CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1737|Reply: 10

[Tempatan] Rotan murid enggan solat, ustaz dipenjara 6 bulan, denda RM2,000

[Copy link]
Post time 16-1-2019 11:05 AM | Show all posts |Read mode




KAJANG: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda maksimum RM2,000 terhadap seorang ustaz selepas dia didapati bersalah mencederakan kaki muridnya yang berusia 11 tahun dengan menggunakan rotan kerana murid lelaki itu enggan menunaikan solat.

Muhammad Adib Abd Halim, 24, dijatuhi hukuman itu oleh Majistret Nor Afidah Idris, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Dia, yang dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, diperintah menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini (tarikh jatuh hukum). Tuduhan itu membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Khairul Amin Abdullah yang mewakili Muhammad Adib bagi penggantungan pelaksanaan hukuman penjara sementara memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi.

Namun, mahkamah memerintahkan tertuduh membayar denda itu serta-merta atau dipenjara tiga bulan jika gagal ​​​​​​​membayar denda dan Muhamad Adib membayar denda terbabit.

Seramai 12 saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan termasuk tertuduh dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Muhammad Adib, yang berdiri di luar kandang tertuduh berpakaian baju Melayu hijau dan berkopiah putih, bagaimanapun kelihatan tenang ketika hukuman dijatuhkan.

Pada 28 Ogos tahun lalu, Muhammad Adib mengaku tidak bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas murid darjah lima itu di bahagian kaki kiri dan kanannya dalam kelas di sebuah sekolah rendah di Bandar Seri Putra, Hulu Langat, di sini, pada 2.25 petang, 16 Ogos 2017.

​​​​​​​Terdahulu, Khairul Amin merayu supaya anak guamnya hanya diberikan perintah bon berkelakuan baik di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah, mengambil kira Muhammad Adib adalah pesalah muda yang kali pertama dihadapkan ke mahkamah selain dia baru saja mendirikan rumah tangga Mei lalu dan perlu menyara isterinya selain tiada rekod kesalahan lain.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hairul Iqram Hairuddin pula memohon hukuman berat kerana walaupun tertuduh masih muda, dia sudah berada pada usia matang yang boleh membezakan perbuatan baik dan buruk, selain untuk memberi pengajaran. - BERNAMA



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2019 01:20 PM | Show all posts
Suruh mak bapak budak tu jaga sendiri lah....
ni buat anak pandai...pastu sub kan kat ustaz didik anak dia....

dah bgtau...umor 10thn malas solat, memang kena rotan...
nanti dah tua bangka mcm pyropura  baru nak rotan, tak jalan nya eh....
ngadap porum je lah budak tu nanti mcm pyropura gak....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 01:56 PM | Show all posts
selayaknya lah...
selalunya kalau kena sampai tahap denda ini mostly ustaz terroris jah yg tak reti suruh budak tu sembahyang elok2.... terus rotan je tanpa pujuk atau bagitahu suruh sembahyang....

budak2 sekarang pun pandai dah pun memilih ajaran semasa yg waras... dah tak nak ikut ajaran kuno...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka!
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 02:13 PM | Show all posts
sebagai bapa...hamba sedih ngan bapa budak nie....mendidik zaman skang nie mmg mencabar...luka sikit je dah macam² hal...entah laa....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 03:42 PM | Show all posts
cikgu cikgi harap lantak kan je la anak-anak orang lain..
ajar sekadar lepas sudah..
esok yang tak jadi orang bukan cikgu cikgi kena tanggung pun..
mak bapak dorang la tanggung anak sendiri sampai mampus..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2019 03:44 PM | Show all posts
gaara_X replied at 16-1-2019 02:13 PM
sebagai bapa...hamba sedih ngan bapa budak nie....mendidik zaman skang nie mmg mencabar...luka sikit ...

kan....

tk blh nak cuit sikit....
marah pun tak blh nanti kena dakwa, melibatkan emosi anak....
ajar sendiri lah....



Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 03:46 PM | Show all posts
jgn sayang manja manjakan anak sesangat

nnt dah besar dorang rosak akhlak, ada jadi penCURIK di SuperMARKET, ada menganja di kelab malam

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2019 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Padanlah muka
Siapa suruh rotan sampai cedera anak orang
ingat budak tu nak suka ke paksa2 smpai kena pukul cmtu?
Ajarla elok2
Bila dah ajar pastu budak nak terima ke tak itu terpulang lah
Dia berhak pilih kehidupan sndri yang tidak memudaratkan manusia2 lain

Denda boleh
Cederakan , jangan

Hadapla sendri kena hukuman pula
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi la setat ni..nak jd talibankah...ni ada ustaz kat sra anak aku pon sama...pasal tak rapat saf nak solat pon di rotan..merengek budak tak nak pergi sekolah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingatkan nama pendakwa raya yg mohon hukuman lebih berat tu nama singh tadi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.321055 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list