CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10979|Reply: 61

Misteri Rumah Tok.

  [Copy link]
Post time 7-3-2019 12:07 PM | Show all posts |Read mode


Salam,
tujuan aku tulis ni sebab nak cerita tentang kisah seram dekat rumah tok aku di utara tanah air.
rumah kampung lama yang ada beranda.
1. Penampakan perempuan berbaju putih di tiang seri
2. Penampakan hantu menyerupai nenek aku di tengah malam,
3. nenek mengesot atas tanah (ada laluan dia) di setiap malam.
4. hayat2 terakhir tok aku sebelum meninggal dia mimpi hantu (katanya nak datang ambik dia)
5. saka nenek aku mengacau cucu sulung dan kini beralih kepada aku.
dan kisah2 lain

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2019 12:12 PM | Show all posts
ok cite2 iols nak baca ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambung citer tt tasabar nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2019 12:39 PM | Show all posts

1. Penampakan kakak baju putih di tiang seri rumah.

Firstly aku nak bagitau tentang keadaan rumah tok aku bagi korang senang faham cerita.
Rumahnya macam rumah kampung lain. tapi ada beranda di depan rumah,
macam tempat minum minum kopi.
dan ada ruang tamu dan tingkap jenis panjang kebawah. sorry tak reti nak explain tapi jenis tingkap rumah kampung yang panjang dan half ada besi panjang. dan berukir2 di bahagian tengah.
pintu beranda pulak jenis pintu 2 helai dan kunci belah atas dan bawah pintu.
tok aku pun ada letak batu hitam dalam uncang di atas daun pintu tu (tak sure alasan apa)


then ada tiang seri rumah dan di sebelahnya ada bilik 2 yang saiz sederhana dan berhadapan bilik ada tangga turun ke dapur.

bilik tu pun ada kes jugak.
tu akan dicerita kan nanti.

sekarang aku nak cerita tentang aku dan adik aku tido rumah tok aku masa kami umur dalam belasan tahun. cerita ni dalam 10 tahun lepas.

aku paling benci balik rumah tok aku dan kena paksa tido bilik atas.
berantu kot bilik tu walaupunn tido atas katil sedap
semua sepupu aku tido bawah rumah area dapur (kawasan besar situ)

nak dijadikan cerita,
malam 2 3 hari sebelum raya,
aku dan adik aku tido dalam bilik berdekatan tiang seri
tapi kami rasa panas berpeluh2 dan aku kejutkan adik aku ajak tido di luar
adik aku onz je la dah memasing badan berpeluh.
masa keluar sambil peluk bantal dalam keadaan mamai
perhhh boleh nampak pulak akak pakai baju putih paras betis duduk dekat dengan tiang seri.
rambut panjang sampai ke lantai dan sambil menunduk.
diam je situ.

kami dan setan tu dalam berapa langkah je nak sampai.
dah kata mamai kan. kami nampak "akak" tu dan patah balik masuk bilik sambil selimut dan tido balik.

serius tak terdetik takut atau apa langsung.
maybe sebab terlalu letih sebab kena kemas rumah nak raya.
keesokkan harinya
aku cerita kat mak aku pasal pompuan baju putih tu.
mak aku cakap "hang jumpa dah la hantu tu, dia la owner pokok pelam tepi tu"
sampai sekarang kami blur lagi dengan benda tu.

p/s: first time karang cerita. kalau tak paham tanya ye. akan update cerita lain lagi nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2019 12:51 PM | Show all posts

2. Penampakan menyerupai tok

Cerita kedua adalah kisah penampakan menyerupai tok aku masa makcik aku otw nak pergi lepaskan hajat.

makcik aku ni memang agak setan jugak la. sebab kaki gaduh dengan tok aku. asal bergaduh je mesti orang tua tu menangis. tapi kami tak boleh kata apa sebab nanti dimaki kami "hampa kecik lagi taktau apa"
gitu.

makcik aku ni duduk dengan tok aku dekat rumah kampung. 1 malam tu dia rasa nak lepas hajat , toilet kami pulak masa tu dekat luar. bukak pintu belakang ada semak samun sikit jalan 2 3 langkah sampai la toilet.

nak dijadikan cerita, otw ke toilet dia lalu kawasan dapur,
masa tu dia nampak tok aku pakai kain batik kat kepala macam minangkabau turun sawah tu (bentuk tanduk 2 cabang) ada kat tepi dinding dapur.
kiranya macam selisih berjalan la, sorang nak naik ke bilik sorang nak ke jamban luar.

selepas dia nampak tok aku , dia rasa lega la. oh mak tak tido lagi.
dia sapa la mak p mana
tok aku balas "baru balik jamban" sambil terbongkok2 sikit.

elok je dia lalu lepas tok aku dan masuk jamban time tu la dia terfikir
woiii tok aku mana ada rumahhhh!! dia p duduk rumah adik dia .
perh makcik aku mengeletar dalam jamban tu dok fikir sapa dia jumpa tadi.
last dia beranikan diri turun ke dapur semua kosong je
memang betul dia duduk rumah sorang macam tu.

esoknya menjerit2 dia call mak aku cakap "aku jumpa hantu makkkk!!!!"
mak aku tak terkejut pun, dia cuma reply "tu la hang berdosa kat mak lagi sekarang baru ada akai. padan muka"
btw selepas tu sampai la tok aku arwah makcik aku selalu cakap tok aku ni dok sihir dia

makcik aku ni katanya pantang tido bawah alang rumah.
dia cerita asal dia tido je walaupun tido2 ayam time petang mesti mimpi hantu
kekadang sampai  mengigau2 menjerit2, padahal tengah hari buta mimpi hantu apa  


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2019 01:11 PM | Show all posts

3. Penampakan nenek mengengsot atas tanah

ni cerita dari zaman-zaman tok aku muda2 lagi, kiranya zaman dulu
aku tak pernah nampak tapi mak aku masa muda pernah nampak nenek mengengsot ni
katanya ada hari tertentu dan waktu tertentu kita boleh tunggu dan tengok nenek ni mengengsot atas tanah.

mak aku pernah cerita dulu,
malam dalam pukul 11 12 lebih gitu ,masa tu tok laki aku duduk kat beranda rumah, dia tengah isap rokok daun,
berkepol2 asap. mak aku pulak dok dekat ruang tamu
tetiba tok laki aku panggil mak aku "timoh timoh (bukan nama sebenar) hang tengok tu? " sambil mulut tejuih ke depan tunjuk
dari jauh nampak seseorang nenek pakai baju kedah kain batik elok je dok mengesot macam suster ngengsot. mak aku cakap rupanya macam orang gila. rambut kusut masai

lepas dia mengengsot tu ke bahagian tepi jiran rumah pakcik aku (rumah dia depan rumah tok aku) terus nenek ngengsot tu hilang.

mak aku tanya tok laki aku katanya lama dah nenek tu mengengsot ikut laluan dia. tapi dia tak kacau orang pun. just penampak gitu je.
mak aku pun tak takut sangat sebab tok laki aku asalnya tok moh jugak dok boh susuk dekat orang.

siap mak aku duduk sebelah lagi tengok tok aku tekan susuk ke dahi /pipi orang.

katanya bentuk jarum emas pastu sekali letak baca2 sikit ayat hilang ke dahi/pipi.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2019 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Wowww best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2019 01:29 PM | Show all posts
kaklong32 replied at 7-3-2019 12:12 PM
ok cite2 iols nak baca ni


baru type 3 cerita.
maaf tak reti karang ayat.
bahasa pasar je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2019 01:29 PM | Show all posts
Orgkgdukobesi replied at 7-3-2019 12:25 PM
Sambung citer tt tasabar nih



baru 3 cerita nanti sambung lagi
banyak nak cerita ni. tapi masa tak ckup
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 01:29 PM | Show all posts
Lagik la..lagik laa...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk tau mcmane tok laki hang kate bomoh susuk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2019 02:40 PM | Show all posts
NurAlia14 replied at 7-3-2019 01:52 PM
Nk tau mcmane tok laki hang kate bomoh susuk



tok laki aku asalnya bomoh jugak
sebab pernah jumpa tulang harimau ke tulang apa tah
dan dia ada almari kecik simpan barang2 macam susuk semua tu
ada kisah jugak nanti aku cerita
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 03:12 PM | Show all posts
mengesot tu seram duhhh terbayang2 cite suster ngesot tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2019 03:34 PM | Show all posts

4. Misteri bilik

masa cerita pertama aku ada cerita kan ada 2 bilik sederhana sebelah tiang seri.

okay kali ni aku nak cerita pasal ni
masa ni tahun 2001 2002 tak silap. aku ingat sebab tengah famous cerita chori2 chupke2.
wedding cousin aku iaitu anak makcik aku yang stay dengan nenek aku.
kiranya wedding first dalam family kami sebab dia cucu sulung
perempuan pulak tu.

wedding zaman dulu biasa la. memang besar la siap karaoke bagai , buat kat kampung iaitu rumah tok aku.
dan cousin aku ni suami dia cina.
zaman dulu memang top dengan bilik pengantin ni.
dengan cadar rambu ramba ropol bagai,

nak dijadikan cerita,

malam pengantin tu.
lepas kenduri settle semua kira tengah malam dah la
kami dok berkemas-kemas
cousin aku nak masuk bilik pengantin salin baju

tetiba dengar dia menjerit2 histeria
gempar 1 rumah
dah la adik beradik saudara semua tak balik lagi
last sekali semua okay lepas tok perempuan aku baca2 sikit tiup kat ubun2 cousin aku dan bagi minum air.
dah relax semua
aku nampak tok perempuan aku tabur beras +kunyit macam kuning2 gitu dekat kawasan pintu2 tepi2 dinding gitu.
aku baru darjah2 lagi time tu so takmau tanya banyak la.

yang kes cousin aku menjerit tu rupa-rupanya
dia masuk bilik pengantin
dulu kan kita tido pakai kelambu.
kelambu akan ikat2 gulung2 ke penjuru bilik
yang itu la dia kata nampak kaki baby terjulur keluar dari gulungan kelambu macam gaya baby tido dalam buaian.
menjerit la dia.

next aku akan cerita macam mana cousin aku cucu sulung pompuan kena kacau teruk dekat kl.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2019 03:35 PM | Show all posts
kaklong32 replied at 7-3-2019 03:12 PM
mengesot tu seram duhhh terbayang2 cite suster ngesot tu


kata mama gitu la rupanya mengesot.
sampai kita pulak dok terfikir tak sakit paha ke dok mengengsot.
nak kata jiran2 tak logik jugak
dah sekampung takkan tak kenal jiran pulak kan
plus mengengsot apa tengah malam buta.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 03:48 PM | Show all posts
besttt.. sila sambung lg tt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2019 04:09 PM | Show all posts
makton replied at 7-3-2019 03:48 PM
besttt.. sila sambung lg tt



tengah berjinak2 tulis cerita.
kalau tak paham bagitau ye.
tak berapa reti sangat karang cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon sambung lg cite rare tp mungkin blh jd kt kte sbb kte pn xtau ktrunan kte cm ner kn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2019 04:20 PM | Show all posts
NurAlia14 replied at 7-3-2019 04:13 PM
Mohon sambung lg cite rare tp mungkin blh jd kt kte sbb kte pn xtau ktrunan kte cm ner kn



sebenarnya mak dan makcik anak angkat je. tok ambik anak cina jadi anak angkat.
tok ada anak tapi dia tinggal anak dia dek kerana cinta ikut tok laki (disyaki terkena buatan hembusan)
sampai tinggal suami dan anak dia.
sampai mati dia takkan cerita pasal anak dia dekat kami.
katanya anak dia mati dah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2019 04:27 PM | Show all posts
5. Mimpi sama

Okay sambungan dari cerita cousin aku kahwin,
Aku budak2 lagi so takat tu je la dorang cita kat aku.

Sekarang aku cerita masa dia dah kahwin
Tak banyak sangat aku tau orang taknak cerita dan guna alasan “hang budak2 lagi taktau apa”
Tapi ada la cerita aku korek-korek kat mak aku.
Cousin aku ni pulak jenis rapat dengan kami cuma agak pendiam.
Jarang dia nak cerita apa dia lalui sebab beza umur kami yang banyak
Aku baru darjah2 dia pulak dah 20an.

Tup tup dia kahwin dalam 4 tahun dengar cerita dah bercerai. Itu pun aku tahu dari mak aku.
Selepas dia cerai baru tahu.
Rupanya dalam 4 tahun kahwin asal pregnant saja 2 3 bulan mesti turun jadi darah period.
Kiranya janin tak lekat.
Tu la macam titik tolak hubungan laki bini depa macam jauh sikit.

Lepas dari cerai,
Dia cari kerja kat kl dan sewa rumah kondo area batu 3.
Masa tu aku baru dapat belajar dekat uni swasta area petaling jaya.
Kiranya aku peneman dia la bila dia duduk sorang.

1 malam ni kami tido tetiba aku mimpi dari bawah pintu aku nampak ada baby merangkak. Nampak bayang-bayang kaki dan tangan bayi kat lantai.
Aku boleh nampak sebab luar bilik bukak lampu dan bilik tido aku gelap.
Baby tu merangkak p mai p mai depan pintu bilik aku.
Lepas tu dalam bilik aku ada baby cot.
Aku pergi tengok dalam baby cot tetiba nampak baby muka menyeringai dan aku terjaga.
Berpeluh2 weh. Macam merentas desa berpeluhnya

Elok aku terjaga aku nampak cousin aku siap terjaga dah dan lampu bilik kami bukak.
Dia tanya “hang mimpi sama aku ke?”
Damnnnnn.
Dia katanya baru je mimpi macam sama aku tapi awal sikit terjaga dari aku.

Bila cerita dekat pakcik aku, katanya korang malas solat, next time tido bukak surah al quran.

Itu first time aku kena ganggu padahal bagi cousin aku dia dah biasa sebab tu dia tak boleh tengok cerita hantu langsung. Walaupun iklan dekat astro.
Kalau nampak iklan cerita hantu berlari2 cari remote tukar lain.


next story macam mana aku mimpi tok laki aku jumpa aku dan panggil aku ikut dia walaupun dia dah meninggal bertahun dulu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.099590 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list