Edited by sashasam at 15-12-2018 04:54 PM
Suspected candidate (1) :
https://www.facebook.com/Haji-Ahmad-Amzad-Hashim-1648702528579939/
Sokongan MP Pas Kuala Terengganu terhadap THM dikecam penyokong
 Tulisan Amzad menyokong THM dikecam penyokong tegar Pas.
Tindakan ahli parlimen Kuala Terengganu dari Pas, Ahmad Amzad Hashim yang sedia untuk memberikan sumbangan kepada Tabung Harapan Malaysia (THM) mendapat reaksi pelbagai pihak.
Ketika sesetengah pentaksub Pas menyelar tindakan tersebut, ramai juga yang menyanjung sikap patriotik ahli parlimen untuk pertama kali ini.
Melalui facebooknya, Amzad menulis, “Maaf. Saya tidak nampak sangat soal kerajaan minta sedekah dari rakyat.
“Yang saya nampak rakyat diajak bersama kerajaan mendepani masalah ini.
“Saya akan isi tabung itu insya Allah.
“Memperbaiki negara, tanggungjawab kita semua tak kira parti apa pun,” tulis Amzad pada 30 Mei lepas ketika mengulas penubuhan THM oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
 Tulisan Amzad yang menyokong THM.
Selepas dua hari dilancarkan, THM telah mengumpul lebih RM18 juta yang berupa sumbangan pelbagai pihak rakyat Malaysia.
Ekoran tulisan itu, Amzad dikecam oleh para penyokong tegar Pas.
Seorang rakannya yang menamakan dirinya ‘Pejuang Pas’ menyerang Amzad.
“Nak beza dengan ahli jamaah tak apa. Tetapi janganlah nampakkan seolah-olah jamaah bodoh tak boleh fikir sebijak YB,” tulis beliau.
Komen itu adalah antara lebih 638 komen yang dibuat terhadap tulisan Amzad itu.
791 telah berkongsi tulisan ini dalam facebook mereka manakala 2,176 lagi telah menyukai tulisan ini.
Berita penuh https://malaysiadateline.com/sokongan-mp-pas-kuala-terengganu-terhadap-thm-dikecam-penyokong/
|