CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6715|Reply: 13

KISAH JANDA BAIK

  [Copy link]
Post time 6-11-2019 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kisah Janda Balik..

KISAH TENTANG JANDA ORANG ASLI ( ASAL )

KAMPUNG Janda Baik pada asalnya mula diteroka dan dibuka oleh tiga orang individu yang datang dari Bentong, Pahang pada 1932 iaitu Haji Yaseh Da’un, Haji Kadir Hitam dan Haji Idris Awang.

Namun, cerita di sebalik nama kampung yang unik itu sebenarnya bermula daripada kisah yang disampaikan secara turun-temurun oleh generasi ke generasi penduduk kampung tersebut.

Menurut anak jati kelahiran Kampung Janda Baik, Prof. Dr. Kamaruzaman Moidunny, sebelum orang Melayu dari Kampung Ketari dan Kampung Benus di Bentong berpindah ke Kampung Janda Baik, kawasan itu merupakan hutan belantara yang tidak pernah diteroka oleh sesiapa.

Jelasnya, Orang Asli dari suku kaum Temuan yang diketuai seorang Tok Batin bernama Emok telah mula menduduki sekitar kawasan tersebut.

Kamaruzaman yang merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Penilaian dan Peperiksaan, Institut Aminuddin Baki berkata, Tok Batin Emok dikisahkan pernah terpikat dengan seorang anak dara dari suku kaum Orang Asli lain yang mendiami Hulu Kenaboi di Negeri Sembilan.

“Kawasan Hulu Kenaboi ini merupakan kawasan yang boleh dilawati dengan menggunakan jalan hutan dari Kampung Janda Baik. Oleh kerana Tok Batin terbabit terlalu mencintai anak dara jelita berasal dari Hulu Kenaboi itu, maka dia pun menceraikan isterinya bernama Endut,” katanya.

Beliau yang pernah menjalankan kajian berkenaan Kampung Janda Baik berkata, setelah Tok Batin Emok berpindah ke Negeri Sembilan untuk tinggal bersama isteri baharunya, bekas isterinya Endut tinggal seorang diri di kampung asal.

Bagaimanapun, Tok Batin Emok yang pada asalnya kaya telah jatuh miskin akibat terlalu mengikut kehendak isteri mudanya yang cantik. Selepas jatuh miskin, isterinya lari ke Jelebu, Negeri Sembilan meninggalkan suaminya.

“Maka pulanglah semula Tok Batin itu ke Kampung Janda Baik. Dia mendapati jandanya tetap menunggunya dengan penuh setia dan sedia menerimanya semula sebagai suami. Mereka pun bersatu kembali dan hiduplah mereka dengan kebahagiaan. Sejak dari itu kampung ini dikenali sebagai ‘Janda Balik’ yang diambil daripada peristiwa seorang janda ‘berbalik’ kepada bekas suaminya,” katanya.

Namun, menurut Kamaruzaman, nama Janda Balik lama-kelamaan telah bertukar menjadi Janda Baik apabila perkataan itu disebut berulang kali secara cepat.

Kemudian katanya, pada 1934, Pegawai Daerah Bentong ketika itu, Orang Kaya Shahbandar Datuk Hussain yang merupakan datuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mahukan kampung tersebut diwartakan.

Katanya, sehubungan itu, orang kampung telah berpakat untuk menetapkan nama dan hasil pungutan suara, mereka telah mencadangkan tiga nama untuk diwartakan secara rasmi.

“Tiga cadangan itu adalah Kampung Tiga Haji, Kampung Hulu Benus dan Kampung Janda Balik. Nama Kampung Tiga Haji dicadangkan berdasarkan tiga orang haji yang membuka kampung ini. Cadangan nama Kampung Hulu Benus pula diambil berdasarkan kedudukan Janda Baik yang terletak di bahagian hulu kepada Kampung Benus Ulu dan Kampung Benus Hilir.

“Manakala cadangan nama Kampung Janda Balik pula diambil berdasarkan peristiwa seorang janda Orang Asli suku Temuan yang berbalik semula ke pangkuan bekas suaminya setelah diceraikan.

“Setelah dibuat pemilihan di antara tiga cadangan nama tadi, maka persetujuan diambil untuk memilih nama Janda Balik sebagai nama kampung. Nama ‘Janda Balik’ ini akhirnya diubah suai sedikit lalu menjadi nama ‘Janda Baik’,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, Haji Yaseh, Haji Kadir dan Haji Idris melalui pelbagai cabaran dalam usaha mereka membuka kampung tersebut untuk dijadikan penempatan orang kampung dari Bentong.

Katanya, pada peringkat awal, ketiga-tiga mereka telah meminta kebenaran daripada Pegawai Daerah yang ketika itu adalah orang Inggeris, namun ditolak dengan alasan kawasan tersebut merupakan hutan simpan dan sekiranya diterokai dikhuatiri akan menjejaskan kawasan tersebut.

Setelah beberapa kali ditolak, akhirnya pada 1930, ketiga-tiga mereka mendapat kebenaran untuk mengusahakan penerokaan dan pembukaan Kampung Janda Baik apabila kelulusan diberikan bagi tanah berkeluasan 800 hektar bagi menggantikan kawasan Kampung Benus Ulu dan Benus Hilir yang telah ditenggelami banjir besar sebelum itu.

KETERANGAN GAMBAR DIBAWAH :  Salah seorang individu yang mula membuka Kampung Janda Baik, Haji Yaseh Daun (berkot hitam) bersama-sama penduduk di atas pelantar masjid pertama di kampung itu pada 1933.

Sumber : Utusan Malaysia Edisi 11/4/2015

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2019 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Good info....

Eh hilang dah semua thread2 kaka noor masa jadi mod bod sini....cilaker betul yang buang thread kaka. ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2019 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Janda baik ke janda baekkk punya...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2019 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 6-11-2019 12:09 PM
Janda baik ke janda baekkk punya...?

Hehehe janda baekk punya xboleh masuk thread ni. Takut ada kelucahan melampau yach!
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2019 12:50 PM | Show all posts
TT xsengaja kot duplicate benang nie...ada satu lagi yg sama

https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1180132
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2019 03:18 PM | Show all posts

good info.
dulu suka sgt baca asal nama2 tempat ni. ade dlm majalah ape ntah, x igt
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-11-2019 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018 replied at 6-11-2019 12:50 PM
TT xsengaja kot duplicate benang nie...ada satu lagi yg sama

https://bm.cari.com.my/forum.php?mo ...

Aah mmg benang yg sama. Meols trsalah masuk segmen sbnrnya tp mls nk padam
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 10:07 AM | Show all posts
sentiasa suka dengan kg janda baik.. lama dah tak kesana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2021 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah jemu g janda baik..tenang sgt
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Aaaa cepat lah habis PKP iols nak terjah Janda Baik lagi niii
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
rindunya balik kampung nan damai
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 05:48 PM | Show all posts
first time gi janda baik 1976 -- tak ada apa kat sana melainkan --- hutan hutan ----
dan ada air terjun -- creek --

masuk dalam tu -- jalan pun merah -- rumah tak ada -- tapi sbb ayah berkawan
dgn MB Kelantan masa tu -- dia ada tanah kat sana -- tu yang kami pergi mandi mandi
kat creek / air terjun SEJUK  ya amat ---  dia punya teratak - dari buluh aje -
tapi cantik -- mancing ikan, bakar ikan -- best --- masih ingat sampai sekarang
kawasan yang sejuk dan SUNYI --

masa tu tanah/landskap  husin al attas pun tak ada lagi --

bila ayah kata - jom kita gi satu tempat nama janda baik
saya dan adik (kami budak lagi) KETAWA  rasa mcm so kelakar
kenapa nama camtu --
gi sana ikut jalan lama gombak --

anyway -- bila pergi few times after that - masih nice --
all these in late 70s  early 80s --
then bila balik malaysia -- gi lagi late 90s ---
CHANGED -- banyak chalet  rumah  etc etc
some stuff  still nice -- but not as quiet as before
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 11:28 PM | Show all posts
dexa replied at 27-10-2021 05:48 PM
first time gi janda baik 1976 -- tak ada apa kat sana melainkan --- hutan hutan ----
dan ada air ter ...

now? the last i pegi pun in late 90s ..i still ingat air dia sejuk giler....jalan dia zig zag...but it was so fun ..now i tak tau..dex jom kita gi nak u drive i tido sebelah heheheh


eh your pretty daughter tak balik ? my sis pindah Frankfurt next year Jan or Feb, so hopefully covid is safer so  i pun nak jalan sana and nearby. Jom! bawak adam and ur son.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 11:35 PM | Show all posts
pergi -- ada reunion kawan 2018 -- kawan rent chalet kat sana --
quite nice actually -- but we all gi makan durian aje
pastu balik -

daughter gi Ireland  Christmas ni -- tak boleh nak balik Malaysia lagi   
last kat Malaysia -- dia balik Vancouver 23rd Feb 2020 -- just before PKP 1.0 -

boleh la kita drive ke Janda Baik nanti -- --  rent chalet bawa budak2 ni  depa mesti suka -
check weekend yang free -- gi  2 days 1 night pun dah okay -
insyaallah  nanti kita boleh aje discuss ni --
would be fantastico
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.490927 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list