CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 802|Reply: 1

[Tempatan] Idris Haron turut bertemu Zakir Naik

  [Copy link]
Post time 8-9-2019 08:12 PM | Show all posts |Read mode
MELAKA 8 Sept. - Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron malam tadi memenuhi jemputan pendakwah bebas, Dr. Zakir Naik untuk bertemu dengan beliau di sebuah hotel di Ayer Keroh di sini.

Pertemuan itu berlangsung di hotel tersebut selama kira-kira sejam selepas program Malam Islam Bersatu yang melibatkan kunjungan penceramah dari India itu menunaikan solat Maghrib dan Isyak.


Sebelum itu, hasrat Zakir Naik untuk mengunjungi Idris yang juga rakannya di kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang di Klebang Kecil tidak dapat dipenuhi kerana tidak mendapat kebenaran pihak polis atas faktor keselamatan.

Pertemuan tertutup antara Idris dan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen dengan Zakir Naik turut dihadiri beberapa ADUN Barisan Nasional (BN) antaranya Datuk Ghazale Muhamad (Rim), Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor) dan Rahmad Mariman (Ayer Molek).

Idris ketika ditemui selepas pertemuan itu memberitahu, Zakir Naik menyatakan hasrat untuk bertemu beliau menerusi panggilan telefon pada Jumaat lalu.

"Bagaimanapun petang tadi (semalam) pihak polis menghubungi saya menyatakan tidak membenarkan Zakir ke rumah saya atas faktor keselamatan.

"Berikutan itu, Zakir Naik menerusi pegawai khasnya dan seorang Ahli Parlimen dari Pakistan, Shardad Muhsin datang ke rumah saya dan menjemput saya bertemu Zakir di hotel berkenaan. Alhamdulillah, saya penuhi jemputan itu dan dapat bersama beliau kira-kira sejam," katanya.

Difahamkan, pendakwah kontroversi itu dinasihatkan polis untuk tidak meneruskan rancangan menghadiri majlis santai bersama Idris atas faktor keselamatan. - UTUSAN ONLINE



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-9-2019 08:19 PM | Show all posts
npe kapir2 bodoh aurora tu graviti x brani debat ngn zakir ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.070832 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list