CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1691|Reply: 4

Wanita Kritikal Toreh, Bakar Diri Dengan Petrol

[Copy link]
Post time 7-2-2019 03:23 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pesakit mental wanita membakar diri sendiri dalam cubaan bunuh diri kini kritikal di Hospital Pulau Pinang.


Sinar Harian melaporkan, kejadian berlaku di sebuah rumah di kuarters kerajaan negeri di Jalan Air Itam, Georgetown, jam 11.30 pagi, semalam.




Gambar Hiasan




Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang mengesahkan kejadian berkata, berdasarkan keterangan abang mangsa, adiknya itu mengalami masalah mental dan sedang menerima rawatan psikiatri di Klinik Jalan Perak selain pernah dimasukkan ke Hospital Jalan Perak.


Hasil pemeriksaan mendapati mangsa cedera di muka, badan, tangan dan kaki dengan 40 peratus kesan melecur selain terdapat kesan torehan pada bahagian dada hingga pahanya.


Doktor yang merawat mengesahkan wanita itu mengalami masalah mental berdasarkan ubat sakit mental diberikan abang mangsa.


Difahamkan, sebelum kejadian mangsa baru tiba di kediaman ibunya di kuarters berkenaan apabila abangnya menyedari ada kesan darah pada rambut dan leher adiknya itu.


Apabila ditanya, mangsa berkata dia telah menoreh dadanya dengan pisau pada Ahad lalu sebelum abangnya menghubungi ambulans.


Bagaimanapun, mangsa melarikan diri ke luar rumah ketika menunggu ambulans tiba.

"Ketika itu, abangnya mendapati seluruh tubuh mangsa sudah terbakar. Abangnya bersama dua anggota polis yang baru tiba cuba memadamkan api dengan air," ujar Che Zaimani.


Menurut Che Zaimani, ketika hari kejadian, ibu mangsa ke Kuala Lumpur untuk menghantar adik bongsunya.

"Siasatan mendapati mangsa membakar dirinya menggunakan petrol yang diisi dalam botol.

"Sementara itu, pemeriksaan mendapati rawatan terkahir mangsa pada 30 Januari lalu dan rawatan selanjutnya pada 13 Februari ini," tambahnya. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2019 03:29 PM | Show all posts
kasihannya.. tapi mana pulak dia dapat petrol segala?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 03:30 PM | Show all posts
kesiannya ada mental illness..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
terseksanya.. kalau betul nak bunuh diri, carilah cara yg boleh mati dlm kadar segera.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 11:53 AM | Show all posts
Allahu kesiannya.. jgnmain2 nn org ada mslh sakit mcm ni dia punya tindakan di luar kawalan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.092561 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list