CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3096|Reply: 14

Lepas Dilarikan, Kereta Mak Nyah Dilerai Lelaki Baru Dikenali Untuk Dijual

  [Copy link]
Post time 13-3-2019 06:06 PM | Show all posts |Read mode
Seorang mak nyah terkedu apabila keretanya bukan saja dilarikan lelaki baru dikenalinya, malah turut dileraikan untuk dijual.




Gambar Hiasan




Memetik Harian Metro, kejadian berlaku di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Luar Lingkaran Tengah (BORR), Bagan Ajam, Butterworth Selasa lalu.


Difahamkan, mak nyah berusia 49 tahun itu baru tiga hari mengenali suspek menerusi media sosial.


Pada hari kejadian, mereka keluar bersama sebelum berhenti di R&R berkenaan kerana mangsa mahu menggunakan tandas.


Sebaik keluar dari tandas, mangsa mendapati Perodua Myvi miliknya sudah hilang dipercayai dilarikan suspek bersama-sama dokumen dan kad bank di dalam kenderaan itu.


Sebaik menerima laporan berhubung kejadian, empat lelaki berusia 23 hingga 42 tahun ditahan dalam Op Lejang jam 6 petang di lokasi yang dilaporkan, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor.


Tambahnya, kesemua suspek mengaku terbabit dalam kegiatan curi kenderaan di kawasan R&R berkenaan.


Siasatan mendapati suspek mencuri kenderaan dan meleraikan komponennya untuk dijual.




Foto: Harian Metro/NSTP




Selain dua beg mengandungi jam tangan, sebuah telefon bimbit, walkie-talkie dan beberapa keping kad pelbagai jenis, polis turut merampas rangka Perodua Myvi dipercayai milik mangsa serta enjin dan nombor casis yang sudah diubahsuai.


Berdasarkan ujian saringan air kencing, kesemua suspek didapati positif dadah dan mereka direman empat hari.


Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2019 06:13 PM | Show all posts
ni msti pakai nama betul dlm fb ni
bodo punye pencuri
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 07:26 PM | Show all posts
Pondan ni guna tandas lagi ke pompuan?  
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 08:06 PM | Show all posts
kesian ko nyah...harapkan cinta suci tp terlerai ditengah jalan
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila maknyah tu buat laporan? hebat betul penagih tu buat kerja leraikan komponen kereta kalau maknyah tu buat report pd hari kejadian., tp dh barai gini, boleh dpt kete bru ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah la nyah.kau naynyi jah lagu dendam terlerai seiring dengan kereta kau pun dah terlerai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2019 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru kenai dh habis kereta ko lunyai.. Takziah la ye.. Ada insurans tak???
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 09:51 AM | Show all posts
Pencuri kereta/moto mmg konsep cenggini. Dlm masa tak sampai stgh jam lepas dpt rembat, mmg kasik lerai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2019 11:20 AM | Show all posts
Percaya sangat dengan orang yang baru kenal sendiri jugak yang mendapat susah
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan main main derang ni mmg cepat
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 12:37 PM | Show all posts
siannya ko nyah...cinta x kesampaian
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 03:37 PM | Show all posts
dh nk masuk 50 thn nok, xpyh laa nk bcinta bagai, yg dtg tu semua bg harapan palsu.. terimalah kenyataan bila dah pondan tua ni mana dah laku..semua nk duit n harta je
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 10:00 PM | Show all posts
fefeling nak touch up ke ..last2 kereta hancur kene lerai..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian, kereta yg lunyai.. kalau badan, acahne nok?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerdik sangat tinggal kunci
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.071367 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list