CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1109|Reply: 4

[Tempatan] Tsunami Selat Sunda sudah diramal sejak 2012 - Pakar

[Copy link]
Post time 26-12-2018 04:54 PM | Show all posts |Read mode




Dr Khamarrul tidak menolak risiko bencana seperti di Selat Sunda boleh berlaku di Malaysia.





KUALA LUMPUR: Kejadian tsunami di Selat Sunda yang berlaku pada Sabtu lalu sebenarnya sudah diramal sejak 2012 oleh sekumpulan saintis Perancis dan Indonesia.

Menurut Dr Khamarrul Azahari Razak dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), kajian saintifik itu telah meramal sebarang gelonsoran yang berlaku di bahagian barat daya Gunung Anak Karakatau akan mewujudkan gelombang setinggi 43 meter.

"Jika kita amati, pakar dan saintis telah membuat penilaian awal di kawasan Selat Sunda dan sudah menjangka tsunami boleh berlaku," kata Dr Khamarrul yang ditemu bual dalam program Komen Pagi di Astro AWANI.





Memetik artikel yang diterbitkan di Geological Society London itu, pakar mendapati ombak tinggi itu boleh melanda pulau-pulau di Sertung, Panjang dan Rakata dalam masa kurang seminit.

Gelombang ini seterusnya boleh membawa kemusnahan ke bandar Merak, Anyer dan Carita yang terletak di Jawa Barat dalam masa 45 minit."Namun saya tidak pasti sama ada kerajaan atau pihak berwajib di Indonesia mengambil maklum atau tidak mengenai hasil kajian tersebut," ujar Dr Khamarrul.

Pada Isnin, kerajaan Indonesia mengumumkan akan membina system amaran yang berupaya untuk mengesan kejadian tanah runtuh atau gelongsoran bawah laut.

Dalam isu pengurusan risiko bencana di rantau ini, Dr Khamarrul juga tidak menolak risiko bencana seperti di Selat Sunda boleh berlaku di Malaysia.

"Kemungkinan tsunami bawah tanah boleh berlaku di pesisir pantai barat Sabah tetapi itu memerlukan satu kajian saintifik di peringkat serantau termasuk dengan kolaborasi daripada saintis luar negara," katanya.

Tambahnya lagi, UTM contohnya sudah pun memulakan kerjasama dengan beberapa universitI di Indonesia untuk berkongsi kepakaran dalam bidang pengurusan risiko bencana.

Kejadian tsunami yang berlaku di Selat Sunda yang berlaku pada Sabtu malam berlaku akibat gelongsoran bawah tanah susulan letusan di Gunung Anak Krakatau sehingga ini mengorbankan lebih 400 nyawa.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2018 04:59 PM | Show all posts
ramal je la korang mampu, bila masa kejadian, hari apa pukul berpa, korang takkan boleh tahu punya

itu semua rahsia tuhan

so, kena la jauhi perkara mungkar

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 05:11 PM | Show all posts
ramal je la.. lepas buat bodo..
gitu jela..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2018 05:18 PM | Show all posts

dulu kaum mayan pun ramail kiamat 2012. ramai yang ketakutan macam xde iman


Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 12:03 PM | Show all posts
cmf_ctrl replied at 26-12-2018 05:18 PM
dulu kaum mayan pun ramail kiamat 2012. ramai yang ketakutan macam xde iman

hahahaha k ingat lg kecoh btl msa tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.708507 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list