CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1388|Reply: 13

[Tempatan] Cuaca panas air sungai surut, penduduk kurang bekalan air bersih

[Copy link]
Post time 8-5-2019 02:48 PM | Show all posts |Read mode


PENIAGA kedai makan, Loeai Mohd Noh menggunakan air mineral yang dibeli untuk menyiapkan pesanan pelanggan di FELDA Chini 3. - NSTP/Farizul Hafiz Awang





PEKAN: Ribuan penduduk di Gugusan FELDA Chini, dekat sini berdepan masalah gangguan bekalan air meruncing sejak seminggu lalu dipercayai akibat paras air Sungai Mentiga yang menurun berikutan cuaca panas.

Difahamkan loji yang merawat air dari sungai berkenaan untuk disalurkan kepada penduduk tidak dapat beroperasi berikutan paras air semakin menurun selain kualiti air juga terjejas.

Penduduk mendakwa air ke kediaman mereka terpaksa dicatu dan air biasanya disalurkan jam 10 malam sehingga 8 pagi, bagaimanapun tekanan air rendah dan ada kalanya keruh yang tidak sesuai digunakan untuk diminum atau masakan.
Keadaan itu menyebabkan penduduk terpaksa membeli air minuman dan mineral untuk kegunaan seharian.

Ada juga penduduk terpaksa ke Kuantan yang terletak kira-kira 90 kilometer (KM) dari sini untuk membasuh pakaian di kedai dobi.

Penduduk FELDA Chini 3, Mohammad Iqbal Majid,28, berkata masalah gangguan bekalan air sering berlaku ketika musim panas yang menyebabkan paras sumber air iaitu di Sungai Mentiga semakin menurun.

“Sudah hampir seminggu masalah ini berlaku tahun ini. Memang ada air keluar daripada paip tetapi tekanannya rendah. Ada kalanya keruh yang warnanya macam kopi O. Kami bimbang juga digunakan untuk minum atau masakan.

“Kita berharap masalah ini dapat diselesaikan segera oleh kerajaan,” katanya ketika ditemui di FELDA Chini 3 di sini, hari ini.

Sementara itu, peniaga kedai makan di FELDA Chini 3, Loeai Mohd Noh, 28, berkata dia terpaksa membeli air mineral setiap hari untuk menjalankan perniagaan dan ia sedikit sebanyak meningkatkan kos operasi perniagaannya.

Katanya, dia membelanjakan RM27 sehari untuk membeli tiga karton air mineral yang terpaksa ditampungnya semata-mata untuk meneruskan perniagaan yang menjadi mata pencariannya sekeluarga.

“Terpaksa beli air mineral supaya dapat berniaga. Tetapi kalau masalah gangguan bekalan air ini semakin meruncing, mungkin saya terpaksa menutup kedai buat sementara waktu sehingga keadaan pulih.

“Memang ada air dihantar oleh pihak berkuasa tetapi hanya terhad untuk dua baldi setiap keluarga. Memang tidak cukup untuk berniaga,” katanya.












Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-5-2019 02:52 PM | Show all posts
Loji Air Chini semakin kritikal

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde pembenihan awan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 03:21 PM | Show all posts
Kasihan orang2 Felda Chini.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 03:50 PM | Show all posts
koi pun dah seminggu tarak air
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 04:09 PM | Show all posts
ingat kat selangor..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2019 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 8-5-2019 06:06 PM

Ai teringat pekerja asing kemain happy pakai air paip terawat. Seperti pesta air 7 juta warga asing
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 08:56 AM | Show all posts
nak tnya, kalau musim tengkujuh tmpt nie kena banjir tak?

kalau ye, tu maksudnya kawasan tadahan air semakin kurang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2019 09:01 AM | Show all posts
susah xde air ni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 09:03 AM | Show all posts
masalah air kalau dulu dulu hanya di selangor sekarang dah melarat keseluruh negara...apa PH buat ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 09:04 AM | Show all posts
sikatkutu replied at 8-5-2019 02:52 PM
Loji Air Chini semakin kritikal

mmg rendah sgt paras airnya...
cam lopak pon ada
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 10:17 AM | Show all posts
kesiannya dorg.. nampak cam mendung je cuaca sana tp tak hujan eh
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Pahang negeri kaya sumber semulajadi
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes camni jarang media ambil perhatian...kalau Kat Selangor mesti dah kecoh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.225373 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list