CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: snipersnake

Himpunan kisah2 aku.

  [Copy link]
Post time 18-3-2019 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
snipersnake replied at 13-3-2019 11:39 AM
Minum Milo Anda Jadi Sihat Dan Kuat
Aku anak sulong. So lepas grad je, aku takder luxury nak lepak2 ...

Awat la jin suka milo kann..
Teringa cerita sham tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2019 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
snipersnake replied at 13-3-2019 11:39 AM
Minum Milo Anda Jadi Sihat Dan Kuat
Aku anak sulong. So lepas grad je, aku takder luxury nak lepak2 ...

Cerita pertama dah seremmmmm...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2019 10:14 AM | Show all posts
Edited by snipersnake at 29-3-2019 10:28 AM

sorry lama tak menulis. Dah settle BOD meeting baru aku lapang skit.

Ali

Mak aku cakap, kalau nak kerja, biar kerja tuh mulia. So aku pon mengaji la nak jadik ustaz. Personally aku minat askar. So bila kau ada degree usuluddin tapi minat askar, haha, masuk la aku askar tapi bawah KAGAT la.  KAGAT is Kor Agama Angkatan Tentera. So antara tugas2 aku ialah menjadi imam segala solat2, kengkadang masuk forum agama (pernah masuk RTM punya forum) dan sebagai pakar kaunselling. ATM hantar aku pi counselling course, masa tuh kat Sydney, first time aku pi overseas, free pulak tuh. so ok gak la perks askar nih. gaji kecik tapi kemudahan banyak.  Ada gak non muslims jumpa aku untuk sessi kaunseling which pada aku, aku layankan aje. ada gak yg suruh aku berdakwah kat depa, tapi pada aku, perangai yang baik itu antara taktik dakwah yang elok. korang mesti tak percaya, yang aethist pon ada datang jupa aku, tanya pasal agama. aku pon sedar, aku berjalan atas a very thin line. tapi kalau dah fitrah manusia, diberi ketenangan dan kebaikkan depa pon akan tenang dan baik. ok enough about me.

Antara org yang datang jumpa aku untuk kaunselling ialah depa yang ATM postingkan untuk utk jadik Pengaman di negara Timur Tengah atau africa. surelah kat sama depa pon bertugas agih2kan makanan. kalau korang nak tau, ramai yg mcm separuh gila bila balik dari sana. tgk benda2 yang manusia biasa tak boleh nak brain. kepala bersepai, kanak2 mengemis dengan tangan yang dah tiggal sebelah tapi majority askar yg jumpa aku cakap, benda yang paling mengharukan ialah pandangan ibu dan anak2 kecik bila diberitahu bantuan makanan untuk hari tuh dah habis. kau tahu tak pandangan yang seorang dah give up dengan hidup dan slow2 menerima takdir? mcm tuh lah. yang berpaku pakis kat bahu pon kalau jumpa aku menangis2 mcm anak kecil menceritakan benda2 mcm tuh. erm.

minggu lepas ada prebet baru masuk. aku bagi nama dia Ali lah ye. Ali nih badan dia kecik je. kira lepas ngam2 je lah masuk askar ni. budak muda, dalam 19 kot. badannya kurus. orang yang sangat ceria dan ringan tulang. selalu tolong aku bersihkan surau. kadang2 aku perasan dia tak berjemaah pon , tapi ada je time nak lipat sejadah. baik budaknya. aku perasan gak , dia nih kalau bercerita selalu merendah2kan dirinya. kononya dia lah lari paling slow, bila pi shooting range selalu tak dapat point tinggi. pandai bawak diri. desenangi oleh kawan2 skuadnya. dengar kata dia berasal dari pantai timur. bujang, anak bongsu. mak bapak dia kerja kampung. personally aku suka tgk ada anak muda masuk askar dan bila aku tanya kenapa, dia kata dia nak berbakti pada negara. jawapan yang cliche aku tau, tapi bila korang tgk mata dia, korang tau dia ikhlas.

last week aku dengar dia terpilih untuk posting ke somalia. So selama setengah tahun aku tak jumpa dia. rare gak budak2 muda dapat posting ke tempat gitu. rezeki dia kot, kata aku dalam hati. so sebulan lepas, skuad dia balik. seperti biasa, semua akan diregisterkan utk sessi kaunseling. sorang demi sorang jumpa aku, benda yang sama, menangis, meraung, kesat hingus, kesat air mata, the whole nine yards. masuk pulak Ali. dia senyum simpul. aku serious pelik. aku tanya dia dah makan etc, kira mukaddimah la mcm biasa. dia jawab dengan senyum dan ketawa kecil. cuma aku perasan, dia dok gigit kuku dia. dah mcm kuku beruang aku tgk. sekali sekala dia meludahkan kuku kecik dia ke bawah. aku tanya dia, dia ok ke? dia kata dia happy sangat. aku tanya dia, apasal? dia pon cerita kat aku....kat sana, dia dah membunuh seorang budak. Ya Allah, aku terkejut. Aku tanya dia, kenapa dia buat mcm tuh. Dia kata masa depa tidur dalam kem, budak tuh masuk curi2 dan mencuri food supplies. dia tersedar dan capai rifle dia. dia menrit kat budak tuh, sambil dia memegang tangan budak tuh. dalam rontaan dia nak melepaskan diri, budak tuh menggigit lengan Ali. menjerit Ali. budak tuh lari, dia kata dia kejar sampai agak jauh dari kem, dia tembak kaki budak tuh. then dia, sambil tahan ketawa bercerita, kelakar sangat tgk budak tuh terhencut2 nak larikan diri. sedas lagik tembakan dia lepaskan kat badan budak tuh. tersungkur dia. Ali kata masa dia acukan rifle dia kat kepala budak tuh, dia rasa tenang bila tgk budak tuh menangis2 mintak belas ihsan dilepaskan, dan dia tembak juga. tersnyum je Ali sambil gigit kuku dia. Ali kata, ustaz, otak rupanya kalai bersepai mcm makaroni tumpah kan? abis boot saya kena otak budak tuh, nasib baik dia punya baju ada koyak skit, so saya lap boot saya pakai baju dia lah.  kau tahu tak perasaan aku terkejut, marah, dan mual menahan muntah mendengar cerita Ali? tapi mcm undang2, segala apa yg depa cerita ialah privallaged information yang aku tak boleh bgtau pihak atasan, unless ada clear present danger. aku tak boleh judge dia. aku dissmisskan dia dan bila dia salam tangan aku, terkena skit sisa kuku dia kat tangan aku. serious jijik. dia keluar je aku terus tulis laporan untuk rekemen Ali nih pi jabatan saikateri hospital tentera.

esoknya lepas perbarisan pagi, aku perasan Ali takda dalam blok perbarisan. ada sedikit kekecohan, katanya ada anggota mati kena bunuh malam tadi dan pembunuh berjaya ditangkap. Aku dah mengucap dan berdoa dalam hati supaya benda tuh takda kene mengena dengan Ali.  lepas lunch aku dijemput dua orang MP (polis tentera) untuk berjumpa dengan suspek. aku pon sampai di penjara tentera. penjara nih gelap, dan sangat sunyi. selalunya askar yang masuk penjara nih mmg hardcore criminal, kes bunuh la paling selalu. setakat kes kecik2 depa settle sendiri. pintu cell dikuak. nyaring bunyik engsel karat tuh. kelihatan ali duduk tengang di atas kerusi sambil menggigit kukunya.  sebagai kaunselor, aku tak boleh tuduh dia, aku cuma bertanya apa jadi. Ali menerangkan pada aku, lepas jumpa aku, dia rasa nak membunuh. Nak sangat dia tengok darah panas mengalir atas lantai, anggota badan dicabut2 dan organ diselerakkan atas lantai. so dia dapat peluang dan tak lepaskannya. aku tanya dia, dia sedar tak apa yag dibuatnya tu akan menyebabkan dia masuk penjara dan dihukum mati? dia kata dia sangat2 aware tapi dia nak sangat tengok apa yang dia nak tengok. tiba2 dia bangun dan start nak gigit jari dia, aku pegang badan dia menghalang dia, dia tendang aku dan mcm nak gigit tangan dia pulak. semasa kekecohan tuh, dia sempat tarik tangan aku dan gigit lengan aku. aku jerit panggil MP kat luar dan depa bergegas masuk sambil menghalang Ali. Ustaz, kami rasa ustaz balik la dulu. tak elok ustaz tengok benda nih, syor salah seorang MP tuh. Aku akur dan aku beredar.

masa berjalan tuh, aku terpikir apa jadik kat mangsa. sambil menggosok2 bekas gigitan ali tuh, aku menuju ke tempat kejadian. aku mohon izin IO untuk masuk. terjumpa komandan kem, teruk sangat nih ustaz. saya tak pernah tgk benda mcm nih. masa kita tangkap Ali, dia duduk atas lopak darah tuh. aku hampiri katil tuh, kau tau tak mcm badan tuh meletup? darah terpercik sana2 sini. Mayat? dah tak boleh nak cam sebab cebisan danging bertabur merata2. even tempat aku pijak tuh melekit dan berderap2 bia dipijak, sebab ada cebisan daging. sah2 boot nih aku buang sat lagik. then aku tgk mangsa, mcm badannya dikorek menggunakan benda tumpul. sebab kesa korekkan tuh sangat kasat. mcm digigit pon ada. nampak tersusun buah pinggang, limpa dan jantung mangsa kat area kepala dia. serious aku tak tahan, aku termuntah. selepas aku mintak maaf kat semua , aku berjalan ke pejabat aku berfikir mcm mana orang yang ceria mcm Ali tuh jadik mcm tuh, sambil menggigit2 kuku aku along the way...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2019 10:28 AM | Show all posts
snipersnake replied at 29-3-2019 10:14 AM
sorry lama tak menulis. Dah settle BOD meeting baru aku lapang skit.

Ali

aduhai.... aku terus teringat parents dia...
kenapa ali jadi lagu tu..
kenapa dia jadi saiko..
takut memang dia dari mula dah memang ada mental..

tak dpt aku bayangkan budak yang mintak nyawa tu mesti menggigil dan trkencing2 dia..

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2019 11:23 AM | Show all posts
ada lg tak...siok layan ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2019 04:33 PM | Show all posts
snipersnake replied at 13-3-2019 12:22 PM
Hingga Hujung Nyawa
Borhan dah mengantuk sangat. Mata dah berair. Tapi nak tak nak cargo nih kena s ...

kira Borhan hayunkan golok kat bini dan anak dia yang antu tu kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2019 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt ada masa update lagi cter baru yea..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2019 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Best cerita TT ni. Layan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2019 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah habis ke belum cerita ali tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2019 04:31 PM | Show all posts
pearl.silver replied at 31-3-2019 01:40 PM
Dah habis ke belum cerita ali tu

da habis....
berjangkit kat ustaz tu pulak
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2019 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
s@s@ replied at 31-3-2019 04:31 PM
da habis....
berjangkit kat ustaz tu pulak

Oh.. Ok2.. Xperasan ayat last ustaz tu gigit kuku
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2019 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts

Best boss.. setaraf karya dammerung
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2019 09:35 AM | Show all posts
terbaik penceritaan tt .ending memang rare
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 02:52 PM | Show all posts
Ustaz tu dah kena penyakit mcm Ali? omg

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Citer sekerat2aje.. Apa ending
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon sambung tt.
Seram, takut tapi nak lagi..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2019 01:18 PM | Show all posts
best citer tt
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 03:26 PM | Show all posts
ok follow... style penceritaan macam bam dammerung dulu hehe

dipersilakan sambung lagi bam sniper
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2019 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
We wan mo we wan moo
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2019 02:02 PM | Show all posts
tt ni dammerung kan?




gile rindu story die
bz dgn famili & keje katanya
xpe lh kita fhm

kan tt?




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.066530 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list