Edited by dovob at 4-2-2020 07:59 PM
Sekadar berkongsi kisah silam (masa jahil).
Sewaktu saya berada ditingkatan 1, saya ada berkawan dgn seorg yg kelihatan lelaki, hakikatnya khunsa. Masa itu, saya tak tahu makna khunsa. So, kawan ni bagitahu dan bertanya kepada saya, beberapa hal.
1) kedua2 alat kelaminnya berfungsi (ada masanya datang haid)
2) punya minat mengemas rumah dan memasak.
3) punyai kulit yg agak lembut dan halus seperti perempuan (saya sentuh masa itu, utk pastikan kebenaran yg dimaksudkannya itu)
4) minta pandangan, perlu jadi lelaki atau perempuan.
Masa saya jahil, saya sarankan jadi lelaki, agar mudah urusan. Dan sememangnya, urusan khunsa itu, amat sulit dibincangkan disini melainkan perkara luaran sahaja.
Utk makluman tambahan, khunsa ni anugerah dari Allah swt, agar kita senantiasa kembali merujuk kepada-Nya. Ianya bukan penyakit, melainkan ujian iman, utk menguji, siapa yg terbaik dalam beramal, samaada diri seseorg itu khunsa ataupun bukan khunsa.
Kepada semua para khunsa, jika anda benar2 khunsa, nasihat saya, JAUHI mana2 pertubuhan maknyah. Ianya tidak akan membantu anda utk lebih dekat kepada Rabb yg dinamakan-Nya Allah swt, malah mengaibkan diri, keluarga, bangsa dan agama. Mintalah petunjuk dari Allah swt menerusi solat sunat (hajat/istiqarah)