CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3299|Reply: 0

Kerajaan akan tubuhkan agensi kanak-kanak - Hannah Yeoh

[Copy link]
Post time 11-5-2019 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kerajaan akan tubuhkan agensi kanak-kanak - Hannah Yeoh

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Anggota Parlimen Segambut, Hannah Yeoh (kanan) memberikan Bunga Teluki kepada penduduk setempat pada tinjauan mesra sempena Hari Ibu di Taman Tasik Manjalara, hari ini. - UTUSAN ONLINE/fotoBERNAMA

11 Mei 2019 12:39 PM

KUALA LUMPUR 11 Mei - Kerajaan bercadang menubuhkan agensi kanak-kanak untuk melihat isu-isu berkaitan perlindungan kanak-kanak kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh.

Beliau berkata, pada masa ini terdapat Bahagian Kanak-Kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi ia dibebani dengan pelbagai tanggungjawab.

"Sekarang kami sedang mengkaji untuk mewujudkan agensi kanak-kanak kerana kami benar-benar memerlukan agensi sendiri untuk melihat semua, isu perlindungan kanak-kanak dan hak kanak-kanak. JKM tidak dapat menampung beban kerja sekarang," katanya kepada pemberita sempena program tinjauan mesra Hari Ibu di Taman Tasik Menjalara, di sini hari ini.

Yeoh bagaimanapun berkata keseluruhan proses untuk menubuhkan agensi sedemikian akan mengambil masa.

Untuk mengukuhkan perlindungan bagi kanak-kanak, negara juga akan melihat pelantikan Pesuruhjaya Kanak-Kanak tidak lama lagi, katanya.

"Semua proses telah selesai dan kami sedang menunggu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengumumkan pelantikan itu. Senarai calon juga telah dihantar," katanya.

Yeoh yang juga Anggota Parlimen Segambut berkata pesuruhjaya itu akan mengkaji undang-undang melibatkan Akta Kanak-Kanak.

"Pelantikan pesuruhjaya itu adalah di bawah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan bukan Parlimen, kerana strukturnya sudah ada," katanya.

Dalam perkembangan lain, Yeoh juga menggesa ibu bapa supaya tidak mengetepikan sebarang keterangan anak-anak mereka sekiranya berlaku kejadian jenayah terhadap mereka.

"Telah dibuktikan bahawa orang yang paling dekat dengan kanak-kanak boleh membahayakan mereka kerana mereka mempunyai akses. Ibu bapa harus memainkan peranan awal untuk mempercayai anak-anak, mengajar mereka tentang sentuhan yang selamat dan sentuhan tidak selamat sejak kecil dan melayan anak mereka dengan betul," katanya.

Terdahulu, Yeoh dan pasukannya mengedarkan bunga teluki kepada pengunjung taman itu sempena sambutan Hari Ibu yang akan diraikan esok. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.062321 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list