CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2658|Reply: 30

[Tempatan] K'jaan mahu hapus tol, ganti caj kesesakan di 4 lebuh raya

[Copy link]
Post time 23-2-2019 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
https://m.malaysiakini.com/news/465341?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Kerajaan hari ini mengumumkan telah memulakan proses rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya yang mana syarikat itu memiliki pegangan majoriti.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, dengan kejayaan pengambilalihan tersebut, kerajaan bercadang menghapuskan mekanisma kutipan tol sedia ada.

Sebagai ganti, caj kesesakan (congestion charge) akan diperkenalkan di mana pengguna lebuh raya akan hanya dikenakan caj yang sama dengan kadar tol sedia ada pada waktu puncak selama enam jam sehari.

"Kadar tol dihapuskan sama sekali pada waktu “off-peak” antara jam 11 malam dan 5 pagi, di mana penggunaan lebuh raya adalah percuma.

"Pengguna juga akan menikmati diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada bagi penggunaan waktu biasa," kata kenyataan tersebut.

Lebuhraya terbabit adalah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.

Kurangkan kos sara hidup

Menurut Pejabat Perdana Menteri, perkara itu selaras dengan janji Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto pilihan raya lepas untuk mengambil alih konsesi lebuh raya bertol dan menghapuskan bayaran tol secara berperingkat.

"Ini sebagai langkah kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup pengguna lebuhraya," katanya.

Kenyataan itu menambah, hasil kutipan caj kesesakan tersebut akan diguna pakai untuk menampung kos operasi serta penyelenggaraan lebuh raya serta bayaran pinjaman.

"Lebihan kutipan akan disalurkan kepada satu dana pengangkutan awam, diguna untuk meningkat kualiti pengangkutan awam seluruh negara.

"Lain-lain perincian berkenaan cadangan ini akan di umumkan oleh Kementerian Kewangan pada masa yang sesuai," jelasnya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2019 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini gula-gula PRK tahap kencing manis. Mahacai semua keluar gua tp tak sedar bakal dikencing lagi. Ini baru peringkat cadangan, rundingan pun belum. Seperti yg kita tahu PH ni memang handal buat cadangan tp nanti bila dah sedar tak mampu mereka u-turn kemudian salahkan 1MDB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2019 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
safriehalim replied at 23-2-2019 08:52 PM
Ini gula-gula PRK tahap kencing manis. Mahacai semua keluar gua tp tak sedar bakal dikencing lagi. I ...

Kalau nak uturn maksudnya tiada pemansuhan tol ke macamana
I rasa elok hapus kan je tol
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 09:18 PM | Show all posts
memulakan proses rundingan ?  baru nak kaji rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 09:23 PM | Show all posts
cibai la cakap belit tiap hari menipu

korang janji mansuh tol la binatang, bukan kena caj kesesakan pastu kena tol lagi





Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
maknanya kerajaan akan bayar pampasan kpd syarikat konsesi. bpe biliun?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2019 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
lebuhraya damansara puchong tu lubuk duit taw
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 10:50 PM | Show all posts
Lebuhraya terbabit adalah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.


sila masuk kan DUKE dalam senarai boleh?

aku biasa lalu DUKE selepas kol 11..... merasa lah jimat RM2.50

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2019 10:52 PM | Show all posts
caj sesak terkencing ka apa ka ni? wakakakakakkaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Macamana kakitangan syarikat konsesi tu. Ada yg dah lebih 20 tahun berkhidmat. Adakah diserapkan dlm perkhidmatan awam? Atau dapat pampasan? Kalau pampasan, mereka layak dapat ratusan ribu hingga 2-3 juta seorang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
CharlesDera replied at 23-2-2019 10:52 PM
caj sesak terkencing ka apa ka ni? wakakakakakkaa

knight kata balik penang free haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2019 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
eragon replied at 23-2-2019 11:05 PM
Macamana kakitangan syarikat konsesi tu. Ada yg dah lebih 20 tahun berkhidmat. Adakah diserapkan dlm ...

Bukan tutup teruslah

11+5 pagi je XDA tol
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru nak runding... bila nak start???
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
onexox97 replied at 23-2-2019 11:10 PM
Bukan tutup teruslah

11+5 pagi je XDA tol

Tapi kerajaan ambil alih. Means, stiall akan ada syarikat swasta yg akan dilantik utk o & m ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2019 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
harisbee replied at 23-2-2019 11:18 PM
Baru nak runding... bila nak start???

Setelah kata sepakat dicapai
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 11:45 PM | Show all posts
Di US ni ada jalan yang kena tol. Yang best boleh bayar online tak bayar on the spot. Tempoh pembayaran pun panjang tak silap dua minggu kot?. Kalau di Malaysia ada sistem ini alamatnya berjuta juta bayaran tol tertunggak. Pepaham jer lah rakyat Malaysia ni bab nak yang terbaik no.1 tapi bab keluar duit utk dptkan benda benda terbaik mcm langit dng bumi. Jenis tak bertemadun.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2019 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
onexox97 replied at 23-2-2019 11:38 PM
Setelah kata sepakat dicapai

Buat keje lembapppp. dah 9 bln masih nak bincang. Mcm tol simpang renggam tu kata hari ni menang esok turun. Siap suruh claim janji tu Klau x terlaksana. Nan hadooo.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 23-2-2019 11:45 PM
Di US ni ada jalan yang kena tol. Yang best boleh bayar online tak bayar on the spot. Tempoh pembaya ...

Kat US tu prinsip pembuatan jalan tol utk elak kesesakan bandar/discourage kereta masuk kawasan sesak, so tol kat US tu memang caj kesesakan. Expressway macam Interstate tu takde toll pun
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 03:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Cas erp ka
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 11:06 AM | Show all posts
onexox97 replied at 23-2-2019 08:53 PM
Kalau nak uturn maksudnya tiada pemansuhan tol ke macamana
I rasa elok hapus kan je tol

bayar tol berarti membayar juga utk dividen epf asb sendiri

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.181236 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list