Fenomena bridesmaid atau pengapit semasa majlis perkahwinan kini bagaikan suatu kewajipan. Di Malaysia juga tidak ketinggalan dan kebiasaannya, bridesmaid berpakaian cantik untuk meraikan pengantin pada hari istimewa mereka.
Kredit foto: Zola
Sinonimnya, bridesmaid akan memakai pakaian seragam dengan tema yang sama pada hari perkahwinan tersebut.
Namun, berbeza situasinya bagi pengantin Deanna Adams dari Amerika Syarikat yang memberi kebebasan kepada pengapitnya untuk memakai apa-apa sahaja pakaian pada hari bahagia tersebut.
Lantaran itu, adiknya Christina memilih sepasang kostum luar biasa iaitu kostum dinasour T-rex untuk dipakai sebagai bridesmaid.
Pada mulanya, ia hanya suatu gurauan idea oleh Christina. Pelbagai jenis kostum terlintas di fikirannya, dan akhirnya T-rex dipilihnya.
Christina berkali-kali mengingatkan Deanna tentang kostum yang akan dipakainya nanti, namun Deanna tidak memberi apa-apa respon negatif lalu Christina meneruskan sahaja ideanya itu.
Maka, sebaik tiba hari istimewa Deanna yang cantik bergaun putih, Christina pula muncul dengan kostum T-rex yang besar dan melucukan!
Kredit foto: Catherine Grill
Walau bagaimanapun, pada majlis resepsi, Christina menukar pakaiannya kerana menurutnya kostum itu terlalu panas.
Christina turut berkongsi foto perkahwinan kakaknya itu disertai seekor T-rex yang kelihatan janggal. Foto tersebut mendapat pelbagai reaksi positif dan negatif selain mendapat perkongsian lebih 36 ribu orang di laman Facebook.
Kredit foto: Facebook
Adik-beradik itu bagaimanapun tidak mempedulikan komen negatif yang dilemparkan kerana perkahwinan itu tidak ada kena-mengena dengan warganet. Christina juga menyatakan dia langsung tidak menyesal akan keputusannya itu. - CARI |