CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4122|Reply: 8

[Cadangan] Kad ATM anda, tanggungjawab anda

  [Copy link]
Post time 30-8-2019 07:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 30-8-2019 07:10 PM

Hasif Hasan

8 hrs ·


CORETAN PEGUAM

Saya baru dirujuk oleh seorang rakan mengenai satu kes yang beliau sendiri tidak tahu bagaimana boleh terlibat.

Saya difahamkan banyak kes kes begini berlaku di mahkamah saban hari.

Beliau dituduh di Mahkamah Majistret adalah membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 424 Kanun Kesiksaan.

Beliau telah dituduh “membantu menyembunyikan wang milik mangsa dengan cara memasukkan wang tunai dalam transaksi ke dalam akaun bank milik tertuduh , yang mana tertuduh mengetahui bahawa wang itu bukan miliknya”.

Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi memudahkan pemahaman, contoh sebagaimana berikut,

A, seorang ceti haram (along) menawarkan pinjaman wang kepada B.

B, mangsa along kemudiannya telah menerima wang pinjaman daripada A dan B dikehendaki menyerahkan kad ATM, PIN dan buku akaun (jika ada) kepada A. Akaun tersebut juga digunakan bagi kemasukkan gaji B oleh majikan B.

Setiap bulan B akan menerima wang baki gaji daripada A setelah ditolak hutang along,

B tidak pernah mengesyaki apa apa kesalahan dilakukan oleh beliau kerana akaun beliau hanya digunakan adalah bagi kemasukkan gaji sahaja.

Tambahan pula akaun B adalah akaun simpanan dan berlainan dengan akaun semasa, tidak ada sebarang penyata akaun bulanan yang akan diterima B.

Bagi B tidak ada keperluan untuk beliau membuat kemaskini akaun beliau di bank kerana pada hemat beliau, hanya terdapat beberapa transaksi lazim iaitu kemasukkan wang gaji dan pengeluaran wang baki oleh along kepada B. Transaksi lain tiada.

Bagi A sebaliknya. A tidak jujur.

A telah memperkenalkan pelbagai program, rancangan, skim, perniagaan atas talian dan lain lain lagi bagi tujuan menipu dan memperdaya mangsa mangsa di luar.

Akibatnya C,D,E, F dan lain lain telah memasukkan wang ke dalam akaun B, tanpa pengetahuan B.

Oleh kerana kad ATM B berada pada A, maka A terus menerus mengeluarkan wang milik C,D,E,F dan lain lain dan menggunakan wang mangsa mangsa tanpa B mendapat sebarang faedah dan keuntungan daripada urusan A. Amat malang kerana B tidak mengetahui transaksi transaksi tersebut.

Bagi mangsa C,D, E, F dan lain lain, setelah barangan, produk atau keuntungan atau apa apa yang dijanjikan oleh A tidak diperolehi maka mereka tiada pilihan melainkan terpaksa membuat laporan polis.

Pihak polis tentu sekali akan menyiasat ke mana wang milik mangsa mangsa telah dimasukkan dan siapa pemilik akauan yang mangsa telah masukkan.

Maka secara langsung dan tidak langsung, pihak berkuasa perlu menahan B bagi membantu siasatan kerana wang milik mangsa dimasukkan ke dalam akaun B.

B yang tidak tahu apa apa akan terkejut dan terpaksa ditahan reman bagi membantu siasatan.

Bagi mangsa C,D, E, F dan lain lain, mereka hanya mengetahui wang telah dimasukkan ke dalam akaun milik B. Sama ada B berpakat dengan A atau sebaliknya, tidak ada di dalam pengetahuan mereka.

Pihak berkuasa juga turut menyiasat mengenai kewujudan A namun sebagaimana lazim sekiranya kegiatan A telah diketahui oleh pihak berkuasa, A akan menghilangkan diri dan meninggalkan B dalam keadaan kebinggungan apabila ditahan polis.

B akan menerangkan kepada pegawai penyiasat kes bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai kegiatan A,

Selepas menyerahkan kad ATM, semua urusan bank diuruskan oleh A dan beliau hanya mendapat baki gaji setelah ditolak hutang along pada setiap bulan.

Sama ada pegawai penyiasat kes atau pendakwaraya akan ‘percaya atau sebaliknya’ cerita atau kenyataan B, adalah di luar pengetahuan dan bidang kuasa saya sebagai peguam.

Yang pasti bagi mangsa A iaitu C,D,E, F dan lain lain, mereka tidak rela B dilepaskan daripada pertuduhan tanpa dipertanggungjawabkan kerana sememangnya wang mereka telah dimasukkan ke dalam akaun B.

Sama ada A dan B berpakat untuk menipu C,D,E, F dan lain lain, sudah tentu tidak diketahui oleh mangsa mangsa.

Berdasarkan pengalaman saya, mahkamah adalah tempat terbaik bagi B menerangkan dan membela diri beliau terutama bagaimana kad ATM beliau berada pada A dan B juga diperdaya oleh A supaya menyerahkan kad ATM bagi tujuan digunakan bagi menipu mangsa yang lain iaitu C,D,E,F dan lain lain.

Jadi tidak mustahil B akan dituduh secara bersendirian di mahkamah atas kesalahan di bawah Seksyen 424 Kanun Kesiksaan dan A hilang entah ke mana.

Lebih malang sekiranya mangsa mangsa seperti C,D,E,F dan lain lain memasukkan wang ke dalam akaun B di tempat tempat dan negeri yang berbeza.

Akibatnya B akan dituduh di pelbagai mahkamah di daerah dan negeri berdasarkan tempat wang dimasukkan oleh mangsa mangsa.

Sudah tentu ini akan menyusahkan hidup B yang perlu turun naik ke mahkamah yang berbeza tanpa gagal.

Nasihat saya ialah:

~ Pastikan kad ATM sentiasa berada dalam simpanan anda.

~Sekiranya kad ATM berada di dalam simpanan orang lain (dalam kes pinjaman along terpaksa dibuat) maka lazimkan dibuat pemeriksaan di bank atau dikemaskini akaun anda dari semasa ke semasa.

Ini bagi menghalang akaun anda digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab bagi menipu mangsa mangsa lain.

~Sekiranya wujudnya transaksi yang mencurigakan di dalam akaun anda terutama transaksi kemasukkan dan pengeluaran wang bukan milik, maka buatlah laporan polis dengan kadar segera dan jangan tunggu anda ditangkap oleh polis, baru hendak membuat laporan polis dan menafikan penglibatan anda di dalam sebarang transaksi yang diragui.

~Perlu diingat, penjenayah terutama A ini lazimnya akan mencari mangsa yang mempunyai akaun simpanan kerana sekiranya akaun semasa (current account) digunakan, pemilik akaun senang membuat semakan transaksi berdasarkan kepada laporan bank (bank statement) setiap bulan.

~A juga lazimnya akan mencari mangsa seperti B yang mempunyai masalah kewangan atau golongan yang kurang terdedah kepada sistem perbankan dan perundangan.

~Lazimkan menggunakan perbankan atas talian (internet banking) bagi akaun anda untuk memudahkan tuan puan membuat semakan baki dan transaksi transaksi kemasukkan dan pengeluaran terutama jika tidak dilakukan oleh pihak tuan.

~Lazimkan membuat kemaskini (update) akaun persendirian dari semasa ke semasa.

~Sekali lagi dijelaskan bahawa mangsa perlu bertindak segera dengan membuat laporan polis sekiranya diketahui terdapat sebarang transaksi yang mencurigakan di dalam akaun.



Semoga pembaca mendapat manafaat dari coretan ini.

Muhammad Hasif bin Hasan
Peguambela dan Peguamcara



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2019 07:11 PM | Show all posts
Asiah Abd Jalil

10 mins ·

Sama sebijik macam kes yang sedang saya kendalikan.

Anakguam saya pergi interview kerja sebagai driver. Dia diterima bekerja dan diminta buka akaun bank sebaik sahaja selepas interview. Kononnya untuk urusan bayaran gaji. Kad ATM mesti diserah kepada boss.

Seminggu kemudian boss tak dapat dihubungi. Anakguam saya tak tahu di mana nak lapor diri bekerja. Akhirnya dia putus asa dan cuba cari kerja lain.

Beberapa bulan kemudian anakguam saya tiba-tiba dipanggil ke balai polis. Akaun banknya telah digunakan oleh sindiket Macau Scam.

Maka bermulalah episod hitam dalam hidupnya. Tangkapan demi tangkapan. Tahanan reman demi tahanan reman. Pendakwaan demi pendakwaan. Melibatkan berbelas-belas laporan polis. Merentasi beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia.

Bayangkan betapa susahnya nak membela diri. Wang jaminan saja sudah beribu-ribu. Kos untuk hadir prosiding mahkamah lagi. Masa yang terbuang. Kehidupan yang tidak tenteram.

Semuanya kerana sebuah akaun bank dan sekeping kad ATM yang anakguam saya tak pernah pegang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2019 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Xfhm...maksudnya dia serahkan kad atm dgn pin skali ke..kalau x macammana leh kena misuse
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2019 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Beshe ni , along melayu (makcik lak tu) suka la amik atm, hasil bergaul dgn bdk2 f&b masa temp keje cuti sem
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2019 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
A good reminder
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2019 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni nak panggil apa? Kaldai akaun bank?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2019 11:12 PM | Show all posts
tq share utk peringatan semua jg..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2019 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow,  tq for sharing.

pernah nampak org ambil duit dengan multiple kad bank.  Kadang2 nampak mcm jeling2 tengok orang,  ada juga yg mcm biasa.

Ada juga satu cerita lebih kurang sama,  bos tak pegang kad,  tapi dia minta izin pekerja digunakan akaun untuk masukan sejumlah duit. Katanya duit dari kawan untuk tujuan biz. Bukan sekali kena guna,  banyak kali.

Maslahnya duit sampai cecah puluh2 k. Last2 pekerja tak sedap hati, tanya kat bank siapa masukan,  bukan kwn bos,  tapi orng lain2 nama. kebetulan masa tu, si pekerja nak berhenti. Maka duit tu pun tak masuk lagi. Bukan apa,  takut kes2 yg illegal,  mcm pembelian senjata,  dadah atau kes scam la.

Last yg iols tahu,  c boss ni mcm dah pindah obersea,  x staff tu yg cerita.   

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2019 02:46 PM | Show all posts
Edited by system_failure at 17-10-2019 02:51 PM

Sejujurnya bagi aku cara nih dah ketingalan zaman.. Lebih malang lagi masih ada org yg kena tipu dgn skill camni...

Tak elok la kan menipu org.. astaffirullah..
Tapi mentipu bank boleh.. kih kih
Aku msuk thai lengkap dgn scan pasport, scan jari, ambik pic muka, ambik pic keta masa lalu pondok tol dia tuh.. siap tunjuk peace lagi hokeh..
Pastu buat bebrapa kali cucuk duit, beli brg, makan mekdi, isik minyak kat sana... juga sambil tunjuk peace kat depan kamera atm, cashier dll..

and..
in the same day, telah berlaku withdrawal duit kat selatan semenanjung..
jeng jeng jeng...
apakah misteri yg telah berlaku...

tips: lirik lagu siti situ sana sini...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.069577 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list