CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[ Vol. 2 ] Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

  [Copy link]
Post time 4-8-2019 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 3-8-2019 12:35 PM
Saksi dedah tulis dua surat layang beritahu Zulfarhan Osman didera

Bernama |  Diterbitkan pada Ju ...

Kes zulfarhan ni aku xboleh brain betul..smoga setan2 yg seksa arwah tu sume ke tali gantung la..mohon jngan lepaskn langsung penjenayah2 tu ats dasar hak asasi manusia my ass tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2019 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kejam semuanya...sadis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2019 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemetik api bakar Tahfiz Darul Ittifaqiyah

MyMetroMutakhir
Nor Azura Abdul Jalil
zura_jalil@hmetro.com.my

MAHKAMAH Tinggi, Kuala Lumpur hari ini, dimaklumkan bahawa pemetik api yang didakwa digunakan untuk membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, dua tahun lalu disimpan di atas meja di bilik tidur rumah seorang daripada tertuduh.

Perkara itu diberitahu saksi pendakwaan ke-66, Asisten Superintendan Mohd Shafizan Sazali yang memaklumkan tertuduh itu yang kini berusia 18 tahun memberitahu demikian ketika soal siasat polis.

Mohd Shafizan berkata, tertuduh memberitahu kepadanya bahawa,

“Pemetik api yang digunakan ketika kejadian telah disimpan di atas meja kecil di dalam bilik tidur di rumah saya. Pemetik api itu berwarna merah.

“Saya boleh menunjukkan tempat pemetik api disimpan,” katanya.

Pegawai Risikan, Bahagian Siasatan Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman itu dalam penyata saksi memberitahu, dia kemudian menjadikan kenyataan tertuduh berkenaan sebagai maklumat mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan.

Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim kemudian menyoal berhubung penemuan pemetik api adalah di atas katil tetapi dalam penyata saksi, pegawai polis itu memberitahu ia disimpan atas meja kecil.

Ketika diminta Julia untuk menjelaskan keadaan itu, Mohd Shafizan berkata, terdapat pemetik api lain tetapi yang dirampas hanya yang ditunjuk kepadanya iaitu yang ditemui di atas katil.

Dia berkata demikian pada prosiding perbicaraan kes dua remaja lelaki yang didakwa bersama-sama membunuh 21 pelajar dan dua warden pusat tahfiz berkenaan dalam tragedi berkenaan.

Kedua-dua remaja itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju di sini antara jam 4.15 pagi dan 6.45 pagi, 14 September 2017.

Kedua-duanya yang kini berusia 18 tahun dan diwakili peguam Haijan Omar, masing-masing didakwa atas 23 pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tertuduh di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati di bawah Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001, namun boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Terdahulu, saksi pendakwaan ke-65, Asisten Superintendan Zahiruddin Baharum, 43, menerusi penyataan saksi memberitahu mahkamah, pihak polis telah menangkap lima lelaki dalam siasatan kes berkaitan tragedi kebakaran itu pada 16 September 2017.

“Saya terangkan kepada mereka tujuan kehadiran polis dan minta mereka menunjukkan baju dan seluar yang dipakai serta kenderaan yang digunakan pada 13 September hingga 14 September 2017,” katanya.

Menurutnya, dia dan pasukan turut membuat rampasan iaitu tiga motosikal, dua telefon bimbit dan pakaian masing-masing termasuk kemeja T, seluar, tali pinggang milik lima remaja berusia antara 18 hingga 20 tahun.

“Di akhir pemeriksaan, saya dan pasukan telah membuat tangkapan ke atas penama (merujuk kepada lelaki yang dijumpai) pertama hingga kelima dan merampas kesemua barang-barang yang ditunjukkan untuk dijadikan sebagai keterangan dalam kes,” katanya pada sesi pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya N Joy Jothi.

Pada prosiding itu juga, saksi berkenaan yang kini bertugas sebagai Pegawai Penyelaras di Maktab Polis Diraja Malaysia mengecam penama keempat dan kelima adalah tertuduh pertama dan kedua dalam kes itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 7 Ogos.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Ogos 2019 @ 7:48 PM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2019 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
kisah anak tahfiz ni sampai mati i akan ingat. i termenanges waktu briefing kat ofc.

ada pic adik2 rentung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2019 01:38 PM | Show all posts
Kenapa la tak bincang elok-elok...

PERSELISIHAN faham antara dua lelaki kerana kemalangan kecil di Kilometer 239 Lebuhraya Utara Selatan dekat Kajang berakhir dengan tragedi apabila seorang daripadanya maut.

Difahamkan, kereta mangsa yang berusia 29 tahun terbabit dalam kemalangan dengan seorang lelaki berusia 40 tahun yang memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Kejadian pada 1.40 tengah hari itu menyebabkan berlaku perselisihan faham antara mangsa dan lelaki berkenaan sebelum berlaku pergelutan antara mereka.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian dari sebuah hospital di Nilai pada 3.40 petang dengan memaklumkan seorang lelaki meninggal dunia.

“Sejurus menerima maklumat berkenaan, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menjalankan siasatan berhubung punca kematian mangsa.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa terbabit dalam pergaduhan dengan seorang lelaki kerana tidak berpuas hati selepas terbabit dalam kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, susulan kejadian itu, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 40 tahun dan isterinya berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan kematian, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi balai polis terdekat atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Siti Sarah Aisyah Saad di talian 016-406 4202,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 04:46 PM | Show all posts
Syd replied at 16-8-2019 01:38 PM
Kenapa la tak bincang elok-elok...

PERSELISIHAN faham antara dua lelaki kerana kemalangan kecil d ...

oohh.. yang kena pukul dengan kayu besbol tu ek?
pentingkan diri sendiri betul

"benda boleh gaduh, buat apa bincang.."

sian wife ngan anak dia yang masih kecik tu... ujian sungguh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-8-2019 12:49 PM | Show all posts
Lelaki langgar Syed Muhammad Danial didakwa membunuh
Sinar Harian |  Diterbitkan pada Ogos 22, 2019 11:43 MYT


KAJANG: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pegawai bank, dalam satu kemalangan berhampiran persimpangan Southville City, Kajang, dua minggu lalu.

Yew Wei Liang, 41, mengangguk faham pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.

Bagaimanapun pengakuan tidak direkodkan kerana ia bidang kuasa mahkamah tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki yang bekerja dalam bidang IT itu didakwa membunuh Syed Muhammad Danial Syed Shakir, 29, di kilometer 293.6 Lebuh Raya Utara- Selatan (PLUS) arah Kuala Lumpur- Seremban) pada 10 Ogos 2019 antara jam 1 petang hingga 2 petang.

Dakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Siti Noor Hafizan Zakaria mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Dalam pada itu, tertuduh yang diwakili peguam S. Selvam mengemukakan aduan di hadapan majistret mengikut Seksyen 131 Kanun Tatacara Jenayah supaya mendengar aduan mereka berhubung satu insiden yang menimpa anak guamnya.

Selvam mendakwa, anak guamnya telah didera dan mengalami kecederaan semasa tempoh reman oleh polis sehingga perlu dibawa ke Hospital Kajang pada 13 Ogos lalu untuk rawatan.

Jelasnya anak guamnya telah dipaksa mengaku salah atas tuduhan membunuh sedangkan anak guamnya tetap dengan pendiriannya bahawa ianya merupakan satu kemalangan jalan raya.

Sementara itu, peguam Varghese Onny turut mendakwa, pihaknya dimaklumkan oleh bapa tertuduh bahawa bapa tertuduh telah menerima satu panggilan telefon pada 18 Ogos lalu yang dikenalpasti merupakan nombor telefon isteri tertuduh sedangkan telefon tersebut berada dalam simpanan polis.

"Sehubungan itu kami memohon mahkamah menetapkan satu tarikh untuk mendengar aduan ini," katanya.

Afidah kemudiannya menetapkan tarikh 27 September depan untuk sebutan kes selain menetapkan tarikh sama untuk mendengar permohonan itu.

Afidah turut memerintahkan peguam tertuduh mengemukakan laporan hospital mengenai kecederaan berkaitan isu yang dibangkitkan.

Wei Liang dihantar ke penjara Sungai Buloh sehingga selesai kes.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Syed Muhammad Danial maut dilanggar selepas terbabit perselisihan faham dengan tertuduh.

Kejadian kira-kira jam 1.40 tengah hari itu berpunca daripada kemalangan kecil antara Syed Muhammad Danial dan suspek yang berlaku selepas Plaza Tol Sungai Besi menghala ke selatan.

Kereta Syed Muhammad Danial sebelum itu dikatakan terlanggar bahagian belakang kereta suspek menyebabkan berlaku kejar mengejar antara mereka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2019 12:54 PM | Show all posts
27 September tarikh keputusan inkues Adib
Bernama |  Diterbitkan pada Ogos 21, 2019 21:34 MYT


Prosiding inkues telah bermula 11 Februari lalu dengan seramai 30 saksi dipanggil untuk memberi keterangan termasuk beberapa saksi pakar. -Foto Astro AWANI

SHAH ALAM: Mahkamah Koroner di sini menetapkan 27 September depan sebagai tarikh keputusan prosiding inkues berhubung kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Koroner Rofiah Mohamad menetapkan tarikh tersebut selepas mendapati tiada lagi keperluan untuk prosiding inkues itu diteruskan selepas prosiding tersebut ditutup pada 24 Julai lepas.

“Selepas meneliti semua keterangan, tiada apa-apa lagi untuk diteruskan.

“Mahkamah menetapkan tarikh keputusan pada 27 September (2019), jam 10 pagi,” katanya hari ini.

BACA: Tommy dakwa permohonan komital keluarga Adib tidak lengkap

Keputusan itu sekali gus menolak permohonan Pegawai Pengendali kes, Faten Hadni Khairuddin yang mencadangkan supaya seorang lagi saksi patologi dipanggil.

Rofiah sebelum itu turut memaklumkan mahkamah berpuas hati dengan keterangan saksi sedia ada.

Prosiding inkues telah bermula 11 Februari lalu dengan seramai 30 saksi dipanggil untuk memberi keterangan termasuk beberapa saksi pakar.

BACA: 'Keluarga Adib tiada niat penjarakan Peguam Negara'

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan EMRS Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lepas di Institut Jantung Negara (IJN). - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2019 01:23 PM | Show all posts
Kronologi kehilangan Nora Anne

MyMetroMutakhir




BERNAMA

PERCUTIAN di Malaysia yang sepatutnya menjadi kenangan indah bertukar tragik bagi remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin yang hilang sebelum ditemui mati tidak jauh dari resort penginapan keluarganya.

Anak istimewa berumur 15 tahun itu dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 4 Ogos, sehari selepas keluarga itu mendaftar masuk untuk percutian dua minggu di resort The Dusun, Pantai, Negeri Sembilan yang terletak kira-kira 60 kilometer dari sini.

Mayat remaja Ireland itu ditemukan selepas 10 hari dilapor hilang oleh pasukan sukarelawan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat – berkeadaan tidak berpakaian berhampiran anak sungai di kawasan berlurah.

Pengesahan identiti mayat itu dilakukan selepas pengecaman oleh ahli keluarga remaja malang itu di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan.

Lokasi penemuan itu terletak sekitar 2.5 km dari resort beliau dilapor hilang – kawasan yang terletak dalam radius pencarian yang sebelum ini telah beberapa kali dilalui oleh kumpulan anggota mencari dan menyelamat (SAR).

Kurang 24 jam sebelum penemuan mayat itu, ibu bapa Nora Anne, mengumumkan secara terbuka melalui media massa ganjaran RM50,000 kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat hingga terjumpanya anak perempuan mereka.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor pada sidang akhbar di Balai Polis Pantai di Seremban Negeri Sembilan pada petang Selasa berkata, setakat ini polis menjalankan siasatan mengikut kes orang hilang dan menunggu hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tuanku Jaafar.

Pencarian Nora Anne mendapat liputan meluas daripada media tempatan dan antarabangsa yang siap ‘berkampung’ di kawasan itu sejak remaja itu dilaporkan hilang.

Pencarian itu juga mencuri tumpuan rakyat Malaysia untuk mengikuti setiap perkembangan operasi yang turut melibatkan sejumlah tenaga yang besar – antaranya pakar penjejak terdiri anggota pasukan komando 69, unit anjing pengesan K9, pasukan Senoi Praaq, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Rela, penduduk orang asli dan sukarelawan.

Pasukan mencari dan menyelamat melalui pelbagai cabaran dalam operasi itu memandangkan kawasan terlibat adalah kawasan hutan yang dipayungi pokok-pokok besar dengan bentuk muka bumi berbukit.


Selain itu, cuaca yang tidak menentu dengan hujan sejak tiga hari lepas turut menyebabkan tanah di kawasan itu becak dan licin.

Usaha mencari dan menyelamat turut dibuat melalui udara oleh Unit Udara PDRM dengan peralatan canggih serta penggunaan dron.


Selain pasukan dari Malaysia, polis dari Ireland, England dan Perancis juga berada di negara ini sejak minggu lepas bagi membantu siasatan kes kehilangan remaja itu.

Sejurus ditemui dan anggota forensik membuat siasatan di lokasi penemuan, mayat remaja itu diterbangkan dengan helikopter ke Hospital Tuanku Jaafar untuk bedah siasat, proses formaliti untuk menentukan punca kematian selain bagi membolehkan ibu bapa membuat pengesahan.

Bedah siasat mayat remaja itu akan dilakukan pagi esok oleh Senior Patologi dari Kuala Lumpur.


KRONOLOGI


3 Ogos 2019

Nora Anne Quoirin, 15, remaja Ireland tiba di Resort The Dusun Pantai Hill, Seremban, Negeri Sembilan bersama keluarganya untuk bercuti.


4 Ogos 2019


Remaja perempuan yang mempunyai masalah pembelajaran itu disedari hilang oleh ahli keluarganya apabila tiada di bilik penginapannya pukul 8 pagi.
Polis menerima maklumat kehilangan mangsa daripada pemilik resort selepas dimaklumkan oleh seorang ahli keluarga remaja itu.
Polis melakukan misi pencarian membabitkan bomba dan anggota polis dari Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.


5 Ogos 2019

Pihak berkuasa termasuk polis dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) mengawal ketat kawasan Resort The Dusun Pantai Hill, lokasi Nora Anne dilapor hilang.

Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) Nora Anne.
Operasi SAR melalui udara dibuat di kawasan Gunung Berembun serta meliputi pesisiran Sungai Berembun.

Platun Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras turut dikerah dalam operasi SAR remaja perempuan itu.


6 Ogos 2019

Operasi SAR masuk hari ketiga, diteruskan dengan kekuatan 159 anggota dari pelbagai agensi keselamatan.


7 Ogos 2019

Polis merakam 20 keterangan saksi termasuk ahli keluarga bagi membantu siasatan kes kehilangan Nora Anne.

Operasi SAR masuk hari keempat, diteruskan dengan kekuatan 206 anggota dari pelbagai agensi keselamatan.


8 Ogos 2019

Operasi SAR masuk hari kelima, diteruskan dengan kekuatan 247 anggota dari pelbagai agensi keselamatan.

Operasi SAR mengesan Nora Anne diketuai Unit Senoi Praaq Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Khidmat helikopter Pasukan Gerakan Am PDRM digunakan dengan tambahan teknologi yang lebih canggih bagi mengesan Nora Anne.

Rakaman suara ibu Nora Anne memanggil remaja itu dengan panggilan manja dimainkan melalui pembesar suara sepanjang SAR.

9 Ogos 2019

Operasi SAR masuk hari keenam, diperkuatkan dengan kehadiran pasukan elit PDRM iaitu Komando VAT 69 dengan kekuatan dua pegawai dan 21 anggota.

Sembilan dron diguna dalam operasi SAR kesan Nora Anne.
Penduduk di sekitar pekan Pantai, Negeri Sembilan mengadakan solat hajat di Masjid Kariah Pantai selepas menunaikan solat Jumaat bagi memohon dipermudahkan operasi SAR kesan Nora Anne.

ANGGOTA pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjalankan misi pencarian. FOTO Iqmal Haqim Rosman

10 Ogos 2019

Operasi SAR masuk hari ketujuh, skala pencarian Nora Anne dikecilkan dari 6 kilometer (km) radius kepada 4 km radius dari lokasi kejadian.

Masyarakat Orang Asli sedia membantu mencari Nora Anne menggunakan kaedah tradisional berdasarkan kepercayaan mereka.

Keluarga Nora Anne hargai usaha petugas SAR korbankan cuti Aidiladha cari anak mereka.

11 Ogos 2019

Operasi SAR masuk hari kelapan, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata polis membuka talian hotline khas bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan Nora Anne.

Operasi SAR Nora Anne mendapat bantuan daripada kumpulan pendaki sukarelawan.


12 Ogos 2019

Operasi SAR masuk hari kesembilan, diteruskan dengan kekuatan 348 anggota dari pelbagai agensi keselamatan.

Keluarga Nora Anne tawar ganjaran RM50,000 kepada mana-mana pihak yang dapat salur maklumat bantu kesan Nora Anne.

Pasukan polis Ireland, England, Perancis berada di negara itu membantu PDRM menyiasat kes kehilangan Nora Anne.

Sekumpulan lima pengamal perubatan Islam daripada Rawatan Tradisional Sulafusoleh menawarkan diri membantu operasi SAR kesan Nora Anne Quoirin.

Pengamal media dipelawa untuk menyertai operasi SAR kesan Nora Anne buat pertama kalinya.


13 Ogos 2019

1.57 tengah hari: Operasi SAR masuk hari ke-10, polis menemui mayat wanita berkulit putih, kira-kira 2.5 kilometer dari resort The Dusun, Pantai.

8.55 malam: Polis sahkan mayat yang ditemui adalah Nora Anne selepas ahli keluarga remaja itu membuat pengecaman.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Ogos 2019 @ 11:56 PM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2019 01:09 PM | Show all posts
Anak A R Badul mati tertembak [METROTV]

MyMetroUtama


Norasikin Daineh
am@hmetro.com.my




MEJAR Mohd Zahir Armaya disahkan meninggal dunia selepas tertembak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.

Difahamkan, mangsa adalah anak pelakon popular, A R Badul.

Mohd Zahir, 36, yang melakukan aksi berkenaan dipercayai terkena tembakan di bahagian kiri belakang badannya.

Demonstrasi itu adalah sebahagian daripada program pertunjukan yang disusun atur untuk dipersembahkan kepada seluruh warga tentera dan ahli keluarga Kem Lok Kawi.

Ketika kejadian, mangsa yang memakai topeng dan baju kalis peluru melakukan tembakan pertama ke arah rakannya sebelum menerima tembakan dari jarak dekat.

Bagaimanapun, ketika ditembak, mangsa dilihat terjatuh sebelum beberapa anggota tentera menariknya ke tepi untuk diberikan bantuan kecemasan.

Mangsa kemudiannya dilihat dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, mangsa yang bertugas di Kem Sungai Udang, Melaka, dihantar ke Kem Lok Kawi sejak seminggu lalu untuk turut serta dalam upacara pelancaran berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim dalam kenyataan medianya berkata, mangsa disahkan meninggal dunia jam 9.20 pagi.

Katanya, seorang anggota tentera berusia 37 tahun sudah ditahan untuk tindakan lanjut berhubung insiden berkenaan.

“Kes diklasifikasi Seksyen 304A Kanun Keseksaan,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2019 01:09 PM | Show all posts
tinggal kenangan



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2019 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Genap setahun pemergian mereka.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2019 01:11 PM | Show all posts
Mangsa bunuh dikerat lapan

MyMetroUtama


Rizanizam Abdul Hamid
mrizanizam@hmetro.com.my


MAYAT individu dipercayai mangsa bunuh ditemukan dikerat sekurang-kurangnya lapan bahagian di Kampung Ladang, Krubong, Melaka, 4 petang hari ini.

Mayat mangsa dalam keadaan tanpa pakaian itu ditemukan berselerakan di kawasan semak.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat orang awam pada 4.30 petang mengenai penemuan mayat itu.

Beliau berkata, sepasukan pegawai forensik yang tiba di tempat kejadian kemudian menemukan beberapa bahagian anggota badan manusia dikerat kepada beberapa bahagian.

“Siasatan awal menemui bahagian tubuh manusia di kawasan semak berhampiran jalan utama dan mangsa disyaki dibunuh di tempat lain.

“Sekurang-kurangnya lapan bahagian badannya dicampakkan ke kawasan semak berkenaan sejak kira-kira lima hari lalu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


ANGGOTA polis forensik mengutip cebisan mayat manusia di Kawasan Perindustrian, Kampung Ladang, Krubong, hari ini. FOTO Rasul Azli Samad.
Afzanizar berkata, polis masih menyiasat jantina mangsa termasuk identiti yang hanya diketahui selepas proses bedah siasat.

“Kami akan putuskan sama ada tubuh badan ini lebih daripada satu (mangsa) atau tidak selepas selesai proses bedah siasat.

“Mayat akan dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun kerana membunuh,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2019 01:15 PM | Show all posts
Edited by Syd at 11-10-2019 01:17 PM

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera YDH Dato/Tuan/Puan,

MAKLUMAN KES BUNUH BERSANGKUT TG MINYAK RPT. 6xxx/19

A. REPORT POLIS
Tg Minyak Rpt. 6xxx/19
Tarikh : 10/10/19
Masa : 1635 Hrs
IO : ASP Muxxxxx
HP: 016-676xxxx
Sek :  302 Kanun Keseksaan

B. BUTIRAN PENGADU
Nama : L/KPL Mohd xxxxx
No.Polis : RF 164xxx
Tugas : Tugas Am Balai Polis Tg Minyak

C. RINGKASAN KES
Pada 10/10/19 Jam lebih kurang 1630 Hrs, Pengadu anggota Balai Polis Tg Minyak semasa bertugas telah menerima panggilan MERS 999, dimaklumkan oleh arang awam 1(L)Melayu : Sxxx ( 0111-xxxxxxx ) telah menjumpai mayat manusia di kawasan Kampung Ladang, Jalan PK 43, Perindustrian Krubong Melaka. Pengadu Jadikan Maklumat tersebut sebagai Maklumat Pertama.

D. SUSPEK

Nama : Shahrul Nizam xxxxx
Pasport : S8832xxxx
Warganegara : Singapura
Alamat : Blk xx Lor x Toa Payoh #xx-xxxx

E. MANGSA

BUTIRAN SI MATI (1)
Nama : Norfazera Binti Bidin
Kpt. 92100610xxxx ( 27 Tahun )
Alamat : xx-x Jln Pegaga x Rumah Pangda Tmn Merdeka Bt Berendam 75350 Melaka.

BUTIRAN SI MATI (2)
Nama : Muhammad xxxxx
Kpt. 0811290xxxx ( 11 Tahun )
Alamat : xx-x Jln Pegaga x Rumah Pangda Tmn Merdeka Bt Berendam 75350 Melaka.

F. SIASATAN AWAL
Hasil siasatan awal di lokasi, dapati kawasan tersebut merupakan sebuah kawasan semak keluasan lebih kurang 300 meter panjang dari susur jalan, di dalam perindustrian ( kilang ) Krubong. Mayat ditemui oleh 1(L)Melayu, pada jam lebih kurang 1620 Hrs, ketika Saksi sedang membuat kerja-kerja memotong rumput, kemudian telah terbau sesuatu yang busuk, dan apabila mendekati tempat yang berbau, saksi Nampak beberapa keratan disyaki tubuh badan manusia. Kedudukan mayat yang dijumpai tidak jauh daripada jalan bertar JLN PK 43, anggaran 10 meter. Keadaan mayat, tidak bertutup dengan apa-apa material kain atau plastik, dalam keadaan terdedah dan telah kompos dipenuhi dengan ulat. Hasil pemerhatian keratan-keratan mayat, dapati ianya tidak sempurna. Tiada bahagian kepala / tangan pada mayat ditemui. Tiada apa-apa senjata tajam dijumpai.  Unit K9 telah membantu untuk mengesan bahagian-bahagian badan yang lain, di lokasi kejadian, namun tiada penemuan baru diperolehi. Pemerhatian terhadap keratan-keratan mayat tersebut, terdapat (2) jenis jantina, terdapat bahagian kemaluan lelaki dan bahagian badan perempuan. Oleh kerana mayat telah kompos, dan mengembang ianya agak sukar mengenalpasti si mati. Lakaran rajah kasar dan gambar tempat kejadian telah diambil, manakala  hasil Siasatan Pasukan D10 Forensik yang diketuai oleh Insp Norxxxx di tempat kejadian : telah menandakan beberapa keratan serta cebisan mayat mangsa dan mengambil DNA di tempat kejadian. Kesemua keratan serta cebisan mayat di hantar ke Unit Perubatan Forensik Hospital Melaka bagi tujuan post mortem. Pol 61 telah disi dan diserahkan kepada pihak Forensik Hospital Melaka untuk tujuan Post Mortem. Kes telah dimaklumkan kepada P/KBSJD Melaka Tengah dan Kertas siasatan dibuka dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan diteruskan.

G. RAMPASAN
1. (1) M/Kar Jenis Produa Kancil No.Pendaftaran : WNCxxxx didaftarkan atas penama Si Mati (1).

H. KRONOLOGI KEJADIAN

Hasil Intelligence Suspek, daripada Pihak Polis Singapura dapati :-

Suspek mendakwa bahawa telah berlaku pertengkaran diantara suspek dan isterinya ( si mati 1) yang berlaku di rumah beralamat : No xx Jalan MJ xx, Taman Merdeka Jaya, Bt Berendam Melaka. Pertengkeran berpunca daripada rungutan si mati (1) berkenaan  keluarga suspek cuba menghindari si mati (1). Suspek memberitahu si mati(1) bahawa itu bukanlah penyebabnya,  tetapi si mati(1) masih bertegas dan bertindak melemparkan hadiah ulang tahun yang dibeli keluarga suspek untuk si mati (1). Disebabkan kejadian itu, suspek dan si mati (1) mula bertengkar dan si mati (1) bertindak memukul suspek. Pada peringkat awal, suspek mendakwa dia tidak membalas tindakan si mati (1), tetapi apabila Si mati (1) mula meminta cerai, suspek mengatakan ketika itu dia telah hilang pertimbangan dan bertindak mengambil pisau di dapur dan menikam si mati (1). Suspek juga mendakwa ada menggunakan sebilah parang untuk memotong kepala si mati(1) akibat suspek terlalu marah. Pada ketika itu, suspek melihat bahawa anak si mati (1) yang berusia 10 tahun ( si mati (2) telah melihat apa yang dilakukan terhadap si mati (1). Suspek mengatakan dia tidak tahu apa yang dilakukan, suspek dapati bibir si mati (2 )telah dipotong terbuka dan ada kesan tikaman di belakang si mati (2).  Suspek mempunyai Kecederaan kecil pada jari dan tanda pada bahagian dada, semasa pergelutan dengan si mati (1).

Pertengkaran berlaku sekitar jam 2100 Hrs ( tarikh kejadian belum dipastikan ) dan suspek mula memotong bahagian-bahagian badan si Mati (1) & (2) jam 0100 Hrs. Suspek bertindak memotong kedua kepala si mati, telapak tangan, anggota badan yang lain.  Telapak tangan si mati dibuang ke dalam bekas tong sampah di luar rumah teres, manakala bahagian tubuh yang lebih besar di isi di dalam (4) beg kanvas untuk dibuang ke kawasan berhutan. Mayat si mati (1) dan si mati (2) diletakkan di dalam bonet kereta bahagian belakang semasa suspek hendak buang di kawasan hutan, anak lelaki bongsu si mati (1) ada di bawa bersama oleh suspek dalam kereta dari rumah di Taman Merdeka Jaya. Suspek membawa kereta menuju ke Kawasan berhutan  di kawasan krubong, Melaka. Suspek mendakwa keratan-keratan mayat dilemparkan ke jauh ke dalam kawasan hutan di krubong untuk dilupuskan. Suspek kemudian membakar (4) beg kanvas tersebut.   Suspek memberitahu bahawa dia boleh membawa polis ke lokasi –lokasi tersebut.

Selepas membuang keratan mayat si mati, suspek telah menghantar anak bongsu si mati (1) ke rumah mak mertua di Rumah Pangsa Taman Merdeka. Suspek tidak mencederakan anak bongsu si mati (1) kerana sepanjang pertengkaran dengan si mati (1) sehingga suspek membunuh si mati(1) dan si mati (2), anak bongsu si mati(1) tidur.

Hasil semakan keluar masuk Suspek Malaysia – Singapura dapati, suspek keluar dari Singapura melalui pos pemeriksaan Woodlands menaiki bas pada 29/09/2019, dan kembali semula ke Singapura pada 08/10/19 menaiki bas melepasi pemeriksaan Woodlands pada jam 2100 Hrs,

Ketika Suspek, bersama keluarganya iaitu bapa dan adik-beradiknya yang berkumpul di  rumah saudara mereka di Singapura. Perbualan di antara mereka, Suspek telah berkata bahawa dia membunuh isterinya ( si mati 1) dan anak lelaki (si mati 2 ) di Melaka. Suspek dikatakan kelihatan tertekan dan menggigil. Bapa suspek bertanyakan kepada suspek bila kejadian suspek membunuh si mati (1) dan (2) suspek berkata kejadian berlaku pada hari Ahad (6/10). Kemudian, ayah suspek memberitahu untuk menyerah diri, tetapi suspek bertindak meninggalkan rumah.

Suspek telah berkahwin dengan si mati (1) di Malaysia lebih kurang satu tahun yang lalu dan mempunyai 4 orang anak  ( Hasil perkahwinan Si mati (1) dengan suami sebelum suspek ). Ahli keluarga suspek tidak mempunyai nombor telefon dan butir-butir si mati(1) dan si mati (2). Suspek telah ditahan Oleh Pihak Polis Singapura, dan akan diserahkan kepada Pihak Polis Malaysia untuk siasatan lanjut.

Maklumat lain yang diperolehi :-
1. Pakaian yang suspek pakai ada di rumah Melaka
2. Pisau yang digunakan untuk memotong badan si Mati (1) & (2) ada di Malaysia.
3. Suspek telah membuang senjata iaitu sebilah parang ke dalam tong sampah
4. Kereta isteri berada di parking, Rumah Pangsa Taman Merdeka.

Untuk Makluman YDH Dato/Tuan/Puan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2019 01:17 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2019 01:04 PM | Show all posts
Kepala dua beranak atas siling, jiran tak bau busuk
News  |  Diterbitkan 14 Okt 2019, 2:50 tengahari  |  Dikemaskini 14 Okt 2019, 2:56 tengahari

Bahagian kepala dua beranak yang menjadi mangsa pembunuhan kejam di Melaka Khamis lalu, ditemui disorok di siling rumah mangsa di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam.

Harian Metro memetik sumber melaporkan, kepala wanita dan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu ditemui sepasukan polis di rumah mangsa di kira-kira jam 8 malam, Jumaat lalu.

“Kedua-dua bahagian kepala mangsa ditemukan di atas loteng rumah dua tingkat yang didiami mangsa bersama suaminya.

“Keluarga mangsa juga hadir ke Jabatan Forensik Hospital Melaka, malam kelmarin (Sabtu), untuk pengesahan,” katanya ketika dihubungi.
Iklan


Semalam, Ketua Polis Melaka Mat Kasim Karim tidak dapat mendedahkan penemuan anggota badan terbaru iaitu kepala mangsa yang dikhuatiri mengganggu siasatan.

Beliau sebaliknya memberitahu, usaha pencarian bahagian pergelangan tangan juga masih dilakukan setelah difahamkan bahagian itu dibuang ke tong sampah.

“Ia difahamkan dibuang ke dalam tong dan kemudiannya diangkut oleh pihak ditugaskan untuk dibuang selain sudah lama,” katanya.

Sementara itu, Astro Awani melaporkan jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, dia tidak terhidu bau mencurigakan meskipun dilaporkan mangsa telah dibunuh sejak lebih lima hari sebelum bahagian anggota badannya ditemui.

“Saya terkejutlah tengok laporan ada yang kata kepala jumpa dalam rumah kerana tiada apa-apa bau yang pelik.

“Tong sampah pun polis dah angkat sebab saya dengar-dengar dia ada juga buang sikit (anggota badan) dalam tong itu,” katanya yang menyifatkan keluarga berkenaan sebagai keluarga penyayang.

Media minggu lalu melaporkan mayat dua beranak itu ditemui dikerat sekurang-kurangnya lapan bahagian.

Wanita dan anak lelakinya itu dibunuh di rumahnya dan dicampakkan ke kawasan semak Kampung Ladang, Krubong sebelum ditemui pemotong rumput.

Sabtu lalu, polis berjaya menahan lelaki warga Singapura yang juga suami mangsa bagi membantu siasatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2019 01:14 PM | Show all posts
Welcome back thread yang paling diminati! thank you Syd! hahaha

ingat lagi lepas baca Vol1 , terus murung beberapa hari siap terus rasa danger ada di mana2. sentiasa rasa cam kena berhati hati dan takut rasa nak jalan sorang2.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2019 01:26 PM | Show all posts
gummygummy replied at 15-10-2019 01:14 PM
Welcome back thread yang paling diminati! thank you Syd! hahaha

ingat lagi lepas baca Vol1 , ter ...

terlampau banyak, sampai i pung tak sempat apa.

dah la bz, nanti mana yang dapat recall balik, atau terbaca semula, i tepek sini.

refresher kata orang jawa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2019 05:44 PM | Show all posts
Edited by Syd at 19-10-2019 05:49 PM

Berbesar hati nak kongsikan status kawan kami di fb, berkisar dgn tragedi-tragedi yang pernah berlaku di Negara kita.


Salmah Melor
October 12 at 2:50 PM ·

Sorry gais,posting ni tiba-tiba hilang lepas aku edit caption tadi.

So aku up semula dengan perasaan sebel yamatt.

Aku tahu korang dah basi dengan bacaan kes jenayah dibawah ini,namun harus diingati kes pembunuhan berprofil tinggi ini tidak sepatutnya dibiar hilang ditelan masa waima Atok dah dua kali jadi perdana menteri.

Segala kesalahan dan kekurangan fakta sila tegur secara berhemah.

Terima kasih.



Refresher.



Kevin Morais

4 september

Davven,rakan serumah Kevin cuba menghubungi Kevin bermula pukul 10.30pagi namun gagal. Davven bertindak menghubungi Kevin kerana setiausahanya mengkhabarkan Kevin tidak hadir kepejabat dari pagi.

5 september

Kereta hangus terbakar jenis Proton Perdana versi Honda Accord dijumpai di Ladang Kelapa Sawit,Kampung Sungai Samak,Hutan Melintang,Perak. Dipercayai kereta tersebut dipandu oleh Kevin sebelum kehilangannya.

9 september dan seterusnya

Polis menyatakan Kevin dilarikan orang/diculik berdasarkan pemeriksaan polis ke atas rakaman CCTV di sepanjang laluan yang disyaki digunakan oleh Kevin.

Kevin dipercayai telah diculik oleh 5 orang individu yang bertindak menahan kereta yang dipandunya di Jalan Kerawi dan ia disahlan oleh ketua polis negara ketika itu,Sri Khalid Abu Bakar.

16 September;

6 pagi - Sepasukan anggota dan pegawai STAFOC memeriksa satu lokasi di Taman Subang Mewah, USJ 1 dan menemui satu tong yang disorok di kawasan semak, berjaya dikeluarkan kira-kira jam 8 pagi.

8.45 pagi - Sepasukan anggota bomba dengan satu jenteranya tiba di lokasi kejadian.

8.55 pagi - Anggota STAFOC beredar dari lokasi kejadian menaiki kenderaan pacuan empat roda.

9.15 pagi - Petugas media dan orang awam mula memenuhi kawasan kejadian.

10.00 pagi - Polis sahkan mayat Morais ditemui dalam tong dram yang diisi konkrit

(Sumber kronologi penemuan mayat : BERITA HARIAN)

Kematian Kevin Morrais ini pada mulanya dikaitkan dengan isu 1MDB namun disangkal kerana Kevin tidak terkait perbiacaraan isu 1MDB. Polis percaya ia adalah angkara dendam.

Kematian Kevin ini menyabit 6 ke 8 individu yang bersekongkol membunuh Kevin termaksud Dr Kolonel K. Kunaseegaran.

Kunaseegaran merupakan Ke-tua Makmal Patologi,Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

Ohya,sedikit tambahan tertuduh ketujuh yang didakwa membunuh Kevin mengaku di Mahkamah tinggi bahawa dia ditawarkan RM3.5 juta oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengaku bersalah membunuh Kevin Morais.

Tidak cuma itu,dia juga menyatakan mendapat sogokan dari abang mangsa sendiri,Richard Morais. Semua sogokan dari individu2 dipetik namanya berjumlah Rm7juta.

Namun apa pun itu semua hanya tuduhannnn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2019 05:46 PM | Show all posts



Hussain Ahmad Najadi

Pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysia/AmBank

Beliau ditembak mati di tempat letak kereta di Tokong Cina Kuan Yin,No.4, Lorong Ceylon, Dang Wangi

Pukul 1.30 dan 2 petang,29 Julai 2013.

Ketika itu mangsa baru sahaja keluar dari tokong selepas berurusan dengan Pemegang amanah tokong. Hussain dikatakan diminta bantuan untuk menerangkan surat perjanjian pembelian bangunan deretan kedai berhampiran tokong dimana surat itu ditaip didalam bahasa english menyebabkan pemilik tidak faham.

Hussain dikhabarkan menolong sekadar yang diminta,bukanlah menjadi atau terbabit didalam urusan jual beli tersebut.

Selepas selesai urusan,mangsa didapati keluar untuk mendapatkan keretanya namun ia ditembak mati oleh pembunuh upahan.

Bagaimanapun,didalam konflik jual beli terbabit,Hussain hanya cuba menegaskan hak2 pihak tokong serta mempertahankan wang dana amanah tokong yang cuba diminta oleh "seseorang" tidak diketahui.

Mangsa didapati ditembak 5 das peluru dari bahagian depan dan 6 das dari bahagian belakang.

Tembakan jarak dekat itu mengenai dua organ utama iaitu jantung dan salur darah utama, aorta. Kecederaan pada jantung telah menyebabkan pendarahan teruk di rongga dada kiri manakala kecederaan pada aorta menyebabkan rongga dada kanan dipenuhi darah.

Peluang untuk hidup memang tidak dapat kerana jantung hampir pecah.

Ohya,kalau korang nak tahu,Richard Morais ada termasuk dalam kes ini dimana dia juga individu terbabit yang cuba mendapatkan wang dana tokong selain dirinya juga mengklaim mempunyai sedikit hak keatas tanah tokong tersebut. Suka eah main claim2 tokong ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.092558 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list