CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: arasham

[Tempatan] Al-Fatihah untuk mu .. Nur Aisyah Aleya. Update : Dua batang gigi, kesan darah

  [Copy link]
Post time 6-3-2019 11:52 AM | Show all posts
KANAK-KANAK perempuan berusia tiga tahun yang disyaki hilang dari jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi, Kedah, hujung bulan lalu, dipercayai sudah meninggal dunia, sejak dua minggu lalu.

Rahsia itu terbongkar selepas soal siasat terhadap seorang lelaki yang menjaga kanak-kanak terbabit sejurus dia ditahan di sebuah premis di Taman Melati, dekat Ampang, petang semalam.

Sumber berkata, lelaki berkenaan melarikan diri ke Lembah Klang sejurus kejadian bersama isteri dan anaknya.

“Hasil soal siasat mendapati, kanak-kanak berkenaan mengalami sawan ketika dimandikan lelaki berkenaan dan tidak sedarkan diri sebelum dia bertindak meninggalkan kanak-kanak itu di satu kawasan hutan.

“Suspek kemudiannya melarikan diri ke Lembah Klang bersama keluarganya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Mohd Zaid Hassan berkata, tangkapan dilakukan pasukan dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Langkawi dengan bantuan anggota dari IPD Ampang.

“Suspek sudah dibawa ke Langkawi untuk tindakan lanjut," katanya.

Berita berkaitan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2019 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
arasham replied at 5-3-2019 11:31 PM
Tadi Ada baca update, dah ditemui Suami isteri it di ampang, tetapi so comel.tiada bersama mereka..

Jengjejeng. Dah dibunuh karna dendam si vinik?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 5-3-2019 10:08 PM
Couple tu dah sayang budak tu.....
Dia tak buat apa apa pun....kira baik gak misi tu siap carikan ...

Budak tu dah mati kak oiiiii

Baca hapdet terbaru.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
hatilara replied at 6-3-2019 11:52 AM
KANAK-KANAK perempuan berusia tiga tahun yang disyaki hilang dari jagaan pengasuhnya di Kuarters Hos ...

Kahkahkah masa mandi tetiba sawan.

Ngko buat apa kat budak tu jantan hanat? Pehtu motif ngkau yang mandikan?

AKAK DAH KATA SOMETHING WRONG DENGAN KAPEL PSIKO NIH!
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 12:01 PM | Show all posts
hatilara replied at 6-3-2019 11:52 AM
KANAK-KANAK perempuan berusia tiga tahun yang disyaki hilang dari jagaan pengasuhnya di Kuarters Hos ...

gila lah 2 laki bini nie... kanak2 pun nak dibunuh ker?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 6-3-2019 11:58 AM
Kahkahkah masa mandi tetiba sawan.

Ngko buat apa kat budak tu jantan hanat? Pehtu motif ngkau y ...


Terkedu baca td kt fb metro, siannya budak tu  napa takbawak ke sepital.
Dahla comel inesen je budak tu kejamnya lah hai dibiarkan dlm hutan depa ni manusia ke apa!
Kenapa budak2 kecik selalu jd mangsa manusia yg kejam.
Siannya ko dek..
MANUSIA adalah dugaan kepada MANUSIA yang lain :’(
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2019 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 6-3-2019 12:09 PM
Suchi replied at 6-3-2019 12:04 PM
Terkedu baca td kt fb metro, siannya budak tu  napa takbawak ke sepital.
Dahla comel inesen je  ...


Akak ghase lucu bila hada cobaan bersangka baik kat kapel ini. Akak kenal ore tino ni. Takkan dengan mudah meka nak jaga anak sekendel laki meka. Sebab tu dari awal akak dah bersangka jahat kat depa. Imagine ja la, jantan binatang takda hati perut ja boleh soh sekendel keja kunon2 as maid yah dok under the same roof with the wife. Fikiran jahat akak bilang for sure memalam if hada peluang depa mengongkek haram. Lagi nak sangka baik kat depa.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejam lah. Dah budak tu mati ditinggal pulak dalam hutan pastu lari. Kenapa takut sangat tu. Apa kau buat kat budak tu smpai boleh mati. Jilake betul la. Kesian budak tu dah la comel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2019 12:30 PM | Show all posts
MAYAT adik Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, yang hilang ketika dalam jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi, hujung bulan lalu sudah ditemui di Gunung Raya, Langkawi hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim selepas suami isteri yang ditahan di Ampang, Selangor semalam menunjukkan lokasi kanak-kanak itu ditinggalkan.

Beliau juga akan mengadakan sidang media di lokasi kejadian berhubung penemuan mayat itu.

Isnin lalu, Harian Metro melaporkan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dipercayai hilang daripada jagaan pengasuhnya di Kuaters Hospital Langkawi, sejak minggu lalu.

Polis menerima maklumat daripada ibu kanak-kanak terbabit yang berusia 31 tahun, Ahad lalu yang membuat laporan mengatakan anaknya yang dijaga teman lelakinya hilang
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 12:32 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 6-3-2019 12:06 PM
Akak ghase lucu bila hada cobaan bersangka baik kat kapel ini. Akak kenal ore tino ni. Takkan de ...

kalau marahkan si emaknya menyundel dgn laki jgnlah dibunuh budak tu...


Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
leylapple replied at 6-3-2019 12:32 PM
kalau marahkan si emaknya menyundel dgn laki jgnlah dibunuh budak tu...

But budak tu mati masa jantan hanat tu mandikan. Sawan katanya. Ntah2 dia coba nak rogol or liwat budak tu, tu yang kejang badan terus sawan. Apa kes jantan pulak yang mandikan budak pompuan padehal bukan pak kandung pon?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya.. kejamnya si pelaku.. salam takziah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 12:52 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 6-3-2019 12:36 PM
But budak tu mati masa jantan hanat tu mandikan. Sawan katanya. Ntah2 dia coba nak rogol or liwat  ...

kemungkinan di situ.

kalau sawan pun si bini tu nurse....sah2 tau mcm mana nak selamatkan nyawa...


Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 01:05 PM | Show all posts
ape la nak jadi..
terbunuh ke ape?
mcm tak logik kena sawan.. budak2x kena sawan bawak jela pi hospital..
tinggalkan kat hutan buat ape..


moga mendapat la hukuman setimpal..
tak kira mak dia bangsa ape pun..
budak tu manusia kot.. bukan binatang.. alangkah binatang pun.. kejam sungguh ..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 01:13 PM | Show all posts
Bernama News Channel
31 mins ·

Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang di bawah jagaan sepasang suami isteri, ditemukan pagi tadi di sebuah lokasi di Gunung Raya dipercayai mati dibunuh - Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Mohd Iqbal Ibrahim
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 01:14 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2019 01:16 PM | Show all posts
clarizsa replied at 4-3-2019 02:43 PM
Kecik2 dah serkupkan kepala dia

Cmna boleh hilang tu ??

pada aku ok jer...sekarang zaman mcm2 jenayah termasuk pedofilia....lebih baik pakai tudung dri pakai skirt. Zaman akhir zaman.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mati dua minggu lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak perempuan 3 tahun hilang sejak Ahad disyaki dibunuh

RABU, 6 MARCH 2019 @ 1:05 PM

Kanak-kanak perempuan, Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, yang dipercayai hilang sejak bulan lalu ketika dalam jagaan teman lelaki ibunya. - Foto ihsan PDRM
LANGKAWI: Mayat Nur Aisyah Aleya Abdullah, kanak-kanak berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang dari rumah pengasuhnya di sini pada Ahad lalu, ditemui polis di Gunung Raya, dekat sini pagi tadi, dipercayai menjadi mangsa bunuh.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim, yang mengesahkan penemuan terbabit berkata, Nur Aisyah Aleya dilaporkan hilang ketika dalam jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi pada hujung bulan lalu.

Mohd Iqbal dijangka mengadakan sidang media di lokasi kejadian dalam masa terdekat bagi mengulas lanjut penemuan menyedihkan itu.

BH sebelum ini melaporkan polis menerima maklumat daripada ibu kanak-kanak terbabit yang berusia 31 tahun, memaklumkan Nur Aisyah Aleya yang dijaga teman lelakinya, hilang.

Susulan itu, polis menahan sepasang suami isteri 40 dan 37 tahun tahun di Ampang, Selangor semalam, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Berita lanjut menyusul
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah!
Aku xsangka sampai mati budak tu
Aku igtkan diorang jual ke apa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.187964 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list