CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2623|Reply: 2

Lelaki yang tidur sebelum jam 10.30 malam punyai sperma 4 kali ganda lebih sihat

[Copy link]
Post time 26-6-2019 11:52 AM | Show all posts |Read mode





Kebanyakan orang merancang untuk berkahwin, kemudian mendapatkan anak. Namun adakalanya perancangan itu tidak menjadi dan timbul kesukaran bagi sesetengah pasangan yang mempunyai masalah untuk mendapatkan anak.

Baru-baru ini, ahli saintis mendakwa mereka menemui 'penawar' bagi menangani isu tersebut. Dalam kejadian terbaru mereka mendapati bahawa, lelaki yang tidur sebelum jam 10.30 malam mempunyai sperma empat kali ganda dan mampu menghasilkan sperma yang berkualiti berbanding lelaki yang tidur selepas jam 11.30 ke atas.

Menurut pakar kesuburan berkata, apabila seseorang lelaki itu kurang tidur, sistem keimunan mereka terjejas lalu 'menyerang' sperma. Tambahan, kurangnya waktu tidur juga membuatkan lelaki tertekan, antara penyebab ramai yang mengalami mandul.

Lapor The Telegraph, satu pasukan di Aarhus Universitu di The Netherlands mengesahkan kajian itu dan berkata masalah itu kian meningkat terutamanya di zaman moden hari ini di mana mereka kerap berjaga malam sehingga lewat malam.


Mereka menjalankan kajian itu terhadap 104 peserta lelaki dengan purata umur 34 tahun dalam tempoh dua tahun. Corak tidur peserta ini dikesan dan dibandingkan dengan keputusan analisis sampel sperma mereka.

Angka-angka dari keputusan menunjukkan bahawa, terdapat juga perbezaan antara lelaki yang tidur sebelum jam 10.30 malam dan lelaki yang tidur antara jam 10.30 malam hingga 11.30 malam, dengan menghasilkan 2.75 kali sperma lebih sihat.

Dalam kajian ini yang dipersembahkan di persidangan European Society of Human Reproduction and Embryology, di Vienna, para saintis mengakui bahawa isu kemandulan pada lelaki telah dipandang remeh sejak sekian lama dan ia telah menyembung kepada perubahan fokus yang besar ke arah kesan sperma bawah kemandulan pasangan.



"Puncanya mungkin psikologi kerana lelaki yang kurang tidur mengalami lebih banyak tekanan dan ini boleh memberi kesan ke atas kesuburan," kata Profesor Hans Jacob Ingerslev, pengarang bersama kejadian tersebut.

Pasukan itu juga mendapati bahawa tidur antara tujuh hingga lapan jam adalah tempoh masa yang ideal. Ini kerana lelaki yang mengikut tempoh waktu ideal tersebut akan menghasilkan sperma enam kali lebih sihat daripada mereka yang kurang tidur.



Sumber: The Telegraph, World of Buzz


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2019 12:56 PM | Show all posts
ni boleh guna utk make sure laki ddk umah tak keluar melepak kt mamak nih
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa lagi.. tidor lah awal wahai lelaki sekalian alam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.792788 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list