Sijil ISO Jab Perhutanan Kelantan luput pada 2016
Pada 11 Mac Menteri Alam Sekitar, Tuan Ibrahim Tuan Man, mempertahankan kegiatan pembalakan di Kelantan kerana ia dibuat dengan mendapat sijil ISO. Bagaimanapun keadaan mungkin tidak semudah itu. Semakan dibuat Malaysiakini menunjukkan Jabatan Perhutanan Kelantan sebenarnya memang menerima pentauliahan sijil MS ISO 9001:2008 pada 2012. Ia diberikan kerana amalan pembalakan yang mampan. Bagaimanapun sijil itu sudah luput pada 2016 dan setakat ini belum ada sebarang petunjuk yang menyatakan ia diperbaharui. Pada tahun 2016, Sijil Pengurusan Hutan yang diberikan kepada Kelantan juga dibatalkan oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd. "Penarikan balik sijil ini disebabkan kegagalan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan menyelesaikan masalah ketidakpatuhan utama yang ditimbulkan dalam audit pengawasan," kata kenyataan bertarikh 2016 yang disiarkan di laman web Majlis Persijilan Kayu Malaysia (MTCC). Menurut MTCC lagi, dengan pembatalan sijil tersebut, Unit Pengurusan Hutan Kelantan tidak lagi memiliki sijil PEFC mengikut Skim Pensijilan Pembalakan Malaysia (MTCS). Untuk rekod PEFC - atau Program Pengesahan Pensijilan Hutan - adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang mempromosikan pengurusan hutan secara mampan melalui pensijilan bebas pihak ketiga. Ketika ini negeri yang memiliki sijil FMU yang diperakui oleh MTCC ialah Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu.
-----------------------
Semalam pun dah tercyduk lagi sebab katanya malaysiakini menipu dan auta cakap TITM .. katanya fake news.. smpai menteri keluarkan kenyataan..
sekali malaysiakini keluarkan video yang bebetul keluar dari mulut menteri sendiri..
terus terduduk orang2 kata malaysiakini fake news..
simpati.. not a good start for TITM..
|