CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nanny_1

Misteri Rumah Tok.

  [Copy link]
 Author| Post time 11-3-2019 04:36 PM | Show all posts
minahmanja replied at 11-3-2019 03:52 PM
nakk sgt baca..tp kena kiv dlu, sbb la ni opis sensorg... takuttt



jangan risau , cerita ni light2 je. hantu sebenar tak berani tunjukan muka lagi setakat ni. hehhee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2019 04:44 PM | Show all posts
wah ade cete baru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2019 10:17 AM | Show all posts

10. Akak cantik menangis.

Macam aku last cerita aku pasal kedudukan katil aku bersebelahan tingkap nako takda langsir.
sebenarnya lama dah tingkapnya takda langsir.

kerap jugak aku terjaga tengah malam.
1 malam tu aku terjaga
masa tu hujan rintik-rintik
dengar dari tepi tingkap dan sejuk je angin masuk celah tingkap
yang tak syoknya
ada "akak" mana pulak menangis tepi tingkap.
sedih sangat dengarnya
kekadang dengar macam menangis
kekadang dengar macam ketawa
boleh gila confuse dibuatnya.
aku syak "akak" ada kat pokok mempelam tepi tingkap aku.
teringin jugak aku nak bukak tingkap tengok siapakah gerangan yang menangis itu.
time tu tak takut cuma curious.
banyak benda dalam dunia ni aku curious nak tau sampai muka "akak" pun aku teringin nak tengok.
lama jugak "akak" bersedih ditepi tingkap
aku selubung dengan selimut 1 badan berpeluh ketiak dibuatnya.
dalam hati rasa nak maki je akak tu
bila ko nak habis menangis hanattt.
aku nak bukak selimut pun takut.
last-last terlena gitu je sambil dengar alunan tangisan akak.

itulah first aku dengar suara akak yang serak2 merdu
then aku cerita kat mak aku
standard jawapan mak aku "dia menangis nak masuk rumah tu, awat hang nak pelawa dia masuk"
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt dok umah tu sampai sekarang ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2019 02:43 PM | Show all posts
nazzse replied at 12-3-2019 01:25 PM
Tt dok umah tu sampai sekarang ke



rumah kampung ke?
tak duduk sejak tok arwah last year.
semua takut nak duduk sebab macam ada something kat rumah tu.

sekarang tt duduk rumah kuaters kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 11:22 AM | Show all posts
nanny_1 replied at 11-3-2019 11:25 AM
9. Mantera siam di tepi telinga.

Last cerita pasal mimpi tadi aku ada janji  nak cerita pasal m ...

Based drpd iols baca banyak citer2 seram n saka related dlm board d cari ni, jgn d ambil kalau mimpi baby. sbb takut peralihan saka. tapi wallahualam. TT nnt check la balik2 kut2 terambil saka tok secara x sengaja kan

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-3-2019 12:30 PM | Show all posts
LoveliesHate replied at 14-3-2019 11:22 AM
Based drpd iols baca banyak citer2 seram n saka related dlm board d cari ni, jgn d ambil kalau mim ...



nak cakap tak mau ambik tak boleh jugak
sebab mimpi tu jumpa baby sangkut kat batu2 sungai
then automatik ambik dan dukung bawak balik rumah

then mimpi orang tua mintak ngaku anak tu pulak
memang masa tu taknak
so tolak
tak kenal sapa then annoy kot paksa2 suruh ngaku
then siap ada sami siam interframe lagi dok baca mantera
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 02:44 PM | Show all posts
nanny_1 replied at 14-3-2019 12:30 PM
nak cakap tak mau ambik tak boleh jugak
sebab mimpi tu jumpa baby sangkut kat batu2 sungai
t ...

betul jugak tu..setuju. lebih2 lagi bila dalam mimpi. lagi story TT?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2019 02:58 PM | Show all posts
LoveliesHate replied at 14-3-2019 02:44 PM
betul jugak tu..setuju. lebih2 lagi bila dalam mimpi. lagi story TT?



kejap saya sambung ye.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 03:33 PM | Show all posts

11. Cakaran manja-manja di Bali.

2 tahun lepas aku p holiday dengan kawan-kawan ke bali.
kami bertiga semua pompuan la kan
kami stay dekat legian hotel
then supir ada la bawak kami ke kuil di bali
besar dan redup kuilnya
ingat lagi dalam kuil tu ada tempat dorang mandi untuk buang dosa ke apa tak sure
sapa yang nak masuk ke kuil tu kena ikat kain kuning di pinggang
dan yang period tak boleh masuk

kebetulan masa tu jugak minggu aku period.
dalam hari ke 3 4 gitu
aku rasa takpe kot sikit je period , tipu je la janji boleh masuk
sebab aku sorang je period takkan sesekor nak tunggu luar kuil.
after masuk tu aku jalan2 dan petang kami  semua ke pantai dan kuil lain
shopping apa patut dan balik hotel

aku ni sejenis suka mandi time maghrib, nanti aku cerita kes masa kat asrama time maghrib
once nak magrib je aku kalut la cari tuala nak mandi
automatic macam tu
masa time aku nak mandi baru nak bukak shower
aku dapat rasakan ada kuku panjang dari leher turun ke belakang badan sampai ke atas punggung
dia gores gitu
rasa sakit berdarah sikit sebab angin sejuk aircond luar sama.
aku rasa pelik la. sebab rasanya dalam toilet aku sorang je.
tak pernah pulak member nak mandi sekali
aku ingat pintu bilik tak kunci member nak buat prank.
aku keluar toilet tengok dorang elok je dok atas katil bz pilih gambo nak post kat ig.
then masuk toilet aku usha belakang aku
perhhh berdarah.
aku rasa macam kuku panjang.
dan aku malas fikir sebab penat berjalan.

selamat esoknya kami dah nak bertolak balik
masa kami otw nak balik tu memang dorang tengah nak buat persiapan nyepi tu
rasa seram kot nampak patung2 dan topeng ganas-ganas tu.
seram sejuk aku

so far dalam indonesia bali paling seronok sebab banyak tempat bersejarah. nanti kena repeat lagi p bali.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 01:42 AM | Show all posts
Best cerita TT
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 11:53 AM | Show all posts
LoveliesHate replied at 14-3-2019 11:22 AM
Based drpd iols baca banyak citer2 seram n saka related dlm board d cari ni, jgn d ambil kalau mim ...

macamana nak kontrol diri kita dalam mimpi supaya menolak benda2 gini..luar kawalan minda kan?minta sapa2 yg arif bagi pencerahan
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 11:02 PM | Show all posts
nanny_1 replied at 14-3-2019 03:33 PM
11. Cakaran manja-manja di Bali.

2 tahun lepas aku p holiday dengan kawan-kawan ke bali.

i x suka bali hahhaha..sbb mostly kena pi melawat tpt ibadat diorang..supir kami siap suruh kami beli kain sarung lagi.. waktu beli kain sarung, ada mcm2 pantang larang pulakkk.. bkn blh main pakai ja... alih2 tadak satu tpt pun pki kain sarung, takat ikat kain kuning and kain oren kt pinggang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2019 10:39 AM | Show all posts
puteribaya replied at 19-3-2019 11:53 AM
macamana nak kontrol diri kita dalam mimpi supaya menolak benda2 gini..luar kawalan minda kan?mint ...


sama la
nak tahu jugak macam mana nak control diri dan keluar/tolak permintaan dari dalam mimpi
so far semua kena control.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2019 10:41 AM | Show all posts
farlis replied at 19-3-2019 11:02 PM
i x suka bali hahhaha..sbb mostly kena pi melawat tpt ibadat diorang..supir kami siap suruh kami b ...



iols suka bali tapi tak suka time hari nyepi tu
patung dan topeng menakutkan
plus macam banyak saiton je sana.
jenis indon agama hindu kan dorang?

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 01:15 PM | Show all posts
sambunggggg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2019 02:58 PM | Show all posts

12. Akak menangis di shower sebelah

Kes ni jadi masa aku form 5 macam tu.
aku sekolah teknik ni sungai petani
kalau cakap mesti korang tau. (sekolah tepi tol)
asrama kami macam bangunan banglo 3 tingkat.
block dirahsiakan. hehehe
tingkat bawah bilik basuh baju, bilik iron, surau dan bilik tv
tingkat 2 dan 3adalah bilik prep dan dorm
masa ni aku duduk dorm di tingkat 2

1 hari tu kami senior2 biasa la
balik ngorat/dating dah nak magrib
ramai kawan-kawan dengan junior semua turun surau
nak solat maghrib.
tinggal aku dengan member aku 3 orang
kiranya geng keras kepala la
acah2 senior tak payah solat kat surau
balik dah berpeluh-2 so aku capai tuala dan p mandi dekat toilet
biasanya sapa asrama mesti tau shower 1 line 4/5 bilik dan toilet 1 line berhadapan shower.
aku masuk shower second last kiri sebab nak mandi basahkan rambut
masa sedap2 shampoo kepala
shower sebelah aku which is paling hujung
aku dengar orang menangis
sayu betul
macam kawan aku menangis putus cinta pulak
aku positif je la ingatkan lepas aku masuk mandi ada kawan2 follow mandi jugak padahal tak dengar bunyi pun.
agak lama dia menangis
aku panggil la "weh, (nama kawan aku) hang menangis ka? gaduh dengan pakwe ka?"
diam je
lepas tu tak dengar dah bunyi menangis dari shower tepi
tapi dengar bunyi dari toilet berhadapan shower aku.
dalam hati aku cakap apahal bunyi dari arah lain.
telinga aku rosak ke apa
aku dengan rambut bershampoo lagi
berkemban tuala
then aku keluar tengok shower sebelah aku
eh kering je lantai.
mustahil orang mandi baru tadi tapi lantai kering dah
aku check pulak toilet depan aku
haremmmmm
dalam toilet tu aku sorang je ada.
terus aku berlari ke dorm dalam keadaan kepala penuh shampoo.
tolak je pintu nampak kawan2 aku semua dok terbaring atas katil berbalas msg lagi.
jilakaaa.
sapa nak teman aku p basuh rambut ni woii.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Merepek je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2019 11:56 AM | Show all posts



apa yang merepek tu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi sambung cerita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.264298 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list