yg ni kan ya Allah kesian wife
x per la atleast wife nya ada belajar tinggi bole keja blk
7,305
[size=0.75]GOSSIP
[size=0.75]MEDIA
Minta Isteri Berhenti Kerja, Abam Bocey Bayar Gaji Setiap Bulan[size=0.8125]Oleh Farizan Zainal
31 Jan 2020, 12:01PM
Tidak mahu anaknya dijaga oleh orang luar ataupun pengasuh luar, Abam Bocey mengakui meminta isterinya, Nor Hidayah Mohd Ali untuk berhenti kerja untuk menjaga anak mereka dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Menurut Abam, dia lebih sanggup menggantikan pendapatan isterinya dengan membayar gaji setiap bulan daripada menghantar anaknya Syed Uthman Hamzah yang kini berusia 8 bulan ke mana-mana rumah pengasuh.
“Sebaik sahaja anak saya lahir tempoh hari, saya meminta isteri untuk berhenti kerja demi menjaga anak kami.
“Jadi, apa yang saya lakukan ialah saya ‘beli’ gaji dia. Saya berhentikan dia kerja dan saya bayar gaji yang sepatutnya dia peroleh setiap bulan,” katanya kepada Astro Gempak. Abam berkata ‘gaji’ yang diberikan itu untuk kegunaan peribadi isterinya tidak termasuk keperluan nafkah lain. Katanya lagi, dia lebih suka jika anaknya dibesarkan dan mendapat didikan sepenuhnya oleh ibu bapanya sendiri.
“Kalau dia nak beli apa dengan duit itu, dia punya pasal. Saya hanya deposit ke akaunnya setiap bulan, itu hak dia, duit gaji dia. Bab nafkah dan keperluan lain, itu tak termasuk sekali kerana saya beri lain,” katanya.
|