CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 69740|Reply: 136

[Pelbagai] [Warning Disturbing Content] Sisi Gelap : Jepun (Bahagian 1)

  [Copy link]
Post time 21-1-2020 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by KILL_NANCY at 21-1-2020 12:15 PM



Dulu aku membesar dengan komik-komik manga Jepun begitu juga dengan komik-komik Barat dari empayar Marvel dan DC ketika itu. Pun begitu komik-komik Jepun lebih mudah didapati dan tidak terlalu eksklusif harganya tidak seperti komik-komik Barat dengan harga yang agak mahal dan hanya dijual di kedai-kedai buku anak orang berada seperti Kinokuniya misalnya. Melihat figura Superman dan Joker di atas rak-rak kayu dengan cat licau kemas, teratur dan disusun sebaris dengan majalah-majalah Penthouse dan Playboy buatkan aku dalam kerimasan.

Salah satu kepuasan dalam hidup aku apabila kulit hadapan komik Oshinbo karya Tetsu Kariya/Akira Hanasaki dibuka perlahan-lahan dan bau-bauan lignin menerjah ke dalam rongga hidung. Sangat puas. Bibliosmia komik-komik Akira Toriyama, Takehiko Inoue dan Takao Saito paling "kuat" aromanya berbanding komik-komik Manga lain.

Meneliti stroke lukisan, dengan "proportions" yang lembut, kagum dengan "attention to detail" pada setiap bingkai lukisan dengan jalan cerita yang mengkhayalkan .... aku lupa seketika tentang masalah yang melanda, lupa tentang baju sekolah yang hangus diseterika Eni, lupa tentang gitar aku yang dipecahkan ayah dan mayatnya dikebumikan di tangga flat. Aku menolak realiti seketika. Aku senyum sendiri-sendiri.



Penghasilan Manga di Jepun telah mendapat sambutan yang sangat diluar jangkaan. Komik-komik mereka menerobos di sekitar Eropah dan Asia. Marvel dan DC sudah ada saingan baru. Lawan mereka adalah syarikat-syarikat gergasi dari Jepun, Shueisha dan Shogakukan. Lebih 600 ratus juta salinan terjual dalam tempoh yang singkat. Sangat terampil. Nama-nama watak dalam Manga bermain di bibir anak-anak Eropah. Mereka sudah kenal Goku, Conan, Yuko Kurita, Sakuragi dan nama lain. Fenomena Manga merentas dunia ....

Sebelum tahun 1970, pembuat filem di Jepun telah bereksperimentasi menguji teknik animasi yang diteroka oleh Barat. Mereka mengkaji bagaimana pergerakan Mickey Mouse sebegitu lembut menghayun badan. Berapakah "frame by frame" (bingkai ke bingkai) yang perlu mereka hasilkan pada setiap ilusi pergerakan pada kartun mereka nanti. Mereka perlukan tenaga pekerja atau pelukis-pelukis profesional yang ramai, sanggup memikul kerja-kerja renyah, bermain dengan seluloid dan kertas-kertas turas. Iklan-iklan mencari pelukis kartun galak diedarkan oleh akhbar-akhbar di Jepun.

Shueisha dan Shogakukan melobi akhbar-akhbar besar seperti Asahi Shimbun dan Sankei Shimbun dalam pencarian pelukis animasi selama setahun. Pengarang akhbar-akhbar tersebut dipaksa oleh Editor mereka untuk menulis kata-kata pujian tentang dua syarikat gergasi dan faedah bekerja di industri komik di Jepun. Maka berpusu-pusulah anak-anak muda yang berbakat menaruhkan hasil seni mereka untuk ditukarkan dengan Yen.

Awal tahun 1970, anime sudah mula pesat membangun, berpisah daripada akar umbi animasi Barat, dan berkembang kepada beberapa genre sepertimecha di mana rata-ratanya dihasilkan oleh pembuat filem terkenal semasa era itu iaitu Hayao Miyazaki dan Mamaro Oshii. 10 tahun kemudian, anime telah diterima dalam aliran utama di Jepun sekaligus mengalami lonjakan saujana dalam produksi perfileman. Manga yang dahulunya pegun, sekarang sudah mula bergerak-gerak. Dunia terpegun, begitu juga aku. Jepun sekali lagi berjaya mengkhayalkan dunia untuk mengalihkan pandangan akan kekejaman mereka pada pembunuhan beramai-ramai di Nanking, tentang peristiwa holokus Asia di Okinawa dan menafikan hak tradisi serta melupuskan undang-undang ekstradisi Ryukyu.


Adegan dalam filem Black Sun : Nanking Massacre



Peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Nanking, China









Perang Okinawa, 1945


Sayangnya, ini yang terjadi ....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2020 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts


Anime, penghasilannya hampir sepenuhnya dilukis dengan tangan. Ia memerlukan teknik dan kemahiran yang tinggi dalam penghasilan animasi dan berpengalaman dalam mengendalikan masa.

Shingo Adachi, seorang pereka anime dan pereka watak untuk Sword Art Online iaitu sebuah siri TV anime popular di Jepun, mengatakan kekurangan bakat dalam industri ini adalah satu masalah yang amat serius. Terdapat 200 siri TV anime yang wujud di Jepun setiap tahun dan dalam hal ini syarikat penerbitan sudah kekurangan tenaga mahir untuk memikul beban ini. Mereka terpaksa bergantung pada kumpulan besar freelancers yang tidak berbayar dan hanya bekerja atas sebab minat tentang anime sahaja.

Pelukis anime hanya peroleh sekitar 200 yen (RM7.30) untuk setiap lukisan mereka. Tidak masuk akal bayarannya !!! Ia tidaklah sebegitu teruk jika pelukis anime itu mampu menyiapkan 200 lukisan dalam sehari, malangnya setiap lukisan asas yang terhasil rata-rata memerlukan masa sejam lebih untuk menyiapkannya. Itu tidak termasuk jika adegan tersebut memerlukan latar belakang yang kompleks seperti hidangan makanan, seni bina dan landskap. Sudah tentu mereka dituntut untuk melukis dengan lebih terperinci. Pada aku setiap lukisan yang terhasil dalam anime, lagi-lagi latar belakang dan stafaj yang dihidangkan sangat-sangat detail berbanding komik-komik dari Barat.

Bagi menghasilkan satu animasi asas, seorang lelaki yang melambaikan tangan berdurasi 4 saat misalnya. Memerlukan sebanyak 55 lukisan frame by frame.

Contoh :





Korang ingat senang?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2020 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Anime Jepun mampu menjana 19 bilion dolar setahun, tetapi hak-hak kebajikan pada pekerja-pekerja dinafikan. Pelukis-pelukis tetap anime, mereka diikat dengan KPI (Key Performance Indicator) atau Juyo Gyoseki Hyika Shihyo, mereka harus menyiapkan 300 lukisan bingkai ke bingkai selama sebulan, katakan sekeling lukisan mengambil masa sejam untuk disiapkan, jadi mereka memerlukan 300 jam untuk memenuhi kuota. Di Jepun Undang-Undang Buruh menetapkan 8 jam waktu bekerja atau 40 jam seminggu. Jadi ....

8 jam X 22 hari = 176 jam

300 jam - 176 jam = 124 jam

Mereka terpaksa kerja lebih masa selama 124 jam lagi atau 14 jam setiap hari (hari bekerja) tanpa dibayar OT, dan sebulan setiap daripada mereka dibayar sekitar 65000 yen (RM2400) sahaja !!!

Sebuah studio anime di Jepun, Madhouse (One Punch Man, Death Note), baru-baru ini dituduh melanggar etika kod buruh iaitu pekerja tersebut bekerja hampir 400 jam dalam sebulan atau bekerja 37 hari berturut-turut tanpa cuti walau sehari :
Pada tahun 2014, seorang pelukis anime di syarikat tersebut telah ditemui mati dan kematiannya diklasifikasikan sebagai bunuh diri. Selepas disiasat, mereka mendapati pelukis anime tersebut telah bekerja lebih daripada 600 jam pada bulan dia meninggal dunia.







Mengikut Akta Buruh No. 36 di Jepun : Sekiranya syarikat-syarikat di Jepun ingin melanjutkan masa pekerja-pekerja mereka, majikan terlebih dahulu membuat satu perjanjian khas untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak kerajaan.



Disebabkan itu, rata-rata syarikat/studio anime menggunakan tenaga freelancers atau pelukis bebas kerana mereka tidak perlu bimbang tentang Ordinan Buruh. Pelukis-pelukis separuh masa ini adalah kontraktor bebas yang boleh dimanipulasi oleh syarikat, mereka memaksa pelukis-pelukis untuk ikut deadlines yang tidak munasabah dengan bayaran yang tidak setimpal tanpa ada apa-apa faedah yang diberikan (tiada elaun makan, kad perubatan dan sebagainya). Pada 19 Januari 2020, Otaku (peminat anime dan manga) dikejutkan dengan kematian dua pelukis anime Attack On Titan dari syarikat Kodansha, Tamao Uzaki dan Hazuka Ataro. Kematian mereka diklasifikasikan sebagai bunuh diri !!!

Mereka-mereka inilah yang mewarnai zaman kanak-kanak kita, zaman remaja kita, mengajar kita erti keseronokan walau hanya di atas helaian kertas. Mengajar kita menjadi kreatif, meluaskan imaginasi kita yang sedang meningkat bangun. Peneman di kala kita sunyi, peneman di kala kita sedih, dipulau kawan-kawan, corot dalam peperiksaan semester, kaki seluar dipotong oleh guru disiplin, dimalukan ketika tersalah baca ikral di depan perhimpunan .... Semuanya kita lupakan seketika, masa untuk berehat, melawat planet namek, membenci Frieza, menjadi kawan kepada Shinichi Kudo, bersorak ketika Sukaragi menjaringkan bola, ketawa melihat kebodohan Nobita, cuci mata ketika Sailormoon tukar baju .... Tiada apa yang boleh menghalang imaginasi kita. Tiada batasan. Thank you sir for making my childhood awesome !!!.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2020 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KILL_NANCY at 25-1-2020 02:21 AM



Pelukis komik Barat juga tidak terlepas daripada permasalahan ini. Bill Mantlo misalnya, beliau terlibat dalam penciptaan watak terkenal Rocket Raccoon of Guardians of Galaxy. Pada tahun 1992 beliau dilanggar sebuah kereta yang dipandu laju dan ketika itu Bill sedang bermain kasut roda di tebing jalan. Akibat kemalangan tersebut, Bill telah mengalami koma dan apabila sedar pakar mendapati beliau mengalami trauma otak. Bill terpaksa menghabiskan masanya sehari-hari di atas katil sepanjang hayat !!!


Bill Mantlo


Abangnya menjual ke semua aset-aset milik Bill Mantlo dan terpaksa mengeluarkan wang simpanannya sendiri untuk menanggung bil perubatan adik kesayangannya. Mike Mantlo membuat keputusan untuk melantik seorang peguam bagi "memegang kaki" Marvel dan Disney, itu sahaja cara untuk Mike mendapatkan pampasan buat adiknya, Bill.


Rocket Raccoon Yang Masyhur


Filem francais Guardian of the Galaxy (dua filem pertama, tidak termasuk filem Infinity War dan End Game di mana Rocket adalah salah seorang bintang daripada watak penting lain) telah memperolehi kutipan sebanyak 1,633,183,749 dolar hasil tayangannya seluruh dunia. Itu tidak termasuk barangan-barangan Rocket Raccoon yang terjual hasil usahasama Marvel dengan syarikat Bandai S.H. Figurats dan Hasbro. Walau bagaimanapun, Bill menemukan kesukaran untuk mendapatkan haknya daripada penerbit-penerbit dan studio-studio yang mengaut keuntungan berlipat kali ganda hasil daripada titik peluhnya.




Keadaan Bill sekarang



Bill dan abangnya, Mike Mantlo


Kebanyakan artis dan pelukis komik ini perlu membuat satu konvensyen hanya untuk memperoleh sedikit bayaran bagi perbelanjaan harian (ends meet). Ini disebabkan mereka ini tidak mendapat bayaran yang setimpal daripada syarikat-syarikat gergasi, tempat mereka berkhidmat. Bukan itu sahaja, malah ada yang gusar untuk menghadiri konvensyen-konvensyen seperti ini kerana pelukis-pelukis ini tidak semestinya memiliki sepenuhnya watak-watak ciptaan mereka. Mereka dilarang untuk (secara sengaja) menarik perhatian peminat-peminat atau menjual hasil seni daripada watak-watak ciptaan mereka kepada umum dan secara teknikalnya, mereka boleh dikenakan saman oleh syarikat-syarikat mereka bekerja atas alasan pelanggaran hak cipta. Terkadang, fanart yang melukis semula watak-watak tersebut membuat lebih banyak wang daripada pencipta watak-watak itu sendiri.


Bill Finger


Satu lagi contoh lain ialah Bill Finger. Sepanjang hidupnya, beliau tidak pernah mendapat kredit hasil karyanya dalam animasi Batman. Sehinggalah episod-episod pada tahun 1966 barulah namanya dikreditkan pada animasi tersebut, itu pun disebabkan beliau sendiri menjadi penulis "closing credit" atau kredit penutup di syarikat televisyen tersebut. Tidak lama selepas itu, Finger menghembuskan nafas terakhir, beliau meninggal dunia dalam keadaan muflis dan keseorangan di kediamannya sementara Warner Bros sedang asyik menjana keuntungan yang besar hasil daripada karyanya ketika itu.

Sumber :

VOX

Anime News Network

Marvel Cinematic Universe

Otaku Mode

Wiley Online Library

A-1 Pictures

Nextshark.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2020 12:26 PM | Show all posts




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2020 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sangka begini rupanya. Sedangkan artwork mereka memenuhi zaman kanak kanak I sampailah I masuk u pun I masih layan manga tapi baca online.

I baru nak cakap Jepun memang tidak berubah dari segi memerah keringat dan tenaga kerja manusia. Itulah cara mereka sewaktu datang ke Tanah Melayu dan Borneo, memerah keringat manusia. Dan sememangnya sikap ini tidak berubah jika terhadap bangsa sendiri pun diperlakukan seperti hamba. Dengan masalah underpaid dan overload work. Dipaksa overtime.

Tapi nampaknya dunia barat pun tak kurang juga memerah keringat pelukis.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-1-2020 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
isseliparjepun replied at 21-1-2020 12:33 PM
Tak sangka begini rupanya. Sedangkan artwork mereka memenuhi zaman kanak kanak I sampailah I masuk u ...

saya pernah stay dan bekerja kat sana.

minggu pertama je saya dah nampak macam mana diorang bekerja.diorang terikat dengan deadlines.bayangkan seorang technician kena jalan 3 mesin CNC pada masa yang sama.

kalau pasal komik ni, saya pernah terbaca dalam satu majalah yang kupas pasal isu ni.ada animator yang dah siap betul2 artwork diorang, bagi pada editor direject mentah2.terpaksa buat balik.kat sana kalau ada yang ganjil sikit dari yang ramai, atau menyuarakan ketidakpuasan hati memang kau kena pulaulah dengan society.diorang memang insecure, rasis dan diskriminasi.

saya cuma kagum pasal disiplin mereka je.yang lain .....? saya lebih senang dengan malaysia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2020 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
isseliparjepun replied at 21-1-2020 12:33 PM
Tak sangka begini rupanya. Sedangkan artwork mereka memenuhi zaman kanak kanak I sampailah I masuk u ...

bill finger tu terpaksa letak kredit kat karya dia sendiri kat closing title.

dia yang edit .... mujur time tu dia tukang edit closing title kat tv tu.kesian kat dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2020 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..kira pekerja dkt dana pun ditindas ye..memang semua dasar kapitalis sama je

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2020 01:48 PM | Show all posts
Hi TT! I tak habis lg baca thread ni tapi sgt menarik. will try to finish reading it a.s.a.p. FYI, there are parts of Japanese culture yg saya suka tp saya bkn yg jenis baca manga and anime. So, penulisan TT ni bagus utk saya baca and fahamkan the other sides of Japan.

I am working in Japan now. maybe different field, so saya rasa saya keje dlm keadaan yg best, takde penindasan n tak underpaid jugak. I am working with a university and doing research. but saya keje dgn qualification Ph.D. I am the only foreign staff in the university and saya tak reti bahasa Jepun jugak. luckily my Japanese boss is fluent in English. but everyone is so supportive and helpful. So bg saya keje dlm research line is the best kat Japan sbb semua laju and effective. you order chemicals or reagents or apa2 brg online pun, within 24 hrs dah deliver. Tu sgt membantu dlm research. Ni saya compare dgn Malaysia la ye. sbb dulu pun saya study and keje dgn UM for almost 10 years. so comparing to my previous work life, saya lebih suka kerja di Jepun. but as I said, different lines maybe have different experience.

Rajin? tu memang diakui. tahap kerajinan dorang memang kita tak terlawan. My head of dept. akan jd org paling awal sampai dept. around 8 a.m. n jd org paling last blk - 11 p.m. tp we all staff lain boleh blk je after 6 p.m. tp university I ada rules, by 11 p.m. whether you siap or tak keje you, kena keluar dr university and blk rmh. (kalau xde rules ni, boss i mungkin tido kt office ).

so TT, thanks for this. I will try to read and understand all

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2020 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku park jap.. Line clear aku baca
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2020 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik info ni. Satu sisi gelap yang tak diketahui
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2020 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Next time ada part 2, tag i yer tt.... Ingtkan ujang jer ada masalah mcm ni... Yg luar pun sama... Yg marvel2 tuh dh lama gaj u dengar pasal mslh hak cipta tuh... Ni lah salah satu contoh, org besar, duit bnyk tp xde kelebihan....just because diaorg org besar, duit bnyk, sesuka menindas org2 yg berkebolehan mencipta duit...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2020 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
I dh like thread ni.. menarik sgt.. tq tt.. in shaa Allah akan habiskan baca..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2020 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
appleringo replied at 21-1-2020 01:48 PM
Hi TT! I tak habis lg baca thread ni tapi sgt menarik. will try to finish reading it a.s.a.p. FYI, t ...

hi appleringo.

thanks sudi baca.btw penulisan saya ni bukan bertujuan untuk menghina atau memalukan budaya jepunisasi.tidak semua macam saya tulis tu tapi mostly memang diorang macam tu.

syarikat2 di jepun rata2 ada strong planning, process and details.memang diorang letak a lot emphasis on the process, termasuklah yang kecik2 punya hal.mereka sangat detail pada saya.itulah hasil daripada hi level of quality and disciplined dalam life diorang ni.

kerja lebih masa atau long working hours ni memang famous kat jepun ni.masa saya kat sini, kami ada satu sistem yang dipanggil punishing amount.workorders yang pending coordinator akan key in dalam sistem, dan setiap task yang pending tu kena lalui punishing amount di mana pekerja kena buat OT tanpa bayaran.tapi ni 2008 punya cerita dan nowadays, diorang restrict overtime as part of recent workstyle reform efforts <<<< ni ex staff saya roger.

bagi saya disiplin tu bagus tapi jika terlalu ekstrem, boleh memudaratkan sebab kerja SELALU dalam underpressure.diorang tak apply cara diorang bekerja kat foreigners 100%, kemungkinan sebab language barrier,diorang cepat give up kalau order kat kita tapi kita tak paham.jadi diorang fikir its not worth the effort to try and communicate.diorang buat sendiri dan kita jadi blanked.haha

banyak sebab kenapa diorang terpaksa bertahan dengan work style macam ni, antara sebab utama adalah living cost yang tinggi, pehtu diorang sedang mengalami bubble economy, bila mana sekuriti mereka didagangkan pada harga jauh lebih tinggi daripada intrinsic value sekaligus buat pasaran hartanah kat sana jadi sangat mahal.

betul .... saya kat sini pun masuk kerja pukul 9 tapi sampai ofis pukul 7.dah jadi habit.balik pukul 9 malam.ghentung haha.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2020 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
lonso replied at 21-1-2020 01:18 PM
Kesiannya..kira pekerja dkt dana pun ditindas ye..memang semua dasar kapitalis sama je

kapitalis tu juga yang "beli" ordinan buruh untuk menghalalkan long working hours tu.harap2 labour law kat sana makin teluslah hendaknya.

sebab beberapa tahun kebelakangan ni, stats bunuh diri sebab kerja underpaid dan underpressure dah berkurangan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2020 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 21-1-2020 02:07 PM
Menarik info ni. Satu sisi gelap yang tak diketahui

thanks kakburn sudi baca.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2020 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018 replied at 21-1-2020 02:16 PM
Next time ada part 2, tag i yer tt.... Ingtkan ujang jer ada masalah mcm ni... Yg luar pun sama... Y ...

insya Allah sis kalau ada part 2 saya sambung.tapi bukan pasal industri ni lah.mungkin industri perkilangan atau kekejaman jepun pada budaya ryukyu dulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2020 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
RumiMenari replied at 21-1-2020 03:00 PM
I dh like thread ni.. menarik sgt.. tq tt.. in shaa Allah akan habiskan baca..

terima kasih rumi sudi follow thread ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2020 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 21-1-2020 03:06 PM
thanks kakburn sudi baca.

Tak sangka kan. Tak sangka juga Nancy pernah duduk Jepun dulu. Banyak betul tak sangka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 1.507322 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list