CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 24847|Reply: 51

[wanita shj] Anda suka lelaki berbulu dada?

[Copy link]
Post time 13-2-2020 11:32 AM | Show all posts |Read mode


Apa perlu seorang lelaki menyimpan bulu dada? Kenapa tidak? Jangan terkejut sekiranya ramai wanita di luar sana yang sebenarnya menggemari lelaki yang memiliki bulu dada. Ramai wanita mengatakan lelaki berbulu dada dianggap seksi, menawan dan mempunyai ciri maskulin yang sejati. Tidak kurang juga wanita yang kurang menggemari lelaki yang memiliki bulu dada kerana geli. Bermacam-macam tanggapan, bukan?  sebenarnya banyak kelebihan yang dimiliki oleh lelaki yang berbulu lebat di dada. Ini adalah antara kelebihannya.


1- SUKAR BERPELUH, KURANGKAN BAU BADAN

Ini bukan sekadar anggapan namun dibuktikan secara saintifik oleh Nick Lowe, perunding dermatologi dari London’s Cranley Clinic. Kenapa lelaki yang memiliki bulu dada dikatakan sukar untuk berpeluh, walaupun mereka juga manusia biasa? Ini kerana, bulu dada telah menyerap peluh melalui sistem osmosis. Oleh itu, walaupun ketika itu mereka benar-benar berpeluh, sekurang-kurangnya sebahagian daripadanya telah pun diserap oleh bulu dada mereka malah ia secara automatik mengurangkan bau badan.


2- KURANG DIJANGKITI PANAU ATAUPUN KURAP

Ya, lelaki berbulu lebat terutama sekali di dada kurang dijangkiti panau atau kurap. Ini kerana kulit lelaki yang dilindungi oleh bulu dada ini boleh menyebabkan lelaki itu tidak akan sama sekali dijangkiti apa-apa penyakit yang berkaitan dengan kulit. Berdasarkan pemerhatian, bulu dada melindungi dari dihinggapi bakteria mahupun virus dari memasuki ke dalam kulit.


3- MENINGKATKAN HORMON TESTOSTERON

Apa benar dakwaan ini? Berdasarkan pemerhatian dari Nida Chammas, perunding endocrinologist di Hospital Churchill BMI The Clementine, Harrow menyatakan lelaki berbulu dada merupakan penanda aras kepada kesihatan hormon testosteron mereka. Bukanlah bermaksud lelaki yang tidak berbulu dada tidak sihat paras hormonnya. Namun, lelaki berbulu dada reseptor di kulit mereka adalah lebih responsif kepada sentuhan.


4- LEBIH MASKULIN

Mereka yang memiliki bulu dada ini jelas terbukti adalah lelaki tulen. Ini kerana, bulu dada selalunya hanya akan dimiliki oleh lelaki sahaja. Malah, tidak semua lelaki berupaya untuk memiliki bulu dada. Jadi sesiapa yang berupaya untuk memilikinya dikira sangat bertuah dan terbukti kejantannya. Ini disokong oleh gen lelaki tersebut. Sekiranya dia dilahirkan dari keluarga yang berbulu lebat di dada, peratusan besar lelaki tersebut jua akan turut memiliki bulu dada.


5- LEBIH BIJAK

Apa benar dakwaan ini? GL juga turut sukar untuk mempercayai dakwaan ini tetapi itulah hasilnya daripada kajian daripada Dr Aikarakudy Alias, seorang pakar psikiatri Amerika Syarikat, mendakwa lelaki berbulu dada banyak dijumpai di kalangan doktor berbanding penduduk umum – dia mendapati 45 peratus daripada doktor pelatih lelaki adalah ‘berbulu’ berbanding kurang daripada 10 peratus lelaki secara umumnya.


Single Polls, Total 58 Users voted
37.93% (22)
62.07% (36)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2020 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang suka dgn lelaki yg berbulu lebat especially tang lengan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2020 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Gorilla sangat. Siap bertumbuh bulu di bahu bagai. Bulu berpintal lagi
Ada kot melayu minat kambing gurun
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2020 04:37 PM | Show all posts
Edited by potsshine at 13-2-2020 04:38 PM

errr ..sikit2 ok la ada org kata lengan byk bulu..kuat seks..tak kira laki or pompuan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2020 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
X suka lah...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2020 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Geli weyy...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2020 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols prefer lelaki yg ada bulu dada sikit2 jer. Lebat2 takmo cam gorilla.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2020 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 13-2-2020 03:26 PM
Gorilla sangat. Siap bertumbuh bulu di bahu bagai. Bulu berpintal lagi
Ada kot melayu minat kambing ...

Lara geli ngan lelaki berbulu.. Lara rasa cam beruk.. Maafkan lara berkata jujur..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2020 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Geli dengan bulu2 ni..klu tgk rasa nak tolong cukurkan je.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2020 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
X suke...I suke laki Kaya+hensem+ wangi +baik (mesti cukup semua pakej) ....ade bulu dada ke x.....x penting
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak suka. Geli lah. Tak nampak bersih!
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Bulu kat tangan tak pa boleh terima lagi tp yg mcm melayulah klo mamak iols tak minat hehe...bulu dada xmaw lah takat bulu sehelai dua tak pa
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Laracrop replied at 13-2-2020 06:24 PM
Lara geli ngan lelaki berbulu.. Lara rasa cam beruk.. Maafkan lara berkata jujur..

jgnlah tebulu bulu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg dlm pic tu blh diterima sbb kacak
Yg sbnr xsuka euuwww
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 14-2-2020 11:27 AM
jgnlah tebulu bulu

Eeei.. Lara tak terbulu bulu semasa meninggalkan komen... Tapi rasa berbulu tgk lelaki kacak itu berbulu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
my husb berbulu dada ok, daripada pemerhatian iols,
1. badan ketiak busuk weh (tapi dia bukan bangla ya)  
2. panau? selalu heols kena, iols pun pelik. maybe imun lemah
3. testosterone tinggi maksudnya apa? berkait seksual kah?
4. maskulin dari segi fizikal sebab bulu jambang janggut kening tebal ye kot. hakikatnya heols slim rendah,bontot besar(sedap) dan kulit lagi putih mulus dari iols. katanya kawan2 panggil die amoi. iols lagi sado
5. bijak dari segi kewangan yekot,tapi lain2 biasa2 saja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2020 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
tak suke!bermisai pun kurang gemor...tp klu lengan berbulu blh la
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Suami saya takde bulu dada. Saya suka suami saya. Kesimpulannya, saya suka lelaki yang takde bulu dada.
Masa belum kahwin, saya tak pernah tengok dia shirtless. Kalau dia ada bulu dada pun, saya tetap suka sama dia.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak suka laki berbulu, dada berbulu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 08:25 PM | Show all posts
Tak suka lelaki yg berbulu. Cukuplah I je yg spesis berbulu haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.130465 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list