CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[ Vol. 2 ] Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

  [Copy link]
 Author| Post time 13-1-2021 09:00 AM | Show all posts
Matpon replied at 4-7-2019 03:40 PM
boleh saya masukkan cerita di sauk..saya dah dapat sumber dari orangperak.com

yes.
boleh.

nak baca jugak. pls.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2021 05:18 PM | Show all posts

Alamak MOD kita tak pandai sunting..nanti MOD syd boleh kot sunting..Di sini saya sertakan link dia SAUK 2 Julai 2000
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2021 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Matpon replied at 13-1-2021 05:18 PM
Alamak MOD kita tak pandai sunting..nanti MOD syd boleh kot sunting..Di sini saya sertakan link di ...

Nanti saya baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2021 01:39 PM | Show all posts
Edited by Syd at 31-3-2021 01:41 PM

Prebet Adam meninggal dunia

Diterbitkan 31 Mar 2021, 9:02 am
Dikemaskini 9:39 am



Adam Jaafar atau lebih dikenali sebagai Prebet Adam dilaporkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) semalam, akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Menurut adiknya, Hawa, 56, Adam meninggal dunia pada usia 57 tahun, kira-kira sembilan pagi semalam ketika menerima rawatan di HPP dan jenazah telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Datuk Keramat selepas solat Zohor.

"Sebelum ini abang memang tiada sakit apa-apa, Allahyarham sihat sahaja cuma kadang-kadang demam, itu biasalah...cuma minggu lepas dia masuk hospital dan pemeriksaan doktor kata ada jangkitan kuman pada paru-paru," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Hawa berkata Adam, anak sulung daripada lapan beradik, adalah seorang abang yang sentiasa mengambil berat tentang adik-beradik lain dan mereka sekeluarga merasa sedih dengan pemergian abangnya itu.

Adam pernah menggemparkan negara selepas mengamuk di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada Oktober 1987 dan dalam kejadian itu, seorang lelaki terbunuh akibat terkena tembakan rambang.

Adam yang berumur 26 tahun ketika kejadian, terlepas daripada hukuman mati dan dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan selama 10 tahun kerana disahkan tidak siuman ketika melakukan kesalahan berkenaan.

-Bernama


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2021 01:20 PM | Show all posts
Edited by Syd at 7-4-2021 01:22 PM

CERITA DISEBALIK CERITA


Identiti pelaku masih misteri

Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my


LAKARAN wajah suspek yang dikaitkan dengan kes pembunuhan Nurin Jazlin.

Kuala Lumpur: Rasa seperti diperbodoh-bodohkan. Entah berapa kali ditipu dengan maklumat palsu sepanjang 28 hari penulis mengendalikan liputan kes kehilangan dan pembunuhan kanak-kanak, Nurin Jazlin Jazimin, 8.

Kehilangannya yang diculik pada 20 Ogos 2007 di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, menggemparkan rakyat seluruh negara walaupun media sosial atau portal berita belum wujud seperti dekad ini.

Kes culik dikaitkan penjahat menaiki van putih itu antara kes pembunuhan kanak-kanak tercatat dalam sejarah hitam negara. Barulah ketika itu masyarakat mengenali penjenayah pedofilia iaitu golongan gila seks terhadap kanak-kanak.

Kisah bermula apabila Nurin Jazlin yang menghidap komplikasi buah pinggang dan darah tinggi dilaporkan hilang ketika keluar berseorangan untuk membeli sepit rambut di pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen Satu, Wangsa Maju, jam 8 malam.

Susulan itu pelbagai usaha dilakukan polis, media dan orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengesan murid tahun dua Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Setapak, Setapak, Kuala Lumpur itu.

Bukan hanya bapa mangsa, Jazimin, 33, malah polis dan wartawan tidak ubah seperti 'orang gila' apabila bergegas ke segenap lokasi didakwa muncul penampakan kanak-kanak menyerupai Nurin Jazlin.


JAZIMIN mengebumikan jenazah anaknya di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, Setapak, Kuala Lumpur, selepas solat Jumaat, 21 September 2007.
Penulis masih ingat apabila terpaksa berkejar 'ke sana ke mari' tanpa mengira siang dan malam. Matlamat hanya satu - mahu akhbar ini menjadi media pertama berjaya membongkar dan menemui kanak-kanak malang itu.

Pernah penulis berpeluh mendaki tangga Batu Caves, Gombak dan bukit belukar di Pantai Dalam selepas menerima maklumat kehadiran polis penyiasat di lokasi berkenaan.

Penulis turut mengekori Ketua Balai Polis Wangsa Maju, Inspektor Hanyan Ramlan (kini Ketua polis Daerah Kemaman, Terengganu) yang berhempas pulas menggerakkan pasukannya mencari Nurin Jazlin.

Ada satu ketika sekitar jam 1 pagi pada 6 September 2007, penulis dihubungi 'sumber' memaklumkan kelibat sebuah van Nissan putih tersadai di kawasan belukar berhampiran tangki air Taman Tenaga, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Petunjuk baharu itu adalah harapan polis dalam usaha menjejaki Nurin Jazlin yang ketika itu hilang diculik memasuki hari ke-16.

Penulis memaksa diri ke lokasi walaupun ketika itu sudah menarik selimut di kamar. Lebih 10 anggota polis dilihat melakukan pemeriksaan di sekitar kawasan belukar dan tangki air itu selain mendaki bukit berdekatan.

Usaha mencari mangsa yang berlarutan sehingga jam 3 pagi itu menemui jalan buntu berikutan tiada petunjuk Nurin Jazlin ditemui. Malah, polis turut bergegas ke kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Seremban selepas ada pemanggil mendakwa melihat kelibat kanak-kanak persis Nurin dalam tandas.

Namun semua usaha itu hampa. Anak kedua pasangan Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman terus gagal ditemui.

Hanya selepas 28 hari operasi pencarian dilakukan, mayat Nurin Jazlin akhirnya ditemui pada pagi 17 September 2007.

Penjenayah gila ini menyumbat mangsa yang bogel dalam beg sukan sebelum ditinggalkan di hadapan sebuah rumah kedai di PJS 1/48, Petaling Jaya. Mayat itu kemudian ditemui oleh pemilik kedai itu sebelum diadukan pada polis.


BEG sukan berisi mayat di hadapan sebuah rumah kedai di PJS 1/48, Petaling Jaya.

Lebih menyayat hati apabila timun dan terung ditemui disumbat dalam kemaluan kanak-kanak itu yang menyebabkan rektumnya pecah. Memang tidak dapat digambarkan seksaan dialami kanak-kanak itu.

Polis kemudian berusaha menjejaki suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian. Malangnya kualiti CCTV yang kurang jelas menyukarkan polis untuk mengecam wajah suspek.

Ikhtiar lain dilakukan apabila Polis Bukit Aman menggunakan khidmat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat bagi meningkatkan kualiti visual CCTV itu.

Pada 11 Oktober 2007, satu sidang media khas dihadiri penulis diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Tujuannya bagi berkongsi video penculikan Nurin dengan kualiti yang lebih baik.

Dalam video itu, seorang lelaki dilihat membawa beg sukan berisi mayat mangsa selain rakaman seorang wanita serta tiga lelaki di lokasi mayat ditemui.

Malangnya 'petunjuk' diperoleh itu masih gagal untuk membantu polis mengesan identiti penculik dan pembunuh gila itu sehingga kini.

Namun lebih meruntun jiwa penulis adalah ketika menemani pasangan Jazimin dan Norazian di Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL). Mereka hadir untuk melakukan pengecaman mayat kanak-kanak ditemui.

Penulis masih ingat apabila Jazimin dengan yakin menafikan mayat itu sebagai anak perempuannya, Nurin Jazlin. Katanya mayat kanak-kanak itu adalah warga asing kerana tidak memiliki parut suntikan Bacillus Calmette–Guerin (BCG) seperti dimiliki Nurin Jazlin.

Penafian itu mengejutkan ramai pihak hinggakan ada yang menuduh Jazimin sudah tidak waras dan enggan menerima kenyataan.

Polemik identiti mayat itu berakhir apabila hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan ia adalah Nurin Jazlin.

Dengan berat hati, Jazimin dan isteri akhirnya akur. Jenazah itu akhirnya dituntut dari HKL sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, Setapak, Kuala Lumpur, selepas solat Jumaat, 21 September 2007.

Turut berada di pusara bersama penulis adalah penganalisis jenayah terkenal, Kamal Affandi Hashim yang banyak memberikan sokongan emosi kepada keluarga mangsa.

Sebak tangisan dan ratapan Jazimin sejurus jenazah selamat disemadikan sempat dirakam lensa jurugambar. Ia menjadi tatapan muka hadapan kebanyakan surat khabar tempatan keesokan harinya.

Selepas kes ini berlaku hampir 14 tahun lalu, penulis berkesempatan menemui semula Jazimin di rumahnya di Air Panas Setapak di sini, baru-baru ini. Tidak banyak yang berubah pada lelaki ini. Setiap sudut dinding rumahnya masih digantung gambar Nurin Jazlin.

Jelas rindunya pada Nurin Jazlin tidak pernah padam. Baginya Nurin Jazlin masih hidup. Jauh di lubuk hatinya yakin mayat yang dikebumikannya sebelum ini bukan anaknya yang hilang itu.

"Fizikal rambut, bentuk gigi dan tiada parut suntikan BCG pada mayat didakwa Nurin Jazlin masih gagal menyakinkan saya bahawa itu adalah anak saya. Namun saya reda dan menganggap jenazah itu sama seperti anak kandung sendiri.

"Apa-apa pun saya berharap siasatan kes ini tidak berakhir begitu sahaja. Pembunuh kanak-kanak ini masih bebas di luar sana," katanya.


Disiarkan pada: April 7, 2021 @ 10:31am
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2021 01:25 PM | Show all posts
Edited by Syd at 7-4-2021 01:27 PM

CERITA DISEBALIK CERITA



Kepulangan yang berakhir tragedi


Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my



RIWAYAT Ahmad Najib (kiri) berakhir di tali gantung pada Jumaat 24 September 2016, sejurus waktu subuh.

Kuala Lumpur: Masih 'melekat' di benak ingatan penulis ketika melihat sosok wanita separuh dekad muncul di pejabat Biro Pengaduan Awam Wisma MCA, Jalan Ampang di sini. Mukanya agak lesu manakala bola matanya berair kemerahan. Mungkin kerana banyak menangis.

Jam ketika itu menunjukkan waktu 11.45 pagi, bertarikh 15 Jun 2003. Wanita itu kemudian dibawa masuk ke bilik khas sebelum sidang media dimulakan oleh Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Micheal Chong.

Sekitar 20 wakil media dan jurugambar kebanyakannya media cetak berbahasa Cina memenuhi ruang kamar berkenaan termasuk penulis mewakili akhbar Harian Metro.

Sebaik memulakan bicara Micheal memperkenalkan wanita itu sebagai Pearly Visvanathan Ong, 60-an. Dia adalah ibu kandung wanita jelita, Canny Ong Lay Kian, 27, yang dilaporkan diculik sejak 13 Jun 2003.

Turut menemaninya adalah salah seorang anaknya yang juga adik mangsa, Ong Lee Shian, 21. Objektif kehadirannya hanya satu, mahu pihak media membantu menjejaki kehilangan anak kesayangannya yang diculik di kawasan parkir Kompleks Beli-Belah Bangsar (BSC) Bangsar, Kuala Lumpur.

Lokasi kejadian hanya terletak kira-kira tiga kilometer dari Balai Berita New Straits Times (NSTP) di Jalan Riong, Bangsar.

Menurutnya, Canny Ong dilahirkan di Ipoh, Perak, berhijrah dan bekerja sebagai penganalisis teknologi maklumat di San Diego, California, Amerika Syarikat dan mempunyai suami bernama Brandon.

Mereka merancang untuk memiliki cahaya mata. Namun apabila mengetahui bapanya, Ong Bee Jeng menghidap kanser, Canny Ong bergegas terbang pulang ke Malaysia untuk menziarahi bapanya yang terlantar sakit.

Bagaimanapun, mereka yang meraikan majlis perpisahan dikejutkan dengan kejadian penculikan Canny Ong.

Dia dilarikan seorang lelaki menggunakan kereta mangsa jam 10.45 malam hari kejadian, 13 Jun.

Pada sidang media itu juga gambar wajah Canny Ong diedarkan kepada semua wartawan yang hadir. Harapan tinggi diletakkan supaya wanita malang itu dapat ditemui dengan selamat.


Malah, gambar Canny Ong bersaiz poskad itu masih tersimpan rapi dalam laci penulis sehingga kini.

Ketika sidang media berakhir, tiada siapa menyangka ia hanyalah babak permulaan kepada plot tragedi pembunuhan ngeri bakal menggemparkan seluruh negara. Tanda tanya kehilangan Canny Ong akhirnya terjawab lima hari kemudian pada 17 Jun 2003 apabila mayatnya ditemui dalam keadaan rentung dibakar.

Dia dibunuh kejam sebelum mayatnya disumbat ke dalam lubang longkang berhampiran tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) Petaling Jaya, Selangor.

Fakta kes mula terungkai satu per satu apabila 'sahabat akrab' penulis, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor ketika itu, Senior Asisten Komisioner (SAC) Abu Bakar Mustafa mendedahkan 'misi syaitan' lelaki bernama Ahmad Najib.

Menurutnya, Canny Ong dan penculiknya, Ahmad Najib sempat ditemui di dalam kereta Proton Tiara oleh anggota polis, Lans Koperal S Ravichandran yang melakukan rondaan bermotosikal di Kelana Jaya, Selangor iaitu kira-kira sejam selepas mangsa diculik.

Sewaktu sedang melakukan pengecaman identiti, polis terbabit mendakwa terlihat Canny Ong membuat isyarat tangan seolah-olah sedang berdoa atau meminta tolong. Curiga dengan isyarat dilakukan Canny, polis terbabit mengarahkan suspek untuk keluar daripada kenderaan.


KELIBAT Ahmad Najib dapat dirakam melalui litar kamera tertutup (CCTV) di kawasan parkir BSC.

Namun begitu Najib memecut laju kereta tanpa mengambil semula kad pengenalannya. Walaupun dua das tembakan dilepaskan polis namun suspek berjaya bolos.

Menurut Abu Bakar, suspek kemudian sempat meminjam jek dari seorang pemandu kereta wanita bernama Aminah di Jalan Sungai Way, bagi menukar tayar kenderaan yang bocor ditembak polis itu.

Katanya, Aminah juga sempat melihat Canny melambai tangan ke arahnya seolah-olah meminta tolong. Terdetik di hati Aminah, sesuatu buruk sedang berlaku. Dia kemudian segera membuat laporan ke Balai Polis Subang Jaya selepas suspek beredar dalam keadaan tergesa-gesa.

Klimaks kepada kejadian adalah apabila Canny Ong diperkosa di dalam kereta berhampiran Taman Datuk Harun, Jalan Klang Lama, beberapa jam kemudian sebelum mangsa ditikam hingga mati.


ANGGOTA forensik melakukan siasatan di lokasi penemuan mayat mangsa.

Mayat Canny Ong kemudian disumbat ke dalam lubang longkang sempit di tepi lebuh raya dan ditindih dengan dua tayar besar berisi simen. Penjenayah kemudian muncul semula di lokasi kejadian sehari selepas itu - 15 Jun dengan membawa dua botol petrol dibeli di stesen minyak Jalan Pantai Baharu.

Petrol itu dijirus pada mayat mangsa sebelum dibakar hingga rentung. Mujur kejadian itu disedari pengurus tapak binaan lebuh raya sebelum laporan polis segera dilakukan.

Lima hari kemudian iaitu pada 20 Jun 2003, pihak polis akhirnya berjaya menangkap 'binatang' bernama Ahmad Najib Aris, 27, yang membunuh Canny Ong susulan serbuan di sebuah rumah di Kampung Kerinchi, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Ketua Unit Siasatan, Tempat Kejadian Jenayah (CSI), Makmal Forensik, Bukit Aman, Amidon Anan ketika ini yang amat 'mesra media' memaklumkan pada penulis, berdasarkan laporan bedah siasat, tangan Canny Ong diikat sehelai kain selain punca kematiannya akibat dijerut dan dicekik di leher.

Perbicaraan ke atas Ahmad Najib berlangsung selama 13 tahun hingga ia dianggap sebagai perbicaraan kes jenayah paling lama berlangsung dalam landskap jenayah Malaysia.

Dengan bukti kukuh seperti DNA dan kesan air mani, Ahmad Najib yang kerap tampil memakai kopiah akhirnya dijatuhi hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Februari 2005.

Pada Jumaat 24 September 2016, sejurus waktu subuh, riwayat Ahmad Najib yang bekerja pencuci kabin kapal terbang berakhir di tali gantung.

Walaupun pembunuh dapat diheret ke mahkamah ketika itu, muncul pelbagai 'spekulasi liar' kononnya Ahmad Najib adalah bekas kekasih Canny Ong.



KEADAAN mayat mangsa yang ditemui rentung dalam lubang longkang berhampiran tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) Petaling Jaya, Selangor.

Wujud tuduhan kononnya ia akibat isu hutang along selain dakwaan Ahmad Najib adalah 'kambing hitam' kes bunuh itu. Banyak persoalan sukar dijawab penulis dan ramai anggota polis yang terbabit dengan kes itu sehingga kini.

Mengapa Canny tidak melarikan diri ketika penjenayah sedang cuba menukar tayar kereta sedangkan dia adalah pemegang tali pinggang hitam seni mempertahankan diri. Mengapa Canny tidak menjerit meminta tolong ketika kereta dinaiki ditahan anggota polis.

Apa motif sebenar pembunuhan dan benarkah semua itu dilakukan secara spontan atau 'suka-suka' oleh Ahmad Najib?

Muncul tanda tanya sama ada Ahmad Najib adalah seorang psikopat ataupun sebaliknya. Semua itu mengundang kebingungan dan tiada jawapan jelas hingga kini.

Bagi penulis, walaupun kes pembunuhan tidak berhati perut ini sudah berlalu hampir 18 tahun namun ia payah dilupakan.


Disiarkan pada: April 6, 2021 @ 12:45pm
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-4-2021 01:38 PM | Show all posts
CERITA DISEBALIK CERITA

Episod pilu di HKL

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my




KEADAAN persekitaran kilang mercun Bright Sparklers, Sungai Buloh selepas berlaku tragedi letupan, 30 tahun lalu.

Kuala Lumpur: Sebaik memasuki ruangan Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), beliau melihat tiga mangsa terbaring di atas katil sorong selain suasana di situ cemas.

Matanya terarah kepada sekujur tubuh yang sebahagian perutnya terbuka dan mangsa mengerang kesakitan. Di sebelahnya, pemandangan lebih mengerikan.

Muka terbelah dan menampakkan tulang rahang hingga ke leher manakala seorang lagi sedang bergelut dengan maut dan cuba diselamatkan oleh doktor.

Itu visual ngeri yang menjadi petunjuk awal bekas wartawan Harian Metro (HM), Wan Sabariah Shikh Ali menulis berita Tragedi Letupan Kilang Mercun Bright Sparklers, Sungai Buloh, 30 tahun lalu.

Wan Sabariah berkata, pada petang 7 Mei 1991, beliau sedang mewawancara Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) ketika itu, Datuk Dr Megat Burhanuddin Abdul Rahman di pejabatnya di tingkat satu bangunan utama HKL.


"Kira-kira jam 5.30 petang, beliau menerima panggilan telefon dan berkata kepada saya: 'Wan Sab, mari ikut saya ke Jabatan Kecemasan, ada kes letupan besar, mangsa pertama baru tiba.'

"Gambaran di atas itu adalah petunjuk pertama. Beberapa ketika selepas itu, beberapa kes lagi tiba.

"Suasana di Jabatan Kecemasan HKL hiruk-pikuk, pegawai perubatan cuba menyelamatkan mereka dalam keadaan kritikal.

"Saya melihat seorang lelaki, seluruh tubuhnya menjadi kuning, tiada kecederaan fizikal pada beliau," katanya.

Menurutnya, ketika itu tidak ada maklumat lengkap mengenai kejadian sebenar.

"Ada yang mengatakan letupan kilang peluru di Sungai Buloh, ada juga mengatakan kilang gelas.

"Apabila saya melangkah keluar dari ruang kecemasan, saya jadi pilu. Seorang wanita berusia 50-an meraung dan akhirnya memeluk saya bertanyakan keadaan suaminya di dalam.

"Itu adalah wawancara pertama dengan keluarga mangsa sambil saya cuba menenangkannya.

"Tiga ahli keluarganya terbabit – suami, anak lelaki dan menantu. Nasib mereka tidak diketahui. Apabila ditanya apakah yang berlaku, barulah saya tahu bahawa kilang mercun meletup," katanya.

Beliau berkata, dari saat itu, wartawan meja berita Harian Metro tidak tidur malam sehinggalah kes terbabit selesai.



LAPORAN muka depan Harian Metro pada 10 Mei 1991.

"Apa tidaknya akhbar kami keluar waktu petang. Sepanjang hari, semua syarikat media menumpukan perhatian kepada kenyataan rasmi pihak berkuasa berhubung kejadian itu dan membuat liputan susulan keluarga mangsa.

"Malam adalah milik kami, kumpulan perintis di Harian Metro," katanya.

Ketika melaporkan tragedi, beliau bersama teman wartawan, Razali Zakaria berkampung di bilik operasi polis di tapak kejadian setiap malam untuk mencari headline eksklusif keesokannya.

"Ketika itu, HM mendapat beberapa scoop yang menjadikan HM mula dicari. Tetapi sebagai wartawan, yang lebih memberi kepuasan adalah apabila natijah daripada tragedi itu, kerajaan mengambil beberapa langkah penting untuk memastikan ia tidak berulang," katanya.

Sementara itu, Razali berkata, cabaran ketika itu adalah menghantar bahan berita kerana tiada isyarat telefon di kawasan terbabit sehingga terpaksa memanjat bukit berhampiran untuk menghantar berita ke pejabat.

"Rakan di pejabat akan mengambil maklumat diberi sebelum dikarang semula dan saya bersama rakan lain bermalam di lokasi kejadian bagi mencari bahan berita," katanya.

Menurutnya, sebelum ke lokasi kejadian, dia sempat membeli beberapa bungkus ayam KFC yang kemudian diserahkan kepada polis yang berkawal di kilang mercun itu.

"Pada mulanya kereta dipandu saya ditahan anggota polis dan mereka tanya saya hendak ke mana dan dari mana.

"Saya pun tidak memberitahu saya wartawan sebaliknya mengatakan kami dari Skuad Metro dan hantar makanan sebelum dibenarkan masuk," katanya.

Menurutnya, ketika berjaya masuk, dia tidak tahu sebenarnya kawasan terbabit masih tidak selamat dan bahan membuat mercun masih ada serta bila-bila masa boleh meletup.

"Selepas mencari maklumat, saya terdengar walkie-talkie polis memberitahu kawasan itu masih tidak selamat dan boleh meletup.

"Bimbang terjadi apa-apa, saya terus keluar dari kilang itu," katanya.

Kejadian berkenaan menyebabkan 26 maut manakala 83 mangsa cedera dan 200 rumah musnah.

Disiarkan pada: April 8, 2021 @ 12:59pm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2021 01:16 PM | Show all posts
Edited by Syd at 9-4-2021 01:18 PM

CERITA DISEBALIK CERITA

Kisah wanita gigih berakhir tragis
Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my



Kuala Lumpur: Hubungan penulis dengan jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya, 47, bermula seawal tahun 1997 - tiga tahun sebelum penulis menyertai unit berita akhbar Harian Metro.

Ketika itu penulis kerap diminta Kak Wati menghasilkan artikel copywriting berkaitan produk kecantikan Nouvelles Visages keluaran syarikatnya, khusus untuk pengisian iklan di majalah tempatan.

Penulis pasti berulang alik ke pejabatnya di Diamond Square, Jalan Gombak, setiap bulan sebelum dia berpindah operasi ke Jalan Raja Bot, Chow Kit.

Pada penulis, dia kakak yang lucu namun cukup serius dan kental dalam berniaga. Malah, ketika isu wang 'dilarikan' bekas suaminya pada September 2007, penulis adalah individu pertama dihubungi jam 8 pagi untuk mendapatkan pandangan.

Penulis sekadar menasihati beliau membuat laporan polis sebelum kes dipanjangkan kepada peguam. Setahun sebelum kes pembunuhan kejamnya menggemparkan negara pada September 2010, dia sempat menghulurkan duit raya pada majlis berbuka puasa diadakan di Dewan Perdana Felda.

Dia cukup pemurah. Berjuta ringgit disumbangkan ke rumah anak yatim di Johor setiap tahun tanpa menagih publisiti. Bukan hanya bersandarkan perniagaan produk kosmetik, Sosilawati turut bijak mengembangkan perniagaan hingga memiliki aset hartanah, bangunan perniagaan serta memiliki syarikat pengedar kereta mewah import.

Pada penulis, anak penoreh getah dari Kampung Sri Medan, Batu Pahat, Johor berkelulusan SPM ini genius berniaga.


Penyelam PDRM menemui seutas gelang tangan di sungai berhampiran Pasar Besar Banting.
Tragedi pembunuhan menggemparkan negara membabitkan beliau berlaku ketika umat Islam menjalani ibadah puasa ketika Ramadan. Penulis menghidu kehilangan Sosilawati apabila anaknya membuat laporan polis.

Sosilawati gagal dihubungi selepas menuju ke Banting, Selangor atas urusan perniagaan pada 30 Ogos 2010. Detik kehilangan awal Sosilawati bersama Kamaruddin Shamsuddin, 44, (pemandu peribadinya), Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, (peguam peribadi) dan juga Noorhisham Mohammad , 38, (pegawai bank CIMB) menjadi paparan muka hadapan eksklusif akhbar ini pada 6 September 2010.

Ketika itu penulis segera ke rumah Sosilawati di Taman Harmoni, Gombak, untuk bertemu rakan karibnya, Datuk Junaidah Kiting (Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia) bagi berkongsi maklumat terkini kes kehilangan itu.



Kereta Sosilawati dijumpai di pangsapuri Angsana USJ 1.

Tersebar desas-desus kononnya Sosilawati membawa wang berjumlah RM4 juta dan hilang ketika dalam perjalanan menemui seorang peguam bagi urusan pembelian tanah bernilai kira-kira RM1.4 juta di Pulau Pinang.

Namun teka-teki kehilangan ikon usahawan itu mula terungkai apabila polis menemui kereta BMW X5 dinaiki Datuk Sosilawati di parkir Pangsapuri Angsana, dekat USJ1, Subang Jaya pada 6 September 2010 sebelum kereta BMW 5 Series milik peguamnya ditemui tidak jauh dari Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya.

Puncak episod kehilangannya terjawab apabila seorang bekas peguam, Datuk N Pathmanaban, 43, (suspek utama) dan juga adiknya, Surendran ditahan polis lima hari kemudian.

Mereka akhirnya membawa polis ke lokasi pusat ternakan ayam, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting, Selangor iaitu tempat Sosilawati dan tiga yang lain dibunuh kejam beramai-ramai.

Berdasarkan soal siasat terhadap suspek, mangsa dipukul dengan kayu kriket dan senjata tumpul sebelum tangan diikat menggunakan dawai. Mangsa turut ditikam dan disembelih menggunakan senjata tajam oleh pembunuh hingga mati sebelum dibakar menjadi abu. Cukup ngeri untuk dibayangkan seksaan dialami semua mangsa ini.

Ternyata penjenayah 'berhati kering' ini sedaya upaya mahu melupuskan bukti jenayah apabila cebisan dan abu mayat semua mangsa dikutip dan dibuang ke Sungai Panchau terletak dua kilometer dari ladang ayam milik suspek bekas peguam itu.



Sebahagian tulang yang dikutip dari Sungai Panchau ,Kancong Laut yang dipercayai tulang jutawan kosmetik dan tiga rakannya.

Semua ini dirancang rapi dan dilakukan pada malam 30 Ogos 2010. Masih penulis ingat, 'gerombolan' wartawan Harian Metro antaranya Shamsul Munir Safini, Muhammad Apendy Issahak, Sarah Zulkifly, Ahmad Tajol Ansar, Shanty Nur Shaffizan Shafee dan ramai lagi 'berkampung' di Ladang Gadong dan Sungai Panchau selama hampir seminggu.

Ketika itu pasukan penyelam Polis Marin gigih mencari bukti kes di dasar Sungai Panchau. Akhirnya cebisan tisu anggota tubuh dan tulang mangsa, gelang emas, jam tangan berjenama, pisau, besi dan pelbagai bukti pembunuhan lain ditemui.

Situasi ketika itu dianggap mendebarkan apabila petugas polis forensik membuat marking dan menyusun setiap satu bahan bukti, tulang, rambut dan abu mangsa di atas jalan berhampiran lokasi kejadian.

Satu persatu mula terungkai apabila sidang akhbar diadakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ketika itu, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan keempat-empat mangsa termasuk Datuk Sosilawati dibunuh dengan kejam.

Susulan segala bukti dan DNA diperoleh, Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya T Thilaiyalagan, 21, R Matan, 22, dan R Kathavarayan, 33, diheret ke Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting atas tuduhan membunuh pada 13 Oktober 2010.

Dua lagi tali barut bekas peguam itu, U Suresh dan K Sarawanan yang mengaku bersalah menghapuskan bahan bukti pembunuhan dijatuhi hukuman penjara 20 tahun.

Perbicaraan kes kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, Shah Alam pada 4 Julai 2011. Fakta yang mengejut apabila Pakar Perunding Forensik Dr Nurliza Abdullah dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengesahkan penemuan 2,030 spesimen besar tulang atau gigi mangsa yang dibakar pada suhu sekurang-kurangnya 800 darjah Celsius ke atas.

Penantian panjang tempoh perbicaraan berakhir pada 23 Mei 2013 apabila Hakim Datuk Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas keempat-empat tertuduh selepas mendapati mereka bersalah membunuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin.

Masih penulis ingat kenyataan Hakim Akhtar yang menyifatkan kecekapan polis dan kejayaan menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh tidak sampai dua tahun sebagai 'bertaraf dunia.'

Bagaimanapun, pada 16 Mac 2017, panel hakim Mahkamah Persekutuan membebaskan Matan selepas mendapati kekurangan bukti untuk mengaitkan lelaki itu dengan pembunuhan itu.

Namun sabitan dan hukuman mati terhadap bekas peguam dan dua pekerja ladangnya dikekalkan.

Jelas pada penulis, pembunuhan ini dilakukan atas faktor tamak dan bermotifkan wang. Ia dilakukan ketika Sosilawati pergi ke ladang itu untuk mempercepatkan tarikh penunaian dua cek bernilai RM4 juta yang dikeluarkan Pathmanabhan atas urusan penjualan hartanah.

Apa yang menimpa kak Wati sedekad lalu, sukar dilupakan penulis setiap kali menghampiri Ramadan mulia. Tiada lagi pemberian 'bontrot' (bungkusan kuih raya dalam bahasa Jawa) darinya lagi. Moga rohnya tenang di sana. Al-fatihah.

Disiarkan pada: April 9, 2021 @ 9:00am
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-4-2021 02:20 PM | Show all posts
Edited by Syd at 9-4-2021 02:22 PM

48 buku nota penuh catatan prosiding!

Ramasamy Chellachamy
rama@mediaprima.com.my


LAPORAN Harian Metro pada 10 Februari 1995 selepas penghakiman dijatuhkan. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Apabila saya dan penolong pengarang berita Harian Metro, Allahyarham Karim Sulaiman diamanahkan membuat liputan perbicaraan Mona Fandey pada minggu terakhir Ogos 1994, kira-kira 27 tahun lalu, perkara pertama yang terlintas di kotak fikiran kami ialah: bagaimana kami mahu menyampai butiran prosiding itu secara jitu - paling tepat dan tanpa sebarang sentuhan perubahan dari segi bahasa dan struktur ayat.

Dengan kata lain, kami mahu mempersembahkan prosiding itu setulen sebagaimana diutarakan dalam perbicaraan dan seolah-olah pembaca berada sendiri dalam kamar mahkamah.

Selalunya perbicaraan mana-mana kes sama ada sivil mahupun jenayah akan panjang, perlahan dan tidak 'semeriah' seperti disaksikan dalam drama mahupun wayang. Itu antara sebab utama mengapa selalunya prosiding dipersembahkan dalam bentuk laporan dalam media - cakap ajuk yang dijadikan cakap pindah.

Selepas berbincang, saya dan Karim, seorang wartawan prolifik yang pernah meraih pengiktirafan tertinggi dunia kewartawanan Malaysia, Anugerah Kajai pada 2001, kami memutuskan untuk mempersembahkan keseluruhan perbicaraan mengikut kaedah transkrip mahkamah - ada soal dan jawab - sama sebagaimana didengari oleh hakim untuk catatan beliau.

Dengan cara ini kami dapat membawakan degup dan debar sebenar yang tercipta dalam kamar mahkamah yang mengadili antara perbicaraan kes bunuh paling tragis serta paling mendapat perhatian umum dalam sejarah Malaysia dalam waktu terdekat ini.

Malah, kami turut membawa artis grafik Berita Harian, Mohd Zikri Mohd Zain untuk membuat ilustrasi prosiding untuk tatapan pembaca - sesuatu yang pertama buat akhbar tempatan.

Lebih menarik, kes Mona Fandey adalah antara prosiding terakhir di negara yang mengguna pakai sistem juri - tujuh orang semuanya.

Perbicaraan Mona Fandey atau Maznah Ismail (tertuduh ketiga), suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman (tertuduh kedua) dan pembantu mereka, Juraimi Husin (tertuduh pertama) bermula di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 12 september 1994.

Ketiga-tiga mereka dituduh membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris di sebuah rumah di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub di antara jam 10 malam 2 Julai dan 12 tengah malam 8 Julai 1993.

Mereka yang bertindak mengerat mayat mangsa kepada 18 bahagian didakwa Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama.

Sememangnya kes berkenaan ada semua elemen yang menarik perhatian manusia - politik, wang, misteri, bomoh, jenayah ngeri dan polis serta undang-undang.

Ia ialah kisah seorang pemimpin politik bercita-cita tinggi mahu mendapatkan bantuan 'kuasa ghaib' bagi meningkatkan kerjaya politiknya, tetapi dibunuh kejam sepasang bomoh kerana hartanya.

Ia juga adalah cerita seorang wanita pelbagai wajah - seorang bomoh, kerabat diraja, artis, ahli perniagaan dan ketua parti politik. Dibantu suaminya yang tidak banyak cakap, tetapi pandai bermain kata-kata, ramai yang terpikat dengan mereka.

Juga tidak ketinggalan, kisah seorang pemuda buta huruf yang patuh kepada ibu bapa, tetapi berubah apabila bertemu pasangan itu dan disifatkan di mahkamah sebagai 'lebih bijak daripada seorang pakar bedah.'

Apabila kes bermula, fokus Malaysia menjurus ke Temerloh, sebuah bandar kecil yang terkenal dengan hidangan ikan patin, selama lima bulan sehingga 9 Februari 1995 apabila Hakim Mahkamah Tinggi Temerloh, Datuk Mokhtar Sidin menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas ketiga-tiga mereka.

Temerloh tidak pernah menyaksikan tumpuan sedemikian besar. Ramai petugas yang terbabit dalam prosiding - staf mahkamah, saksi, polis, wartawan dan jurugambar - datang dari luar daerah.

Justeru, hotel dan rumah penginapan di Temerloh penuh dan ditempah untuk berbulan lamanya berikutan tiada siapa yang tahu bila perbicaraan akan tamat. Ada yang terpaksa menginap di Mentakab dan berulang-alik sejauh 10 kilometer setiap hari.

Ada sekali selama sebulan saya sendiri terpaksa menginap sementara di Mentakab berikutan masalah tempahan di hotel yang saya sedia menginap. Berikutan permintaan tinggi, di Mentakab saya hanya dapat sebuah bilik terpencil di tingkat paling atas yang tidak bertingkap langsung!



PERBICARAAN berlangsung selama 69 hari dengan 70 saksi memberikan keterangan. FOTO Arkib NSTP

Sepanjang perbicaraan yang berlangsung selama 69 hari sejumlah 70 saksi memberikan keterangan dan 295 bahan dikemukakan oleh pihak pendakwa dan pembela.

Setiap hari, saya dan Karim akan berada di mahkamah seawal jam 8 pagi sebelum memasuki kamar perbicaraan pada jam 9 pagi. Pada kebanyakan hari prosiding lazimnya hanya berlangsung sehingga jam 1 tengah hari. Ada hari ia berlarutan setengah jam 4 petang - bergantung kepada keputusan hakim dan kepentingan saksi yang memberi keterangan.

Mendengar butiran prosiding di dalam kamar memang sukar. Meskipun beberapa bangku panjang disediakan untuk wartawan, ada masanya kami tidak dapat 'tangkap' soalan dan jawapan yang diutarakan. Ini berikutan pendakwa, pembela, tertuduh dan saksi bercakap memandang hakim dan membelakangi kami!

Satu lagi cabaran buat saya dan Karim ialah terpaksa mencatatkan setiap patah perkataan prosiding untuk dipersembahkan secara transkrip kepada pembaca berbanding wartawan lain yang hanya mencatatkan bahagian tertentu untuk disajikan dalam bentuk laporan.

Jadi selama hampir tiga jam setiap hari - seperti juga hakim - kami membuat catatan ke buku nota dengan memberikan tumpuan penuh kepada perbicaraan untuk mengelakkan sebarang kesilapan. Jika maklumat yang disiarkan di akhbar tidak tepat, ia hanya mengundang tindakan mahkamah ke atas kami. Jika ada keraguan mengenai catatan yang diambil, kami akan merujuk kepada pendakwa dan pembela serta membuat perbandingan dengan rakan wartawan lain.

Sepanjang perbicaraan berlangsung, saya menggunakan 48 buku nota untuk mengambil catatan prosiding! Jika catatan ke buku nota mengambil masa tiga jam, dua jam lagi diperlukan untuk menaipnya ke komputer untuk dijadikan berita. Dan ia harus dilakukan dengan pantas demi mengejar deadline di ibu pejabat di Kuala Lumpur.

Berbekalkan beberapa buku undang-undang terutama Akta Keterangan 1950 dan kamus istilah perundangan Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu, kami pastikan laporan yang dikarang komprehensif dan tepat.

Kami lazimnya membuat empat hingga lima berita setiap hari dengan transkrip utama memakan tiga hingga empat halaman kertas bersaiz A4. Ilustrasi yang dilukis dikirimkan melalui faksimile manakala film roll gambar dihantar melalui bas yang berlepas ke Kuala Lumpur dari Temerloh sebelum petang untuk diproses di ibu kota.

Harian Metro menyiarkan liputan perbicaraan Mona Fandey di empat hingga enam halaman setiap hari.

Tidak hairan edisi penghakiman yang keluar pada Jumaat, 10 Februari 1995 mencatatkan jualan paling tinggi pada waktu itu - 160,000 naskhah. Malah, kami juga mendapat satu berita scoop apabila memperoleh komen Mona Fandey apabila dia dipindah dari Temerloh ke Penjara Wanita Kajang sehari selepas kes tamat.

Sepanjang membuat liputan beberapa 'insiden' dilaporkan berlaku antaranya wartawan pengsan dalam bilik air hotel, petugas dilaporkan tiba-tiba blank, kedengaran bunyi seolah-olah itik serati dalam kamar mahkamah serta ada bunyi sayup-sayup orang menangis. Namun sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan.

Apa yang pasti, sepanjang perbicaraan berlangsung ketiga-tiga tertuduh tidak pernah menunjukkan sebarang kekesalan.

Disiarkan pada: Mac 30, 2021 @ 12:00pm

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2021 01:12 PM | Show all posts
Bunuh jururawat, lelaki Nigeria dihukum gantung sampai mati

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

ALOWONLE Oluwajuwon dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah membunuh Siti Kharina, tiga tahun lalu. FOTO Fariz Iswadi I
I
Shah Alam: Lelaki Nigeria dijatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin yang mayatnya ditemukan dalam unit kondominium dekat Cyberjaya, tiga tahun lalu.

Hakim H Ab Karim Ab Rahman menjatuhkan hukuman itu ke atas Alowonle Oluwajuwon Gilbert, 38, selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah dan keterangan tertuduh hanya penafian semata-mata.

Alowonle yang memakai pakaian penjara warna putih kelihatan menangis sebaik keputusan hukuman dijatuhkan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Alowonle didakwa menyebabkan kematian Siti Kharina, 40, di Tower 1, Third Avenue Kondominium, Cyberjaya, di sini, antara jam 12.41 pagi, 9 Mei hingga 2.30 petang, pada 15 Mei 2019.

Tertuduh yang diwakili peguam, Shafinah Taib dakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2021 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari ini 22 tahun yang lalu, Datuk Azhar Mansor kembali ke tanah air dari pelayaran solonya mengelilingi dunia.

Dilahirkan di Kangar, Perlis pada 11 Februari 1958, Azhar memulakan pelayarannya dari Awana Porto Malai, Langkawi tepat jam 4.30 petang 2 Februari 1999 dengan kapal layar diberi nama Jalur Gemilang disaksikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Berlayar mengikut arah Timur, laluannya sudah ditetapkan iaitu menukar haluan di Cape Leeuwin di Barat Australia, kemudian di South East Cape di Tasmania, seterusnya South Cape di New Zealand sebelum merentas Lautan Pasifik menuju Cape Horn, Chile.

Namun sebelum sampai ke Cape Horn, tiang layarnya patah dek dibadai ribut, memaksanya berlabuh untuk membaiki kerosakan sekali gus menunda tempoh pelayaran asal yang dirancang iaitu kurang 100 hari untuk melakar rekod World Sailing Speed Record Council (WSSRC).

Siap memasang tiang baharu, Jalur Gemilang meneruskan pelayarannya ke arah Kepulauan Fernando de Noronha di Brazil, kemudian merentas Lautan Atlantik dan turun ke selatan semula untuk melewati Cape of Good Hope di Afrika Selatan dan terus menuju ke Langkawi.

Di tengah perjalanan itu, Azhar terperangkap dalam keadaan yang dipanggil sebagai angin mati atau ‘doldrums’, di mana laut amat tenang tidak berombak sedikit pun selama dua hari sebelum angin kembali bertiup dan membolehkan pelayaran diteruskan.

Akhirnya selepas berlayar sejauh 21,760 batu nautika selama 190 hari, 6 jam, 57 minit dan 2 saat, Jalur Gelimang selamat tiba semula di Awana Porto Malai pada 11 Ogos 1999. Azhar menjejakkan kakinya di Jeti Star Cruise pada 11.55 malam itu.

Walaupun tidak dapat melakar rekod pelayaran keliling dunia secara solo terpantas tanpa bantuan, WSSRC tetap mengiktiraf pelayaran itu secara rasmi dalam kategori 'Keliling Dunia, Dengan Bantuan, (berhenti), Arah Timur, Seorang Diri', yang tidak pernah dibuat sebelum itu.

Azhar kemudian dianugerahkan gelaran ‘Kapten Terhormat’ oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ketika majlis makan malam sempena temasya Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) pada Disember tahun itu.

Sumber: WSSRC, Perpustakaan Negara, Utusan Malaysia, Wikimedia Commons

#PeristiwaHariIni

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2021 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
DEMAM EMAS LUBUK MANDI : TRAGEDI LUBUK MANDI

Lubuk Mandi merupakan satu kawasan yang terkenal di Malaysia terutamanya dengan luruan emas yang melanda Malaysia pada akhir tahun 80-an. Kemahsyurannya sebagai lubuk emas menyebabkan manusia berpusu-pusu untuk mencuba nasib melombong galian berharga berkenaan. Dalam akhir dekad 80-an juga menyaksikan beberapa tragedi yang menyedihkan yang akhirnya mendorong kepada penutupan kawasan berkenaan.



LATAR BELAKANG KAWASAN

Kawasan Lubuk Mandi bukanlah kawasan yang baharu diteroka. Dengan beberapa penemuan artifak di kawasan berkenaan, nyatalah Lubuk Mandi mempunyai sejarah lampau yang perlu diteliti dan dicungkil. Penemuan beberapa artifak seperti loket, seterika dan keris yang berusia lebih dari satu abad memberi petunjuk bahawa kawasan berkenaan sudah mempunyai sejarahnya tersendiri dan bukanlah satu kawasan hutan yang tidak berpenghuni suatu ketika dahulu.



RENTETAN PERISTIWA

Pada Jun 1988, Mohamad Harun yang merupakan seorang pengusaha bengkel kenderaan telah mencuba mendulang tanah getah pusaka beliau di kawasan Lubuk Mandi setelah menurut pengamatan beliau, keadaan dan bentuk tanah di Lubuk Mandi adalah sama dengan tanah di kawasan Pelong, Setiu yang sebelum ini penah digegarkan dengan penemuan emas. Seterusnya, setelah ahli keluarga dan saudara-maranya mulai juga mendulang emas, beliau telah membawa emas berkenaan untuk diuji oleh Malaysia Mining Corporation (MMC) yang telah mengesahkan bahawa emas berkenaan bermutu tinggi.

Akhirnya, pada Ogos 1988 kegiatan mereka terbongkar oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri (PTG). PTG memberi amaran bahawa mendulang tanpa permit adalah dilarang, namun penduduk kampung sekitar mula menyertai kegiatan melombong emas berkenaan.

Orang ramai beratur untuk mendapatkan borang lesen mendulang di Pejabat Tanah Marang

Namun, pada 13 November 1988, berita mengenai Lubuk Mandi disiarkan di dalam Utusan Malaysia, seterusnya mencetuskan ‘demam emas’ di kalangan rakyat Malaysia. Ramailah orang berpusu-pusu untuk menyertai perlumbaan pencarian emas berkenaan sehinggakan Kerajaan Negeri Terengganu meminta kerjasama orang ramai supaya keluar serta-merta untuk membolehkan kerajaan memastikan kedudukan tanah kerjaan dan tanah persendirian. Tetapi, arahan berkenaan tidak dihiraukan.

Pada 1 Disember 1988, Kerajaan Negeri mewartakan kawasan Lubuk Mandi sebagai kawasan melombong secara mendulang kepada orang ramai. Kedai alatan mendulang dan gerai makan mulai dibuka di sekitar jalan masuk. Keadaan ini bertambah hangat dengan kenyataan Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Dato’ Alias Ali yang menyatakan deposit simpanan emas kawasan berkenaan dianggarkan bernilai lebih RM10 juta. Bahkan beberapa kawasan di sekitar Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Dungun juga ditemui emas.

Salah satu kejadian pendulang tertimbus di kawasan Lubuk Mandi.

Pada 30 November 1988, beberapa pendulang dikatakan tertimbus, tetapi sempat diselamatkan kecuali seorang wanita yang meninggal dunia kerana tertimpa batang kayu. Musim tengkujuh tahun berkenaan juga menyebabkan 30 pendulang terkepung di kawasan tanah tinggi dan pulau jadian di Lubuk Mandi pada 2 Disember dan polis mengadakan satu usaha penyelamatan dengan bot ronda kerana kawasan berkenaan ditenggelami air antara 4 hingga 9 meter.

Pada 8 Disember pula, seorang pendulang Kemboja telah tertimbus tetapi dapat diselamatkan. Kemalangan seterusnya berlaku pada 26 Februari 1989 apabila 3 orang terkorban akibat tanah runtuh. Pada 28 April pula, 13 orang tertimbus, 6 daripadanya meninggal dunia. Ketika usaha pencarian dilakukan, 17 pasang kasut dijumpai, menimbulkan tanda tanya sama ada lebih ramai mangsa yang terlibat. Baki 3 daripada 6 mangsa hanya ditemui pada 1 Mei 1989. Akibat kejadian itu, kerajaan negeri mengarahkan lombong ditutup sementara.

Pada 18 Mei 1989, 1000 pendulang berhimpun dan menghantar memorandum meminta Menteri Besar membuka kembali kawasan lombong. Namun, kawasan hanya kembali dibuka pada 2 September.

Setelah dibuka, pada 3 Disember 1989, sekali lagi tanah runtuh berlaku, nyaris mengorbankan 6 orang ketika mereka menggali terowong antara 6 hingga 10 meter dalam.

Tahun 1990 menyaksikan Pejabat Tanah dan Daerah Marang menjadi pejabat daerah yang mendapat hasil paling tinggi di Malaysia dengan kutipan RM 1, 125 636 dalam tempoh setahun.

Seterusnya pada 26 Mac 1990, seorang pendulang maut dan empat lagi cedera akibat tanah runtuh. Akibat kejadian berkenaan, sekali lagi Lubuk Mandi ditutup dan hanya dibuka semula pada 1 Mei 1990. Akhirnya Lubuk Mandi ditutup terus oleh kerajaan negeri pada September 1990 walaupun masih ada kegiatan mendulang secara tidak sah selepas itu.

RUJUKAN

MUZIUM NEGERI TERENGGANU

TRAGEDIi LUBUK MANDI – MOHAMED JUSOH
This entry was posted in Rencana, Sejarah. Bookmark the permalink.

NAVIGASI KIRIMAN
← Lubuk MandiKuala Terengganu (Daerah) →

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2021 12:15 PM | Show all posts
Kes bunuh Zulfarhan: 18 penuntut UPNM didapati bersalah

Ridauddin Daud
November 2, 2021 11:00 MYT


Zulfarhan Osman meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Lapan belas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didapati bersalah atas pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh, dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah ketika membacakan keputusan itu pada Selasa berkata, enam tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan bersubahat membunuh arwah.

Manakala 12 yang lain pula didapati bersalah di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana mencederakan Allahyarham.

Enam tertuduh itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Dua belas tertuduh pula ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.

Ketika ini mahkamah berehat sebentar dan Hakim akan mengumumkan hukuman dikenakan kepada semua tertuduh selepas mahkamah bersidang semula.

Pada 8 April lepas, pembelaan menutup kesnya selepas memanggil 18 penuntut UPNM dan dua saksi lain iaitu Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Rohayu Shahar Adnan dan penuntut UPNM Muhammad Alif Farhan Aerosni pada prosiding membela diri yang bermula 2 Okt 2019.

Pendakwaan telah mengemukakan 31 orang saksi termasuk Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang Dr Salmah Arshad serta dua saksi yang melihat perbuatan menekap seterika wap ke badan mangsa iaitu Ahmad Senabil Mohd dan Mohd Syafiq Abdullah, kedua-duanya penuntut UPNM, pada perbicaraan yang bermula 29 Jan 2018.

Kes itu dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Datin Kalmizah Salleh bersama Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi manakala barisan peguam yang mewakili tertuduh ialah Datuk Ranjit Singh Dhillon, Amer Hamzah Arshad, Datuk Hazman Ahmad, Zamri Idrus, Fadly Hashim, Datuk Seri M Ramachelvam dan Datuk Hazizah Kassim.

Pada 31 Julai 2019, Mahkamah Tinggi memerintahkan 18 pelajar UPNM, yang kesemuanya berusia 25 tahun, membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan Osman selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan terhadap 18 tertuduh itu.

Lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri berdepan pertuduhan membunuh Zulfarhan manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa bersubahat membunuh.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi hingga 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Kes Bunuh Zulfarhan | Nasib 18 penuntut UPNM diketahui 2 Nov
Pertuduhan adalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan manakala Abdoul Hakeem didakwa mengikut Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman serupa.
Mereka bersama 12 lagi iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.
Mereka dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi hingga 5.30 pagi 21 Mei 2017.

Zulfarhan Osman meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2021 08:43 AM | Show all posts
Kronologi insiden pesawat Hawk TUDM terhempas, mendarat cemas
BERNAMA

Kuala Lumpur: Berikut adalah kronologi insiden membabitkan pesawat pejuang Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas dan mendarat cemas sejak tahun 1996.

18 Jun 1996:
Pesawat pejuang Hawk 108 terhempas ketika membuat penerbangan latihan berhampiran Pangkalan TUDM di Butterworth, Pulau Pinang. Tiada kecederaan.

23 Julai 1996:
Pesawat pejuang Hawk terhempas dan meletup di sebuah gaung kecil di luar Lapangan Terbang Labuan. Dua juruterbang terselamat.

10 Sept 1998:
Juruterbang terkorban apabila pesawat latihan Hawk 208 yang dikendalikannya terhempas di Kuala Betis, Gua Musang kira-kira 200 kilometer dari Kota Bharu, Kelantan.

2 Okt 2000:
Pesawat pejuang Hawk 108 terbabas semasa mendarat di Pangkalan TUDM Labuan selepas menjalani latihan penerbangan biasa. Juruterbang terselamat.


18 Dis 2003:
Dua juruterbang terbunuh apabila pesawat pejuang Hawk 100 terhempas di perairan Pantai Sepat, Kuantan, Pahang.


23 Jun 2005:
Pesawat pejuang Hawk 208 terhempas di Pangkalan Udara TUDM Labuan, mengorbankan juruterbangnya.

4 Mei 2007:
Pesawat pejuang Hawk 208 terhempas di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang. Juruterbang terselamat.

15 Jun 2017:
Sebuah pesawat pejuang Hawk 108 hilang di persekitaran utara Kuantan iaitu di sempadan Terengganu dan Pahang setelah terputus hubungan pada 11.30 pagi. Dua juruterbang disahkan terkorban selepas pesawat itu terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu.

16 Nov 2021:
Sebuah pesawat pejuang Hawk 108 terlibat dalam kemalangan di kawasan landasan Pangkalan Udara di Butterworth, Pulau Pinang pada 10.07 malam. Seorang juruterbang terselamat manakala seorang lagi terkorban.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 03:44 PM | Show all posts
Syd replied at 17-11-2021 08:43 AM
Kronologi insiden pesawat Hawk TUDM terhempas, mendarat cemas
BERNAMA

tak bleh ke tukar pesawat lain, asek dia je yg terhempas
takziah kpd mangsa & family
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 11:57 AM | Show all posts
ngeri, sedih, kecewa, bercampur baur..
takziah kepada semua mangsa dan keluarga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2022 01:02 PM | Show all posts
HI Syd,

Takde update ke citer2 pembunuhan di Malaysia yang latest? Dah setahun dah. Senyap je thread nie.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2022 01:10 PM | Show all posts
gadis_tulip replied at 23-8-2022 01:02 PM
HI Syd,

Takde update ke citer2 pembunuhan di Malaysia yang latest? Dah setahun dah. Senyap je thre ...

ye.
i dah lama tak update.

lama tak compile semua tu.

tq ingatkan ye
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 03:49 PM | Show all posts
Syd replied at 25-8-2022 01:10 PM
ye.
i dah lama tak update.

Teringin jugak nak tahu ape kesudahan suami yang bunuh and kerat2 isteri dia tue. Rasa citer nie macam baru beberapa tahun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2022 08:30 AM | Show all posts
thread awal ;

Tiga sekeluarga mati dikelar

https://b.cari.com.my/forum.php? ... ge%3D45&ordertype=1





Bunuh 3 sekeluarga, penganggur gagal ketepi hukuman mati
V Anbalagan -August 25, 2022 1:53 PM

Pada 2019 Luqman Hadi Mustapa didapati bersalah membunuh tiga saudara angkatnya dan cuba membunuh dua yang lain di Bertam Malim, Melaka. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Seorang penganggur gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh tiga saudara angkatnya atas alasan “legal insanity” (hilang kewarasan dari segi undang-undang).

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, yang dipengerusikan oleh Kamaludin Md Said, turut mengesahkan hukuman penjara 10 tahun dijatuhkan ke atas Luqman Hadi Mustapa, yang berjalan serentak, atas tuduhan cuba membunuh dua adik beradik.


Hakim lain yang turut bersidang terdiri daripada Nordin Hassan dan Hashim Hamzah.

Dalam menyampaikan penghakiman lisan, Nordin berkata, bebanan terletak pada Hadi bagi membuktikan imbangan kebarangkalian untuk mengemukakan pembelaan “legal insanity” mengikut Seksyen 84 Kanun Keseksaan.

Peruntukan itu menyatakan bahawa sesuatu perbuatan tidak menjadi kesalahan apabila ia dilakukan pada masa tertuduh dalam keadaan tidak sempurna akal, tidak berupaya mengetahui sifat perbuatan itu atau sama ada apa yang dilakukan itu salah atau berlawanan dengan undang-undang.

Nordin berkata, pembelaan “legal insanity” diserahkan kepada hakim perbicaraan berdasarkan fakta kes.

“Kami mendapati pembelaan ‘legal insanity’ dengan tepat dibuang berdasarkan fakta dalam kes dan disokong oleh usul undang-undang,” katanya.

Pada 16 Ogos 2019, hakim perbicaraan Ahmad Nasfy Yasin mendapati Luqman bersalah membunuh Mariah Baharim, 61, (kakak kepada ibu angkat Luqman), Hassan A Wahab, 70, (suami Mariah) dan Taufeq Hassan, 22 (anak Mariah dan Hassan) di sebuah rumah di Jalan Sidang Said, Bertam Malim, Melaka, antara 5.50 pagi dan 6.15 pagi pada 25 Ogos 2016.

Dia juga didapati bersalah kerana cuba membunuh anak Mariah, Noor Haslinda Diyana Hassan, 26, dan Nur Aqedah Aeina Hassan, 24, di tempat dan masa yang sama.

Dalam penghakimannya, Nasfy berkata, mahkamah berpendapat tindakan tertuduh tidak konsisten dengan tindakan individu yang tidak sempurna akal.

Katanya, fakta mendedahkan bahawa nenek Luqman tidak dicederakan dalam kejadian itu dan tertuduh terlebih dahulu menyerang mangsa lelaki sebelum mangsa perempuan.

Seramai 25 saksi memberikan keterangan untuk pendakwaan. Apabila pembelaan dipanggil, Luqman terus berdiam diri.

Laporan oleh pakar psikiatri yang telah memeriksa tertuduh diserahkan kepada mahkamah oleh timbalan pengarah Hospital Permai di Johor kerana pakar tersebut telah meninggal dunia.

Bagi rayuan tidak sempurna akal, tertuduh mesti menunjukkan ciri-ciri “legal insanity” dan “medical insanity” (hilang kewarasan dari segi perubatan).

Luqman mempunyai satu lagi hak rayuan automatik kepada Mahkamah Persekutuan.

Dia diwakili peguam Azrul Zulkifli Stork manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farhana Khalid dan Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.462422 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list