CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fly_in_d_sky

[Buku & Kesusasteraan] Saya sedang baca buku (Bah. 3)

[Copy link]
Post time 9-9-2025 11:34 AM | Show all posts


SINOPSIS

Callsign: Jengking & Bidadari — di langit mereka bertempur, di bumi mereka terikat janji.

“Auch! Sakitlah, weh!”

“Sorry... roket kertas salah landing!”

“Salah landing kepala otak kau!”

Zulhairi, si budak lelaki obses langit sejak tadika, kerjanya baling roket kertas. Mangsanya, si gadis kecil yang penuh amarah, Anjel.

Takdir tak pernah habis bermain teka-teki.

Bertahun-tahun kemudian, mereka bertemu semula, kali ini bukan lagi di tadika tapi di hangar jet pejuang. Dia, si Kapten Jengking, lelaki gila manuver. Dia pula, si Kapten Bidadari, gadis yang mewarisi semangat ayah, yang gugur dalam tragedi udara.

Dugaan datang silih berganti, antara ego, misi, dan nyawa yang digantung di langit. Namun yang paling getir, adalah perasaan yang tak pernah mati.

Dan di satu misi besar, di Pulau Layang-Layang, selepas dentuman di langit reda….

“Kau ingat lagi roket kertas tu?”

“Aku simpan satu… dalam diari flight log aku.”

"Jingga Langit Kita" bukan sekadar novel aksi ketenteraan, ia kisah tentang takdir, luka lama, dan cinta yang berterbangan di ruang udara negara.

Bersiap sedia untuk dogfight emosi dan misi berani mati yang tak semua mampu harungi. Sedia gear-up, kerana cinta ini bukan misi biasa.

** Sedang baca ebook lily haslina


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2025 09:59 AM | Show all posts
Tahkta Indrakayangan di bawah penguasaan Raka Segara, goyah diperdebatkan lantaran Raka berdarah campuran. Belum pernah ada dalam sejarah pemerintah Indrakayangan berdarah campur. Latar belakang ibu Raka dipersoalkan.

Projek Tanah Hijau dibangunkan untuk memulihkan dan mencetus perkembangan ekonomi Maya Sakta yang runtuh akibat perang. Berbekalkan teknologi pertanian Indrakayangan, disokong oleh tenaga kerja dari Indrasakti dan modal tanah dari Indrabumi, menyatukan Puteri Ayu dan Raka sekali lagi di bawah seliaan Raja Wirabandra Widipa.

Namun, perhatian Puteri Ayu terpesong akibat keliru dengan kehilangan Arjuna dan kemunculan Raka. Gerbang Bintang cuba dibangunkan bersama Jafrit Samdol untuk membawa Arjuna pulang.

Di tengah-tengah kemelut perasaan, politik Maya Sakta bergolak lagi. Kuasa Raka dikhuatiri berat sebelah, dan dia dikhianati ayahnya sendiri. Bimasena, si kembar Raja Bimadewa yang tamakkan kuasa, menganjurkan rapat umum yang dihadiri oleh kebanyakan bangsawan Maya Sakta untuk mendesak Raka agar turun takhta.

Sementara di Indrabumi, sesetengah golongan bangsawan mempersoalkan isu tanah dan kuasa diraja Indrabumi yang nampak seakan-akan dimanipulasi oleh kerajaan Indrakayangan dan Indrasakti.

Demi meredakan ketegangan politik dan kemelut monopoli ekonomi hasil Tanah Hijau, Raka dan Puteri Ayu mengumumkan berita pernikahan mereka.

“Kalaulah dia hidup, antara dia dan aku, siapa yang kau pilih untuk kekal di takhta?”- Raka Segara.

“Betapa besar sekalipun kuasa yang kita ada, atau betapa hebatnya teknologi yang kita punya, kita cuma makhluk. Dan sebagai makhluk, kita ada tarikh luput.” - Raja Wirabandra Widipa.

“Bukan jalan seperti ini yang ayahanda mahu lihat dalam hidupmu anakandaku…” - Raja Mahsabumi.

“Kita sudah membuat pakatan! Kau jadi raja Indrasakti! Aku yang patut duduk di singgahsana ini! Kau tak patut gelar diri kau sebagai raja Indrakayangan yang baru! Kau pun tahu, rakyat Indrakayangan takkan terima orang asing sebagai raja mereka!” - Kratos.

“Aku jadi makin keliru. Bagaimana cinta boleh mengubah hati. Makin aku renung, makin aku fahami satu perkara. Cinta bukan bermaksud dengan siapa kau suka pada bila-bila masa. Tapi dengan siapa yang akan bertahan memegang perasaan itu denganmu sehingga ke akhirnya...." - Puteri Ayu Wijayamala.






tengah baca buku ni pada 14 september 2025
hmmm macam tak faham perangai Jafrit Samdol
dan Puteri Ayu tersangkut kat tengah ...
nak Arjuna dari masa lepas atau kejar Raka Segara
dua-dua ada kisahnya ...


kita slow sikit sebab rasa badan letih ...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2025 10:11 AM | Show all posts
Najmi dan Maria bertemu ketika hidup gadis itu sedang kusut. Dalam keadaan tertekan dan terabai, Maria mengambil keputusan untuk membunuh diri. Bagaimanapun, hasratnya tidak berjaya kerana tindakan pantas Najmi.

“Tuhan dah tinggalkan aku!” - Maria

Empatinya pada Maria membuatkan Najmi ingin membantu gadis tersebut. Dia faham benar jika seseorang itu sudah berputus asa dengan hidup kerana dia juga seringkali merasainya. Peristiwa dua dekad lalu bukan saja meragut memorinya tetapi hampir meragut kewarasannya. Dia menjalani hidup setiap hari dengan bayangan yang menakutkan sehingga kadang-kadang dia mahu menyerah kalah dengan hidup.

“Aku tau macam mana perasaan tu. Aku tau apa rasanya apabila kau rasa kau dah tak ada harapan lagi.” - Najmi

Orang kata, orang yang berputus asa itulah orang yang sebenarnya mahu hidup bahagia. Mereka hanya ingin penderitaan mereka berakhir.

“Awak tau bunga api?” - Maria

“Kenapa dengan bunga api?” - Najmi

“Kita selalu memuja yang indah, yang berkilauan dan yang bersinar. Yang tinggi dan jauh atas langit sana. Yang ada depan mata tapi tak tercapai.” - Maria

“Apa yang awak nak cakap sebenarnya?” - Najmi

“Saya rasa hidup saya macam bunga api yang ingin bersinar di langit.” - Maria

Ana muncul dalam hidup Najmi sebagai doktor yang merawatnya. Walaupun pernah menganggap Najmi sebagai cinta monyetnya, namun Ana ikhlas membantu Najmi mengatasi kecelaruan psikologinya.

“Orang yang ada masalah dekat sini... Selalu ingat yang dia orang tak ada apa-apa. Dia orang sihat. Tapi dalam ni macam ada bunga api yang sedang meletup di udara. Bersinar tapi membutakan.” – Ana

Ketika Najmi, Maria dan Ana mengatasi konflik dalam diri masing-masing, tanpa disangka, misteri dua dekad yang lalu terbongkar kembali. Banyak perkara yang terungkai. Rupa-rupanya trauma mereka belum berakhir.


dah start baca buku ni
banyak isu nya ...
so tak boleh baca dalam keadaan rush ...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2025 03:33 PM | Show all posts
“Orang tak boleh pandang kita lemah. Kita perempuan Islam yang ada kekuatan dan maruah.”

*

Salsabila Fahim mahu menjadi usahawan ladang betik yang berjaya.

Meski arena bisnes dan perladangan bukan sesuatu yang sinonim dengan wanita sepertinya, Salsabila yakin, dengan Teh Sofia — kawan baiknya di sisi, mereka pasti dapat mengharunginya.

Namun pada saat ladangnya diserang ancaman birokrasi dan tragedi, Teh Sofia menghilang, meninggalkan dia sendiri.

Detik itu juga, dua jejaka merangkap rakan lamanya, Kamil dan Lam mendesak Salsabila memilih; siapakah cinta hatinya.

Ibu pula semakin tenat. Sal, tak bolehkah kau tinggalkan ladang sebentar?

*

Bergelut dengan urusan-urusan yang tak lekang mendesak, Salsabila terhimpit, lalu kembali kepada-Nya berkali-kali.

Ini cerita mengenai hubungan manusia dengan manusia; dan hubungan manusia dengan Penciptanya. Cinta boleh pudar, tetapi belas kasihan atas nama Allah akan berkekalan.




macam seronok tengok tanam betik walaupun susah
betik makan sejuk-sejuk sedap ..
lepas tu senang berak ... har har har har

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2025 11:13 AM | Show all posts
Edited by fly_in_d_sky at 24-10-2025 11:14 AM

Baca Water Lily - Ramlee Awang Murshid
Nak baca little of life macam tak boleh masuk
Slow kot ... So kita DNF dulu

Water Lily ni sambungan Kasyaf Ain rupanya
Tak ingat cerita Kasyaf Ain 1 dah
So baca jer lah dulu ..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2025 12:18 PM | Show all posts
Demi menyelesaikan satu kes pembunuhan bersiri, Amra bertemu kembali dengan musuh sejatinya, Ketua Detektif Diraja Aqtar – Damien Qaid. Dari mula detik pertemuan itu, mereka sentiasa bercakaran. Amra tak sesekali mahu mengalah. Damien pula sengaja mahu Amra kalah.

“Aku percaya, satu hari nanti kau akan tikam belakang aku.” – Damien
“Aku takkan tikam belakang kau, D. Aku akan tikam kau depan-depan.” – Amra

Dalam menjejak motif dan identiti pembunuh, misteri demi misteri yang berangkai mula terungkap. Rahsia yang selama ini tenggelam dalam lipatan memori kini memanipulasi kewarasan.

“Usaha kita selama ni sia-sia, Amra.” – Damien

Saat kebenaran terbongkar, Amra dan Damien terpaksa memilih antara dua jalan yang menuntut pengorbanan teramat memeritkan. Dua jalan yang akhirnya memisahkan mereka.

“Kalau semua ni terlalu berat untuk kau, tinggalkan aku.” – Amra

Dalam ketidakpastian, dapatkah Amra dan Damien membuat sebaik-baik pilihan? Sedang
maut dan derita menanti di hujungnya. Lalu, apakah jalan yang dipilih itu akan dapat menyatukan mereka kembali?


***

EFFALEE memang pandai bercerita. Cerita dia pandai mempermainkan perasaan kita.
Perasaan kita pula pandai-pandai aje buat kita rasa macam-macam. Lain macam sungguh!
– Pingu Toha, Editor




dah habis baca
memang best ...
korang akan rasa Taqi sangat jahat kira macam The Joker
dan maybe akan fikir Taqi dan Haqq ada apa-apa ke
sebab macam Haqq ni lembut betul dengan Taqi
while Damien .. hmmm ada masalah dalam ke apa


apa-apa pun memang best
plot twist ...
cuma part sweet tu ... kita cepatkan .. hahaha

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-10-2025 01:02 PM | Show all posts
Edited by fly_in_d_sky at 7-11-2025 09:46 AM

Legenda merupakan gelaran agung di dalam dunia pertarungan. Para pendekar dan pahlawan berzaman-zaman merebutinya. Sudah terlalu banyak darah mengalir dan nyawa melayang disebabkan ramai yang mahu menyandangnya. Hanya dengan menumpaskan penyandang sebelumnya, barulah sseorang pendekar itu dinobatkan gelaran Legenda.

Tetapi tiga dekad yang lepas, penyandangnya yang terakhir telah menghilangkan diri, mengakibatkan tidak ada sesiapa mampu merampas gelaran tersebut dengan rasmi selepas itu.

Rusyd, pemuda berusia 20-an, turun dari Puncak Tanpa Nama sebaik sahaja pertapaanya tamat, dengan satu misi - menuntut bela kematian ayahanda dan bondanya yang telah dibunuh oleh pendekar sebuah sekolah persilatan.

Di tengah kembara, Rusyd bertemu dengan misteri gelaran Legenda, dan perjalanannya unutk melunaskan dendam mebara, kini terlilit dengan misteri tersebut, menariknya ke konflik yang lebih besar!

baca buku ni .. tak jadi baca angkuh dan prasangka
ok lah sumpahan legenda
rasa geram dengan watak Rusyd .. nama pun budak
hati panas darah panas .. umur muda


kalau jadi orang paling hebat dalam dunia martial arts
dan dah bunuh orang yang handal
memang orang cari sepanjang masa ler
beradu siapa power


so kena ingat .. dendam boleh merosakkan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2025 09:47 AM | Show all posts
Edited by fly_in_d_sky at 7-11-2025 10:01 AM

"Sang Tuan diasingkan ke bumi sejak ribuan tahun lamanya karena dianggap mengotori kesucian dunia dewa. Ia dikutuk menjadi iblis penghuni Durgasthala yang amat ditakuti manusia. Satu-satunya cara menghilangkan kutukan itu adalah dengan cara kembali ke masa lalu dengan membawa kembali lonceng Dewa Agung yang sengaja dibuang ke dunia manusia. Akan tetapi, itu bukanlah hal yang mudah. Sang Tuan harus menemukan pedang suci dan lonceng pusaka yang hilang entah ke mana.

Di tengah pencariannya, Sang Tuan dipertemukan dengan seorang pria putus asa yang hendak mengakhiri hidupnya di Durgasthala. Namanya Terra Wilingga. Anehnya, Terra memiliki tanda yang dianggap penunjuk jalan oleh Sang Tuan. Membuat sang Tuan mengajak Terra bertukar tempat untuk sementara. Terra menjadi penghuni Durgasthala, sedangkan Tuan menjadi Terra dengan merasuki tubuhnya. Janjinya, Sang Tuan akan mengembalikan tubuh itu bila Terra sudah tidak membenci dunia.

Seakan sudah digariskan semesta, Terra percaya akan janji yang Sang Tuan ucapkan. Alhasil, ia mengizinkan sosok itu pulang ke rumahnya. Sungguh, tidak ada satu pun di antara mereka yang menerka bila Sang Tuan akan jatuh hati pada istrinya Terra, Lynne Taleetha Wilingga."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Semakin Ramai Murid Melayu Daftar: Guru-guru di SJKC berdepan dilema  antara mengekalkan penggunaan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar
YgBenarSemakin Ramai Murid Melayu Daftar: Guru-
Views : 557 Replies : 21
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 2754 Replies : 1566
Seorang wanita Rusia, Alisa Kasimova, akhirnya buat laporan polis lepas muka dia tiba-tiba viral dalam live seorang pempengaruh lelaki Kelantan di restoran.
YgBenarSeorang wanita Rusia, Alisa Kasimova, ak
Views : 1687 Replies : 69
[tvN/Netflix 2025] TYPHOON FAMILY - Lee Jun Ho, Kim Min Ha ~ 11 October 2025
Rahah[tvN/Netflix 2025] TYPHOON FAMILY - Lee
Views : 2272 Replies : 135
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 318321 Replies : 3223
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 23336 Replies : 1218
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 259 Replies : 173
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 36675 Replies : 600
Rumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
VellfireRumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
Views : 2475 Replies : 1028
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bakal melangsungkan pernikahan 2 Oktober
irveneRaja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bak
Views : 23619 Replies : 432

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2025 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.401512 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list