CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4983|Reply: 36

[Tempatan] Dari Nenek Sampai ke Cucu Jadi Pencuri

[Copy link]
Post time 10-3-2019 12:50 AM | Show all posts |Read mode

BATU GAJAH: Empat sekeluarga membabitkan nenek, emak dan dua anak lelaki ditahan polis selepas dipercayai mencuri pelbagai barangan di sebuah pasar raya di Taman Pusing Hijau, Pusing, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, keluarga terbabit dipercayai memasuki pasar raya berkenaan dan pergi ke ruang barangan keperluan dapur sebelum keluar dan melarikan diri tanpa membuat bayaran.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata kejadian itu disedari penyelia pasar raya itu apabila mendapati beberapa kotak susu, susu tin, minyak masak dan penyembur serangga hilang dari rak peragaan selepas melakukan pemeriksaan.
Katanya, penyelia berkenaan kemudian membuat laporan di Balai Polis Pusing dan berdasarkan maklumat berkenaan, polis berjaya mengesan keluarga itu yang menaiki kereta jenis PROTON Saga berwarna putih di stesen minyak berdekatan.
“Polis berjaya mengesan kesemua mereka pada jam 6.30 petang di sebuah stesen minyak berdekatan dan merampas kesemua barangan yang dipercayai dicuri dari pasar raya berkenaan.
“Kesemua barang yang dipercayai dicuri itu ditemui di ruang penyimpanan barang kereta berkenaan dan kesemua suspek ditahan untuk siasatan,” katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.
Ahmad Adnan berkata, keempat-empat suspek yang ditahan itu berusia antara 17 hingga 60 tahun dan kesemua mereka mempunyai pertalian kekeluargaan iaitu nenek, emak dan dua anak lelaki.
Katanya, barangan yang berjaya dirampas adalah 14 kotak susu Anmum, dua bungkus Nestum, sebungkus Milo, dua paket minyak masak, lima tin penyembur serangga dan pelbagai jenis pakaian dengan nilai kerugian RM900.
Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Sumber : Berita Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2019 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Jiran ai anak beranak perompak
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunjuk muka
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow ni yang dipanggil anak beranak pencuri.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
aku x menghukum..tgk barang2 yg dicurik semuanya adalah brg keperluam hidup..bukan emas intan permata
maybe JKM/wakil rakyat bleh tgk apa masalah family ni dan hulurkan bantuan ringankan beban mcm tagline bersamamu tu
tp mencuri tetap salah
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 10-3-2019 06:47 AM
aku x menghukum..tgk barang2 yg dicurik semuanya adalah brg keperluam hidup..bukan emas intan permat ...

Tapi, melampau sangat curi sampai berkotak kotak.

Kalau utk keperluan, sekotak dua dah memadai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2019 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols tgk dr dolu geng kangkang curi mesti ada susu anmum.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 10-3-2019 06:47 AM
aku x menghukum..tgk barang2 yg dicurik semuanya adalah brg keperluam hidup..bukan emas intan permat ...

Mula2 i fikir macam sis jugak,mungkin mereka terdesak..tapi bila fikir dari sudut lain,kalau benar mereka terdesak kenapa curik banyak2 sekali gus..cukup dengan seketul dua apa yg betul2 perlu..plus budaya mencuri dorang ni macam run in the family gitew, which is bad.entah2 dorang jual balik barang2 ni..so i don't think they are that desperate.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2019 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 10-3-2019 06:47 AM
aku x menghukum..tgk barang2 yg dicurik semuanya adalah brg keperluam hidup..bukan emas intan permat ...

shieldtox tu...xpyh la curi.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 10-3-2019 01:24 AM
Jiran ai anak beranak perompak

X takut ke. Nanti rumah awak pulak dirompak
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 10-3-2019 07:45 AM
Iols tgk dr dolu geng kangkang curi mesti ada susu anmum.

Dlm kangkang ada apa. Byk pulak tu dikepit
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 10-3-2019 10:21 AM
Dlm kangkang ada apa. Byk pulak tu dikepit

Tu yang iols.pelik tu..
Kuat btol kepit kangkang dia boleh dpt banyak tu...
Jilaka btoi..
Ni nak jual.balik atas nama reject le ni

Anmum reject from kilang..harga mura mura...
Frisolac reject kilang..harga borong
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 10:56 AM | Show all posts
memnalukan betol.terdesak sampai tak peduli dosa pahla
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat kes kepit tv plasma celah kangkang. Mohon jkm dan segala jenis jabatan yang ada kat kementerian tu, pak lebai, imam jenguk2 lah kawasan kejiranan kot ada perlukan bantuan. Sampai mencuri2 begini.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Classmate i masa sekolah rendah n menengah dulu mak bapak pencuri...menurun kt dia bila da besar..sampai masuk paper kes curi bagai..tapi berlagak nk mampos ingat org2 kg xtaw kegiatan drg..selalu tukar2 hp yg latest(which is curi jgk)
Lps da kena tangkap,dpt keja elok sikit tapi projek kaw2 sampai dpt beli kereta..abis tudung adijuma dia projek pastu jual balik kt org..dah la perangai cm sundal,ada laki mencurang...mmg stok xleh pakai betina mcm ni...
To okt,Please la jgn mencuri,jgn malu nk pinjam dari org or cari keja halal...in sha allah rezeki tambah berkat
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Susu mhal ko curi..
Me yg mampu pun bg susu murah kat anak.sadisss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2019 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 10-3-2019 11:11 AM
Teringat kes kepit tv plasma celah kangkang. Mohon jkm dan segala jenis jabatan yang ada kat kemente ...

iya..inilah maksud aku
pihak yg berkenaan kene la turun padang tgk apa masalah family ni
and bantu la apa2 yg patut
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 10-3-2019 11:11 AM
Teringat kes kepit tv plasma celah kangkang. Mohon jkm dan segala jenis jabatan yang ada kat kemente ...

Omg macam mana kepit benda besar gituuuu
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 02:40 PM | Show all posts
ketua keluarganya mana?..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Wowww... mencuri berkotak2 susu mahal. For sure nak jual balik.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.090658 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list