Bermula 18 Mac lepas, kerajaan telah mengumunkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada rakyat Malaysia untuk memutuskan rantaian jangkitan virus Covid-19.
Namun, meskipun kes Covid-19 semakin meningkat setiap hari, rakyat seolah-olah tidak ambil peduli dan masih mengingkari arahan kerajaan berkenaan perintah tersebut.
Jika anda perasan, masih ramai lagi keluar dari rumah tanpa sebab kukuh. Lebih parah, masih ada yang melepak di restoran-restoran seperti biasa.
View this post on Instagram
Hey everyone! The past two days of staying at home has given me the idea for this short project which we can all take part in together. My intention with this is mainly to create awareness on COVID-19 and borak pasal this issue. I look forward to hearing your thoughts and spending virtual time together . So, jomlah kita sama-sama meluangkan masa di IG Live jam 5pm #BerseoranganBersama
A post shared by Neelofa (@neelofa) on Mar 19, 2020 at 1:36am PDT
Melihatkan keadaan yang semakin teruk ini, Neelofa telah memulakan kempen #BerseoranganBersama di IG Live untuk memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan wabak Covid-19.
Tidak keseorangan, Nora Danish turut serta dalam IG Live tersebut bersama-sama Neelofa untuk memberi info dan keadaan semasa negara kepada para peminat mereka. Ini baru contoh influencer yang bagus!
"I paling kecewa bila tahu ada orang pergi Cameron Highland and actually Cameron Highland agak penuh dekat sana"
Neelofa turut meluahkan rasa kecewa apabila mendapat tahu ada beberapa pihak tidak bertanggungjawab masih bercuti di Cameron Highland dan hanya akan mengeruhkan keadaan semasa.
Jika arahan kerajaan diambil ringan oleh sesetengah pihak, mungkin dengan cara yang dilakukan oleh Neelofa dan Nora Danish ini akan memudahkan lagi kerja pihak berwajib untuk membendung wabak ini.
Jangan degil okey. Stay at home! - CARI |