CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3133|Reply: 2

Sosej Boleh Meningkatkan Risiko Kanser Perut

[Copy link]
Post time 23-11-2018 11:43 AM | Show all posts |Read mode



Walaupun pakar kesihatan sudah berkali-kali mengingatkan kita tentang bahaya kerap mengambil daging yang sudah diproses seperti sosej atau naget. Malangnya, kerana rasa dari daging olahan ini sangat enak dan sangat mudah untuk diolah dengan cepat, kita pun tak ragu untuk kerap mengambilnya. Sebenarnya, jika kita terlalu kerap memakannya, risiko penyakit maut mendatang seperti kanser perut juga meningkat.


Sebenarnya, selain daging yang diproses, minuman beralkohol seperti bir juga boleh mempunyai kesan yang sama. Walaupun telah ada beberapa kajian yang menghasilkan fakta bahawa pengambilan alkohol dengan hidangan yang sederhana boleh memberi manfaat, kita tetap mengambilnya dengan jumlah atau frekuensi yang berlebihan. Selain itu, apabila ketika mabuk, kita juga tidak sedar dan terus meminumnya sehingga kandungan berbahaya daripada alkohol semakin banyak masuk ke dalam tubuh.

Berdasarkan sebuah kajian yang dilakukan oleh para ahli dari World Cancer Research Fund (WCRF), dihasilkan fakta bahawa mereka yang minum bir atau minuman beralkohol lain hingga tiga gelas atau lebih dalam sehari akan mengalami peningkatan risiko terkena kanser perut dengan ketara.


Para penyelidik juga mendedahkan fakta tentang tabiat makan daging diproses seperti bacon, sosej, dan naget. Disebalik rasanya yang nikmat, daging-daging olahan ini jika dimakan dengan berlebihan juga akan menyebabkan datangnya kanser perut, obesiti, dan peningkatan risiko kardiovaskular akibat tingginya kadar lemak jahat di dalamnya.

Kajian terdahulu juga mendedahkan fakta mengenai penggunaan minuman beralkohol sehingga tiga hidangan setiap hari yang dapat meningkatkan risiko kanser. Selain itu, terdapat kaitan kuat antara tingginya risiko kanser pada masyarakat Asia dengan kebiasaan mengambil makanan olahan seperti ikan kering atau jeruk, makanan yang disukai sebahagian masyarakat di Asia.

Para penyelidik juga mendedahkan bahawa kebiasaan mengambil daging olahan layaknya sosej, daging ham, bacon, daging asap, naget, dan pastrami mampu meningkatkan risiko terkena sepuluh jenis kanser. Semua jenis kanser diketahui sangat berbahaya.

Melihat fakta di atas ini, sangat baik bahawa jika kita tidak lagi kerap makan daging yang diproses walaupun rasanya enak.

credit:  Aliff Channel.com


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2019 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamak. Setiap bulan x miss beli sosej
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok..insaf..xnk beli dah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.063475 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list