CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[ Vol. 2 ] Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

  [Copy link]
 Author| Post time 26-8-2022 08:39 AM | Show all posts
Edited by Syd at 26-8-2022 08:42 AM
gadis_tulip replied at 25-8-2022 03:49 PM
Teringin jugak nak tahu ape kesudahan suami yang bunuh and kerat2 isteri dia tue. Rasa citer nie m ...

ni dalam proses lagi ni.

tu hari dah kena dakwa.

Bunuh, kerat lapan: Warga Singapura berdepan hukuman matioleh NOR FARHANA YAACOB 24 Oktober 2019 12:20pm


Tertuduh didakwa mmebunuh isteri dan anak tirinya.


MELAKA TENGAH - Seorang warga Singapura dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh isteri dan anak tiri di sebuah rumah di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, pada 6 Oktober lalu.

Shahrul Nizam Zuraimy, 31, mengangguk faham selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.

Berdasarkan kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa menyebabkan kematian Norfazera Bidin,27, dan Muhammad Iman Ashraf Abdullah, 11, di antara jam 9 malam hingga 1 pagi di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, 10 Oktober lalu.

Shahrul Nizam berbaju hitam didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, kira-kira 20 orang pengamal media pelbagai agensi memenuhi pekarangan mahkamah sejak jam 8 pagi.

Turut kelihatan di galeri awam, ibu mertua tertuduh, Fatimah Latif, 61 ditemani dua anaknya, Norliza dan Munirah Bidin selain menantunya.


Shahrul Nizam diiringi anggota polis selepas keluar dari Mahkamah Majistret Ayer keroh, di sini, hari ini.

Shahrul Nizam yang berada di dalam kandang tertuduh sesekali memandang ke arah Fatimah dan hanya tunduk sepanjang prosiding itu.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2022 08:44 AM | Show all posts
Edited by Syd at 26-8-2022 08:46 AM

Najib kekal dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta


Murni Wan Omar dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my

Putrajaya: Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan sebulat suara mendapati pembelaan yang dikemukakan oleh Najib tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

"Adalah dapatan sebulat suara kami bahawa sabitan perayu terhadap semua tujuh pertuduhan adalah selamat dan hukuman tidak keterlaluan.

"Saya dengan ini mengumumkan waran komital (perintah menjalani hukuman penjara)," katanya dalam keputusan setebal 15 muka surat yang dibacakan di dalam mahkamah.

[Keputusan penuh menyusul]

Disiarkan pada: Ogos 23, 2022 @ 4:26pm
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2022 08:38 AM | Show all posts
Syd replied at 26-8-2022 08:39 AM
ni dalam proses lagi ni.

tu hari dah kena dakwa.

Terima kasih Syd for the update.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 02:41 PM | Show all posts
yg kes lelaki tetak wife dgn baby dia last year ke early this year pun tragis jgk..lepas tetak, naik motor sambil bogel..ada apa2 update ke sapa tau

kes canny ong br ni tgk dlm CI kt ASTRO. sedih masa lepas dia kene tikam, terdengar azan dr masjid, dia suh pembunuh tu pegi solat..huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2022 08:23 AM | Show all posts
MistrezHermanaz replied at 6-10-2022 02:41 PM
yg kes lelaki tetak wife dgn baby dia last year ke early this year pun tragis jgk..lepas tetak, naik ...

masih dalam perbicaraan tu yang kes abang berbogel tu sambil naik motor
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 10:02 AM | Show all posts
Syd replied at 7-10-2022 08:23 AM
masih dalam perbicaraan tu yang kes abang berbogel tu sambil naik motor

ok baik..terima kasih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2022 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Case yg budak pomp tikam member dia dkt tgnu ada update x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2023 08:47 AM | Show all posts
fatimahmarkonah replied at 15-10-2022 01:17 AM
Case yg budak pomp tikam member dia dkt tgnu ada update x

tak ingat kes yang mana satu. leh share details lebih sikit?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2023 08:49 AM | Show all posts
Edited by Syd at 29-5-2023 08:50 AM

Mayat terbakar di kebun kelapa sawit



Mayat yang ditemui di tepi kebun kelapa sawit berhampiran kandang lembu di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, Sabak Bernam.
Mayat terbakar di kebun kelapa sawit

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
23 Mei 2023, 5:36 pm

SABAK BERNAM – Kepulan asap di tepi kebun berhampiran kandang lembu membawa penemuan mayat tanpa identiti dalam kejadian di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu disedari orang awam ketika melalui kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, pihaknya maklumat bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat itu bagi menjalankan siasatan.

Kata beliau, polis setakat ini masih menjalankan siasatan menyeluruh mengenai penemuan mayat berkenaan.

“Justeru, semua pihak dinasihatkan tidak membuat sebarang andaian berhubung motif kejadian itu.

“Kita juga meminta orang awam tidak menyebarkan sebarang spekulasi kerana siasatan masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi petang tadi.

Tambah Agus Salim, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam bagi membantu siasatan.

“Selain itu, mereka yang kehilangan ahli keluarga atau tidak pulang ke rumah juga dinasihatkan tampil membuat laporan polis,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2023 08:51 AM | Show all posts
Wanita hamil dibunuh, dibakar: Punca kematian akibat tikaman di dada

Amirul Aiman Hamsuddin - Mei 26, 2023 @ 7:51pm
bhnews@bh.com.my

SUNGAI BESAR: Punca kematian wanita hamil yang mayatnya ditemui terbakar di kawasan belukar kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau di sini, Isnin lalu disahkan akibat luka tikaman di dada.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, berkata keputusan itu diperoleh selepas bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sungai Buloh hari ini.


"Sebab kematian mangsa adalah kerana luka tikaman di dada selain badan yang melecur," katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Agus Salim berkata, mayat wanita berusia 21 tahun itu sudah dituntut keluarga dan reman terhadap suspek lelaki berusia 20 tahun yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan pula akan berakhir 29 Mei.

DISYORKAN UNTUK ANDA
Jenazah wanita hamil dibunuh selamat dikebumikan
10 orang dipanggil bantu siasatan kes bunuh, bakar wanita hamil
Bunuh, bakar kekasih kerana mahu rahsiakan kehamilan
Taktik nelayan sembunyi dadah RM1 juta bawah lantai bot terbongkar
Wanita hamil dibunuh, dibakar pendiam, anak yatim piatu


Sementara itu, jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nelayan, malam ini.

Majlis pengkebumian yang selesai jam 8.25 malam dihadiri ahli keluarga, sahabat, jiran dan penduduk kampung.


Terdahulu, jenazah wanita yang selesai menjalani proses bedah siasat di Hospital Sungai Buloh dibawa dengan kenderaan Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) dan tiba di Surau Ulumuddin, Kampung Nelayan, jam 7.23 malam.

Media melaporkan motif pembunuhan wanita malang itu dipercayai kerana mahu merahsiakan kehamilan empat bulan akibat terlanjur. Pasangan itu dipercayai menjalin hubungan selama setahun.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 05:02 PM | Show all posts
Syd replied at 29-5-2023 08:51 AM
Wanita hamil dibunuh, dibakar: Punca kematian akibat tikaman di dada

Amirul Aiman Hamsuddin - Mei 2 ...

cerita ni sedih sangat setiap kali baca.. tergamaknya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2023 08:11 AM | Show all posts
Bunuh ketua jururawat, warga Nigeria terlepas tali gantung, berikut kronologi kes menyayat hati

Wartawan SinarPlus


KES bunuh ketua jururawat, Siti Kharina Mohd Kamaruddin, 40, mengundang simpati warga maya.

Berlaku pada Mei 2019, ia menggemparkan negara susulan penemuan mayat dalam keadaan menyayat hati.


Pemergian wanita yang bertugas di Hospital Serdang meninggalkan suami dan tiga orang anak berusia 10 hingga 14 tahun ketika itu.

Pada 4 Ogos 2021, Mahkamah Tinggi di Shah Alam mendapati Alowonle Oluwajuwon Gilbert bersalah kerana membunuh Siti Kharina di sebuah unit kondominium Third Avenue di Cyberjaya antara 12.41 pagi pada 9 Mei dan 2.30 petang pada 15 Mei 2019 dan telah menjatuhkan hukuman mati.

Dalam perkembangan terbaru, warga Nigeria itu terlepas tali gantung setelah Mahkamah Rayuan pada 2 Ogos 2023 menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya kepada hukuman penjara 35 tahun.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M. Komathy Suppiah turut memerintahkan Alowonle Oluwajuwon Gilbert dikenakan 12 sebatan.

Lelaki berusia 40 tahun itu diperintahkan untuk memulakan hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap pada 16 Mei 2019.

Vazeer, yang menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah, telah menolak rayuan Gilbert terhadap sabitan membunuh selepas memutuskan bahawa sabitannya membunuh Siti Kharina Mohd Kamarudin selamat untuk dikekalkan.

Beliau berkata tiada keperluan bagi mahkamah untuk mempertimbangkan sama ada pembelaan berkanun lain digunakan untuk Gilbert kerana hakim perbicaraan telah menolak pembelaan alibinya (Gilbert).

Mengenai hukuman, hakim itu berkata, tiada bukti yang diselindung oleh pihak pendakwaan kerana tidak memberikan keseluruhan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Kondominium Third Avenue di Cyberjaya, untuk beberapa hari selepas kejadian itu, kepada pihak pembelaan.

Baca juga: Kronologi kes pembunuhan kejam ketua jururawat, lelaki Nigeria dihukum gantung sampai mati

Sekiranya rakaman itu penting untuk kes pembelaan, Gilbert sepatutnya membuat permohonan untuk mendapatkannya, kata beliau.

Hakim bagaimanapun berkata susulan pindaan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan, mahkamah bersetuju dengan peguam Afifuddin Ahmad Hafifi bahawa hukuman mati perlu diringankan kepada hukuman penjara berdasarkan keadaan dan fakta kes.

“KAMI MENGETEPIKAN HUKUMAN MATI DAN MENGGANTIKANNYA DENGAN PENJARA 35 TAHUN DARI TARIKH TANGKAP DAN DIA JUGA AKAN DIKENAKAN 12 SEBATAN,” KATANYA.

Terdahulu dalam prosiding baru-baru ini Afifuddin berkata Gilbert dan arwah adalah pasangan kekasih.

Beliau berkata tiada bukti bahawa pembunuhan itu telah dirancang terlebih dahulu dan memandangkan darah Gilbert ditemui pada pakaiannya dan di tempat kejadian, pergaduhan secara tiba-tiba mungkin berlaku sehingga tercetus pergelutan antara anak guamnya dan si mati.

HAKIM PERBICARAAN, KATANYA MEMPUNYAI KUASA UNTUK MENSABITKAN GILBERT ATAS PERTUDUHAN YANG LEBIH RINGAN SEPERTI MENYEBABKAN KEMATIAN TANPA NIAT MEMBUNUH.

Timbalan Pendakwa Raya P. Sarulatha berhujah bahawa hakim perbicaraan tidak perlu mempertimbangkan pembelaan berkanun lain kerana Gilbert telah memilih untuk pembelaan alibi.

Tiada keperluan untuk menyediakan rakaman penuh CCTV kerana tiada pergerakan di kawasan kondominium selepas kejadian itu, katanya.

Mahkamah Rayuan juga tidak menemui sebarang pembelaan berkanun yang boleh dikenakan terhadap Gilbert, katanya.

Baca juga: Kronologi pembunuhan kejam baby Zara, suami pengasuh ke tali gantung

Berikut adalah kronologi kes pembunuhan kejam Siti Kharina

8 Mei 2019
– Siti Kharina dilaporkan hilang apabila gagal dihubungi oleh ahli keluarga dan rakan serumahnya.

12 Mei 2019
– Pihak Hospital Serdang mengesahkan Siti Kharina dilihat kali terakhir di kawasan tempat letak kenderaan hospital itu pada 8 Mei lalu.

– Mangsa dilihat memandu kereta Honda City berwarna putih.

– Pengarah Hospital Serdang, Dr Rohana Johan mengesahkan Siti Kharina tidak hadir bertugas.

13 Mei 2019
– Polis menjalankan inkuiri berhubung kehilangan Siti Kharina dan mengklasifikasikan sebagai kes Orang Hilang.

14 Mei 2019
– Keluarga Siti Kharina meminta orang ramai berhenti menyebar maklumat palsu kononnya Ketua Jururawat itu sudah ditemui.

15 Mei 2019
– Mayat dipercayai Siti Kharina ditemui dalam sebuah unit kondominium di Cyberjaya.

– Polis menahan seorang lelaki warga Pakistan dan seorang wanita Nigeria bagi membantu siasatan.

16 Mei 2019
– Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin mengesahkan mayat wanita ditemui di Cyberjaya adalah Siti Kharina.

Siti Kharina ditemui dalam sebuah unit kondominium di Cyberjaya. Lebih menyedihkan, polis mempercayai Siti Kharina sudah dibunuh dalam tempoh empat hingga lima hari berdasarkan keadaan mayatnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.448329 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list