CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: arasham

[Tempatan] Al-Fatihah untuk mu .. Nur Aisyah Aleya. Update : Dua batang gigi, kesan darah

  [Copy link]
Post time 6-3-2019 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
hatilara replied at 6-3-2019 11:52 AM
KANAK-KANAK perempuan berusia tiga tahun yang disyaki hilang dari jagaan pengasuhnya di Kuarters Hos ...

Artikel ini mengesahkan kejadian berlaku kerja si lelaki. Inilah kemungkinan yang bermain di fikiran kita tadi. Mohon polis segera bongkar kisah sebenar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2019 03:40 PM | Show all posts
LANGKAWI 6 Mac - Tragis dan kejam.

Tanda tanya kehilangan kanak-kanak berusia tiga tahun yang dipercayai dilarikan sepasang suami isteri akhirnya terungkai apabila mayat kanak-kanak perempuan itu ditemukan kira-kira pukul 11.30 pagi ini dalam keadaan menyayat hati di Gunung Raya, di sini.


Nur Aisyah Aleya Abdullah, yang dilaporkan hilang sejak akhir bulan lalu dipercayai mati dibunuh di Kuarters Hospital Langkawi sebelum mayatnya dibuang di kawasan sebuah gaung menuju ke puncak gunung tersebut.

Lebih tragis, polis hanya menemukan bahagian tengkorak kepala mangsa yang memiliki cebisan rambut, manakala anggota badan lain tidak ditemukan di lokasi kejadian.

Ketua Polis daerah, Superintenden Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kanak-kanak malang itu dipercayai mati kira-kira tiga minggu lalu sebelum suspek disyaki bertindak membuang mayat tersebut di bawah sebatang pokok berhampiran gaung.

“Berdasarkan siasatan, suspek lelaki telah menyumbat mayat kanak-kanak itu ke dalam beg pakaian lalu membuang di Gunung Raya, namun lama-kelamaan mayat itu dipercayai dimakan binatang liar di kawasan itu dan hanya tinggal tengkorak kepala.


“Malah, bahagian kepala itu ditemukan di kawasan gaung yang berkedalaman kira-kira 10 meter dari lokasi pertama mayat itu dibuang,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan, Nur Aisyah Aleya hilang dipercayai dilarikan sepasang suami isteri yang juga kenalan ibu kanak-kanak itu di Langkawi, di sini.

Mengulas lanjut, ujar Mohd. Iqbal, suspek lelaki yang berusia 37 tahun dipercayai berang dengan kanak-kanak itu yang menangis dan kononnya diserang sawan ketika sedang memujuk.

“Suspek dipercayai ada menepuk-nepuk belakang badan kanak-kanak itu sebelum dia muntah serta disedari tidak bernyawa kira-kira dua jam sebelum suspek bertindak sedemikian rupa.

“Isteri suspek berusia 40 tahun yang juga seorang jururawat turut berada di kediaman mereka ketika kejadian dan kedua-dua mereka kini ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Tambah beliau, polis mengklasifikasikan semula kejadian itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan pihaknya akan mendapatkan perintah reman terhadap kedua-dua suspek esok. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 54857#ixzz5hNM4Dce0
© Utusan Melayu (M) Bhd

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:41 PM | Show all posts
awanearisu replied at 6-3-2019 03:37 PM
Artikel ini mengesahkan kejadian berlaku kerja si lelaki. Inilah kemungkinan yang bermain di fikir ...
ha`ah .. kerja si lelaki ..

“Mangsa dilaporkan mengalami sawan ketika berada bersama suspek dan sejurus itu berlaku pertengkaran antara suspek dan isterinya.

“Dalam usaha merawat mangsa, suspek lelaki mendakwa menepuk belakang mangsa beberapa kali sehingga tidak sedarkan diri,” katanya pada sidang media, di Langkawi.

Mohd Iqbal berkata, panik dengan keadaan itu, suspek lelaki memasukkan mangsa dipercayai sudah meninggal dunia ke dalam beg pakaian.

“Suspek mengaku membuang beg pakaian itu ke dalam gaung. Bagaimanapun polis hanya menemui cebisan rambut dan tengkorak mangsa, hari ini,” katanya.



Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:43 PM | Show all posts
sumbat dalam beg..
tak terbayang mcm ne la tergamaknya la..

bukan takde ank.. sendiri pun ada ank juga..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:43 PM | Show all posts
Panik punca buang mayat

LELAKI yang membuang mayat Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, mendakwa melakukan perbuatan itu kerana panik selepas isterinya yang juga seorang jururawat memberitahu kanak-kanak berkenaan sudah tidak bernyawa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, siasatan awal polis, suspek mendakwa mangsa tiba-tiba jatuh sakit dan dia meminta isterinya memeriksa kanak-kanak terbabit.

Bagaimanapun, menurutnya, wanita itu memberitahu mangsa sudah mati menyebabkan lelaki terbabit panik kemudian membuang mayat mangsa ke Jalan Gunung Raya, Langkawi.

“Setakat ini dia (suspek) mendakwa mangsa jatuh sakit, namun kita masih menyiasat motif sebenar dia bertindak sedemikian.


Dakwaan mangsa mengalami sawan juga tidak boleh disahkan lagi kerana masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kehilangan Nur Aisyah Aleya disedari ibunya, Rosmaliah Samo, 31, selepas pergi ke kediaman pasangan itu di kuarters Hospital Langkawi untuk mencari anaknya, minggu lalu.

Rosmaliah kemudian membuat laporan polis pada Ahad lalu selepas seorang daripada suspek memberitahu kanak-kanak itu diserahkan kepada pihak ketiga untuk dijaga.

Portal Harian Metro hari ini melaporkan mayat Nur Aisyah Aleya yang hilang ketika dalam jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi, Kedah, hujung Februari lalu ditemui di Gunung Raya, Langkawi, hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:44 PM | Show all posts
gujiwa replied at 6-3-2019 03:40 PM
LANGKAWI 6 Mac - Tragis dan kejam.

Tanda tanya kehilangan kanak-kanak berusia tiga tahun yang dip ...

laki ni mcm sembunyikan sesuatu je sbb dia mcm takut sgt nk bwk budak tu sepital lps kene sawan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2019 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak misi harap kamu sedarlah, semua masalah ini puncanya bermula dengan suami kamu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:46 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 6-3-2019 12:06 PM
Akak ghase lucu bila hada cobaan bersangka baik kat kapel ini. Akak kenal ore tino ni. Takkan de ...

tino misi tu ke sis? perangai hanat ke? dah 40 kot umur kenapa cam haram gaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2019 03:47 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 6-3-2019 03:22 PM
EH UOLS MENTIONED TEROS FIKIRAN AI BERTAMBAH ZAHAT!

sabar sis...tp mmg laki bini tu jahat...sian anak nih...



tp abg polis y hendel kes nih encem kak...




Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:48 PM | Show all posts
polis kena hempuk kuat2 pasangan giler nih...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 6-3-2019 03:41 PM
ha`ah .. kerja si lelaki ..

Yang sedihnya FC, autopsi tak dapat dilakukan kerana yang ada pun hanya cebisan kepala dan rambut. Punca sebenar kematian adik ini hanya lelaki tersebut dan Tuhan je tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang bodoh je percaya ko tepuk belakang budak sampai muntah sampai mati.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:51 PM | Show all posts
nape lh minah indon nih x report awal2 mase anak dia org ambik tuhhhh....kalu report awal2 cakap anak kena ambik kt org dh lama setan 2 ekor masuk lokap, anak pn selamat...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:54 PM | Show all posts
awanearisu replied at 6-3-2019 03:48 PM
Yang sedihnya FC, autopsi tak dapat dilakukan kerana yang ada pun hanya cebisan kepala dan rambut. ...
Harap polis dapat tekan tekan  pasangan ni sehingga memberitahu apa sebenar nya berlaku



Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:54 PM | Show all posts

gunung raya ni area mane ek? dekat dgn gunung mat cincang ke?
langkawi ni bnyk juga kwsn dia yg hutan tebal lagi
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiba2 mak arwah budak ni telah menjadi suci pulak walaupon berskandal dgn laki org biawak x keje.

Iols salahkan mak budak tu dan laki bewak tu. Tgk laporan tu pon mcm laki bewak tu yg bunuh arwah. Misi ni mybe bersalah gak sbb biarkan je laki bewaknya buat kat arwah smpai mati.

Eh entahlah..dakwa je lah tiga2 skali. Sialan punya org tua, anak x berdosa plak jadi mangsa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2019 03:55 PM | Show all posts
potpetpotpet replied at 6-3-2019 02:13 PM
dah kalau sawan, ko dalam kuarters hospital kot.
bawak je la g hospital terus.

Bila budak tu sawan dia pi tepok belakang budak tu sampai diam, pastu panik
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:56 PM | Show all posts
nadna replied at 6-3-2019 02:38 PM
Dah kena makan binatang ke ni

ya lah, 2 minggu dah, babi hutan banyak kawasan tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
jahcomel replied at 6-3-2019 03:51 PM
nape lh minah indon nih x report awal2 mase anak dia org ambik tuhhhh....kalu report awal2 cakap ana ...

Yindon spesis menyondol ni sis mana lah ada akal sangat
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:57 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.074637 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list