CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7056|Reply: 57

[Tempatan] Edisi misteri kematian di Negeri Abe Agong .....Kelantan

  [Copy link]
Post time 11-6-2019 09:43 AM | Show all posts |Read mode
Abe mat cari thread tang misteri kematian orang asli macam tarak ..... kalo ada padam aje thread ini.





Misteri kematian orang asli di Gua Musang

GUA MUSANG: Masyarakat orang asli di Kampung Kuala Koh di sini menderita penyakit misteri yang meragut nyawa.

Sepanjang bulan Ramadan lalu, seramai 13 penduduk orang asli suku kaum Bateq di sini termasuk seorang kanak-kanak berusia 1 tahun didakwa meninggal dunia akibat penyakit misteri tersebut.

Semalam satu lagi kematian dilaporkan membabitkan seorang penduduk wanita berusia 22 tahun.

Penduduk orang asli di Kampung Kuala Koh kini hidup dalam kebimbangan apabila seorang demi seorang saudara mereka meninggal dunia dan mereka seolah-olah ‘menunggu masa kematian’.

Mereka mendakwa kematian itu berpunca daripada sumber air tandak yang digunakan untuk aktiviti seharian.

Penghulu Kampung Kuala Koh, Mamat Pokok ketika ditemui berkata, seramai 30 penduduk dibawa ke Klinik Kesihatan Aring 1 dan Chiku 03.

Katanya, seramai 14 penduduk telah dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) dan tiga lagi yang agak kritikal telah dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK).

“Sejak awal Ramadan lalu, penduduk mula diserang penyakit. Kami syak ia berpunca daripada sumber air tandak yang tercemar.

“Kampung ini ada 223 penduduk dan 57 ketua isi rumah. Bagaimanapun, lebih separuh daripada kami kini sedang bertarung nyawa.

“Sumber air tandak kami tercemar dengan sisa perlombongan bijih besi yang telah beroperasi sejak empat tahun lalu,” katanya.

Katanya, awal Ramadan lalu hanya beberapa penduduk dijangkiti penyakit itu namun seminggu kemudian bilangannya bertambah.

“Kami berharap pihak berwajib membantu dan datang ke kampung kami untuk menyiasat perkara berkenaan,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 120 penduduk kampung sama membabitkan 30 keluarga diserang penyakit misteri apabila kulit mereka bersisik, bernanah dan berkudis sejak beberapa bulan lalu.











http://www.astroawani.com/berita ... i-gua-musang-209545




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-6-2019 09:45 AM | Show all posts
Ketua negara kawin semua gadis international ..... rakyaat masih daif macam ini. ape kehehhhh  





Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak misteri pun dah. Menteri kesihatan dah pegi melawat. Katanya janglitan pneumonia ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
KUALA LUMPUR: Orang awam dinasihatkan supaya tidak masuk ke perkampungan Orang Asli dekat Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan kerana jangkitan kuman di paru-paru mudah merebak.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, ketika mengumumkan larangan itu berkata siasatan pihaknya kini menjurus kepada penyakit terbabit, berbanding jangkitan Tuberkulosis yang pernah diuar-uarkan sebelum ini.

Beliau berkata, hal itu kerana pemeriksaan dan diagnosis petugas perubatan dari Kementerian Kesihatan mendapati rawatan terhadap hampir kesemua Orang Asli menunjukkan simptom yang sama.

“Punca sebenar (yang membawa kepada jangkitan kuman di paru-paru) akan diketahui dalam waktu terdekat,” katanya menerusi kenyataan di Twitter Kementerian Kesihatan, @KKMPutrajaya, hari ini.

Mengulas keperluan mengadakan penyiasatan lanjut, Dr Dzulkefly berkata, kementerian bersedia mengendalikan bedah siasat terhadap 14 Orang Asli yang didakwa meninggal dunia sekiranya mempunyai permintaan untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, katanya, langkah itu mungkin sukar dilakukan kerana kementerian dimaklumkan bahawa polis tidak mengetahui lokasi sebenar mayat Orang Asli daripada suku kaum Batek terbabit dikebumikan.

“Setakat ini, Kementerian Kesihatan) sahkan hanya dua meninggal kerana pneumonia (jangkitan kuman di paru-paru),” katanya.

Dr Dzulkefly menjelaskan, petugas kesihatan dari kementerian mula masuk ke perkampungan Orang Asli di Kuala Koh, dekat Gua Musang setiap minggu, sejak April lalu, bagi merungkai polemik jangkitan penyakit yang didakwa menular di kawasan terbabit.

Sepanjang mengendalikan pemeriksaan menyeluruh, katanya, petugas Kementerian Kesihatan berdepan kesulitan kerana cara hidup Orang Asli yang berpindah randah apabila wujud ahli keluarga mereka meninggal disebabkan pelbagai faktor.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 10:06 AM | Show all posts
kehidupan org asli ni mmg nomad ke? pindah randah?
ke ada separuh dah boleh stay kat satu tempat?

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm2 kerajaan buat utk org asli tp deols masih primitif. Menolak kemajuan kah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2019 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Sultan tak gi melawat ke? Takkan duk ulit bini kot.

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 10:29 AM | Show all posts
Tengok air tu bukan main kotor. Tercemar akibat kerakusan pembalakan di hulu Kelantan ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2019 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
unguaurora replied at 11-6-2019 10:10 AM
Mcm2 kerajaan buat utk org asli tp deols masih primitif. Menolak kemajuan kah?

Once, my friend told me. Orang asal ni bukan menolak kemajuan tetapi mereka takut hilang identiti apabila terlalu maju. Contoh terbaik di mata mereka ialah melayu liberal.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Asdan replied at 11-6-2019 10:21 AM
negeri paling islam, betul ke ?

Keindahan Islam.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
dah ada... fothermucker buka
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 11-6-2019 10:50 AM
Keindahan Islam.....

di forum lowyat.. cina cina da blame kelante dah sebab org melayu mati
diorang tak sedar konsesi balak kelate tu cina dap nga kor ming pegang
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes cmni lobai2 x nak suruh darurat pulak. Boleh selamber dia cakap xde apa. Kes kat sg Kim Kim haritu menggelupor cam nak mati. Dasar lobai kon @dino @zorrro_03
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
unguaurora replied at 11-6-2019 10:10 AM
Mcm2 kerajaan buat utk org asli tp deols masih primitif. Menolak kemajuan kah?

org asli ni lah kehidupan ideal manusia
sebati dgn alam
tak mencemar alam
-makan sekadar mampu
- tak membiak ramai ramai
- takde pembinaan kekal
- takde istilah materialistik.. takde sistem wang ringgit
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang Asli Kuala Koh: Ini jangkitan penyakit biasa - Mohd. Amar

ASMA HANIM MAHMOOD

10 Jun 2019 3:23 PM

Mohd Amar ketika menjawab soalan pemberita selepas mesyuarat 'pre-council' Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di JKR 10 di Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU - Kerajaan negeri menyifatkan krisis kesihatan yang dihadapi masyarakat Orang Asli suku kaum Batek di Kuala Koh, Gua Musang kini sebagai jangkitan penyakit biasa.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, bilangan 14 orang penduduk yang dikatakan maut akibat radang paru-paru juga boleh dipersoalkan kerana yang rasmi setakat ini hanya dua orang sahaja.

Dalam masa sama, Mohd. Amar berkata, penyakit radang paru-paru yang dialami penduduk adalah sejenis penyakit bawaan udara sekali gus menolak dakwaan ia akibat sumber air yang tercemar.

"Rekod 14 (maut) itu pun macam mana, kalau ikut polis pun tak ada rekod, kalau baca kenyataan dikatakan mayat dikebumi secara senyap-senyap sahaja, tak ada maklumat,yang rasmi dua (kematian) sahaja.

"Sekarang ini pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Kesihatan dan polis pun sudah turun, kita serahkan kepada mereka (menyiasat), kita nak arah-arah pun mereka lebih tahu bidang tugas dia.

"Kalau kita ambil pandangan pihak hospital, isu ini isu jangkitan biasa, tambah-tambah dengan kedudukan Orang Asli yang tinggal di pedalaman, kurang makanan dan sebagainya, ia menambah masalah (kesihatan) yang ada," katanya selepas mesyuarat 'pre-council' Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di JKR 10 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kematian 14 penduduk Orang Asli suku kaum Batek di Kuala Koh, Gua Musang sejak 2 Mei lalu.

Sehingga kini, baru dua daripada 14 yang maut dibedah siasat dan disahkan disebabkan radang paru-paru.

Dalam masa sama, sebanyak 83 daripada 186 penduduk Orang Asli suku kaum tersebut disahkan dijangkiti penyakit tersebut termasuk dua yang sedang kritikal di hospital.

Sementara itu, Mohd. Amar berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pertimbangan JAKOA untuk memindahkan penduduk ke lokasi yang lebih selamat.

Menurutnya, pihak kerajaan negeri juga setakat ini belum menerima sebarang permintaan dari JAKOA untuk peruntukan makanan dan lain-lain bantuan kepada suku kaum Batek tersebut namun bersedia jika diperlukan.

"Sekarang ini tindakan pindah dalam pertimbangan JAKOA tetapi kita difahamkan ada sebahagian mereka telah bergerak keluar sendiri dari tempat tersebut.

"Kita kena ingat sifat Orang Asli ini dia tidak suka duduk setempat, terutama suku kaum Batek ini berbeza dengan suku Temiar dan lain-lain, mereka lebih suka bersendirian, itu antara isu kita kena ambil kira," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri kini sedang menunggu laporan penuh dan terperinci daripada semua agensi terlibat yang dijangka bermesyuarat petang ini dengan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Nazran Muhammad. - K! ONLINE

Sos: http://www.kosmo.com.my/terkini/orang-asli-kuala-koh-ini-jangkitan-penyakit-biasa-mohd-amar-1.914903?fbclid=IwAR1Ao2iPRAtTzY8F3oNTlXiIshE_jFTvWf7xDwWnvS45Tub6Wdv2V8Cs5_I
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Uishhh nape skrg senang sgt dpt jangkitan paru2 ya. takut lah lps2 raya ni kot bwk virus dr kelantan ke kl
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2019 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 11-6-2019 11:39 AM
di forum lowyat.. cina cina da blame kelante dah sebab org melayu mati
diorang tak sedar konsesi ...

Tanah bawah Kuasa Kerajaan negeri
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 11-6-2019 11:50 AM
Tanah bawah Kuasa Kerajaan negeri

nampak sangat kau baru masuk u masa 2008...hahaha
lepas menang pru 2008..nik aziz bg bnyak
projek pd nga kor ming cina dap tu...
kalau kau masih ingat
jd isu dan attack dari umno bn lepas pru 2008
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 11:58 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 11-6-2019 11:55 AM
nampak sangat kau baru masuk u masa 2008...hahaha
lepas menang pru 2008..nik aziz bg bnyak
pro ...

Sebab tu aku kata tanah bawah Kuasa negeri...macam Mana DAP boleh dapat konsesi balak....dah tentu la Melayu Asli joget mak Inang Ketuanan Islam Melayu korang yang bagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.506711 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list