CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: arasham

[Tempatan] Al-Fatihah untuk mu .. Nur Aisyah Aleya. Update : Dua batang gigi, kesan darah

  [Copy link]
Post time 6-3-2019 02:43 PM | Show all posts
Mayat kanak-kanak hilang ditemui di Gunung Raya
06 Mac 2019 12:05 PM


LANGKAWI - Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang ketika dalam jagaan sepasang suami isteri sejak hujung bulan lalu ditemui mati di satu kawasan hutan di Gunung Raya di sini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim sebentar tadi.

Kosmo! Online malam tadi melaporkan pasangan suami isteri yang diburu polis bagi membantu siasatan kes kehilangan kanak-kanak perempuan terbabit berjaya ditahan di sebuah inap desa di Ampang, Kuala Lumpur petang semalam.

Pasangan itu ditahan kira-kira pukul 4 petang semalam hasil risikan dan maklumat orang awam.

Penganggur, Ramlan Abdul Rashid, 37, dan isterinya, Wan Roslina Wan Jusoh, 40, yang bekerja sebagai jururawat di wad kanak-kanak Hospital Langkawi dicari selepas polis menerima laporan dibuat oleh seorang wanita Indonesia berhubung kehilangan anaknya, Nur Aisyah Aleya Abdullah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2019 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti pasangan suami isteri ni pi campak jer bdk ni dr jln raya terus ke gaung. Semoga pelaku mendpt hukuman setimpal. Alfatihah buat adik Aleeya
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 02:54 PM | Show all posts
AwanCikDania replied at 6-3-2019 02:04 PM
Hi kak dewi. Kita silent reader thread kak dewi. Hihi

hi , jom sama2 kita doakan roh adik ni tenang .
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 02:54 PM | Show all posts
sedihnya....sewenang2 ko buang mcm tu ja...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_blingblings replied at 6-3-2019 02:27 PM
Habislah lepas ni mmg aku tak naik dah ke Gunung Raya



I pernah naik 2x aje ke menara tinjau atas tu. Memang betul-betul nak sorok kematian budak tu, Gunung Raya tu kan sunyi ceruk atas tu. Memang kalau dah campak ke gaung situ sapa pun takkan perasan punya. Jarang orang naik ke atas tu. Zalim sungguhlah
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahuakbar.ingat memang dh jumpa.silap saya.
Jumpa dlm keadaan mayat rupanya.
Apalah dosa anak kecil ni..yg dewasa otak ke mana?
Memang niat nak bunuh lah kot..geram punya pasal.suami kantoi..laki nak tutup salah..
Giler manusia ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2019 03:00 PM | Show all posts
laki pengganggur takder keje ada skandal dgn pompuan indon beranak 1. si indon datang msia duduk serumah dgn laki skandal dgn bini si skandal...asal berlaki kut kekdahnyaaaaaa

bini si skandal dapat tau...walopun nurse kat wad kanak2, sanggup pisahkan mak dgn anak dgn hantar si indon ke tempat lain.. anak diambik...

si skandal yang bewak hidup kata anak skandal tiba2 sawan bila dimandikan...terus tinggalkan kat hutan dan dua2 laki bini bodo lari pegi ampang..entah2 nak rogol budak tu..hentak kepala kat dinidng ker...mana tau.. laki tu tak keje..dah dibela bini keja nurse pun menggatal dgn indon beranak 1.

last week mak carik anak di kuarters bini skandal tp tak jumpa..diberitahu jiran si laki bini bodo yang anak akan dijaga pihak ketiga..

laki bini kena tangkap di ampang..bagitau tinggalkan mayat kat hutan...

gila creta nie...yang mangsa kanak2 tak berdosa..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:01 PM | Show all posts
nadna replied at 6-3-2019 02:38 PM
Dah kena makan binatang ke ni

Babi hutan banyak kat Gunung Raya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2019 03:02 PM | Show all posts
moonbug replied at 6-3-2019 02:54 PM
I pernah naik 2x aje ke menara tinjau atas tu. Memang betul-betul nak sorok kematian budak tu, Gun ...

Dah buat satu dosa pastu tambah lagi satu dosa.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_blingblings replied at 6-3-2019 03:01 PM
Babi hutan banyak kat Gunung Raya

Ngeri tak boleh bayangkan
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku syak laki tu penagih tegar
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:11 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 6-3-2019 12:06 PM
Akak ghase lucu bila hada cobaan bersangka baik kat kapel ini. Akak kenal ore tino ni. Takkan de ...

dah la bini keja nurse. nurse ni biasanya kan keja shift. haaaa ..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
fahdramli replied at 4-3-2019 03:24 PM
Dah jumpa pun, pengasuh budak tu bawak pi jalan2 tak maklum pada waris. Jadi waris igt kan hilang.

Jumpa kepala ngok mu!!!.
.
Memang dah jumpa MAYAT budak ni.
.
Thats why if u r not sure of the authentity of ur infos about kes orang hilang terutamanya budak, baik diam!
.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:18 PM | Show all posts
sepatutnye akak nurse  ni halau jelah sekali laki dia kluar sama..
dah le skandal pastu bwk balik duduk sekali.....now xmemasal membunuh
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
pittjie replied at 6-3-2019 03:11 PM
dah la bini keja nurse. nurse ni biasanya kan keja shift. haaaa ..

EH UOLS MENTIONED TEROS FIKIRAN AI BERTAMBAH ZAHAT!
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
so yg membunuh tu suami dgn isterinya kerja nurse? pening sikit baca pasal relationship dorang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2019 03:33 PM | Show all posts
jiran kata lelaki ni tak bekerja
dh tak keja berskandal plk
kenapa la bukan ko je yg mati?
nurse pun sayang betul dgn laki
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Maknanya dah lama la budak ni mati .. bukan dr isnin aritu .. sbb dah tinggal tengkorak ..
Kalau mak budak ni x dtg mmg senyap gitu je la
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:34 PM | Show all posts
KANAK-KANAK perempuan berusia tiga tahun yang disyaki hilang dari jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi, Kedah, hujung bulan lalu, dipercayai sudah meninggal dunia, sejak dua minggu lalu.

Rahsia itu terbongkar selepas soal siasat terhadap seorang lelaki yang menjaga kanak-kanak terbabit sejurus dia ditahan di sebuah premis di Taman Melati, dekat Ampang, petang semalam.

Sumber berkata, lelaki berkenaan melarikan diri ke Lembah Klang sejurus kejadian bersama isteri dan anaknya.

“Hasil soal siasat mendapati, kanak-kanak berkenaan mengalami sawan ketika dimandikan lelaki berkenaan dan tidak sedarkan diri sebelum dia bertindak meninggalkan kanak-kanak itu di satu kawasan hutan.

“Suspek kemudiannya melarikan diri ke Lembah Klang bersama keluarganya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Mohd Zaid Hassan berkata, tangkapan dilakukan pasukan dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Langkawi dengan bantuan anggota dari IPD Ampang.

“Suspek sudah dibawa ke Langkawi untuk tindakan lanjut," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 03:35 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 6-3-2019 03:22 PM
EH UOLS MENTIONED TEROS FIKIRAN AI BERTAMBAH ZAHAT!
Mayat Nur Aisyah disumbat dalam beg pakaian

MAYAT Nur Aisyah Aleya Abdullah dibawa suspek lelaki dalam beg pakaian sebelum dibuang ke gaung di Jalan Gunung Raya, Langkawi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati kanak-kanak itu meninggal dunia pada 16 Februari lalu.

“Mangsa dilaporkan mengalami sawan ketika berada bersama suspek dan sejurus itu berlaku pertengkaran antara suspek dan isterinya.

“Dalam usaha merawat mangsa, suspek lelaki mendakwa menepuk belakang mangsa beberapa kali sehingga tidak sedarkan diri,” katanya pada sidang media, di Langkawi.

Mohd Iqbal berkata, panik dengan keadaan itu, suspek lelaki memasukkan mangsa dipercayai sudah meninggal dunia ke dalam beg pakaian.

“Suspek mengaku membuang beg pakaian itu ke dalam gaung. Bagaimanapun polis hanya menemui cebisan rambut dan tengkorak mangsa, hari ini,” katanya.

Terdahulu, sebaik polis menerima laporan ibu mangsa, beliau berkata, polis mengunjungi rumah yang didiami pasangan itu tetapi tidak berpenghuni.

“Pasangan itu dipercayai melarikan diri sejak Jumaat lalu berdasarkan rekod yang diperoleh daripada syarikat pengangkutan.

“Pasangan itu juga turut membuat pertukaran sekolah anak mereka ke Johor, tetapi mereka ditahan di Ampang, Selangor,” katanya.

Harian Metro hari ini melaporkan mayat Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, yang hilang ketika dalam jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi, hujung bulan lalu sudah ditemui di Gunung Raya, Langkawi hari ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.417208 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list