CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remyda

[Tempatan] [Update] Bencana Kim Kim : Media Diarah Keluar Dari Pusat Kawalan Operasi Bencan

  [Copy link]
Post time 13-3-2019 10:29 AM | Show all posts
Remyda replied at 13-3-2019 12:22 AM
Dah beratus ratus masuk hospital. Ramai juga dalam zon kritikal. Apa yang tak red alert nya. Nak tun ...

Red Alert tu apa?....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2019 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk video budak tangan gigil tu kesian sgt.. mmg harem la sape yang buat..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 10:34 AM | Show all posts
tmj tak dtg melawat ke
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
chicozinn replied at 13-3-2019 10:17 AM
PPD pun bodoh buta peghut smpai nk soh cikgu2 gi gadai nyawa semata2 nk bersihkan skola da knapa?? ...

Sebab tempat depa. Jauh dri sungai tu... Sbb tu giler meroyan suh dtg bersihkan sekolah tapi apa safety precaution pun takdak..hari ni sekolah kt scientex pula kena tutup.. Jauh sikit dri sungai tu means dah merebaklah pencemaranya.. Jangan pergi area pasir gudang sekarang ni.. Ada parent ni dah angkut anak2 depa balik kampunh yg jauh.. Tak taulah apa side effectnya nanti kt bebudak yg dh terhidu
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
chippotato replied at 12-3-2019 06:53 PM
PPD tak bertanggungjawab langsung.. Hari Ahad haritu kan ada announcement sekolah ditutup, tapi di ...

Saman PPD tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 11:16 AM | Show all posts
chippotato replied at 13-3-2019 10:36 AM
Sebab tempat depa. Jauh dri sungai tu... Sbb tu giler meroyan suh dtg bersihkan sekolah tapi apa s ...

Ya Allah, serius la skola kat scientex pun da ttup..adoyai, kalu lmbat bersihkan ni mau merebak lalu ke sg tiram leh sampai ke rumah meollss je ni..hmm, memang kne cancel la plan nk g tman kota msai sabtu ni..ingat area kota msai n layangkasa xkena sbab kan jauh kg pasir putih tu ngan kota masai kn da ke area bandar sne..hmm, mohon penjara maksimum n denda maksimum la si pelaku tu..bodo melanton-lanton!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2019 11:17 AM | Show all posts
Metana replied at 13-3-2019 12:13 AM
Benda hazard mcm ni pun kenapa semua agensi dan kementerian bertindak lambat?

nak kaji dulu bak kata gomen..manjang kaji je ape slama ni dok saja ke dlm ofis beraircond??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2019 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Cungapan gelombang ketiga
MyMetroUtama

Mohd Sabran Md SaniIzlaily Nurul Ain Hussein dan Suraya Roslan dan Mahaizura Abd Malik
am@hmetro.com.my


“KEJADIAN berlaku sebelum waktu rehat apabila empat murid tiba-tiba mengalami sesak nafas, loya dan muntah,” kata Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort, Mohd Asri Abdul Kadir.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, empat murid sekolah berkenaan terpaksa dikejarkan ke bilik rawatan sekolah selepas mengalami simptom keracunan dipercayai terhidu gas kimia dari Sungai Kim Kim di sini.

Difahamkan SK Tanjung Puteri Resort terletak kira-kira tiga kilometer dari Sekolah Menengah Pasir Putih dan 3.2 kilometer dari Sungai Kim Kim.

Mohd Asri berkata, gelombang ketiga pencemaran itu dihadapi seramai 857 murid sekolah apabila terhidu bau pencemaran akibat dibawa angin kuat pagi semalam.


“Pagi tadi (semalam), sesi pembejalaran berjalan seperti biasa dan tiada tanda murid terhidu gas kimia sejak kejadian itu berlaku enam hari lalu, murid dan pengurusan sekolah tidak berdepan sebarang masalah kesihatan.

“Bagaimanapun keadaan cemas bermula 9.45 pagi apabila empat murid loya, muntah dan pening,” katanya ketika ditemui di sekolah itu, semalam.

Menurutnya, dia terpaksa mengambil langkah utama dan mengarahkan semua murid berkumpul di kawasan lapang bagi memastikan keselamatan terjamin sejurus selepas empat murid mendapatkan rawatan.


“Saya arahkan semua murid dan pengurusan sekolah termasuk guru turun di dataran perhimpunan bagi memudahkan tindakan susulan dilakukan.

“Tidak lama kemudian bilangan murid yang mengalami tanda pening, loya dan muntah bertambah sebelum dikejarkanke Dewan Komuniti Taman Pasir Putih di sini, untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Menurutnya, murid sekolah itu silih berganti dikejarkan ke dewan dengan menaiki ambulans bermula jam 10 pagi hingga 11.30 pagi bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Pada masa sama, pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) datang untuk melihat kualiti udara, namun tahap bacaan sifar, selain mengesahkan ia berpunca daripada angin.

“Anggota balai bomba dan penyelamat mengarahkan penutupan sekolah dan mengarahkan kakitangan dan murid pulang ke rumah pada 11.15 pagi,” katanya.


Menurutnya, sekolah itu kemudian dikosongkan, selain guru-guru turut menghantar murid orang Asli dari Teluk Kabung pulang ke rumah pada 12 tengah hari.

Sementara itu, tinjauan di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih mendapati petugas kesihatan membantu memberikan rawatan kepada kira-kira 100 murid sekolah terbabit.

Murid yang mengalami tanda sesak nafas dan muntah diberikan rawatan termasuk diberikan alat bantuan pernafasan sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI).

Situasi menjadi agak kelam kabut apabila ibu bapa turut hadir melihat keadaan anak masing-masing yang dirawat di dewan itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2019 11:34 AM | Show all posts
nazurah replied at 12-3-2019 10:29 AM
sekolah jek ke yang kena... rasa2 kat sekeliling sekolah tu banyak rumah...

rumah mak aku dekat sebelah sekolah tu je... kalau gambo beso sket..nampak belakang rumah..

apparently so far mak aku x bau smpai dalam rumah sebab mmg pakat dok tutup pintu tingkap dari hari start tu..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2019 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Polis siasat kes sisa toksik di Pasir Gudang

13 Mar 2019

FIRDAUS YON

JOHOR BAHRU - Polis Johor telah menjalankan siasatan berhubung kejadian pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, dekat Pasir Gudang yang berlaku pada 7 Mac lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, siasatan tersebut dijalankan mengikut Seksyen 278 Kanun Keseksaan iaitu menjadikan udara berbahaya kepada kesihatan.

Menurutnya, siasatan juga dibuat mengikut Seksyen 284 Kanun Keseksaan kerana kelakuan cuai berkenaan dengan benda beracun.

“Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini, agar tampil membantu siasatan polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Khalil berkata, orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat berkenaan kepada Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superitendan Nurul Bazilah Jaafar dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau hotline Polis Johor di talian 07-2212999 atau hotline IPD Seri Alam iaitu 07-3864222.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2019 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawasan kawasan perumahan juga dengarnya ada juga penghuni kena keracunan gas kimia. Tapi pasai depa terus pi hospital. Yang pelajar sekolah ni depa terkandas di sekolah. Kakitangan hospital berulang alik angkut pelajar. Sampaikan pusat rawatan pun buka kat tempat kawasan sekolah yang tercemar tu ja. Memang darurat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2019 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Maklumat tambahan

PENGUMUMAN.

Kaki Tangan Klinik Kesihatan Pasir Gudang Telah Operasi 24 Jam Yang Telah Ditempatkan Di Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih.

Kepada Penduduk,
Taman Pasir Putih, Taman Kota Masai Dan Kampung Bukit Pulai.
Kalau Ada Mengalami Batuk Batuk, Muntah Muntah, Cirit Birit, Badan Gatal Gatal Dan Sesak Nafas.

Sila Datang Dengan Segera Ke Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih Untuk Pemeriksaan Kesihatan Anda Dan Untuk Tindakan Selanjut.
(PERCUMA) Tiada Dikenakan Bayaran.

Sesiapa Yang Perlukan Mask.
Sila Datang Ke Dewan Taman Pasir Putih Yang Telah Disediakan Oleh Pihak Berkuasa Tempatan MPPG.
(PERCUMA Tiada Dikenakan Bayaran).

Harap Maklum.
Tolong Sebarkan.

Info Ini Dikeluarkan Oleh:
KKPG Dan MPPG.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2019 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Lebih 10 ambulans membawa pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Scientex, Pasir Gudang,  dilihat memasuki Dewan Komuniti Taman Pasir Putih bagi mendapatkan rawatan kecemasan dipercayai terhidu gas kimia berbahaya, sejak jam 10 pagi tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 11:48 AM | Show all posts
Semoga kesan terhidu tu reversible. Tak sanggup nak imagine kalau kesannya terhadap badan jadi irreversible. Parents kawasan berdekatan takyah anta anak sekolah. Waima ppd cakap tak tutup. Lantaklah kedatangan teruk asalkan anak hidup sihat/
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 11:50 AM | Show all posts
Semoga pihak yang kena membersihkan spillage tu diselamatkan Tuhan n tak ada long term side effect. Mereka ni heroes.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2019 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Pencemaran gas metana: Adik sempat bergurau sebelum ke sekolah

RABU, 13 MARCH 2019 @ 10:52 AM

AFFZA Balqis Ahmad Sahrel mangsa pencemaran gas metana yang Kritikal di ICU Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. - Foto Ihsan Pembaca
PASIR GUDANG: Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort di sini, yang kini kritikal akibat terhidu gas metana, sempat bergurau serta mencium ibu dan bapanya, sebelum pergi ke sekolah semalam.

Affza Balqis Ahmad Sahrel, 14, yang mesra dipanggil Adik di kalangan ahli keluarganya, masih tidak sedarkan diri dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) dekat sini.

Ibunya, Noor Atikah Daud, 47, berkata tidak dapat melupakan kemesraan dan gurau senda anaknya itu sebelum dihantar seperti biasa ke sekolah.

“Dengan nada manja sambil memeluk saya, dia sempat bergurau dengan bertanya, dia cantik kan.

“Saya kata, betul dia cantik, tapi kena ingat Adik pakai tutup aurat cantik dan perlu niat kerana Allah. Dia patuh mengiyakan nasihat itu.

“Saya kemudian cium dahinya sebelum dia memeluk bapanya dengan erat. Itu perbualan terakhir kami sebelum dia ke sekolah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Affza Balqis adalah salah seorang daripada lebih 260 mangsa terbaharu pencemaran gas metana yang dirawat di hospital semalam.

Sehingga kini, sebanyak 13 sekolah di kawasan berhampiran Sungai Kim Kim di sini, yang tercemar akibat pembuangan sisa kimia Khamis lalu, ditutup dengan jumlah mangsa keseluruhan melebihi 400 orang dengan kebanyakannya adalah pelajar sekolah.

Mengulas lanjut, katanya, dia dihubungi pihak sekolah beberapa jam kemudian memberitahu anaknya dimasukkan ke HSI.

Mengulas lanjut, Noor Atikah meminta semua pihak mendoakan kesembuhan anaknya dan semua mangsa yang terjejas akibat pencemaran itu.

“Saya reda dengan ujian Allah ini tapi apabila melihatnya terbaring kaku dengan bergantung kepada alat bantuan pernafasan, hati saya jadi lemah.

“Saya hanya mampu berdoa supaya Allah sembuhkan dia,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2019 11:52 AM | Show all posts
harap ibu bapa, pibg, dan mereka yg tinggal di kawasan berdekatan dan yg terjejas kesihatan....bergabung lantik peguam saman pihak yg buang toksik merata ni. Saman sampai muflis. Moga ada peguam yg sukarela nak wakili mereka.

biar dia hadap beribu ribu saman di samping hukuman dr pihak  berkuasa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2019 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
AFFZA Balqis Ahmad Sahrel mangsa pencemaran gas metana yang Kritikal di ICU Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. - Foto Ihsan Pembaca

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 11:57 AM | Show all posts
Celaka betul orang yang buang sisa bahan kimia ini.
Harap Polis dapat tangkap penjenayah sial ini.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Hanya mampu doakan yg terbaik untuk penduduk pasir gudang. Mudahan yb turun segera
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.191133 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list