CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2479|Reply: 23

[Tempatan] [UPDATE] #LangkahBatuBurok : Komplot jatuhkan MB sudah bermula. Lobai2 bodoh pul

  [Copy link]
Post time 3-12-2018 03:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sashasam at 17-12-2018 07:05 PM

Usah ganggu Dr Samsuri tadbir Terengganu
ULAS TINJAU

Dr Samsuri perlu diberi peluang untuk beliau
bangukan Terengganu.
SEMASA bercuti dua tiga hari lepas di sebuah pulau terbesar di rantau ini saya ditanya sesuatu yang agak mengejutkan juga oleh seorang yang saya anggap sebagai master mind (intel) politik asal dari negeri Terengganu. Apa yang ditanya kepada saya ialah tentang kerajaan Pas Terengganu yang dikatakan bergolak. Bergolak? Terkejut saya!

Menurutnya kedudukan MB Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sedang diancam. Samsui akan cuba disingkirkan dan akan diganti dengan seorang tokoh lain. Beliau ada membayangkan nama tokoh itu tetapi tidak wajar saya sebutkan di sini kerana belum absah perancangan itu?


Secara jujur saya tidak mempedulikan sangat politik Terengganu. Bagi saya sudah elok kalau Pas menguasai Terengganu. Dan memang pun Pas layak untuk memerintah negeri itu dengan kelebihan dan keistimewaan yang ada kepadanya. Terengganu memang hak Pas bukan hak parti-parti lain.

Awal-awal lagi saya sudah menjangkakan yang negeri Terengganu akan jatuh ke tangan Pas dalam Piraum ke-14 lepas. Alasan saya mudah sahaja, kedudukan Pas terkuat berbanding dengan parti-parti lain di negeri itu. Umno berpecah manakala Amanah dan Bersatu, dua parti baharu itu pula belum mantap dan kemas.

Banyak juga orang sanggah dan tidak percaya ramlan saya itu. Malahan ada menganggap saya "menganjing" dengan ramalan itu termasuk oleh para pemegang tali dan pengangkat guni ke atas belakang unta dalam Pas sendiri. Begitulah lumrah apabila kita diprasangka membuta tuli apa pun kebenaran yang kita bawa akan ditangkis. Cis.

Bahkan awal-awal lagi saya telah menamakan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, 48 yang menjadi Setiausaha Politik Abdul Hadi Awang sebagai bakal MBnya. Banyak aspek kenapa saya mengatakan beliau yang akan diangkat menjadi MB, jika Pas menang di Terengganu. Mustapa Ali yang dianggap sebagai pawang tua politik Terengganu juga skeptikal dengan ramalan saya itu.

Dia tidak yakin. Mungkin ketidakyakinan itu kerana dia mulai berasa sudah dibayangi oleh Samusuri dalam menguasai pemikiran dan siasah Abdul Hadi Awang.  Sebelum ini Mustapa dan Syed Azman Syed Muhammad lah yang menguasai politik Hadi.

"Dari sumber mana dan perkiraan apa, Sayuti yang enta boleh kata Pas akan menang di Terengganu. Bagi ana susahlah Pas nak menang...," begitulah getusnya penuh keraguan kepada saya melalui percakapan dalam telefon menjelang Piraum ke 14.
Ramalan benar.
Dan ternyata ramalan saya itu tepat Pas menang dan ternyata pula yang diangkat menjadi MB ialah Adun Rhu Rendang Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Saya tidak kenal secara mendalam dengan bekas Setiausaha Politik Abdul Hadi Awang ini, tetapi pernah berjumpa, minum dan bersembang hal politik dengannya, tidak lama dahulu. Kerapnya di Taman Tun Dr Ismail semasa saya memimpin akhbar tabloid Siasah.

Semasa muktamar Pas di Kedah suatu masa saya duduk "berlamaan" dengannya di sebuah warung memperkatakan perihal masa depan politik Pas.

Saya mulai tertarik kepadanya dan mengenalinya seorang berilmu dan pantas digilap menjadi pemimpin masa depan Pas, apabila pertama kali melihat beliau muncul dalam tv secara langsung yang diwawancara mengenai kehilangan kapal terbang MAS, MH 370.  Rupa-rupa beliau seorang pakar kejuteraan Aeroangkasa. Seorang profesional yang berperwatakan agak pendiam tetapi kecerdikan dan intelektualnya terserlah.

Untuk mentadbir sebuah kerajaan di era kemajuan yang penuh dengan teknologi maklumat ini, adalah tepat bagi Pas Terengganu mengangkat anak kelahiran Jertih itu menjadi MB. Beliau juga boleh dijadikan ubat dan penawar serta mengesahkan yang Pas tidak mengenepikan golongan profesional dari parti itu seperti mana disangkal apabila 18 pemimpin profesionalnya meninggalkan Pas kemudian menubuhkan Amanah.

Teringat cerita intel.
Berbalik kepada maksud asal catatan saya, berhubung pertanyaan isu MB Terengganu ini, saya tidak memberi reaksi dan mendengar seadanya kepada persoalan oleh intel itu. Bahkan tidak mahu mempedulikan atas sebab-sebab yang saya sebut diatas tadi. Namun setelah beliau menampakkan kesungguhan mahu mendengar pendapat saya, menjadikan saya memberi sedikit fokus.

Tanpa saya mencungkil intel itu memberi tahu ada beberapa sebab kenapa sesetengah pihak di Terengganu tidak senang dengan Samsuri sehingga menyebabkan beliau perlu ditukar. Antara disebut ialah cara Samsuri mentadbir Terengganu secara profesional dimana cara ini tidak tergapai oleh golongan agamawan yang naif mengenai pentadbiran dan politik.

Cara Samsuri itu juga dilihat sebagai mengabaikan orang politik. Beliau katanya memberi tumpuan kepada pembangunan negeri dan tidak begitu melayan kehendak-kehendak orang parti. Tindakan ini menyebabkan beliau tidak popular di kalangan orang parti sampai ada tuduhan mengatakan beliau tidak mempedulikan parti?

Praktik itu menyebabkan orang politik di Terengganu yang mahu mencari projek atau mendapat ghanimah selepas menang tidak dilayan oleh Samsuri. Beliau dikatakan lebih senang dan seronok berjumpa dengan korporat atau mereka yang membawa proposal untuk membangun Terengganu. Kelulusan kawasan balak dan lombong seperti berlaku sebelum ini dan di Kelantan pada masa ini tidak diteruskan oleh Samsuri.

Menurut intel itu, beliau sebagai warga Terengganu sendiri menyokong dengan cara Samsusi yang obses untuk mencari sumber kewangan kepada Terengganu. Katanya, sebagai MB Samsuri mempunyai tugas berat dipikulnya kini. Salah satu ialah untuk melunasi hutang yang ditanggung kerajaan Terengganu hasil peninggalan kerajaan UBN dahulu berjumlah lebih RM 1 billion.

Menurutnya yang mengaku terlibat dan berada di belakang MB Terengganu di zaman BN, segala projek yang diluluskan dizaman kerajaan BN dahulu kini sudah pun diberhentikan atau ditangguhkan. Pembangunan di Terengganu jem, katanya. Kerajaan Terengganu perlu membayar hutang kepada kontraktor sehingga hujung bulan ini. Inilah masalah dan tanggungjawab yang terletak di bahu Samsuri.

Seperti saya kata tadi, cerita intel itu saya tidak berminat dan menganggap ianya sebagai provokatif sahaja. Sehinggalah saya kebetulan mendengar ucapan Dr Samsuri di majlis ijtimak Pas Terengganu dua tiga hari lepas yang memberi peringatan bahaya perpecahan dalaman dan perebutan jawatan, baru saya menyedari dan teringat apa yang diceritakan oleh intel berkenaan semasa bercuti di pulau itu.

Dalam ucapan itu Samsuri tiba-tiba membangkitkan dua peristiwa kejatuhan kerajaan Pas lampau, satu kejatuhan kerajaan Pas Terengganu pada tahun 1962, dan kedua kejatuhan kerajaan Pas Kedah tahun 2008. Menurutnya kedua-dua kejatuhan kerajaan itu disebabkan kerana berlaku krisis dalaman dan perebutan kuasa.

Katanya mulanya krisis itu diperingkat dalaman tetapi lama kelamaan menular keluar apabila ia disambar atau dimanipulasikan oleh media massa menjadi lebih parah sehingga kerajaan tumbang. Jadi tegasnya, semua pihak perlu mengelakkan perkara itu berulang.
Terfikir oleh saya kenapa tiba-tiba beliau membangkitkan soal itu untuk dijadikan iktibar? Beliau tidak perlu menyebut perkara itu sekiranya tidak ada sesuatu yang sedang menghambatnya. Dengan mengaitkan apa yang dicerita oleh intel tadi dan singgungannya itu, menyebabkan terfikir ada munasabahnya kalau berlaku pergolakan politik di Terengganu ketika ini.

Nada Samsuri semasa menceritakan dua peristiwa kejatuhan kerajaan Terengganu dan Kedah itu tegas dan jelas. Beliau seakan memberi amaran agar jangan ada usaha-usaha penyingkiran sehingga berlaku krisis dalaman. Dan apa yang boleh diterjemahkan dengan penegasan itu seakan krisis itu sedang membunga di Terengganu kini.

Saya tidak mahu menambah asam dalam luka dalam catatan ini kerana pasti saya akan "ditimbuk" oleh pemegang tali unta. Namun saya terpaksa sebutkan hal ini agar ia dapat dipantau dan dikawal.

Saya berharap dan berdoa biarlah kerajaan Pas Terengganu tenang dan Samsuri diberi peluang untuk menguruskan Terengganu. Pendekatan diambil Dr Samsuri berbaik dengan kerajaan Pusat dan tahu beterima kasih atas segala pemberian, hendaklah disokong. Apa yang perlu diutamakan pembangunan dan kesejahteraan rakyat Terengganu dan bukanya agenda peribadi. Rakyat Terengganu kena utamakan kerajaan daripada parti.

Tepatlah kalau Samsuri mengatakan wang royalti untuk rakyat bukan untuk parti.
Insya-Allah jika perlu saya akan menyambung catatan ini. [wm.kl.1:53 pm 03/12/18]

https://msomelayu.blogspot.com/2018/12/usah-ganggu-dr-samsuri-tadbir-terengganu.html


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2018 03:16 PM | Show all posts
tak abis-abis lagi geng tontowi , tar senik
hangpa tu pencacai angkat najis jah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tahan pelahap geng lobai..duit royalti pun nak bahagi sesama parti. Camner la nak jage federal
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 04:23 PM | Show all posts
Aku baca dalam socmed diaorg kata nie agenda PH nk jatuhkan PAS. Betul kah?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 04:37 PM | Show all posts
Cuba lagi PH...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 04:37 PM | Show all posts
hahahahaha sudahnya ph gak kena salah
da tau sangat dah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2018 04:43 PM | Show all posts
hahaha, kan cuba lagi ye PH, xabis habis politik pitnah depa
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 04:44 PM | Show all posts
PAS mmg all this while mmg jenis pelahap pangkat kan..tngok la what happened masa dulu kt Selangor dan Penang..walaupun dah x sekutu dengN PR, tetap pelahap nakkan jawatan.. tngok lepas PRU 14, tetap gatal telur nak dpt sejawatan dua (dengan guna nama Islam kekdahnya)...

so iols x terperanjat kalau ada pergolakan dalam kerajaan sendiri... duit kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2018 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ph tolong bijak la..dh jd kjaan pyn.sila tglkan la peel suka menfitnah...sebangsat najib dulu pun skrg dh pandai bg fakta.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 04:53 PM | Show all posts
try harder
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa yang nak digantikan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh percaya ke fitnah PH.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2018 07:03 PM | Show all posts
CEO GLC Terengganu dihalau, Bilik dikunci?
Sharifah Aqilah Al SuqifDecember 17, 2018Politik,semasa



































































KUALATERENGGANU :Ketua Pegawai Eksekutif sebuah anak syarikat kerajaan negeri Terengganu (GLC) menerima perbuatan buruk beberapa hari ini setelah cuti hujung minggu.

Setelah tiba di pejabat beliaudi jalan pejabat disini, beliau amat terkejut melihat bilik tersebut telahdirantai serta dikuncikan oleh seseorang yang berkepentingan dalam pentadirankerajaan negeri Terengganu (PAS) hari ini.

Dikatakan juga, Ketua PegawaiEksekutif dan beberapa orang Pengurus Besar anak syarikat itu tidak diberikansebarang notis dan tindakan yang sama(mengunci) berlaku dipejabatmasing-masing?

Apa yang pasti, beberpa kepinggambar telah tular dilaman media social terutama aplikasi whatsapp sejaksemalam membuatkan pelbagai spekulasi timbul sejak kebelakangan ini.

Dikhabarkan juga masalah iniberpunca dari perebutan kuasa diatara beberapa pemimpin Pas Terengganu hari iniyang mana masing-masing mahu menempatkan orang kanan masing-masing di GLCterkaya itu.

Bilik Ketua Pegawai Eksekutif GLC
Khabar angin juga menyatakanPas Terengganu kini telah berpecah kepada 4 kumpulan kerana mahu merebutkekayaan negeri Terengganu dan pertama khabarnya, satu, Kumpulan KoperatMenteri Besar Terengganu (team luar), dua, kumpulan orang kanan-kanan Tuan GuruPresiden, ketiga, exco-exco yang lama seperti Adun Paka, Adun Bukit Payung,Adun Alor Limbat, Adun Chukai, Adun Bukit Tunggal, Adun Sura, dan keempatpemimpin akar umbi Pas Terengganu yang diketua Wan Mohd Faizul?

Maju Berkat Sejahtera yangditanam didalam dasar pertadbiran kerajaan negeri Terengganu hanya donggengansemata-mata bagi mengaburi mata rakyat dan hakikatnya kerana wang dan hasilnegeri yang berbilion ringgit menjadi tujuan mereka hari ini.
Bilik Pengurus Besar GLC

ADAKAH rakyat Terengganumasih buta? Dengan apa yang berlaku hari ini? Islam terus dilacurkan untukkepentingan diri dan perut kepimpinan Pas Terengganu dan juga Pusat?


ZALIM PAS KEPADA RAKYAT YANG BERKHIDMAT

Dari: Rakyat Marhean
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak popcorn garrett 2 pls...tq
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 08:57 PM | Show all posts
pantai timur ni negerinya kaya hasil bumi, cuma tinggal nak exploit kan hasil tu je utk tambah pendapatan...  ganu dgn minyak + pelancongan, pahang dgn hasil bumi tak terkira , dan pelancongan boleh jadi sumber sekunder ekonomi negeri

tapi pantai timur ni jugak 'kaya' dgn pemimpin2 yg korup, pelahap duit , kuasa dan harta.....

duit berkoyan2 di depan....., terus kelabu mata, hitam gelapnya hati....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 09:36 PM | Show all posts
patut la @dinopower2 rajin balik kampung sokmo lening ada agenda rampasan kuasa ghopernye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2018 10:45 PM | Show all posts
noell replied at 17-12-2018 09:36 PM
patut la @dinopower2 rajin balik kampung sokmo lening ada agenda rampasan kuasa ghopernye

ko purcaya trus ke? haha
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 07:33 AM | Show all posts

kenala percaya dari zaman umno lg dah budaya caras-mencaras menjadi amalan mulia yb2 teganu...tak ingat ka camna cikgu razif kena dulu ka?la neh amalan ini diwarisi plak dek pas...mcm pepatah pebret arwah opah i  "pi mai pi mai tang tu jugek"
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 07:37 AM | Show all posts
sejak ICERD ade saje je ye...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
noell replied at 18-12-2018 07:33 AM
kenala percaya dari zaman umno lg dah budaya caras-mencaras menjadi amalan mulia yb2 teganu...tak  ...

Mana boleh....lobai kan suci...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.095095 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list