aduan] Contoh Kes-Kes Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia

[Copy link]
 Author| Post time 10-4-2013 05:38 PM | Show all posts
cate5886 posted on 10-4-2013 05:33 PM
Rumah dah siap...direct owner bukan dari developer..maknenye 2nd hnd la kan..

oic.. kalau cenggitu bolehlah masuk ke TTPM. kenapa nak refund? sbb rumah teruk sangat ke? Boleh refer atau call dulu TTPM sebelum pergi ke pejabat berhampiran. Tapi, kalau saya, prefer mintak @cate5886 pergi wat aduan dulu di KPDNKK
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2013 05:41 PM | Show all posts
kuppit posted on 10-4-2013 05:31 PM
Rumah ni dah siap ke belum?
dan, boleh saya tahu kena nak refund balik deposit?

Pembeli tukar name kepada name husben dia..tp x sign offer letter yg property agency sediakan...offer letter tu setau i memamg penting n wajib sign kalau nk bwa g court sekalipun. then pembeli notice x dapat loan dr bank (apply loan atas nama husben)..so nk claim deposit balik..
Agency n owner x accept reject letter dr bank tu sbb nama pembeli x sah..dan agency trace pembeli buat loan utk beli rumah lain dgn bank yg sama. Tak ke menipu namenye?? Tapi tetap nk tuntut deposit tu dr agency.

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 05:46 PM | Show all posts

I ade call MIEA, tnye kwn i yg manage property agency..yg ade experience case2 camni.. tribunal tak boleh dengar case2 camni..sebab case bawah Law Board of Valluers etc..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2013 05:54 PM | Show all posts
cate5886 posted on 10-4-2013 05:46 PM
I ade call MIEA, tnye kwn i yg manage property agency..yg ade experience case2 camni.. tribunal ta ...

Saya tak pasti apa itu MIEA sebab di Sabah takde agensi tu. Kalau menurut Akta Perlindungan Pengguna, saya lupa seksyen berapa, pengguna berhak mendapat kembali wang atau barangan yang sama nilai. Jadi jikalau dilihat dari cerita cate5886, basicnya adalah ingin menuntut kembali wang kan. Kalau ikut pengalaman saya yang tak berapa panjang ni, selama 10 tahun, mmg pernah saya handle benda2 gini sbb orang2 tu buat aduan direct ke kementerian. Itu situasi di Sabah lah. saya tak pasti kalau di semenanjung boleh ke tribunal? nak saya tanyakan secara rasmi tak?

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 10:03 AM | Show all posts
kuppit posted on 10-4-2013 05:54 PM
Saya tak pasti apa itu MIEA sebab di Sabah takde agensi tu. Kalau menurut Akta Perlindungan Penggu ...


Ok Kuppit..nvm..
Actualy semalam 11/4... i dah folo property agent tu dengar sebutan case kt tribunal court di putrajaya sbg saksi..
And the judges give the award to property agency..means Pembeli kalah dlm tuntutan sebab case tu x boleh di dengar di Tribunal..
Kalau nk juga kena g Sivil Court/High Court..so kena pasang lowyer..



                                Batasan Bidang Kuasa                 
  •                                         Tribunal tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar apa-apa tuntutan :-

       
                a)  yang berbangkit daripada kecederaan diri atau kematian;
       
                b) bagi mendapatkan kembali tanah atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah;
       
                c) yang mempersoalkan hakmilik-hakmilik tanah atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah, atau apa-apa francais; dan
       
                d) yang mengandungi pertikaian mengenai -
       
               
                        i. hak di bawah satu wasiat atau peruntukan, atau disebabkan kematian tak berwasiat;
       
       
               
                        ii. nama baik (good will)
       
       
               
                        iii. apa-apa hak dalam tindakan;
       
       
               
                        iv. rahsia perdagangan atau harta intelek lain.
       
       
                e) apabila mana-mana Tribunal telah ditubuhkan melalui mana-mana undang- undang bertulis lain untuk mendengar dan memutuskan tuntutan-tuntutan tentang perkara yang menjadi hal perkara tuntutan itu.
  •                                         Bidang kuasa Tribunal hendaklah terhad kepada suatu tuntutan yang berasaskan pada suatu kuasa tindakan yang terakru dalam masa tiga tahun dari tuntutan itu.

       

copy dari e Tribunal






Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2013 12:24 PM | Show all posts
kuppit posted on 24-6-2005 10:56 PM
cuba minta nasihat di pejabat KPDN & HEP berhampiran anda ok...but, kalau saya tak silap, pasal t ...

Betul! Tribunal tiada kuasa untuk memutuskan perihal hartanah pursuant to Consumer Protection Act (Seksyen dah lupa..).. tp memang hal tanah kena buat tuntutan sivil di Mahkamah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2013 08:36 AM | Show all posts
salam.

saya dah buat lapuran tribunal di shah alam.


Saya yang bernama di atas dan beralamat di atas membuat laporan ke  atas kontraktor yang bernama ON de Green Sdn. Bhd. alamat 67G Jalan Pahat K/15k Dataran Otomobil Seksyen 15 shah alam .Pemilik perniagaan bernama Mohd Onn Bin Basiran.

Saya terpaksa menamatkan perkhidmatan  pengubahsuaian rumah saya yang beralamat di Villa Adasila Lot 3601 Lorong Hj. Mughni Batu 7 Jalan Kebun pada 4 May 2013 . Di mana  :-

1) Tidak dapat menyiapkan kerja-kerja ubahsuai rumah di dalam masa satu tahun yang telah ditetapkan .

2)Banyk kesalahan telah dilakukan oleh pihak kontraktor dimana kesalahan atap bocor dan gagal untuk membaiki atap rumah baru dan atap rumah lama, kesilapan ikat batu yang tidak lurus, sesiku di antara tiang tidak sama. tangga tidak rata, tiang sengget.kerja plaster tidak rata.Kerja2 terbengkalai di sebabkan oleh pekerja2 bangla yang tidak mahir di dalam bidang pembinaan dan masih baru di dalam bidang pembinaan.

3) Tidak membersihkan kawasan rumah setiap kali kerja siap. Ini memyebabkan anak saya terjatuh dan kaki tercedera. Kerana kes ini , saya terpaksa menyuruh pembantu rumah saya untuk membersihkan tapak pembinaan. Pihak kontraktor juga tidak membersihkan tanah di hadapan rumah saya . Ini menyebabkan tuan tanah depan rumah saya telah menggeluarkan kata2 sindiran . Sekali lagi pembantu rumah saya terpaksa mengambil aih kerja2 pembersihakna kawasan rumah. Peringatan telah pun dinyatakan dalam bentuk sms dan panggilan telepon tetapi pihak kontrkator gagal untuk menyuruh pekerja bangla untuk menyiapkan kerja 2 pembersihan.

4) saya kerugian sebanyak Rm3k kerana kegagalan pekerja pemasangan tiles untik 3 bilik mandi selama 4 hari . Di mana pekerja2 jubin tidak dapat membuat pemasangan kerana hasil kerja plaster di bilik mandi tidak rata.

5) Pekerja Bangla juga kurang ajar terhadap pemilik rumah apabila ditegur di  atas kesalahan yang dilakukan dengan menggeluarkan ayat2 kurang ajar. dan meninggikan suara kepada pemilik rumah. Pada masa kejadian ketua bangla tiada di kawasan tersebut.

6) Pekerja bangla juga tidak mempnyai rasa hormat dan cuba untuk menyentuh pipi saya semasa saya menegur kesalahan kerja yang dilakukan oleh bangla tersebut. Saya telah menyatakn kepada ketua kontraktor inaitu En. Onn tetapi tiada tindakan yang dilakukan oleh beliau.

7) Pihak kontraktor juga gagal untuk menyediakan seorang site supervisor untuk mengetuai kerja2 ubah suai.Ini menyebabkan kerja 2 dibuat dengan sambil lewa sahaja walaupun tuan rumah berada dan melihat mereka berkerja. Kontraktor hanya berjanji tetapi tidak melaksakan janji untuk meletakan sorang supervisor di tapak .  pekerja2 bangla menggunakan batu kecil sebagai timbang air untuk membuat plaster depan rumah.

8) Pihak kontraktor tidak mempunyai rasa tanggung jawab terhadap kerja2 ubah suai, keselamatan tuan rumah dan jiran2 sebelah rumah. kerana tidak menjaga kebersihan kawasan rumah semasa proses ubah suai . Ini menyebabkan komplain diterima dari jiran tetangga dan jalan2 rosak.

9) Pihak kontraktor juga tidak mengajar tatasusila dan etika kerja terhadap pekerja bangla sehinggakan pekerja bangla boleh memasuki kawasan rumah jiran dan telah membawa lari pembantu rumah jiran .

Kesemua kesemua tuduhan yang dinyatakan mempunyai bukti berbentuk gambar.Tujuan aduan ini dibuat adalah untuk di hantar ke Tribunal dan juga untuk tindakan makamah. Saya sebagai pemilik rumah tidak akan membayar kos ubah suai .

Mereka juga dilarang memasuki atau mendekati kawasan rumah saya pada tarikh aduan ini di buat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2013 03:00 PM | Show all posts
sheiladasila posted on 13-5-2013 08:36 AM
salam.

saya dah buat lapuran tribunal di shah alam.

terbaik!! nnti updet keputusan ye. nak tau gak apa award yg awak dpt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2013 02:45 PM | Show all posts
cate5886 posted on 12-4-2013 10:03 AM
Ok Kuppit..nvm..
Actualy semalam 11/4... i dah folo property agent tu dengar sebutan case kt tr ...

tribunal memang tiada kuasa berkaitan hal tanah

tetapi sy pernah menang tuntutan saya dan pemaju telah memulangkan deposit pembalian tanah kepada saya
ceritanya dlm tahun 2006 kalau tak silap
masa tu sy nak beli lot tanah dengan pemaju yang jual tanah lot
bayar RM2400 iaitu 5% dari harga tanah lot tersebut.. masa tu ada pameran perumahan pada flyer yg diedar pembeli cuma bayar 5% shj

lepas dah byr 5% dalam seminggu dua camtu pejabat lawyer call asben (sbb nama asben) mintak dtg dan byr baki 5% lagi
sy dah rasa tertiou sbb masa beli tu cuma ckp deposit 5% bukannya 10%

budak pjbt lawyer tu ckp tu byrn booking, deposit sbnr 10%..lepas tu dia terangkan pemaju mintak byrn bulanan RM88 ringgit sbg caj maintain landskap..ms nk buat rumah kena byr deposit RM5000 kpd pemaju tu takut kita rosakkan infra...rumah boleh kita bina dgn pemaju atau pun cari kontraktor lain

so my asben terus tak mo byr another 5% n sign apa2 agreement sbb ms beli tu tk de pun pemaju tu citer detail

kami pergi ke pajabat pemaju tp budak situ kata duit deposit tk leh pulangkan balik
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2013 02:49 PM | Show all posts
sambungan....

so pikir punya pikir sy cadangkan ajak failkan kes kt tribunal

ms hari hearing, pengerusi ckp dia tiada kuasa nk dengar kes ni..tp dia mintak jasa baik pemaju suapay pulangkan balik deposit tu sbb tanah tu pun dah dijual kepada org lain...

nasib baik la pemaju tu setuju dangan syarat kami tarik balik kes itu sbb dia nak jaga reputasi syarikat..tapi dia mintak tempoh sebulan sbb big boss dia ke europe..Alhamdulillah lepas sebulan kami dapat cek RM2,400.00

dlm hati rs bersyukur sgt sbb pemaju tu layankan juga tuntutan itu walaupun tribunal tk de kuasa
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2013 10:23 PM | Show all posts
Hi momod @kuppit

Saya telah ditipu kes jual beli kereta. Saya trade in kereta saya pada 30/11/2012 bersama wang rm10,833 untuk tambahan selesaikan loan kereta tersebut. Tp staff dealer kereta tu dah lari bawa wang saya dgn kereta. Saya dapat tau pun sebab bank hantar notis tak bayar 2 bulan & kena tarik. Bos/owner dealer tu xnak bertanggungjawab sebab dia kata dia xtau apa2 pasal ni. Saya dah report polis tadi & polis suruh report ke tribunal pengguna. Boleh ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2013 01:59 PM | Show all posts
juliesha posted on 29-6-2013 10:23 PM
Hi momod @kuppit

Saya telah ditipu kes jual beli kereta. Saya trade in kereta saya pada 30/11/201 ...

boleh sesangat!
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 03:44 PM | Show all posts
hai momod kuppit..

nak tanya

saya ada buat pembelian hp dalam internet... dia wat monthly installment...
saya ambik dua barang tablet android n handphone... tablet cuma 4 bulan 75 ringgit
n handphone 100 x 6 bulan.. sepatutnya bulan lepas saya dah dapat handphone tapi dia senyap jerk...
bila saya tanya dia kata nanti2...
pas tu saya post kat group fb dia sal tribunal pengguna
terus dia remove saya dari group dia
malah saya wssp, sms n call pon dia x reply
boleh ke saya bawa kes ni kepada tribunal pengguna??
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2013 09:15 AM | Show all posts
Salam..nak tanya kalau kita tempah baju, tapi baju tak fit ngan kita boleh buat tuntutan tak?dah repair tapi sama gek..boleh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 05:45 PM | Show all posts
sheiladasila posted on 13-5-2013 08:36 AM
salam.

saya dah buat lapuran tribunal di shah alam.

nanti update eh aper result u..i pon ader problem cam u..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2013 10:22 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 16-7-2013 03:44 PM
hai momod kuppit..

nak tanya

boleh.. maaf lambat reply yeeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-10-2013 10:23 AM | Show all posts
aim_miey posted on 6-8-2013 09:15 AM
Salam..nak tanya kalau kita tempah baju, tapi baju tak fit ngan kita boleh buat tuntutan tak?dah rep ...

boleh juga sbb itu perkhidmatan yg diberikan tidak setimpal dgn apa yg kita bayar
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 10:55 AM | Show all posts
kuppit posted on 1-10-2013 10:22 AM
boleh.. maaf lambat reply yeeee

mcm mana nak buat yer?
sebab dia dah block fb saya dah
alamat dia pon saya x tahu...
sy ada alamat mak dia jer

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2013 11:24 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 1-10-2013 10:55 AM
mcm mana nak buat yer?
sebab dia dah block fb saya dah
alamat dia pon saya x tahu...

ok takpe. kes cenggini buat aduan ke pejabat KPDNKK yang berhampiran dulu. bagi je semua maklumat yang ada nnti penguatkuasa akan siasat dorang neh...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 11:37 AM | Show all posts
kuppit posted on 1-10-2013 11:24 AM
ok takpe. kes cenggini buat aduan ke pejabat KPDNKK yang berhampiran dulu. bagi je semua maklumat  ...

owh okay tq mod..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.439437 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list