CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 969|Reply: 6

[Politik] Kontrak sosial, Jus soli wujud hasil toleransi

[Copy link]
Post time 29-11-2018 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kontrak sosial, jus soli wujud hasil toleransi

Oleh Mohd Azrone Sarabatin

Ketika minum petang di sebuah restoran di Kelana Jaya, Petaling Jaya, baru-baru ini penulis tertarik dengan perbualan sekumpulan tiga remaja yang duduk bersebelahan mengenai kontrak sosial dan jus soli.

Seorang daripada mereka mendakwa kononnya Perlembagaan Persekutuan hanya untuk melindungi hak Melayu dan Islam, manakala seorang lagi berpendapat kontrak sosial tidak lagi relevan pada masa ini selepas 61 tahun negara merdeka.

Rakan mereka yang awalnya diam, membuat andaian menyakitkan hati kononnya yang merangka Perlembagaan Persekutuan ialah sultan, pemimpin dan masyarakat Melayu, sekali gus undang-undang tertinggi negara berat sebelah.

Walaupun tiga remaja berkenaan tidak mewakili keseluruhan generasi muda, isi perbualan mereka sudah cukup untuk memberi pengajaran betapa rendahnya pemahaman mereka mengenai kontrak sosial dan apa itu jus soli.

Persetujuan tiga kaum

Tidak hairanlah dalam media sosial, khususnya Facebook dan Twitter, banyak catatan dan komen silap atau kurang tepat mengenai kontrak sosial dan jus soli, bukan sahaja dalam kalangan generasi muda bukan Melayu, malah berbangsa Melayu pun ada yang tersilap tafsiran.

Kontrak sosial ialah persetujuan dicapai sebelum merdeka dalam kalangan pemimpin Melayu, Cina dan India, masing-masing menerusi parti yang mereka wakili, iaitu UMNO, MCA dan MIC.

Sama ada bersetuju atau tidak, kontrak sosial ialah persetujuan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu.

Pemuafakatan itu mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui kemenangan Parti Perikatan pada Pilihan Raya Pertama 1955. Ini dengan sendirinya memerlukan rakyat memahami fakta sejarah bahawa kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah.

Kaum minoriti bukan dalam kalangan Bumiputera di negara ini sepatutnya berterima kasih kerana mereka diberi status kerakyatan secara jus soli (bahasa Latin bagi hak untuk kawasan), iaitu taraf kerakyatan berdasarkan tempat kelahiran tanpa mengira bangsa dan keturunan. Atas dasar toleransi yang tinggi daripada pihak penduduk asal orang Melayu, bangsa lain perlu mengelak daripada mempertikaikan hak Melayu dan Islam.

Generasi muda bukan Melayu atau Bumiputera pada era digital seharusnya membuang jauh-jauh persepsi negatif kononnya kontrak sosial sebagai sesuatu yang sudah lama berlalu dan tidak lagi relevan masa kini.

Salah faham

Mereka perlu memahami hak istimewa Bumiputera mencakupi kontrak sosial, iaitu bukan Melayu diberikan kewarganegaraan berdasarkan syarat tertentu, manakala Bumiputera pula diberikan perlindungan melalui artikel dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung hak istimewa.

Pemuafakatan itu tidak hanya terikat kepada masa tertentu sehingga mereka membuat andaian kononnya tidak lagi relevan sekarang. Itu persepsi silap yang perlu diperbetulkan.

Perlembagaan Persekutuan dirangka pakar perlembagaan dari India, British dan hanya seorang hakim Melayu ketika itu, sekali gus menolak terus tanggapan atau dakwaan bahawa kononnya ia dirangka Sultan dan orang Melayu.

Isu kontrak sosial timbul mungkin
kerana ia dibentangkan kepada masyarakat sebagai satu persetujuan di antara golongan elit pada masa tertentu, dalam keadaan tertentu, selain dikaitkan dengan kewarganegaraan.

Jangan salah faham. Kontrak sosial bukan istilah yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan pada 1957, tetapi pemuafakatan yang mewakili semangat penyatuan masyarakat majmuk yang mempunyai roh perlembagaan berkenaan.

Kontrak sosial harus difahami sekurang-kurangnya berhubung empat perkara utama, iaitu perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem pemerintahan negara.

Jika tiada kontrak sosial, mungkin negara kita gagal mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 kerana penjajah British ketika itu menjadikan pemuafakatan kaum sebagai prasyarat untuk membolehkan Malaya diiktiraf sebagai negara merdeka.

Profesor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, menegaskan kontrak sosial dan jus soli kekal relevan sehingga kini serta tidak seharusnya dijadikan polemik dan dipertikaikan.

Walaupun banyak perkara berhubung kontrak sosial terhakis akibat sistem meritokrasi dalam kemasukan pelajar ke universiti serta perkhidmatan awam, persetujuan yang sudah termeterai sekian lama itu perlu diteruskan.

“Dasar yang dipersetujui menerusi kontrak sosial mengambil kira semua aspek. Ia tidak hanya sesuai pada zaman berkenaan, sebaliknya kekal relevan pada masa kini.

“Generasi muda masa kini ramai yang lalai dan menganggap kontrak sosial dan jus soli hanya sesuai pada era nenek moyang mereka, sedangkan ia relevan sepanjang zaman,” kata Nik Ahmad Kamal.

Jangan pertikai

Selagi sembilan Sultan dan Majlis Raja-Raja melindungi hak keistimewaan orang Melayu dan Islam di negara ini, selagi itulah kontrak sosial yang perlu terus dipertahankan.

Sebab itulah ramai yang mempertikaikan pemansuhan Akta Hasutan 1948 kerana dibimbangi nanti ada puak tertentu mengambil kesempatan mempertikaikan dasar yang boleh menggugat keharmonian kaum.

Generasi muda juga tidak seharusnya membangkitkan sentimen perkauman dengan mempertikaikan perjanjian dan persefahaman yang dimeterai moyang mereka.

Titik persefahaman untuk menyelesaikan perbezaan pendapat perlu dicari supaya negara kita kekal aman dan tidak berlaku pergolakan seperti di negara lain.

Jangan sesekali mempertikaikan kontrak sosial dengan membuat andaian negatif kononnya ia hanya untuk kepentingan Melayu dan tidak adil kepada kaum lain.
C&p BH online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2018 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh lama tk dgr perkataan jos soli..nmpk sgt dh bersejarah tinggal alam persekolahan...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 07:12 PM | Show all posts
So adakah bermaksud diskriminasi kaum dibenarkan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bangcak at 30-11-2018 12:14 AM

Kontrak sosial tu dah bagus.
Yg takbagus wujudnya parti2 bertopengkan hasad perkauman (umngok, mca, mic).
Dan kesilapan paling besar, bina sekolah2 penghasut perkauman.

Kalu sejak dulu kita dididik seluruh kaum bersama takkan timbul persaingan hak masing2.

PKR, satu2nya pelopor muhibah yg mengajar erti sepakat antara kaum.

Dgn 1 istilah (pakatan) je, lebur gabungan parti hasad perkauman.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 11:40 PM | Show all posts
Sembang hassanah lah penulis oiiii...ada ker remaja zaman skang nih mengeteh nak borak pasal Jus Soli.....biasa deme borak pasal EPL or PUBG
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 11:51 PM | Show all posts
bangcak replied at 29-11-2018 10:45 PM
Kontrak sosial tu dah bagus.
Yg takbagus wujudnya parti2 bertopengkan hasad perkauman (umngok, mca ...

Exactly, pada aku Jus Soli nih not a bad thing, biarpun sebenarnya lagi elok kalo dulu x terima pendatang, tp bukan kita yg berada di tempat TunKu dulu so senang kita nak judge....

Konsep Jus Soli dan Kontrak Sosial nih fair enough, problem nya bila asas perkauman yg menafikan hak kaum yg lain....pertahankan Kontrak Sosial pada masa yg sama adil utk semua mengikut yg dipersetujui...

Now tgk perkauman makin menebal, even yg label agama pun dah nampak true color, KETUANAN ISLAM kemana KEADILAN DALAM ISLAM ke mana, ISLAM UNTUK SEMUA pun kemana
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 05:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg buat kontrak jus soli tu bukan wakil sebenar kaum2 yg ada pun, yg Melayu nya pemimpin  Umno yg terdiri dr golongan aristokrat yg dibrainwash British, yg Cina pulak dari golongan borjois super  kaya, juga yg didik British, puak Baba pulak lagi (cina celup), begitu juga yg India.... semua mereka have very little connection dgn kaum masing2, dan langsung tidak membawa aspirasi kaum memasing. So hasilnya perjanjian yg sangat superficial, sebab tu lah hasilnya kucar kacir sampai hari ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

10-12-2022 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.099946 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list