CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3065|Reply: 21

[Tempatan] 6 pagi jengah taman baru

[Copy link]
Post time 16-12-2019 04:16 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Hari pertama pembukaan semula Taman Tasik Titiwangsa di sini, semalam menyaksikan ribuan pengunjung memanfaatkan cuti hujung minggu mereka untuk beriadah di taman awam itu seawal ia dibuka jam 6 pagi.
Selain riadah pagi seperti joging dan bersenam, rata-rata pengunjung khususnya berkeluarga turut meluangkan masa di taman permainan air yang juga antara tarikan terbaru di situ.
Kakitangan swasta, Nadia Rosli, 38, berkata, dia dan suami sejak beberapa minggu lalu merancang mengunjungi taman awam itu sebaik mengetahui melalui rakan ia akan dibuka semalam.
“Saya dan suami keluar rumah di Hulu Langat dan datang ke sini sebelum jam 8 pagi dan apabila sampai, tempat letak kereta hampir penuh.


“Secara keseluruhan saya berpuas hati dan berharap akan ada taman begini di kawasan Hulu Langat,” katanya.
Seorang lagi pengunjung, Chew Han Min, 43, berkata, berbanding sebelum ini, semua kemudahan kini baginya jauh lebih baik, kemas dan cantik dengan anggaran lebih 80 peratus kemudahan termasuk laluan pejalan kaki adalah baru.

“Pada saya kini tumpuan pihak berkuasa tempatan (PBT) mungkin bagi memastikan pemantauan dan penyelenggaraan dilaksanakan dengan baik supaya semua kemudahan terjaga dan tidak memudaratkan pengguna.
“Mungkin juga ada beberapa aspek yang boleh PBT manfaatkan sepenuhnya seperti memperbanyakkan tanaman serta mewujudkan aktiviti air membabitkan tasik,” katanya.
Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, kerja naik taraf Taman Tasik Titiwangsa masih berbaki kira-kira lima peratus membabitkan pemasangan pagar dan kerja sampingan lain.
“Secara asasnya kerja naik taraf belum lagi selesai namun memikirkan cuti sekolah dengan beberapa kemudahan juga sudah sedia untuk digunakan orang ramai, kita buka pada hari ini secara tidak rasmi.
“Setakat ini, ramai pengunjung menyatakan kepuasan hati mereka namun ada juga aduan kecil malah saya sendiri dapati keperluan untuk menambah baik beberapa perkara seperti tandas dan sebagainya.
“Kita jangkakan kerja ini siap sepenuhnya bulan depan dan perasmiannya akan dibuat selepas itu,” katanya.
Taman awam berkenaan ditutup bermula 1 September tahun lalu untuk kerja naik taraf selain sebahagian pelaksanaan projek Sungai Nadi Kehidupan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2019 04:22 PM | Show all posts
Edited by palmolive at 16-12-2019 04:24 PM

Taman Tasik Titiwangsa Dicemari Sampah Dan Dirosakkan Tidak Sampai 24 Jam Pembukaannya
Saat yang dinanti-nantikan oleh ramai orang telah tiba apabila Taman Tasik Titiwangsa telah dibuka secara rasmi kepada umum semalam. Rata-rata netizen berkongsi kecantikan taman rekreasi tersebut.

MERIAHNYA TAMAN TASIK TITIWANGSA!
Min dah menjejakkan kaki ke Taman Tasik Titiwangsa yang baru dibuka semula ini, memang seronok tengok anak-anak bermain air, sambil-sambil tu ibu bapa boleh lah berjoging sekeliling taman. pic.twitter.com/1kKAMIVgBC
— INFORMASI WILAYAH (@kw_seriwilayah) December 15, 2019

#TamanTasikTitiwangsa Anda dah datang Taman Tasik Titiwangsa yang baru dinaik taraf ini?? Pelbagai fasiliti dan tarikan menarik untuk anda bersantai dihujung minggu dengan keluarga. Saya dah tengok, mmg puas hati. @501Awani #AWANInews pic.twitter.com/7XA2PFevdc
— Fareez Azman (@FareezAzmann) December 15, 2019

Akan tetapi, menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook Noor Fazlina Rosley, pelbagai kerosakan telah berlaku di taman rekreasi tersebut tidak sampai 24 jam dibuka.
Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat ada pengunjung melakukan vandalisme pada papan tanda, buang sampah merata-rata, dan penggunaan basikal melalui operator yang tidak berlesen serta lain-lain.
Berikutan itu, rata-rata netizen kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan merosakkan taman rekreasi yang baru sahaja dibuka itu.
taman tasik titiwangsa baru bukak harini. with better facilities and a new look. tapi rakyat kita ni still tak reti menghargai tempat tu. elok2 dah bersih cantik ada pulak buang sampah and vandalism. this is just proof of how low we malaysians can be.
— miqo :/ (@iwearLV) December 15, 2019

bukan nak ckp apa, the opening of titiwangsa gonna cost us LA lots of money for maintaining it. please people guna common sense ya! baru bukak weyh tgn tu laju benau. pic.twitter.com/tcwS0aHAMR
— SAI (@tyrraawwrr) December 15, 2019

Hmmmm..
Upgrade Taman Tasik Titiwangsa tapi minda tetap tak upgrade…
— Masrizal Hardy Mastor (@lanuntech) December 15, 2019

Untuk pengetahuan anda, Taman Tasik Titiwangsa ini telah ditutup selama setahun untuk penambahbaikan. Apakah pendapat anda mengenai tindakan segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab ini?

sumber : https://www.thevocket.com/taman-tasik-titiwangsa-dicemari-sampah-dan-dirosakkan-tidak-sampai-24-jam-pembukaannya/
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 04:22 PM | Show all posts
9 pagi, perangai PPRT masuk, conteng sana sini buang sampah merata..perangai jenis babi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2019 04:25 PM | Show all posts
SWORKS27 replied at 16-12-2019 04:22 PM
9 pagi, perangai PPRT masuk, conteng sana sini buang sampah merata..perangai jenis babi

aku tengah cari gambor2 vandalisme..nak tepek sini
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 04:30 PM | Show all posts
palmolive replied at 16-12-2019 08:25 AM
aku tengah cari gambor2 vandalisme..nak tepek sini

sila2....perangai mcm setannn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2019 04:39 PM | Show all posts








According to her post, people were also spotted using bicycles rented from unlicensed bicycle operators and cycling on pedestrian pathways



Image via Noor Fazlina Rosley/Facebook
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2019 04:56 PM | Show all posts
tangan masing2 tu gatal je
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
palmolive replied at 16-12-2019 04:22 PM
Taman Tasik Titiwangsa Dicemari Sampah Dan Dirosakkan Tidak Sampai 24 Jam Pembukaannya
Saat yang di ...


Aiyoooo. I love lake garden more
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2019 05:21 PM | Show all posts
dasar monyet
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2019 05:21 PM | Show all posts

nak kena siram air panas gelegak ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2019 05:22 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 16-12-2019 05:20 PM
Aiyoooo. I love lake garden more

banyak nyamuk lake garden sana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2019 05:23 PM | Show all posts

patut diharamkan masuk taman
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 05:25 PM | Show all posts
palmolive replied at 16-12-2019 05:23 PM
patut diharamkan masuk taman

campak masuk zoo je duk kandang beruk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2019 05:26 PM | Show all posts
renko replied at 16-12-2019 05:25 PM
campak masuk zoo je duk kandang beruk

nanti dia duk wat vandalisme kt kandang beruk pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 05:32 PM | Show all posts
palmolive replied at 16-12-2019 05:26 PM
nanti dia duk wat vandalisme kt kandang beruk pulak..

hahahahahahahaha beruk pun xmcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
diorg ni kan..kang kalau buat taman berbayar, bising pulak rakyat.
tapi bila free..macam gini lah jadinya..tak tau hargai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2019 06:11 PM | Show all posts
yang tak bertamadun tu tolong lah hidup di pulau jerejak
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 06:41 PM | Show all posts
Buat permulaan ada eloknya letak pegawai penguatkuasa untuk memastikan benda2 macam ni tak berulang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2019 10:04 AM | Show all posts
Artemesiaa replied at 16-12-2019 06:41 PM
Buat permulaan ada eloknya letak pegawai penguatkuasa untuk memastikan benda2 macam ni tak berulang

dulu ada pegawai peronda berkuda kt taman ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2019 10:06 AM | Show all posts
yuki812 replied at 16-12-2019 05:42 PM
diorg ni kan..kang kalau buat taman berbayar, bising pulak rakyat.
tapi bila free..macam gini lah j ...

kalo kena bayar macam Wonderland Park kt Selayang..lengang jek..ada la 2 3 kerat manusia dlm tu..time free dulu, jalan kuching tu jem dari petang smpai tengah malam 2 2 arah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-12-2023 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.054563 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list