CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 41372|Reply: 62

[Pelbagai] Memori buat biskut...

  [Copy link]
Post time 8-5-2019 12:16 PM | Show all posts |Read mode
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-5-2019 12:20 PM | Show all posts
Dulu-dulu emak buat biskut,
Dulu-dulu anaknya tolong uli,
Dulu-dulu emak siapkan adunan.

Kemudian anaknya tolong bakar,
Ayah suka kuih bakar bangkit ni,
Yang hangit boleh dirasa dahulu.

Raya penuh satu meja,
Kuih bakar bangkit,
Kuih samperit,
Biskut mazola,
Bahulu.

Ku teringat dulu-dulu,
Kemudian ku tempah online...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu dulu tolong mak buat semperit..
Tang bubuh ceri secoit tu satu boh kt semperit..satu masuk mulut...
Nyum..nyumm...aaa


Dulu dulu tolong mak buat rempeyek...
Tang bubuh kacang ngan bilis tu...
Dua boh kat peyek..dua masuk mulut ku..
Kriok..kriokk...wawawa...

Makk...
Raya kali ni...org beli je lahhh...
Mak sedia bekas kosong je...
Tunggu org balik...kita kejar ayam..
Buat sambal ayam...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling legend bila mak buat kuih bahulu
Lepas sahur dah start pukul telur
Lepas zuhur dah boleh bakar
Cara bakar bawah dapur gas, atas letak arang
Acuan bahulu dlm periuk dialas dgn pasir
Bau dia, boleh batal puasa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah jugak tolong buat kuih raya masa kecik2 dulu. Kuih raya legen masa tu kuih samperit dan biskut buah kana. Part pukul nak keluarkan buah kana tu yg best. Habis patah papan kuda mak i gara2 buat biskut kana tu. Lagi satu buat putu kacang. Bab tenyeh masuk dalam acuan tu yg syoq.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2019 08:03 AM | Show all posts
Edited by seribulan at 9-5-2019 07:04 AM






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-5-2019 08:04 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2019 08:06 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2019 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
banyak sgt memori buat biskut raya masa kecik2 dlo.
Untuk sesi membuat biskut raya pulak, bermula dari minggu terakhir tu dah siap tulis bahan-bahan untuk dibeli dan bermulalah sesi membuka buku resipi.

Biasanya sampai 10 jenis kuih. Dibuat bermula pagi sampai ke malam dan bersambung ke sahur pula. Kadang-kadang sampai 14-15 jenis biskut belum masuk kerepek dan maruku lagi. dlo mmg rajin buat kuih semperit, sampan, tat nenas, kuih siput, dan mcm2 lagi.

Kalau jiran-jiran tanya dengan bangganya berkata," adalah dekat 10 jenis dah siap kuih," bangga di situ.

Memang sangat risau kalau biskut raya tak buat. Sambil buat biskut sambil dengar lagu raya pergghhhhh bertambah lagi semangat nak raya.

tapi tu dulu, bila zaman da makin moden, masa yg sgt terhad, skrg ni beli je kuih muih. x dan dah nk plan2 buat biskut. lg satu mak lebih tekankan amal ibadah 10 mlm terakhir dr buat biskut raya. rindu sgt zaman dlo2 memori buat biskut raya. kalau boleh putar kembali... mesti best...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 01:54 PM | Show all posts
Dulu-dulu mak memang rajin buat kuih raya,
dan saya pun rajin curik-curik makan kuih raya

Kuih mazola feveret arwah abah,
Hari raya siap bawak sebalang tengok depan tv,
Bila mak nampak memang kena marah,
Kami pun join la sekaki

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2019 03:37 PM | Show all posts
Nak Hidangkan Kuih Raya Yang Unik Di Aidilfitri? Apa Kata Cuba 8 Resipi IniBy Hayaty Mahdini



Mahu tetamu datang ke rumah dan kata "Wow, awesomenya kuih raya awak?" Kami ada cadangan dan resipinya sekali. Pasti tak menyesal kalau cuba.


1. Biskut Pepero




Bahan-bahannya:

1 biji kuning telur
1 biji putih telur
3 1/2 oz milk chocolate
1 oz white chocolate
1/4 cawan susu pekat manis
s 2 sudu besar gula
1/8 sudu kecil garam
1/4 cawan mentega
2 sudu besar air
1 1/2 cawan tepung
1/2 sudu kecil baking powder

Cara-cara membuatnya:

Mula-mula, campurkan susu pekat manis dengan air dan ketepikan. Satukan tepung, gula, baking powder dan garam. Gaul hingga sebati. Kemudian masukkan mentega ke dalam adunan tepung, setelah sebati masukkan kuning telur. Akhir sekali masukkan bancuhan susu tadi. Sekiranya adunan masih melekit, tambahkan tepung hingga adunan menjadi doh.

Balut doh dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 20 minit. Tujuannya adalah untuk memastikan doh sebati dan rangup setelah dibakar. Keluarkan doh dan bentukkan menjadi jejari. Setelah siap, simpan sekejap doh yang dibentuk tadi dalam peti sejuk, lebih kurang 10 minit.

Pastikan oven telah dipanaskan dgn suhu 175 darjah celcius. Keluarkan biskut jejari tadi dan sapukan putih telur dan bakar selama 20-25 minit atau hingga biskut masak.

Untuk salutan biskut, cairkan milk chocolate dan white chocolte dengan kaedah double boiler. Sebelum biskut dicelup ke dalam coklat, pastikan biskut telah sejuk. Jika kreatif, boleh saja tambahkan pelbagai jenis hiasan coklat mengikut citarasa anda.
facebook.com

Image via fitrihadi.com




Image via fbcdn.net





2. Biskut Lidah Kucing

Image via benashaari.com



Bahan-bahannya:
250 gm butter
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex (perangup biskut)
6 pewarna berbeza: merah, oren, kuning, hijau, biru, ungu.

Cara membuatnya:

Mula-mula, sapukan loyang dengan sedikit butter. Ayakkan bersama tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan. Dengan menggunakan mixer, pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati. Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hungga rata.

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Letakkan pewarna untuk setiap bahagian dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan. Paipkan atas loyang lidah kucing. Akhir sekali, bakar dalam oven pada suhu 150°C selama 15 hingga 20 minit.
blogspot.com

Dulang khas untuk bakar biskut lidah kucing.




Image via amsyarbaker.com





3. Biskut Oreo Penakluk Cinta

Image via sedaptube.com



Bahan-bahannya:

30 keping Oreo
6 sudu besar mentega
2 cawan marshmallow (pelbagai warna)
1 sudu besar sos karamel
3 sudu besar cip coklat

Cara-cara membuatnya:

Panaskan oven pada suhu 180°C. Cairkan mentega lebih kurang 30 saat di dalam microwave. Sementara itu, hancurkan Oreo. Satukan dan gaul sebati.

Sediakan loyang acuan silikon. Tuang adunan Oreo ke dalam acuan, ratakan dan tekan-tekan supaya padat. Bakar selama 10 minit.

Keluarkan dari oven dan tabur dengan marshmallow. Picit-picitkan sos karamel. Bakar kembali selama 8 minit.

Keluarkan dari oven dan tabur dengan cip coklat. Sejukkan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 6 ke 8 jam, atau semalaman. Keluarkan dan potong kecil-kecil ikut selera.
sedaptube.com

Image via sedaptube.com





4. Biskut Rainbow Styles




Bahan-bahannya:

250gm Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Jagung ( brown &polson )
50 gm Tepung Susu 250 gm
Mentega / marjerin 160 gm
Gula Aising 1 sudu kecil
Esen Vanila Pewarna – Ungu Violet, Biru, kuning, jambu, merah, hijau epal

Cara-cara membuatnya:

Satukan ke semua bahan dalam mangkuk dan uli sehingga menjadi doh. Bahagikan kepada 7 bahagian untuk diwarnakan - dan satu bahagian tanpa warna. Uli dan gulung doh memanjang atau menggunakan piping bag pastikan saiz seperti sebatang straw, perlu diingat styles cookies saiz setiap doh yang diuli perlukan saiz seakan sebatang straw minuman.

Susun setiap doh yang telah diuli menjadi seakan straw minuman atas loyang atau dulang. Susun rapat-rapat antara setiap doh yang telah diwarnakan dan diuli. Apabila telah siap disusun. Sejukkan sebentar dalam peti sejuk selama 30 minit.

Keluarkan doh dari peti sejuk, potong bersilang seperti bentuk 3 segi, anda boleh memotong memanjang jika suka, Styles cookies hanya sesuai bentuk 3 segi dan 4 segi kerana keunikannya dan tiada pembaziran doh. Hias dengan gula manik. Bakar pada suhu 160°c selama 18 minit.
blogspot.com


5. Biskut Donut




Bahan-bahannya:

Bahan A
150 gm mentega
30 gm shortening
100 gm gula caster
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh emplex

Bahan B
200 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
30 gm nestum - dikisar
3 sudu besar susu tepung
Hiasan
Coklat masakan putih
Manik berwarna warni

Cara-cara membuatnya:

Satukan bahan A dan pukul hingga sebati. Masukkan bahan B dan uli sehingga menjadi doh. Canai doh dan terap dengan acuan berlubang berbentuk donut. Bakar dalam oven pada suhu 150°C selama 20 minit atau sehingga biskut masak sempurna. Setelah masak susun atas redai hingga sejuk.

Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler. Celupkan sebelah permukan biskut. Taburkan manik. Tunggu coklat mengeras dan simpan dalam bekas kedap udara .
azlitamasammanis.com






6. Biskut Meringue

Image via pinimg.com



Bahan-bahannya:

3 biji telur putih
3⁄4 cawan gula
Pewarna ikut suka

Cara-cara membuatnya:

Kalau anda mahu gula mudah digaulkan dengan putih telur, panaskan gula di dalam oven selama lima minit. Kemudian pukul putih telur sehingga menjadi warna putih. Masukkan gula yang panas tadi ke dalam adunan dan terus pukul adunan.

Apabila telah siap, letakkan pewarna yang disukai. Masukkan adunan yang telah siap dicampur dengan pewarna ke dalam piling dan buat corak seperti coklat Hersheys atau corak-corak lain yang menarik. Bakar dalam oven selama 90 minit.
food.com


7. Biskut Sandwich Mawar Red Velvet

Image via iambaker.net



Bahan-bahannya:

Bahan A
2/3 cawan shortening
1 3/4 cawan guna
2 biji telur
1 sudu vanilla
1/4 cawan buttermilk
1 sudu pewarna merah
2 cawan tepung AP
1/2 cawan serbuk koko
1/2 sudu garam

Bahan B (krim)
1 cawan mentega yang telah dilembutkan, softened
4 cawan gula kasar
1/2 sudu ekstrak badam
13 auns krim marshmallow

Cara-cara membuatnya:

Bahan A
Panaskan oven sehingga 350 C. Dengan menggunakan mixer, pukul shortening dan gula sehingga sebati. Masukkan telur, satu demi satu dalam kelajuan mixer yang telah dikurangkan. Masukkan vanila, buttermilk dan pewarna merah.

Dalam mangkuk berasingan, pukul tepung, serbuk koko dan garam. Adunan ini dimasukkan ke dalam adunan yang sebelumnya. Uli sehingga sebati. Masukkan adunan ke dalam piping dan buat bentuk bunga ros.

Bakar selama 6-8 minit.

Bahan B
Pukul mentega menggunakan mixer sehingga ia menjadi ringan dan gebu. Masukkan ekstrak badam. Masukkan perlahan-lahan gula kasar sehingga semuanya sebati. Bila siap, simpan di tempat yang sejuk. Jadikan Bahan B ini sebagai krim di antara dua Bahan A (biskut).
iambaker.net

Image via iambaker.net





8. Cupcakes Nutella

Image via pinterest.com



Bahan-bahannya:

1 cawan Nutella
3/4 cawan (120g) tepung naik sendiri
2 biji telur yang dipukul sedikit

Cara-cara membuatnya

Panaskan ketuhar kepada 180°C. Sediakan acuan cupcake dengan 9 acuan dan letakkan kertas cupcake.

Masukkan Nutella, tepung dan telur ke dalam mangkuk. Campurkan adunan dengan sudu besi sehingga sebati.

Isi acuan cupcake dengan adunan dan bakar sehingga 20-25 minit. Cupcake yang cukup masak akan melantun kembali apabila di picit sedikit di permukaan dengan jari.

Biarkan sejuk sebelum dialihkan dan dihidang.

Jika anda ingin menambah frosting, anda boleh campurkan 1 cawan Nutella bersama cream cheese. Masukkan ke dalam beg paip dan hiaskan cupcake anda.








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2019 03:38 PM | Show all posts
            Zaman Almond London Dah Berakhir, Ini 8 Biskut Raya Paling 'Hipster'            

           
Makin banyak biskut raya moden dijual di luar sana.
      
                                                      
            
        
   

   

                                         
    Kalau tiada biskut raya, maka tak meriahlah raya. Hidangan paling mudah, ringkas dan sedap untuk dijamu.

Namun, jika anda perhatikan jenis biskut raya yang muncul tahun demi tahun, banyak sebenarnya yang telah berubah. Pendek kata, kuih raya sudah berevolusi.

Bertambah unik dan senang kata, makin hipster! Kalau yang masih tercari-cari biskut raya, apa kata lihat senarai 8 biskut hispter ini.

1. BISKUT GERMAN

Gambar: iResipi
  Cantik susunan biskut kalau kombinasi warna ini.
  
Lihat warnanya saja sudah meriah, namun hakikatnya warna asal kuih ini hanyalah kuning semata-mata.

Disebabkan biskut ini banyak menggunakan mentega, maka rasanya juga lembut dan cair di mulut.

Antara bahan digunakan adalah mentega, tepung kentang, tepung gandum, gula aising dan garam.

Boleh cuba jika mahukan kelainan. Pastikan pilih warna yang meriah supaya bekas raya anda terletak cantik di meja hidangan.

2. BISKUT ALIEN

Gambar: Mingguan Wanita
  Rupa biskut agak pelik.
  

Anda lihatah sendiri rupa bentuk kuih ini, tidak hairanlah kalau ia digelar biskut alien. Sekali pandang kelihatan seperti watak Cj7 lakonan Stephen Chow.

Kuih ini juga viral di media sosial baru-baru ini dan mungkin menjadikan kuih paling popular ketika ini. Tidak pasti sama ada disebabkan rupa atau rasa kuih ini.

Antara ramuan untuk menghasilkannya termasuklah mentega, susu pekat manis, tepung jadung dan susu tepung.

3. SEMPERIT NUTELLA

Gambar: alambudimanfooddelivery
  Habis semuanya ada Nutella.
  

Siapa yang tidak kenal semperit. Biskut raya antara kegemaran ramai setiap kali tibanya raya.

Bahan asas untuk membuat biskut ini adalah tepung gandum, tepung jagung, serbuk kastard, gula dan mentega.

Namun itu resipi tradisonalnya. Jika dengan gaya sekarang, mungkin semua nak letak Nutella. Maka dengan itu terhasilnya semperit Nutella.

4. BISKUT JARI

Gambar: Sajian Hati
  Mudah tapi sedap!
  
Antara biskut raya paling mudah, cepat dan murah. Pada awalnya biskut ini tidaklah dikategorikan sebagai biskut raya, namun disebabkan ia telah popular dan mula dihidangkan pada lebaran, maka ia juga antara biskut yang wajib cuba.

Cara menghasilkan kuih ini amat mudah, hanya perlukan satu buku roti, ‘bread crumbs’, coklat masakan dan susu cair (1 tin).

Apa yang anda perlu lakukan adalah potong roti seperti saiz jari dan bakar seketika. Kemudian celupkan pada coklat telah dicairkan sebelum gaul dengan ‘bread crumbs’.

Bakar sekali lagi dan biarkan ia sejuk sebelum dihidangkan. Mudah bukan?

5. BISKUT BALIK RAYA SEDONDON

Gambar: Norwira Abdullah
  Paling unik dan lari daripada kebiasaan.
  

Melihat rupa bentuk biskut ini saja, sudah tentu ia bukan biasa-biasa. Dihasilkan mengikut rupa bentuk kartun manusia, biskut ini lengkap dengan padanan baju raya.

Biskut ini dihasilkan oleh pengguna Facebook Norwira Abdullah dan kebanyakkan biskut dijual dalam pakej yang amat comel dan unik.

Dengan pelbagai rupa bentuk dan warna, biskut ini sesuai untuk dibuat hadiah raya!

6. CANDY KACANG BERSALUT COKLAT

PIC: Wanista
  Gunalah Almond kalau nak sihat waktu raya.
  

Biskut ini dijual dengan pelbagai jenis kacang, namun jika anda mahukan biskut yang lebih nampak mahal, boleh dgunakan Almond, Walnut atau Pecan. Lebih moden berbanding kacang tanah biasa.

Bahannya juga mudah, hanya perlukan jenis kacang pilihan dan kemudian gaulkan bersama coklat, sirap karamel, mentega.

Jika ragu-ragu untuk buat biskut ini, bolehlah guna teknik ‘kuih tunjuk’ di bazar atau pusat membeli belah.

7.  MAKMUR DAN TART CADBURY

PIC: Siraplimau
  Inti nenas digantikan dengan coklat lemak Cadbury!
  

Sama seperti Nutella, coklat Cadbury juga menjadikan bahan utama dalam mengubah biskut tradisional kepada lebih moden.

Antara popular adalah biskut tart dan juga makmur. Kaedah pembuatannya sama saja seperti biskut kebiasaan yang anda makan. Hanya intinya saja diubah kepada coklat Cadbury.

Kami masih menunggu ketibaan tart atau makmur yang diletakkan topping keju banjir.

8. BISKUT RED VELVET

PIC: YouTube
  Selazat warnanya.
  

Seindah namanya, biskut ini antara yang popular sejak dua tahun lalu. Kemunculannya serentak dengan kek red velvet yang kini telah menjadi mainstream di Malaysia.

Namun ia masih diklasifikasikan sebagai kuih moden kerana kemunculannya yang masih baru.

Warna merahnya saja sudah menarik perhatian, belum lagi dengan tambahan coklat cip pada biskut ini. Memang layan!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2019 03:40 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 9-5-2019 02:42 PM

Unik! Jom Buat Kuih Raya Guna Sikat

SELAIN juadah wajib ketupat, lemang dan rendang, kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lengkap jika tidak dihidangkan biskut raya untuk meraikan kedatangan tetamu ke rumah.Biskut dan kuih raya seperti Almond London, Suji, Bahulu, Semprit dan Cornflakes Madu pastinya sudah menjadi kebiasaan dan sering kali dihidangkan di meja-meja setiap rumah yang dikunjungi.
Jadi, untuk mencuba kelainan apa kata anda try buat biskut raya yang unik yang turut menggunakan sikat dalam proses pembuatannya dan difahamkan biskut ulat bulu ini turut menjadi viral dan mungkin boleh digelar biskut of the year memandangkan sambutan yang diterimanya, malah banyak juga kedai-kedai kuih menjualnya di luar sana.

Jom kita check resipi nak buat kuih ulat bulu comel ni! – MYNEWSHUB.CC

BAHAN-BAHAN:
3 1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kastard
1 cawan susu pekat manis
1 cawan buttercup
1 penutup esen vanila
Pewarna hijau epal secukupnya
Chocolate cip kecil secukupnya
*setiap sukatan guna cawan yang sama besar

CARA MEMASAK:
1. Gaulkan tepung jagung, tepung kastard dan mentega sehingga sebati. Sebaiknya gaul menggunakan tangan sebab boleh rasa tekstur doh.
2. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Gaul sebati lagi.
3. Campurkan pewarna hijau dengan secukupnya. Janji dapat warna yang diidamkan.
4. Uli dan jadikan bentuk ulat beluncas. Untuk dapatkan garis-garis tu, gelek atas acuan kuih siput je.
5. Untuk membentuk mata, letakkan coklat cip dihujung doh.
6. Bakar biskut menggunakan api bawah pada suhu 120-130C. Masak sehingga bahagian bawah biskut kelihatan agak coklat.
7. Angkat dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.

INFO: Jika rasa doh tu keras, tambah buttercup sikit demi sikit. Kalau rasa doh tu lembik sangat, tambahkan tepung jagung.




Sumber: Majalah Rasa
               

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 06:33 AM | Show all posts
Edited by cmf_jeangrey at 15-5-2019 07:02 AM

Memori paling indah bila mak suruh salin resepi dari tv...ye la internet takde, phone pun xde nak record. So gigih menunggu tukang masak habis masak, time keluar resepi kat skrin mata x berkelip tgk skrin sambil tgn laju menyalin...mmg buruk tulisan tp lepastu tulis semula cantik2 buat koleksi dlm buku resepi peribadi mak

Teringat lg buat biskut nestum ikut resepi kt tv...sedap ya amat...tetamu yg dtg puji2 tanya resepi...yg kita ni pun cari2 tak jumpa sbb lupa tulis dlm buku
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi satu raya terasa hambar kalau xde sesi buat kuih..sambil tgn mengerjakan doh sambil mata ralit tgk tv..takpun dgr lagu raya atau baca majalah cth remaja, gila2, jelita, wanita yg ntah dah berapa kali ulang sampai iklan pun baca ..biskut mesti nk kena lebih dr 5 sbb mak ckp tak best kalau meja nmpk kosong, tu blm campur kerepek dan kacang yg oder dr jiran2...so bertunggu tangga berpanas kt dapur mmg semestinya lah..seb baik biskut bukan mcm kek..masak dlm 20 min je so dlm satu mlm dpt la 2-3 jenis kalau rajin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2019 01:09 PM | Show all posts
Nak cuba buat kuih bakar bangkit la  puasa ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2019 02:33 PM | Show all posts
dulu2 mmg selalu tolong mak buat kuih raya
walaupun mak kerja shift tapi mak masih sempat buat kuih raya
orang dulu2 biasanya sebelum buat kuih raya dorang jemur tepung dulu
pastu ada gak yg mesin buat tepung sendiri.
mak pun mcm tu tp tak ingat yg blend sendiri tu tepung apa...
kadang2 bersaing dgn jiran sebelah menyebelah kiri kanan dok blend tepung
tengah2 malam...(duduk rumah teres murah kt KL)
jadi bolehlah dengar orang kiri kanan buat kuih raya
pastu esoknya masing2 bertanya smlm buat kuih apa...
tp biasanya mak buat kuih raya bila time keje shift petang
jd bila buat kuih raya sampai kul 4 pagi pun
mak masih ok sb nanti pegi keje kul 12 tghri
(mak keje kt hospital universiti jadi ada 3 shift tp jarang kena keje malam)

selalunya bila puasa mak buat kuih samperit, tart nenas (stail lama yg bulat pastu inti nenas kt atas)mazola, muruku, biskut badam, biskut sarang semut, biskut sampan dan biskut cornflakes. kacang tanah goreng pula biasanya abah yg rajin buat/goreng.
zaman dulu2 mmg semuanya buat sendiri. takdenya nk beli mcm org skrg.
org skrg pulak malas nk hadap benda2 renyah mcm ni tu yg lebih senang beli(termasuk saya...hehehe)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2019 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 15-5-2019 01:09 PM
Nak cuba buat kuih bakar bangkit la  puasa ni

Ada tak resepi gerenti jadi & cantik?

Ai dah penah cuba resepi Azlina Ina bangkit cheese, sedap sangat tapi kembang & bunga dia tak cantik cam yg kat atas tu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2019 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenangan buat kuih raya dedulu...kena tunggu mak ambik cuti baru boleh buat sbb dia keja misi. So bila dia cuti kami akn pulun mengukis 3-4 hari berturut2, pastu buat 2-3 bancuhan. Tiap2 tahun biskut kami sama je, semprit, tart gulung, cornflakes madu & mazola.

Mak sejenis yg super fussy, kalau biskut tu tak cantik & up to her standard kena buat semula. Memang rasa nak nangis dok hadap bancuhan tepung sampai dia kata lulus baru bleh masuk oven.

Skrg sbb ai bisnes kukis, ai dah take over buat kukis raya. Buat yg utk jual lebihkn sekali utk rumah seniri, rumah kampung & utk bg kat tetamu. Dedulu buat kukis time puasa rasa pening nk termuntah semua cukup, sekarang alah bisa tegal biasa...hehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2019 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
ayorsuam replied at 20-5-2019 02:41 PM
Ada tak resepi gerenti jadi & cantik?

Ai dah penah cuba resepi Azlina Ina bangkit cheese, sedap ...

Sudahnya beli, ikut kakak tempah kat rumah stok jual biskut, kerepek + jeruk Raya. Sebalang RM13-RM16.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.145244 second(s), 65 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list