CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4343|Reply: 1

Mencari lelaki seksi

  [Copy link]
Post time 5-12-2018 05:22 PM | Show all posts |Read mode



BERBADAN sasa mungkin menjadi idaman ramai lelaki. Ia juga seumpama mencerminkan kegagahan seorang lelaki secara visual.
Bagi mereka yang sudah mendapat bentuk badan sasa yang diidamkan atau dalam kalangan kita menggelarnya sebagai ‘sado’ pasti tidak pernah puas untuk terus mempunyai ciri yang mampu membawa mereka ke satu aras lebih tinggi.
Ertinya, menyertai kejohanan adalah platform terbaik untuk menguji tahap ‘ketampanan’ bentuk badan mereka yang dinilai juri profesional.
Baru-baru ini, penulis berkesempatan mengikuti kejohanan Mr Sexy anjuran Gimnasium Fitness Inspire di Kuala Lumpur yang membuka peluang kepada lelaki sasa untuk menguji tahap ketampanan bentuk badan masing-masing.
Kejohanan itu menarik minat 300 peserta yang bertanding dalam tiga kategori iaitu remaja, bawah 170 sentimeter (sm) dan atas 170sm dinilai secara profesional oleh Persatuan Bina Badan Malaysia.
Ketua juri kejohanan berkenaan, merangkap Setiausaha Kehormat Persatuan Bina Badan Malaysia Kamaruzaman Kadir berkata, dalam kejohanan berkenaan biasanya terdapat dua segmen diketengahkan.

KATA PEMENANG:

“Dalam tempoh antara empat hingga lima bulan sebelum kejohanan, makanan yang mengandungi minyak, garam dan gula perlu dikawal dengan baik kerana ia mampu memberi kesan kepada bentuk badan - Muhammad Akhtar
KATA PEMENANG:
“Atlet bina badan perlu berlatih dengan pengambilan karbohidrat yang amat terkawal. Ia menunjukkan kami mempunyai stamina yang baik meskipun perlu menjaga diet pemakanan yang ketat berbanding atlet dalam sukan lain - Muhd Ammar
Pertama, bina badan yang memerlukan peserta menonjolkan keseluruhan otot badan atau dikenali sebagai bina badan dan kedua, fizikal atlet atau begap.
Beliau berkata, kategori fizikal atlet atau begap hanya memerlukan peserta menonjolkan separuh badan iaitu bermula pinggang ke atas dan otot badan mereka tidak sebesar peserta dalam segmen bina badan.
“Di Malaysia terdapat banyak nama diberikan dalam kejohanan bina badan contohnya Mr Sexy hari ini yang sebenarnya berada dalam segmen fizikal atlet. Mereka akan dinilai dari segi kecantikan, keseimbangan dan kualiti otot yang dibina pada bahagian atas badan.
“Pada masa sama, bentuk badan dalam kategori ini mesti tegap dan saiz dalam pertengahan iaitu tidak terlalu besar atau kecil,” katanya yang mempunyai 30 tahun pengalaman dalam bidang bina badan.
Kamaruzaman menambah, dalam kejohanan bina badan membabitkan fizikal atlet terdapat lima posisi yang perlu mereka lakukan untuk menonjolkan otot masing-masing di atas pentas ketika penjurian dilakukan.
“Kami akan meminta mereka untuk menunjukkan posisi ‘front double biceps,’ ‘side chest,’ ‘back double bisep,’ ‘side tricep’ dan ‘abdominal’ kerana lima posisi ini dapat mengukur kecantikan serta keseimbangan otot peserta.

“Selain itu, dalam pemarkahan bina badan kita hanya memfokuskan kepada aspek otot dan ketampanan wajah tidak diambil walaupun peserta mempunyai paras yang tampan,” katanya.
Ketika ditanya berkenaan situasi pengambilan bahan terlarang seperti steroid dalam kalangan ahli bina badan bertanding dalam kejohanan di peringkat domestik, katanya, perkara itu sukar untuk dikawal kerana ujian doping memerlukan kos yang tinggi.
Jelasnya, bagi kejohanan berskala kecil, pihak penganjur tidak dapat membuat ujian berkenaan kerana faktor kos berbanding atlet bina badan yang mewakili negara dalam kejohanan berskala besar atau antarabangsa.
“Kami sering mengingatkan mereka terbabit dalam bidang ini untuk tidak mengambil bahan terlarang yang mempercepatkan pembinaan otot diinginkan. Selain memberikan contoh kepada mereka kesan yang memudaratkan untuk jangka masa panjang,” katanya.
Dalam kejohanan Mr Sexy, empat pemenang diumumkan iaitu juara keseluruhan disandang Mohd Syarul Azam Mahen yang juga pemenang dalam kategori bawah 170sm. Muhammad Akhtar Shamin pula juara kategori remaja, manakala Muhd Ammar Afandi mengungguli dalam kategori atas 170sm.
Syarul Azam kini berusia 45 tahun mempunyai latar belakang atlet bina badan antarabangsa yang cemerlang dan melakar pelbagai kejayaan mengharumkan nama Malaysia di peringkat serantau.
Lebih menarik, beliau juga mencipta sejarah apabila berjaya meraih kejuaraan kali keempat Mr Asia. Turut membanggakan ketika ini, Syarul Azam dalam latihan untuk mencipta hatrik Mr Universe yang dijangka bulan ini selepas berjaya menjadi juara pada 2017 dan 2016 masing-masing diadakan di Mongolia dan Thailand.
Katanya, penjagaan pemakanan paling utama kerana mereka tidak boleh menikmati makanan banyak lemak dan sudah pasti bagi mereka yang ingin serius dalam bidang ini kadangkala melihat ia sebagai perkara yang mencabar.
“Jika ingin makan sesuatu yang agak berat, ayam atau salmon bakar bersama pasta disediakan tanpa minyak. Garam masih boleh diambil tetapi ia perlu dielakkan dalam dua atau tiga hari sebelum bertanding.
“Bidang ini memerlukan penjagaan makanan yang sangat tinggi selari dengan latihan secara berterusan. Kami juga perlu menjadi generasi atlet yang membina badan secara asli dan bukan kerana pengambilan bahan terlarang,” katanya.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2020 11:49 PM | Show all posts
waow sexynye....hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.240235 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list