CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9447|Reply: 18

[Pelbagai] Selamat tinggal akhbar tertua Malaysia, Malaymail...juga Tamil Nesan...

[Copy link]
Post time 1-12-2018 05:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 29-1-2019 07:45 PM




MALAY MAIL, akhbar tertua di Malaysia yang telah wujud lebih lama daripada akhbar lain di negara ini, tetapi selepas 122 tahun, akhbar antara yang tertua di dunia, akhirnya mengalah dan mengeluarkan edisi surat khbarnya yang terakhir hari ini.
Akhbar yang terkenal dengan kewartawanan yang mantap dan pelbagai pendedahan eksklusifnya itu juga telah tiba ke hujung perjalanan yang panjang dan bersejarah apabila revolusi berlaku kepada industri media dengan perubahan teknologi yang berterusan.
Mulai esok, Malay Mail hanya akan boleh didapati secara dalam talian dengan Ketua Pengarangnya, Datuk Wong Sai Wan dalam mesej perpisahannya kepada pembaca akhbar itu meminta semua pihak daripada pembaca dan juga pengiklan untuk bersama memulakan perjalanan barunya di mana mereka akan melakukan segalanya secara digital untuk memaklum, menghiburkan dan mempromosi dalam dunia digital global.
Industri akhbar di seluruh dunia kini menghadapi tempoh masa paling sukar dan masa hadaan yang tidak menentu dalam sejarahnya dan banyak yang telahpun menghentikan penerbitannya.
Sebagai contoh di Kanada, berpuluh-puluh akhbar tempatan telah menghentikan penerbitan mereka sejak beberapa tahun yang lalu.
Di Malaysia, Malay Mail sehingga kini telah menjadi mangsa terbesar manakala pengurangan kakitangan secara besar-besaran telah berlaku atau sedang dijalankan di beberapa akhbar utama.
Semalam, seramai 800 kakitangan Utusan Melayu Berhad, penerbit akhbar Melayu berpengaruh Utusan Malaysia, mengucapkan selamat tinggal kepada majikan mereka dalam satu majlis penuh emosi apabila mereka meninggalkan Utusan menerusi skim pemisahan sukarela (VSS).
Di media lain, perkara yang sama telah dilaksanakan di Media Prima, kumpulan media terbesar, dan Star Media Group yang mengurangkan sekurang-kurangnya 1,000 kakitangan, dengan lebih ramai lagi dijangkakan pada masa hadapan.
Apa yang berlaku kepada industri media cetak dengan mudah disimpulkan oleh Wong Sai Wan sendiri dengan kata-katanya: "Model perniagaan akhbar cetak adalah bermasalah kerana ia bergantung kepada pengiklanan untuk terus hidup, dan ledakan akses maklumat secara digital telah menyebabkan kita tidak  lagi berfungsi sebagai pembekal berita".
Dan katanya, akhbar yang dicetak tidak ada sebab untuk terus berada dalam pasaran, kecuali melayani warga emas yang tidak boleh membaca tanpa medium berbentuk fizikal untuk mereka pegang.
Dengan golongan pembaca tersebut yang semakin berkurangan dan akan pupus, begitu juga nasib akhbar.
Penerbit Malay Mail Datuk Siew Ka Wei memberitahu Bernama bahawa pengakhiran kepada akhbar itu merupakan hari yang paling menyedihkan untuknya.
"Saya suka Mail Melayu terutamanya halaman hadapannya, kerana kami menceritakan berita yang baik dan buruk juga yang berlaku di sekeliling kita. Kami tidak mempunyai pilihan. Tetapi saya percaya ‘nama’ itu akan kekal kukuh kerana kami mempunyai pasukan yang sangat baik untuk mengembangkannya secara digital. Surat khabar mempunyai masa depan yang sangat terhad dalam jangka masa yang masih ada,” kata Siew, seorang ahli perniagaan terkemuka yang mengambil alih akhbar tersebut sembilan tahun yang lalu.
Pengakhiran penerbitan surat khabar Malay Mail ini turut dikongsi Datuk Ahiruddin Atan, yang lebih dikenali sebagai Rocky, salah seorang perintis blogger negara yang mana blog ‘RockyBru’ merupakan antara yang paling meluas di baca.
Ahiruddin sendiri mencatatkan sejarahnya sendiri kerana pernah menjadi Editor Malay Mail bukan sekali, tetapi dua kali.“Tentunya, saya sedih kerana Malay Mail tidak akan di cetak lagi. Secara peribadinya saya percaya mereka perlu meneruskan versi cetak kerana namanya masih lagi kukuh dan produk yang bagus dan tentunya mereka tidak akan menggunakan namanya jika ianya tidak terkenal dan berdaya maju?,” tambahnya.
Bekas Pengerusi Media Prima Berhad Tan Sri Johan Jaafar mengambarkan sebagai satu ironi masa hadapan yang gelap untuk surat khabar dan industri berkaitan dengan pemberhentian beramai-ramai sedangkan “kita hidup dalam era maklumat”.
"Industri media secara keseluruhan perlu merombak dirinya dan model perniagaannya perlu difikirkan semula,” kata Johan, bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, sambil menambah sejarah kegemilangan surat khabar mungkin akan berakhir.
Sebagai seorang yang telah menjadi wartawan selama 47 tahun, cetakan terakhir Malay Mail ini tentunya sesuatu yang menyedihkan dan untuk 24 jam yang lepas saya telah meminta rakan-rakan dan kumpulan Whatsapp untuk menyimpan salinan terakhir ini.
Saya tidak pernah membeli dua salinan edisi hari yang sama tetapi saya telah memberitahu vendor berita saya untuk menempah 50 salinan dan 50 salinan lagi dari seorang rakan di Malay Mail untuk generasi akan datang.
Selamat tinggal Malay Mail! - Bernama


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2018 05:16 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 1-12-2018 04:18 PM

Aktif lagi ke @klubbkidd
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2018 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Fox suka baca Malay Mail ni dulu. Sunday Mail was one of my fave weekend papers. Dia light but informative.

So, now kena baca online lah eh?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
aah cik seri kena baca online ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2018 04:36 PM | Show all posts
Dah tutup, ada online ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Awan_Salji at 5-12-2018 05:36 PM

rasa agak mengerikan juga bila tengok situasi terkini industri media / penyiaran sekarang ni... media prima dengan utusan dah kurangkan kakitangan, malay mail pulak tutup terus...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2018 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Industri media sangat tenat, sedih juga tengok suratkhabar da takda orang beli kalau ada pun baya2 mak bapak kita je yg masih baca.
Semuanya sebab persaingan dengan media baru lagi2 sekarang maklumat di hujung jari.

Siapa sangka syarikat besar nama besar mcm utusan & media prima pun da mula beri VSS, malaymail pun tak boleh survive   

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
I remember i went to the office for an interview..

kenapa xsuka baca paper dah? kan best minum kopi and baca paper pepagi kat balkoni rumah sambil hirup udara pagi yg nyaman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2018 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 4-12-2018 04:36 PM
Dah tutup, ada online ke?

Sekarang semua online je ni link malaymail

https://www.malaymail.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2018 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
kmbg replied at 23-12-2018 10:10 PM
Sekarang semua online je ni link malaymail

https://www.malaymail.com

TQ momod bagi tacang  

Comments

No prob :)  Post time 10-1-2019 10:38 PM
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Internet has killed many traditional businesses, this is one good example. People nowadays want to be the first person to know/report something.They want to be part of the history too. Not many are willing to wait a day to read yesterday's news anymore. Those days you have to spend money every day to know what's going on but now with less than 30 ringgit a month, you can access the internet without any limit. You can read news from countries you have never even heard of. No more worrying about where to keep your old newspapers or magazines. Or whether you need to buy another paper to read a particular news item. Everything is at your fingertips. No muss, no fuss.
Sad but true.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ye ke dah takde
tak perasan pulak
sb setiap isnin - jumaat ambik free theSun
kt kaunter 7E
pastu hari sabtu beli the star

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru terbaca benang ni & baru tahu yang Malay Mail edisi cetak dah takde. Tapi online version still ada kan?



Berita hari ni. Kita dapat Agong baru

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2019 08:45 PM | Show all posts
Akhbar Tamil Nesan akan ditutup pada 1 Februari

28 Januari 2019 11:31 PM


KUALA LUMPUR - Surat khabar Tamil Nesan, antara surat khabar yang tertua di Asia Tenggara akan ditutup 1 Februari ini  selepas 96 tahun beroperasi.

Pengarah Urusan Tamil Nesan, Datuk Seri S. Velpaari  ketika dihubungi Bernama News Channel (BNC) mengesahkan akhbar itu yang mula beroperasi pada tahun 1924 akan ditutup.


Isu pertama akhbar Tamil Nesan diterbitkan pada 24 September 1924 dan disasarkan untuk masyarakat India.

Selain Tamil Nesan, akhbar Tamil di negara ini termasuk Malaysian Nanban, Makkal Osai dan Tamil Malar. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu2 utusan melayu (jawi) bungkus...ades..malay mail ni wajib beli sbb byk iklan kerja/rumah sewa..zmn naik bas mini ler kan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang ni banyak surat khabar yang tak laku disebabkan banyak kemudahan lain seperti berita online dan sebagainya. Orang ramai mengambil jalan pintas untuk mengakses internet, mencari gali sesuatu maklumat tanpa perlu mendapatkan akhbar atau majalah.

Kesannya banyak kilang kilang pencetakan terpaksa ditutup kerana mengalami kerugian besar dan pekerja juga kehilangan pekerjaan. Semenjak wujudnya kemudahan internet dihujung jari rata rata rakyat tidak lagi memanfaatkan akhbar. Kita sedia maklum bahawa harga kertas juga semakin melambung oleh itu banyak syarikat percetakan akhbar terpaksa menghentikan perkhidmatan mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2021 09:18 AM | Show all posts
Harga Telefon Nokia, Motorola & Astro (1997)






Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 07:44 AM | Show all posts
HangPC2 replied at 22-2-2021 09:18 AM
Harga Telefon Nokia, Motorola & Astro (1997)

aik tetiba rega telefon..salah bod ni bro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.262738 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list