CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1376|Reply: 14

[Tempatan] Ketua Wanita MCA kritik PAS isu larangan wanita menyanyi di khalayak ramai

[Copy link]
Post time 20-2-2020 05:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 20-2-2020 05:23 PM

Wanita MCA kritik k'jaan PAS isu larang wanita menari, menyanyi di khalayak

Ketua Wanita MCA Heng Seai Kie mengkritik kerajaan negeri Terengganu yang diterajui PAS susulan pengenalan garis panduan melarang wanita menari dan menyanyi di khalayak ramai, khususnya yang terdiri daripada lelaki.

Garis panduan tersebut antara lain akan melarang penghibur wanita daripada membuat persembahan untuk penonton lelaki, dan tidak lama lagi akan dikuatkuasakan di Terengganu.

"Persembahan kebudayaan dan kesenian tidak boleh dipaksa untuk mematuhi peraturan yang bersifat diskriminatif.

"Keputusan yang diambil oleh kerajaan negeri Terengganu adalah amat dikesali, kerana arahan 'melampau' dan diskriminasi itu pasti akan memberi imej buruk negara kita dan menjejaskan ekonomi," kata Heng dalam satu kenyataan hari ini.

"Kami menyeru kerajaan negeri Terengganu untuk mengkaji semula keputusannya, untuk memastikan bahawa arahan kerajaan mempertahankan nilai-nilai pelbagai budaya dan kesederhanaan, serta menghormati hak asasi manusia dan kebebasan," katanya.

Heng berkata bahawa garis panduan 11 perkara oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Terengganu, Ariffin Deraman itu menunjukkan bahawa bukan Islam tidak dikecualikan.

"Oleh itu, jika garis panduan itu dikuatkuasakan, persembahan oleh orang bukan Islam juga akan dikawal selia, termasuk melarang para artis wanita daripada melakukan persembahan di hadapan penonton lelaki.

"Sekiranya garis panduan ini diteruskan, prestasi seni budaya pasti akan terjejas, malah akan turut menjejaskan kepelbagaian gaya hidup serta menjejaskan imej Malaysia sebagai negara berbilang etnik yang menggalakkan kesederhanaan dan menegakkan semangat inklusif, perpaduan dan keharmonian.

"Oleh itu garis panduan itu akan memberi impak negatif kepada industri pelancongan negara dan ekonomi," kata Heng.

Ariffin sebelum ini dipetik sebagai berkata bahawa garis panduan itu akan berkuat kuasa pada Januari tetapi ia ditangguhkan.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa ia akan berkuat kuasa "tidak lama lagi" setelah kekangan undang-undang sedia ada diselesaikan.

"Terengganu harus mencerminkan dan memikirkan bagaimana tindakannya, walaupun hanya satu prerogatif negara, boleh membawa kemusnahan kepada sistem.

Kita harus sentiasa menegakkan kesederhanaan dan menghormati hak asasi manusia, supaya kita dapat membina negara ini bersama-sama," kata Heng lagi.

Baru-baru ini MCA dan PAS menjalinkan kerjasama, yang membantu membawa kemenangan kepada calon BN dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai dan Kimanis.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2020 05:26 PM | Show all posts
kalau ikut tafsiran mazhab liberal, tutup dada sahaja, yang lain tak payah tutup, betul kah? atau saya salah baca? atau itulah realiti dunia? atau memang mereka menggalakkan budaya tutup dada lain tak payah tutup?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2020 05:26 PM | Show all posts
pegi mampus la mca parti melukut tepi gantang
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2020 05:27 PM | Show all posts
BateriKOng replied at 20-2-2020 05:26 PM
pegi mampus la mca parti melukut tepi gantang

orang tak ada duit nak makan tak ada rumah dia tak bising, orang suruh berkelakuan senonoh dan memelihara kehormatan diri dia bising, kenapa mereka ini sibuk nak GALAU?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2020 05:29 PM | Show all posts
JohnnyLever replied at 20-2-2020 05:27 PM
orang tak ada duit nak makan tak ada rumah dia tak bising, orang suruh berkelakuan senonoh dan mem ...

parti taik kucing
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2020 06:01 PM | Show all posts
MCA ni dah tak laku
lebih2 lagi sekarang ni satu dunia cina tak laku dan kena halau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2020 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok2 sokongan bertambah sbb org benci dap
Bising lagi gini makin org xminat
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2020 07:30 PM | Show all posts
bisinglah kau nyonya!!!jaga agama sendiri cukup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2020 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Mca kan dah janji nk hantar ummah pergi haji. Setakat nak berdansa tu, bgi lah can. Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2020 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Scintilla at 20-2-2020 09:09 PM
dodolgemok replied at 20-2-2020 08:16 PM
Mca kan dah janji nk hantar ummah pergi haji. Setakat nak berdansa tu, bgi lah can. Kahkahkah


dah brp ramai MP mca Tg Piai dambaan PASpispus registered org pontian utk pg haji tahun 2020 sis?  Sbb masa mca kalahkan tok imam  tu PASpispus  dyiols melonjak kesurupan mcm baru lepas  menang perang dgn zionis
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2020 01:08 AM | Show all posts


So lepas ini tak adalah tarian gemelan di pertontonkan di Trengganu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2020 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 20-2-2020 08:16 PM
Mca kan dah janji nk hantar ummah pergi haji. Setakat nak berdansa tu, bgi lah can. Kahkahkah

...

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2020 02:10 AM From the mobile phone | Show all posts
..kena lah akur dgn.Mca, kan Mca sangat berjasa dah burjaya kalahkan Tok Imam PH dgn majuriti terbusar dlm.sujarah

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2020 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 21-2-2020 02:10 AM
..kena lah akur dgn.Mca, kan Mca sangat berjasa dah burjaya kalahkan Tok Imam PH dgn majuriti terbus ...

Walauntit semua Pura2 buta sbb dah bertaawun kan. Cash sgat kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2020 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnyEnglish replied at 20-2-2020 07:30 PM
bisinglah kau nyonya!!!jaga agama sendiri cukup

Adik beradik ngan johny lever tu ke? Teringat dulu forumer adikbradik siti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.273788 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list