CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: stania83

Himpunan kisah seram dari Twitter - Latest: Mangsa kemalangan muncul dalam gambar?

  [Copy link]
Post time 12-3-2020 10:14 AM | Show all posts
Mod.......tolong bagi credit kat Mamagarik.....

Seram la gambar ni. tapi x ghupa pompuan pun.
Beni nengok mcm si botak cite Lord of the Ring tu ha
si "My precious....." tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2020 10:30 AM | Show all posts
Mamagarik replied at 11-3-2020 12:12 AM
Terima kasih kepada semua yang membaca dan beri kata semangat untuk aku teruskan menyambung cerita-c ...

Allahu...tabahnye abam2 askar
nak hadap musuh, nak hadap keadaan sekeliling utk survive, ni nak hadap antu lagi
ujung2 gaji secoet je dan x dihargai
terima kasih abam2 askar utk segala pengorbanan anda
nak bunga
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2020 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Taun lepas member opis aku budak India. Tunjuk satu gambar. Kawan dia mati mase tido dlm kereta  kat RnR kat Perak nk balik ke Rawang. Dlm gambar tu masih ade mayatnya tgh duduk tp terkulai sikit. Tp yg seramnya, pada windscreen tu ade biasan sorg pompuan rambut panjang pakai baju mcm punjabi gitu kaler coklat lusuh.. parasnya atas kepala kita yg idup ni. Sbb nampak dr kepala smp kaki. Mgkn terawang gitu. Aku tak share gmbr tu takut henpon aku plak yg berhantu.

Ikut pada kepercayaan diorg. Roh2 ni diorg boleh panggil dlm mase 3hari. So, family mendiang ni panggil la tok sami nk buat upacara panggil roh tu. Sbb nak tau sebab kematian la... tp tak lama dlm 3 minit gitu je..Member aku ni cakap die mmg pegi tgk la. Sebab member dr sekolah rendah lagi.  

Tok sami start panggil, n start tanya. Pastu dia macam kena rasuk. Die kate lebih kurang camni la.. Amma Appa jangan la sedih. Sy taktau macamana boleh jadi. Sy pegi toilet ade nampak satu perempuan, saya masuk kereta mau tido sekejap.... saya taktau ape jadi lepas tu.

Pastu abih... meraung2 la mak dgn adik2 pompuannya dgn tunang die skali meraung. Aku yg dengar ni, owhh... owhh... gitu je la. Mana boleh percaya mende2 gitu.

Dah masing2 balik umah baru tengok balik gmbr kawan die yg mati tu. Mase tu la diorg perasan biasan pompuan kat windscreen tu... die kate tgk jam mase tu kul 1 pagi. Hahaa...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2020 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
ice98 replied at 12-4-2020 05:06 PM
Taun lepas member opis aku budak India. Tunjuk satu gambar. Kawan dia mati mase tido dlm kereta  kat ...

Seram yg ni..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2020 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
‘gapoever’ kelakar betul budak asrama tu.

Ala TT, sambung la pasai askar tu. Takkan dia keras je berdiri depan gadis berkain comot tu pastu the end.

Suka baca thread TT ni. We want more!
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
234126 replied at 26-6-2020 06:30 PM
‘gapoever’  kelakar betul budak asrama tu.

Ala TT, sambung la pasai askar tu. Takkan dia keras ...

sampai ke sudah tt tak sambung ya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2021 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
ice98 replied at 12-4-2020 09:06 AM
Taun lepas member opis aku budak India. Tunjuk satu gambar. Kawan dia mati mase tido dlm kereta  kat ...

yang ini aku penah dgr tapi kepercayaan cina. dia tanya sapa buat ko dan mayat tu biasanya tak boleh cakap lebih dari 3-4 ayat. tak lama pun.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2022 02:11 PM | Show all posts
dh kenapa takde yg sambung?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2022 02:20 PM | Show all posts
meh aku tolong sambungkan

Sedang berdiri tegak dgn rambut panjang di tengah2 jalan menghalang jalan saya nak ke pos Mejar Rosli. Dalam hati, “aaahh kena dah aku kali ni”. Saya mula rasa takut. Gila kau tak goyang, seorang diri lepastu jauh pulak tu dgn post. Kalau aku jerit sekuat hati pun org xkan dgr.

Saya terus teringat ilmu guru saya beri. Saya melutut di tanah, dua-dua jari manis saya pula tikam ke tanah. Saya tarik nafas dan baca “a’uzubi kalimatillahi ttammatimin syarri ma kholaq” 3kali, al fatihah 1 kali, baca 3 qul, dan baca innaja’alna fia’naqihim.. https://t.co/0A1gOnrPvK

Ayat ni bagus jika terdesak bila terkena gangguan.. boleh dibacakan pd air dan diberi minum kpd yg kena hysteria atau rasukan. Sapukan dimukanya jika dia tidak mahu meminumnya kmudian paksa dia untuk minum (pelajaran) ????????????

sampai habis.. (ayat 8-9 surah yasin). Lepas itu saya tarik nafas, tahan, saya sapu kening-kening saya dengan jari manis, sapu muka dengan tapak tangan dan sampai ke dada. Yakin kpd Allah SWT.. kita hamba yg mulia dari makhluk2 dari yg lain. Ikhtiar kpd allah swt. https://t.co/heMTJnRUHj

Saya tepuk dua-dua tangan saya ke tanah dan jerit Allahuakbar!! Terus saya bangun berdiri tegak. Hilang rasa takut, terus jadi garang seperti harimau. Nafas saya di hidung jadi panas dan mata saya jadi tajam.

Henshin!!! Haha gurau..

Saya lihat langsuir itu masih berdiri. Saya jadi marah terus berlari kejar kearah dia. Langsuir itu terus terbang ke arah hutan.

Haa tahu takut.. nak takutkan orang lagi.. takut kena apa2 lettuw.. hutan gelap ni ???? hahahahaha okey cukup.. sambung balik. ????

Saya berhenti kejar dia, dada saya naik turun. Saya terus berzikir nafas para wali.. Ya Rahman waktu tarik nafas, dan Ya Rahim ketika lepas nafas. Tenangkan degupan jantung. Saya teruskan berjalan ke depan sambil jari genggam senjata saya dengan kuat.

Mulut dan nafas terus berzikir.. ya rahman.. ya rohim sebanyak mana yg sy boleh.. senang cerita sambil jalan tu sambil baca lah apa yg tahu. Dekat jalan tu suara sy jela yg ada. ????

Setelah sampai di tempat Mejar Rosli, beliau ajak saya minum teh dan makan kueh. Laaa.. saya ingatkan dia panggil ada mesyuarat, rupanya dia tengah bosan dan saja nak ajak saya layan cerita hindustan dengan dia. ????????????‍♂‍ koyak kejap gaklah dibuatnya ???? dah la kena tadi ????

aduhai, saya tepuk dahi, layan je lah, dia kan boss saya. ????

Maka saya pun layanlah cerita hindustan dengan dia. Habis saja, dia sambung pula dengan Dil To Pagal Hei. Tempat dia tak apa, generator ada dua, stok minyak pun banyak, jadi boleh on generator sampai lewat malam.

Pukul 2 pagi, tamat dah semua cerita hindustan itu. Saya minta tolong dari Mejar Rosli untuk hantar saya pulang ke tempat saya. Nasib baik dia bagi kereta land rover dia. Takdelah nak jalan kaki hadap benda alah tu lagi. Cepat sikit perjalanan. Tapi nak balik tu goyang gaklah ????

Kalau tidak, terpaksalah saya jalan kaki semula ke tempat saya. Pemandu Mejar Rosli dan seorang lagi anggota tentera, hantar saya pulang pukul 2.30 pagi. Selamat saya… ????

(Gambar hiasan) https://t.co/O74UKHwVXe

Beberapa malam tiada gangguan.. tapi, di satu malam selepas itu, dalam gelap gelita, sedang saya nyenyak tidur di pondok saya, tiba-tiba ada benda jatuh atas atap zink saya. Gedegummm bunyinya. Saya terjaga.... https://t.co/TdfkkCFOhC

Kemudian bunyi di atap zink anak buah saya pula, gedegum! Berdentum pula ke pondok-pondok lain. Bunyi mengilai mula kuat eeeiiikk eeiii eeeeiikkk. Saya capai senjata M16 dan terus keluar dari pondok.

Saya tengok anak-anak buah saya pun keluar dari pondok masing- masing.

Celaka punya langsuir!!!! Dia lompat dari bumbung ke bumbung sambil mengilai! Ingat spiderman ke hah HIJAU!!!

“Tuan, disini tuan!” Anak buah saya panggil saya. Cepat-cepat saya suluh arah dia tunjuk. Kami nampak langsuir sedang peluk batang pokok yg tinggi sambil pandang kami

di bawah dengan muka yg garang dan menakutkan.. baju dia penuh dgn darah2 macam kesan terpercik darah. Mungkin darah yg dia dok mentekak darah katak tu kot. ????

Saya baca “kaf ha ya a’in sod.. ha mim a’in sin qof”.. . terus saya tembak dia. Pommm! Dia hilang dari pandangan.

“Cepat buka generator, pasang lampu semua!” Saya arahkan. Tengok jam, pukul 2 pagi. Ah, ini semua masalah ni, saya sebagai ketua, kena cari jalan. Kalau tidak, macam mana kami nak duduk sini buat operasi 2 bulan!

Esok malamnya, saya duduk bersendirian dan mula baca ayat2 Quran seperti yg guru saya ajarkan. Saya seru panggil ketua jin Islam yg saya berkenalan sewaktu saya operasi Gubir di hutan Empangan Ahning, Kedah. Sebelum sy dipindahkan disini. (Bukan sy tau.. tapi tuan ni ????)

Beliau tiba dalam pondok saya, dengan bau yg wangi, beri salam dan berbincang dengan saya.. Beliau setuju untuk hantar jin-jin Islam bantu saya kawal kawasan itu sementara saya sibuk buat kerja-kerja operasi disitu.

Sejak itu tak ada lagi gangguan dari langsuir itu. Tamat dua bulan operasi, saya pulang ke kem di Kelantan, dan jin2 islam itu juga pulang ke tempatnya.

Apa jadi pada orang yg operasi selepas saya, entahlah. Pandai-pandailah korang bawa diri. ????

(Atas sebab peribadi, saya sudah putuskan segala hubungan dengan semua jin islam itu di Masjid Jin, Mekah sewaktu saya umrah tahun 2013) kata Peg. Tersebut..

Sebenarnya mmg salah kita ada dampingan macam ilmu persilatan apa semua ni. Kononnya bertukar menjadi helanglah apalah.

Kita ada Allah iaitu tuhan yang mentadbir alam dan segala Maha berkuasa. Bila kita ada ilmu berkaitan sperti yg disebutkan td. Akan hadir makhluk2 ghaib yg akan cuba mendampingi dan ingin mencuba kekuatan ilmu yg kita ambil. Sila jangan pandai2 nak ambil ya kalau xnak kena mcm2..

Jangan baca story ini berkaitan brkenalan dgn jin islam dapat membantu.. sbenarnya tidak boleh! Ia akan jatuh hukum khurafat dan menduakan allah. (Alhamdulillah segalanya diberi hidayah dari Allah swt supaya diberikan jalan yg betul dan benar)

Pelajaran & Pengajaran untuk kita...

1. Kalau kamu ajar diri dan keturunan kamu jadi penakut, maka segala makhluk lain akan jadi berani pada kamu. Orang yg berani jarang dapat hidup lama atas dunia.. Dan orang yg penakut tidak pernah rasa sebenar-benar hidup atas dunia.

Jangan ajar anak “eiiiii hantuuu momokkkk dan sebagainya”.. dari kecil kita dah ajar anak kita jadi penakut. Ini menyebabkan anak2 atau keturunan anda mudah dipengaruhi olehnya dan dikawal olehnya.

2. Jika kamu belajar dan hafal 100 ilmu sekalipun, tapi hati kamu tak yakin dengan ilmu yg kamu sudah belajar .. maka ilmu itu tidak akan jadi ilmu yg ada hikmat dan tidak memberi manfaat kpd anda. (Sia-sia)

biarlah belajar sedikit tapi yakin sepenuh hati, dari belajar banyak tapi tidak berguna sampai ke mati.

Begitulah kisah pengalaman mereka brsama langsuir...

Sekian, terima kasih diatas ksanggupan anda membaca thread ini ????????????

Sincerely,

(Kheyamir/Thehulkey) https://t.co/aAt8WXjNA2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 03:45 PM | Show all posts
bestnya cerita-cerita kat sini. TT pleaseee sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2022 03:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Mamagarik replied at 2-3-2020 01:12 PM
Cerita seterusnya pulak dicedok dari @TwTLelaki  

Ok nak cerita kisah seram semasa on call. Benda n ...

Bestnya, baru khatam habis. Tq wei tepek lagi story kalau ada
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2022 10:34 AM | Show all posts
akhirnya khatam jugak thread ni... best2 semua ceritanya. tapi dah takde sambungan ke? sambung lah lagi pelishhh...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2022 01:52 PM | Show all posts
annehuda replied at 2-3-2022 02:20 PM
meh aku tolong sambungkan

Sedang berdiri tegak dgn rambut panjang di tengah2 jalan menghalang jalan ...

ni sebenarnya kisah benar Tuan Mejar Fitri ( Tuan Hutan). Anda semua boleh ke FB mohd fitri
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 06:03 PM | Show all posts
akak pernah la keje hospital.
bagi aku, rasanya masing masing kot. aku biasa je pegi bilik mayat kul 2-3 pagi sbb ada kes yg memerlukan kita ke sana. biasa jugak aku keje sorang2 sampai malam kat hospital. tak pernah lagi la kena kacau apa apa hantu sepanjang aku keje.

niat keje sebab nak mudahkan urusan penyampaian perkhidmatan perawatan dan kesihatan. takde sekelumit rasa takut kpd makhluk yg tak sempurna.

alhamdulillah selamat sejahtera.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2022 05:00 PM | Show all posts
da xde org sumbang cerita ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2022 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah lalu jln yg biasa accident. Waktu petang.jam 5.30 pm.Ada bus stop buruk kat situ. Saya ternampak hantu kot. Pakai mcm kain putih.mcm kain kapan. Rambut panjang mcm mengerbang sikit. Bukan rebonding. Tutup habis depan dan belakang. Dia berdiri tegak je.tak bergerak.Masa saya tengok tu saya bawa kereta tak laju. Jadi tak terkejut
sangat.bila saya melepasi bus stop tu masih nampak dlm cermin.
Saya tanya suami. Ada hantu ke kat situ. Dia cakap ada. Saya tanya mcm mana nak tau hantu. Kalau tak bergerak lama macam tu hantu la kot. Sekarang ni bus stop tu dah tak ada sbb jln raya dah dibesarkan.ada perumahan baru kat situ.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2022 03:15 PM | Show all posts
Edited by Cokoro at 10-9-2022 03:20 PM

iols try sambung yg post twitter tu.

Hye geng! Salam puaka satu Malaysia, SalamMalam Jumaat! Harini aku nk sambung cerita #storypuaka part 4. Yg mana duk jauh mohon raaapat rapatkan saf anda dgnharapan 'dia' tidak menyelit!

Benda ni jadi bulan 5. Kelas ptg for form 5dh start. Ptg Khamis. Aku letih gila sbb pg ada Pendidikan Jasmani, then ptgada kelas, nk lyn awek merajuk lg sbb pg tu aku ada ckp yg muka dia ada iras Norlia Ghani. Dia beduk aku dgn penyapu! Yes, men are trash.

Aku nk terangkan structure asrama but lgdetail. Asrama aku 3 tingkat termasuk level floor. Satu level, ada 3 dorm &2 toilet. Satu dorm ada 8 org. Katil single. Aku dorm 1. Paling depan, palingdkt dgn tangga. Sebelah kiri dorm aku ada toilet. Toilet sblh dorm aku ada mslh air so budakmmng x akan pergi situ. Kalau nk mandi or buang air, kami akn ke level atas orke toilet hujung level. Dapat imagine x? Belakang block, ada ampaian kain. Okdone. Baca n hadap smpai fhm!

So ptg tu, pukul 5.30 baru hbs klas. Akubalik asrama. Budak2 lain dh mula balik rumah. Aku x ikut member aku balik sbbdia balik kg, aku segan nk ikut dorng. So aku decide nk stay asrama lgpunweekend ada kelas tambahan smpai ptg. Tapi! Celakanya aku tertidur. Katil aku dkthjung dorm, tepi tingkap. Aku dh pesan dkt budak klau nk balik, kejutkan aku.Enth mcm mana dia blh lupa.

Dlm pkul 9pm, hujan lebat, guruh berdentum, pintudorm terhempas kuat buatkan aku terbangun. Dgn mamai, aku cari fon. Jumpa fon. Dorm dh gelap and pintu dormterbukak luas. Angin kencang. Hujan masuk dlm dorm sbb x tutup tingkap. Aku bgnnk g bukak lampu. Suis lampu dkt sebelah pintu dorm. Satu asrama gelap! Koridorgelap, dorm pun gelap!

Aku bgn. Jalan bawak flashlight fon nk gbukak lampu dorm. Ms aku jln, smpai je tengah2 dorm, petir menyambar. Dormpenuh cahaya kilat. Hujung mata aku mcm ternampak something tghberdiri atas salah satu katil. Warna hitam. Besar! But mcm aku ckp last thread,aku x perasan. Bila sampai dkt suis baru aku terfikir "Eh bnda apa td tu?Besar siaalll."

Aku on lampu. Pndg katil. Kosong. Hny adacadar je. Aku decide nk ke post guard sbb nk mntk tlg pakgad belikan makanan.So aku balik ke locker, ambk beg duit and keluar dorm. Ms otw nk keluar dorm, aku pndg kiri kanankoridor. Gelap. Pintu dorm2 lain terbukak tutup. Berdentang-dentum sbb angin.Pintu dorm skolah ad mslh x blh tutup rapat. So senang terbukak sndiri. Akupndg bwh, just lampu jalan depan surau je yg bukak. Aku nk bukak lampu koridor. Tapi aku taktahu kontraktor mana yg jenis letak lampu koridor dkt tgh2 laluan koridor?Mksdnya aku kena jln smpai ke dorm 3 semata utk bukak lampu! Ni kalau aku jumpabalik siapa yg design suis lampu asrama, aku nk starlight dahi dia guna nenas!

Aku jalan ke suis. Kirikanan dorm kosong and gelap. Angin dia kemain kuat. Setiap langkah, aku rs mcmada 'org' ikut. Ada 'org' pndg.
Dkt sini aku rs bodoh mcm selipar sbb aku pndg dlm dorm 3. Dkt hujung dorm 3 aku nmpk mcm someting duk bersujud. Nk ckporg, x kan dia duk qiamullai pukul 9 mlm dlm gelap kan? Aku tgk je benda tu!

Suddenly

Sbelum lampu on sepenuhnya dia akn berkeliputk beberapa second kan? Aku on lampu and hujung mata aku lg skali terpandangsomething berdiri depan dorm aku. Dia bukan dlm bentuk fizikal. Dia lebih pdbyg2 or imbasan! Lampu duk lip lap lip lap, benda tu pun ikut lip lap lip lap. Bila lmpu betul2 terbukak, benda tuautomatically hilang. Aku perhati je tmpt tu smbl slowly jln balik ke dorm sbbnk turun pergi post guard. Selama aku berjalan rentas koridor andditemani dorm gelap. Koridor yg cerah, buatkn dorm dilimpahi chy samar2. Aku rsmcm ada org duk perhati aku drpd dorm2 tu. Dia tgk je aku. Bulu roma aku mmngduk mencanak dari td.

Suddenly aku terdengar mcm benda berat jatuhdari blkg aku. Bnda ni mcm bungkusan jatuh. Dia bunyi KEDEBUUUB!! Mcm bndalembut tp kau balut2 then jatuhkan bnda tu. Mcm bunyi pocong jatuh..

Aku terkinjat dgn bunyi tu, terus terpandangblkg. Korang kalau brg jatuh, korang akan automatic pandang kan? Ha mcmtu lahaku! X rancang pun tp maybe reflex movement.
Aku toleh belakang, aku mcm nmpk lintasanbyg hitam lalu depan aku. Dia laju gila! Mcm ZAP! HILANG!
Tapi aku dgn lembab bebal aku lah. Pndgdepan, jln dlm 2-3 langkah baru terfikir apa benda yg melintas td. Haa kan dhckp yg aku ni lembab mcm ubi tapioca! Or gifted?

Entahlah.

Aku turun tangga. Smpai je bwh, rasa nknangis, nk jerit semua ada. Aku gi dekat sbb nk pastikan. Aku tarik griltangga, berkunci beb. Aku kena lock sesorang dlm block woi...
If pakgad tu bercuti, aku kena duduk sorangselama 2 hari dlm block! Seram hanat! Mcm mana nk rebus meggi nanti?! Aku jeritpanggil pakgad tu kalau2 dia ada dkt post guard. Tapi dgn keadaan kilat mcm tumananya nk dgr?

Lepas 10 minit aku merayu domba dpn gril mcmtunggu ikan kaloi muncul, aku decide nk naik semula dorm. Aku jalan naiktangga. Check kredik fon, tinggal 2 sen. Pishang! Aku jalan masuk dorm. Nak kunci pintu, tombol pun takde! Dorangsumbat dgn gumpalan surat khabar dlm lubang tombol! Kicap masin betullah siaparosakkan tombol! Aku tutup jelah pintu. Perut gentle lapar gila. Bukak locker,ada meggi kari 2 packet. Aku lepak atas katil, sandar dkt bahu katilsambil kunyah meggi and fikir cara nk keluar. Hujan still lebat gila! Akurancang nk lompat, tp sbb tinggi so aku cancel. Nk pnjt turun ikut btg paip?Takut btg paip pecah sbb aku ni spesis gemuk tp x mengaku diri gemuk.
Pukul 11. Bunyi hujan teman aku. Nk psg earphone, x kan aku nk dgr ring tone nokia utk hilangkan bosan? Nk psg radio,line x dapat! Suddenly, angin tiup pintu dorm smpai terbukak luas..

SHREEEEEEEKKKKKKKKKKKEEEKKK.....

pintu tuberkarat. So bunyi dia mcm tu. Takdeklah exactly mcm tu. Kalau betul2 bunyimcmtu, aku pun gelak beb.
Dia bukak perlahan, mcm slowmo! Aku pulakpandang je pintu tu terbukak smbl kunyah meggi. Bila dia full terbukak, GEDEGAAAANGGGG!!!!!!!Kilat menyambar! And that time jugak pintu tu tertutup rapat! Mcm ada org tolaktutup pintu tu haaaa!! Aku dh rs x best.

Entah mana dtg berani, aku gerak ke pintu.Sambil pgg Yassin. Aku fikir kalau hantu muncul, aku nk tenyeh je Yassin dktdahi dia mcm cerita cina tu buat dia tampal kertas dkt dahi hantu! Serious!Benda tu yg aku fikir time tu! Logik x logik taruk tepi!

Aku ambk kerusi and taruk depan pintu. Mmngmcm bodoh but benda tu buatkan aku rs lebih selamat. Aku pusing belakang andjln ke katil.
Kerusi td gerak skali dgn pintu..GREEEEEEEKKKKKKKKKK.... padahal angin takde pun time tu! At the same time akudpt rasa ada benda masuk or keluar dlm dorm tu. Dia rasa mcm x selesa!

Bilaaku terserempak or rasa bnda ni, aku akn automatically panas baran or naikangin! Dia bukan nk mrh org tp mcm semangat dia lain mcm! Ibarat pesilat dgrbunyi serunai! Org kelantan ckp "Naik raaaa!". Haaaa Bila akupndg belakang, kosong. Pintu dh half terbukak. Aku decide nk tegur. Kalini akuberani sikit. Selepas byk kejadian sbelum ni, aku byk bljr bab2 mcmni. Throughgoogle. And Utube. And pakgad haritu. Sikit. "Aku maghi nokbelajar. Jange kaca aku. Mung buak kijo mung, aku buak kijo aku."(translate : Aku dtg nk bljr. Jgn kacau aku. Kau buat kerja kau, aku buat kerjaaku.)

Suddenly, pintu tu tertutup sendiri. Aku x sure dia pergi or dia tutup pintutuuntuk biarkan aku dgn dia je dlm dorm tu? Aku dh cuak. Nak psg ayatAl-Quran?Nokia 1616 mana ada lagu! Xkan aku nk psg ringtone ayam berkokok kasidia terkejut? 5 minit aku berdiri tegak dkt tmpt td. Mulut aku bacaapa yg aku ingat. Ayat hafazan form 1 pun tiba2 blh teringat. Dulu time ustazahugut nk rotan siapa yg x hfl, dia taknak pulak ingat!

After that, akumcm dpt keberanian utk berjalan. Aku jalan balik ke katil. Pundi kencing dukmemekak sruh pi toilet. Aku fikir, kalau nk gi toilet, aku kena naik levelatas. Or pergi toilet hujung level. Damn. Organ bdn yg sial. Suka buat orgsusah dkt timing x kena! Aku tahan je kencing smpai tertdur. Pukul 3pagi, aku terbangun sebab member aku kejut. "Kema, teme aku gi tandahkema. Takuk ni sore male2." (Translate : Ikmal, teman aku g toilet. Takutsorang2 ni.)

Aku pun bangun. Mata mamai, taik mata dh keras dkt matabuat aku susah nk bukak kelopak. Jalan lepasi dorm 2 smbil gonyoh mata. Sampaije depan pintu toilet hujung level, aku terfikir. Kawan? Siapa? Aku sorang kan?

Aku lari masuk bilik, hempas pintu, keluarkan Yassin, aku baca kuat2! Time tu gulidkt dorm atas berterabur jatuh. Macam segelen guli jatuh weh! X berhenti!Suddenly aku terpandang byg2 dkt tingkap belah ampaian. Dia lalu seimbas je!Laju! Warna putih!

5 minit lepas tu aku nmpk pulak byg2 mcm tgh berjalan dkttingkap belah koridor.Slow je dia jalan. Makin lama, makin dkt dgn pintu. Byg mcm org tua.
Pintu ditolak.... Kaki melangkah... Pak gad haritu datang. Dia bagi salam menandakan dia manusia. Aku berlari siak gi peluk dia. Memang menangis x cukup air mata beb!

Dia bawak satu botol minyak wrnahitam. Dia calitminyak tu, dia sapu dkt mulut, hidung, telinga n mata aku.Wangi. Dia ckp tukasturi hitam. Nk halang syaitan drpd masuk dlm bdn sbbsyaitan akan masukmelalui lubang2 bdn kita.

Dia iringi aku turun. Bawaka ku ke surau. Hujan still renyai2. Dia balutkan aku dgn kain sejadah and bg air Yassin suruh aku minum. Mcm ada satu tenaga baru beb. Dia ingat yg aku ikut kwn aku balik haritu sbbtu dia x cari aku. Kwn2 aku pulak x pesan dkt dia.Dia dtg pun sbb nk kunci jam then dia tgk dorm aku je cerah and aku duk melalak baca Yassin. Tu yg dia naik. Aku pelik. Setahu aku, aku dh bukak smua lampu koridor? Entahlah.

That night, aku tidur dgn dia dkt surau smpai pagi. Esok tu aku demam panas and ikut dia balik rumah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2022 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
merinding bulu romaaa kuuuu

thank u uols yg rajin copypaste kat sini hilang sunyi baca cite2 kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
tq2 yang copypaste crita twitter.aku takda twitter boleh la baca sini
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2022 03:32 AM | Show all posts
stania83 replied at 12-11-2018 10:52 PM
Betul atau edit? Orang cakap gambar yg dibulat ialah mangsa yg accident

ni bukan yang pernah kecoh tapi rupanya shoot satu drama ke...  lupa dah drama apa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.108042 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list