CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 21790|Reply: 29

[Penulis] MENULIS DARI RUMAH : SUATU KERJAYA PROFESIONAL...

[Copy link]
Post time 8-11-2018 03:52 PM | Show all posts |Read mode
Mahu menulis sebegini?

MENULIS DARI RUMAH :
SUATU KERJAYA PROFESIONAL *
Oleh : Nisah Haji Haron **
(www.annyss.blogspot.com)

Simposium Penulis Wanita Sarawak
Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak

APABILA saya mengambil keputusan untuk menjadi pengarang sepenuh masa muncul pelbagai reaksi. Apatah lagi, saya telah memilih untuk meninggalkan profesion guaman yang dianggap sesetengah masyarakat sebagai berprestij, menguntungkan dan mempunyai masa depan yang amat menjanjikan. Keputusan untuk menjadi pengarang merupakan suatu pilihan dan saya tidak melakukannya atas dasar terpaksa ataupun mempunyai tanggapan yang negatif terhadap kerjaya sebagai peguam.

Saya berani untuk membuat keputusan ini kerana saya sungguh-sungguh percaya bahawa rezeki yang diperoleh ini bukan ditentukan oleh kerjaya yang dimiliki. Rezeki merupakan urusan Tuhan dan sebagai manusia kita boleh memilih dalam memvariasikan kerjaya. Ketika saya bergelar graduan undang-undang juga, saya percaya bahawa kerjaya harus dicipta dan bukannya sekadar menunggu dan mengharapkan kerjaya tertentu supaya nanti boleh memiliki rumah atau kenderaan besar serta dihormati masyarakat.

Semua itu boleh datang dalam apa-apa sahaja bentuk kerjaya yang menjadi pilihan. Asalkan tugas itu mendatangkan rezeki yang halal dan tidak menyalahi undang-undang. Oleh hal yang demikian, saya tinggalkan kerja guaman yang telah saya gulati selama lebih kurang lapan tahun kerana saya mencari kepuasan dalam kerjaya.

Menjadi pengarang sepenuh masa bukanlah sesuatu yang asing kerana saya telah menulis secara sambilan dan suka-suka sejak di bangku sekolah lagi. Pada ketika itu, saya dapati honorarium menjadi pengarang sambilan telah memberikan pulangan yang boleh dianggap besar sebagai pelajar sekolah. Bayangkan, honorarium menulis cerpen (pada tahun 1990) di dalam majalah Dewan Siswa ialah RM100. Wang tersebut boleh disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan ataupun digunakan untuk membeli sesuatu yang bermanfaat.

Fahamilah, bahawa dalam dunia penerbitan, setiap suatu yang diterbitkan di majalah, akhbar ataupun diterbitkan di dalam bentuk buku, pengarangnya akan dibayar dengan jumlah-jumlah tertentu. Bayaran apabila karya diterbitkan di majalah ataupun akhbar dipanggil honorarium; sementara bayaran secara tahunan berdasarkan jumlah jualan buku dipanggil royalti.

Sejak daripada hasil penulisan saya yang pertama itu, saya terus menjadi pengarang sambilan dengan hanya menumpukan kepada penulisan cerpen. Saya fikir, jika saya turut menumpu di dalam bidang lain seperti esei dan puisi, pastinya saya dapat menambah wang saku lagi.

Untuk menjadi pengarang sepenuh masa, kita harus cuba menjadi pengarang versatil. Ertinya, pengarang yang boleh menulis hampir keseluruhan genre. Tidak mungkin cerpen kita akan dipilih pada setiap bulan ataupun 3 – 4 bulan sekali dalam majalah yang sama. Peluang harus diberikan kepada orang lain juga.
Oleh itu, pengarang ada pilihan, iaitu :
  • Menghantar karya kepada majalah atau akhbar lain yang boleh menerbitkan karya berikutnya
  • Menulis bidang yang lain seperti esei, rencana dan artikel, puisi, cerpen, skrip drama dan yang seumpamanya.

Dengan cara ini, pengarang akan dapat terus berkarya secara tekal serta dapat menulis secara selang-seli antara pelbagai bidang penulisan yang ada.

Walau bagaimanapun, sebelum memulakan tugas sebagai pengarang sama ada secara sambilan ataupun sepenuh masa, kita harus menguasai bidang tersebut terlebih dahulu. Aspek paling utama di dalam penulisan sama ada penulisan kreatif ataupun bukan kreatif ialah bahasa.

Bahasa merupakan alat kepada pengarang seperti mana warna, berus dan kanvas kepada pelukis. Tanpa penguasaan terhadap alat, sesiapa pun tidak mungkin menjadi ahli ataupun mahir di dalam bidangnya.
Seorang pengarang merupakan pembaca. Minat membaca haruslah tumbuh subur di dalam diri pengarang dan suka membaca seluas mungkin. Pengarang yang tidak suka membaca samalah seperti penebang pokok yang mempunyai kapak yang tumpul. Orang seperti itu tidak mungkin akan pergi lebih jauh di dalam bidang yang diceburinya.

Pengarang dan ulama tersohor Indonesia, HAMKA ataupun nama sebenarnya Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah ada menggariskan beberapa petua bagi menghasilkan karya yang baik:
  • Jelas dengan tujuan menulis menetapkan pendirian bagi mencapainya
  • Apabila sudah berniat untuk menulis, tulis segera dan usah bertangguh.
  • Membaca buku-buku orang lain supaya dapat memberi kekuatan untuk penulis
  • Sentiasa memperbaiki, menambah dan mengembangkan karya.
  • Usah tunggu sehingga menjadi penulis yang sempurna untuk mula menulis. Kesempurnaan akan datang secara berperingkat-peringkat.
  • Penulis mesti melangkaui zaman
  • Semangat yang turun dan naik di dalam penulisan bersifat sementara. Bergantung haraplah kepada Tuhan sebagai punca rezeki dan sumber ilham yang paling utama.

Pengarang sepenuh masa dapat bekerja di mana-mana tempat yang dianggap sesuai. Kebanyakan pengarang menggunakan konsep small office home office (SOHO) iaitu menggunakan rumah sebagai ruang bekerja.

Ada pengarang yang memerlukan bilik khusus, lengkap dengan perpustakaan mini dan capaian internet. Ada juga yang boleh bekerja hanya dengan sebuah komputer atau komputer riba (laptop) di ruang makan, ruang tamu ataupun di mana-mana sudut di dalam rumah. Kelebihan memiliki komputer riba pula, membolehkan pengarang memindahkan tempat menulis pada bila-bila masa yang perlu.

Secara peribadi, saya lebih selesa menulis di rumah. Namun, apabila ada keperluan untuk berpergian ke tempat lain, saya boleh membawa laptop dan menulis di hotel tempat saya menginap. Kini kebanyakan hotel sudah memiliki wireless dan memungkin saya untuk terus berhubung melalui internet. Menulis di perpustakaan awam juga amat kondusif sifatnya dengan pendingin hawa dan bahan rujukan di sekeliling.

Bayangkan, tanpa terikat dengan apa-apa ruang fizikal, aktiviti mengarang boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Kajian turut menunjukkan bahawa SOHO merupakan satu gaya hidup bagi menambahkan pendapatan dan tidak terikat di dalam sistem pejabat yang konvensional. Konsep dan keperluan SOHO berbeza dari satu individu kepada individu yang lain.

Pengarang yang bekerja dengan konsep SOHO juga tidak terikat dengan masa tertentu untuk menulis kerana waktu kerjanya begitu anjal. Pengarang boleh memilih untuk menulis pada waktu seperti sebelum subuh, waktu pagi, waktu petang ataupun dinihari mengikut kesesuaian pengarang.

Namun, memiliki masa yang fleksibel atau anjal boleh disalahgunakan oleh pengarang. Oleh yang demikian, pengarang harus mempunyai disiplin diri supaya dapat mengurus waktu dengan baik. Masyarakat juga adakalanya melihat bahawa sesiapa sahaja yang tidak berkerja di dalam pejabat yang konvensional ialah orang yang banyak masa. Pengarang harus bijak berdalih supaya memilih undangan ataupun pelawaan untuk keluar yang boleh mengambil waktu sebenar mengarang.

Hakikatnya, pengarang sendiri mestilah menghormati waktu kerjanya sendiri sebelum mengharapkan (atau menyalahkan) orang di sekelilingnya menghormati dan memahami jadual kerjanya. Terdapat beberapa kaedah untuk mendisiplinkan masa menulis, antaranya :
  • tutup laman sosial (Facebook, Twitter, WhatsApp, dll)
  • semak e-mel pada waktu lain (boleh disiplinkan supaya menyemak e-mel hanya setelah tugas selesai)
  • telefon bimbit diletakkan pada mod senyap. Telefon yang berbunyi menyebabkan kita cenderung untuk menjawab panggilan.
  • pesan pada sahabat-sahabat atau sebarkan hakikat bahawa jika telefon tidak berjawab, tinggalkan SMS (bukannya pesanan suara). Hanya mesej yang benar-benar penting akan dijawab pada waktu itu. Selagi boleh dibalas kemudian, tangguhkan. Tumpu kepada penulisan.
  • Sekiranya perlu menjawab telefon, jawab sambil berdiri. Menjawab sambil duduk akan menyebabkan kita berasa selesa dan akan terus berlama di talian. Mohon kepada pemanggil supaya hadkan waktu perbualan kerana anda ada tarikh akhir (deadline) yang tidak boleh ditangguhkan.
  • Berasa tegas dan cemburu dengan masa sendiri, biarpun orang lain akan mencemuh dengan mengatakan kita sombong, ‘macam bagus’ dan sebagainya. Hakikatnya, setiap jenis seni di dunia ini (menulis juga satu bentuk seni) akan terhasil dengan lebih baik sekiranya ditangani pada setiap hari. Bayangkan: jika kita sedang bekerja di dalam pejabat yang konvensional, pasti tidak ada yang akan marah, malah berasa malu dan akan memohon maaf, jika seseorang itu menelefon pada waktu bekerja.

Jadual Menulis

Setiap pengarang mempunyai jadual penulisannya yang tersendiri. Tidak ada waktu tetap kepada pengarang. Yang paling penting, terus berdisiplin untuk menulis mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh pengarang itu sendiri. Bagi penulis yang baru mencuba untuk menjadi penulis sepenuh masa, jadual yang dilampirkan pada hujung kertas ini mungkin boleh membantu untuk mengatur waktu tersebut.

Calon penulis atau penulis baharu disyorkan supaya mencari masa yang minimum untuk menulis, misalnya, empat jam seminggu. Tempoh empat jam itu juga boleh dibahagikan kepada beberapa hari dan jam.

Contoh pembahagian masa menulis yang optimum dan berkualiti :

SASARAN MASA : 4  JAM SEMINGGU
SASARAN MASA SEKALI MENULIS (SETIAP SESI) : 30 MINIT
30 MINIT X 8 SESI = 240 MINIT (4 JAM)

Calon penulis mestilah menghormati waktu pada setiap sesi yang diperuntukkan itu. Mesti berada di tempat menulis dan menulis; atau melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan proses menulis. Hal itu mungkin sahaja menyunting, membaca pruf, merangka tulisan dan sebagainya. Ertinya, tempoh 30 minit itu mestilah dimanfaatkan sebaik-baiknya kerana kita belum tentu akan mendapat 30 minit yang seperti itu lagi. Tempoh 30 minit itu boleh jadi :  
  • 30 minit sebelum subuh (waktu yang paling tenang di sesetengah kawasan)
  • 30 minit antara waktu Maghrib ke Isya’
  • 30 minit sebelum waktu pejabat rasmi bermula (datang lebih awal ke pejabat

Malah, pilihan waktu yang sesuai itu terpulanglah kepada penulis itu sendiri. Gunakan Lampiran Latihan pada hujung kertas kerja ini untuk mengisi sendiri waktu yang paling sesuai untuk menulis. Jadual tersebut boleh menjadi gambaran visual dalam merangka kerja-kerja menulis. Asalkan, jangan terlalu ideal atau ambitious! Ertinya, usah bayangkan yang kita boleh menulis 7 jam seminggu secara tekal kerana belum tentu kita mampu mendapat 1 jam sehari sekiranya kita mempunyai tugas-tugas lain yang lebih mendesak. Analoginya mudah : dalam sehari semalam, Allah syariatkan supaya kita bersolat sebanyak 17 raka’at. Umat Islam bukanlah bersolat 17 raka’at sekali gus, sebaliknya dibahagikan mengikut tempoh dan kesesuaian: 2 rakaat sewaktu Subuh, 4 rakaat (Zohor dan Asar), 3 raka’at Maghrib dan 4 raka’at Isya’. Pembahagian yang demikian ada rasionalnya di sisi Tuhan. Demikian juga pembahagian masa menulis yang berbeza-beza kepada setiap penulis.

Bagi penulis yang sudah berumahtangga, cabarannya berbeza daripada penulis yang bujang. Pasangan kepada penulis perlu diberikan kefahaman bahawa pada ketika tertentu penulis tidak dapat diganggu sama sekali. Dalam hal ini, komunikasi antara pasangan amat penting. Ada beberapa tip yang boleh diusahakan bersama-sama, sebagai contoh :
  • Maklumkan bahawa, misalnya, malam ini penulis mahu menghabiskan manuskripnya. Jadi, suami mungkin boleh bantu tidurkan anak-anak sementara ibunya menulis.
  • Disiplinkan juga anak-anak supaya tidak terlalu bergantung kepada ibu. Malah, anak-anak boleh selesa dengan ibu mahu pun ayahnya. Latih anak-anak  yang lebih besar (jika ada) supaya membantu menguruskan adik-adik dalam hal-hal yang kecil seperti membancuh susu, mengambilkan makanan, atau bermain dengan adik-adik.
  • Sekiranya penulis (ibu) tidurkan anak (kecil) pada malam itu, ertinya ibu tidur lebih awal, ibu akan bangun awal untuk menulis. Suami akan menguruskan anak-anak pada sebelah pagi supaya ibu tidak diganggu kerja-kerja penulisannya.
  • Belajar menulis tanpa menutup pintu bilik. Ini dipanggil situational management. Pada peringkat awal, hal ini mungkin sukar bagi penulis yang sudah biasa menulis dalam keadaan senyap. Apabila sudah biasa, penulis boleh menulis walau keadaan sekelilingnya bising atau didatangi anak-anaknya beberapa kali.
  • Tidak terikat dengan tempat menulis atau alat. Ini bererti penulis boleh menulis hampir di mana-mana seperti di ruang tamu, di dapur atau di laman. Boleh menulis menggunakan komputer, komputer riba, tablet, juga pen dan kertas.
  • Masa menulis bukanlah sepanjang hari atau malam. Peruntukan masa yang berkualiti dengan keluarga terlebih dahulu sebelum menulis. Biasanya anak-anak akan ‘mengganggu’ ibunya yang menulis kerana mereka memerlukan perhatian. Berada sepanjang masa di dalam rumah bersama-sama anak-anak tidak semestinya ‘masa berkualiti’ itu sedang berlangsung. Lakukan aktiviti tertentu bersama-sama ahli keluarga. Lama kelamaan, mereka akan faham keperluan ibunya untuk berada di tempat lain.
Sokongan  yang paling afdhal kepada penulis wanita datangnya daripada suami dan anak-anak yang memahami tugas isteri/ibu yang menulis sebagai kerjayanya.

Bagi penulis wanita yang bujang, tidak semestinya anda perlu mencari pasangan yang menulis juga. Malah, ada beberapa pasangan penulis yang saya temui berpendapat, seorang daripada mereka terpaksa ‘berundur’ untuk memberi laluan kepada pasangannya. Biasanya yang berundur itu ialah pihak isteri. Misalnya, pasangan SN A. Samad Said – Salmi Manja, Dr. Othman Puteh – Timah Baba, Dr. Lim Swee Tin – Selina SF Lee. Calon suami penulis tidak semestinya mereka yang berada dalam bidang penulisan, penerbitan atau perbukuan. Perkara yang paling penting ialah berlaku komunikasi dua hala, saling memahami dan saling menghormati tugas pasangan.

Pendapatan Pengarang

Sebagai pengarang ada dua bentuk pendapatan yang akan diperoleh melalui bidang ini :
  • Pendapatan aktif
  • Pendapatan pasif
Pendapatan aktif ertinya seseorang pengarang itu mendapat honorarium setiap kali karyanya tersiar di media cetak seperti majalah dan akhbar. Pendapatan ini bergantung kepada bentuk penulisan. Secara anggaran dan tertakluk kepada penerbit serta panjang karya, sebuah esei boleh dibayar antara RM100 – RM750; sebuah cerpen yang tersiar akan dibayar antara RM100 – RM300; puisi pula sekitar RM30 – RM200.





Pendapatan penulis skrip juga tidak kurang lumayannya dan mereka merupakan golongan yang agak tinggi bayaran honorariumnya tertakluk kepada medium. Penulis skrip radio boleh mendapat antara RM1,000 – RM2,000 untuk drama 40 minit hingga satu jam. Demikian juga kadar yang berbeza (malah lebih tinggi) bagi penulis skrip drama televisyen dan juga drama pentas. Bagi drama bersiri, penulis skrip akan dibayar antara RM500 – RM1,500 bagi drama 20 – 30 minit. Bagi telemovie ataupun cereka panjang sekitar 90 minit akan dibayar antara RM3,000 – RM5,00 bagi setiap skrip. Penulis skrip sitcom setengah jam boleh dibayar antara RM800 – RM1,000 setiap episod.

Penulis skrip untuk dokumentari juga akan dibayar sekitar RM800 – RM1,000 bagi setiap episod 30 minit. Jika ada kajian yang dilakukan oleh penulis sebelum menghasilkan skrip, bayaran tersebut akan dibayar secara berasingan. Ertinya, penulis akan mendapat imbuhan yang lebih.

Terdapat juga syarikat pengeluar (producer) swasta yang membayar lebih daripada kadar yang diberikan kepada penulis-penulis skrip. Ada yang membayarnya mengikut tahap kekuatan kepengarangan seseorang penulis. Penulis skrip yang terkenal tentunya akan dibayar lebih daripada penulis skrip yang menghantar skripnya untuk kali pertama.

Bagi pendapat pasif pula, seseorang pengarang itu yang telah menghasilkan novel ataupun buku akan mendapat royaltinya pada setiap kali bukunya dijual di pasaran. Selagi bukunya terjual, pengarang tersebut akan menerima bayarannya walaupun pengarang itu telah meninggal dunia. Undang-undang hak cipta di Malaysia menetapkan bahawa seorang pengarang yang telah meninggal dunia akan tetap mendapat royalti sehinggalah 50 tahun selepas kematiannya. Misalnya, jika pengarang itu meninggal pada tahun 2010 dan karyanya terbit pada tahun 2009; warisnya akan dapat royalti daripada karyanya sehinggalah pada tahun 2060.


Pengarang dan Kembara



Menulis dari rumah bukan bermakna kita mesti terus ‘terperangkap’ dan tidak boleh keluar dari kamar kerja. Kembara ialah sesuatu yang amat penting buat penulis. Kembara mampu merobah perspektif dan sudut pandang pengarang. Hal ini penting supaya aspek dan topik yang diangkat di dalam tulisan tidak akan berulang-ulang atau klise. Sekiranya kita tidak mampu untuk berbuat demikian, kaedah yang lain ialah membaca atau mendapatkan maklumat daripada pelbagai media termasuklah mendengar pengalaman orang lain.

Bagi yang pernah membaca tulisan saya Kembara Sastera Nisah Haron – United Kingdom & Dublin, ini bukanlah tulisan kembara saya yang pertama. Benar, ia buku kembara saya yang pertama tetapi sebelum ini saya telah banyak menulis dalam ruangan kembara di majalah-majalah seperti Dewan Budaya, Dewan Siswa dan Mingguan Wanita. Pengalaman-pengalaman kecil ini kemudiannya saya satukan menjadi suatu tulisan yang lebih lengkap.

Kembara ini juga tidak bermakna mesti pergi ke suatu tempat yang sangat jauh sehingga ke Alaska, Rusia, Kutub Utara atau Kutub Selatan. Cubalah kembara di dalam negara terlebih dahulu. Jika berasa yakin dan cukup persediaan, kembaralah seorang diri. Anda akan dapat rasakan suatu perasaan yang berbeza berbanding kembara bersama-sama ahli keluarga, kawan-kawan atau mengikut rombongan. Perasaan mandiri ketika kembara ini penting bagi pengarang untuk mencari dirinya sendiri. Bagi pengarang kreatif, mengembara bukan sekadar mencari latar baharu atau sekadar inspirasi. Mengembara menawarkan nikmat yang berbeza-beza kepada setiap pengarang.

Secara peribadi, saya menggunakan peluang apabila diundang untuk memberikan ceramah sama ada di Semenanjung Malaysia, mahupun di Sabah dan Sarawak. Biasanya, saya akan cuba mengambil satu waktu untuk melihat kawasan atau daerah yang belum pernah saya lawati. Memang benar, dengan kemajuan teknologi pada abad ini, kita tidak perlu menghadirkan diri secara fizikal ke banyak lokasi sebelum menulis tentang sesuatu tempat. Perkhidmatan Google Maps, misalnya telah menawarkan Google Street View, iaitu pengguna boleh melihat lokasi tempat-tempat tertentu secara panorama. Kemudahan ini amat membantu para penulis yang berhasrat melihat sesuatu tempat secara lebih dekat. Walau bagaimanapun, dengan mengembara secara fizikal, penulis boleh merasakan suasana dan tahap kemesraan penduduk yang tidak mungkin dapat digambarkan oleh teknologi. Begitu juga dengan dingin salji, teriknya matahari ketika musim panas di Timur Tengah atau paling mudah sekali bau sesuatu tempat, misalnya bau semua ladang bunga lavender atau sesuatu yang lebih tempatan, misalnya bau bunga yang khsusu seperti kesidang, melur, kenanga dan pandan tidak dapat dirakam oleh teknologi. Penulis mestilah turun ke lapangan untuk menikmatinya sendiri.

Lawatan ke Tenom (Sabah), Palembang (Sumatera Selatan) dan Shanghai (China) telah saya abadikan dalam novel Lentera Mustika. Pekan kecil Tenom juga saya jadikan judul cerpen : “Minta Secawan Kopi Tenom” (Dewan Siswa, April 2007) . Lawatan ke Paris saya tulis dalam Dewan Budaya Mac 2013 dengan judul “Di Sebalik Masjid Besar Paris”. Singgahan ke Singapura awal tahun ini juga saya tidak sia-siakan. Saya tulis tentang keunikan Perpustakaan Esplanade di Kota Singa itu dalam Dewan Budaya Mei 2013. Tidak ketinggalan, lawatan ke United Kingdom dan Dublin memberi saya ruang untuk menulis rencana pendek di dalam Dewan Siswa yang menawarkan untuk semua pengembara iaitu “Rakaman Pengembara”. Semua ini ialah peluang yang wajar dimanfaatkan penulis.  

Ramai yang mengembara tetapi penulis mengembara penuh dengan sensitiviti. Orang biasa mungkin bercuti hanya untuk berehat dan membeli belah. Penulis ke luar negara atau keluar dari daerah kebiasaannya untuk mencerap sesuatu yang baharu – sekurang-kurangnya sebagai modal dan bahan untuk karya-karya yang berikutnya. Secara peribadi, mengembara dan menulis tentang kembara itu ialah suatu cara untuk saya mendapatkan kembali wang yang telah dilaburkan dalam pengembaraan tersebut. Oleh itu, usah berasa ‘kehilangan’ wang sewaktu mengembara atau membeli buku dan majalah. Semua itu ialah modal untuk penulis.

Bagi yang tidak berpeluang mengembara atas sebab-sebab tertentu sama ada komitmen atau faktor kewangan, usah beralasan. Cari cara lain untuk mendapatkan pengalaman dan sudut pandangan yang berbeza daripada orang lain yang mungkin kaya dengan pengalaman hidup mahupun pengalaman mengembara. Mereka ini juga boleh menjadi sumber modal untuk kita menulis. Paling tidak, banyakkan membaca dan jadilah pembaca yang kritis dan mampu berfikir tentang isi kandungan yang dibaca. Penulis bukan sekadar memuntahkan kembali setiap tulisan yang dibaca. Penulis mestilah bijak mencerna dan mentafsir serta memberikan sesuatu yang segar kepada pembacanya.

Kesimpulan

Rumah ialah ‘padang permainan’ wanita. Definisi rumah di sini bukan semestinya 'rumah' secara fizikal. Ia bukan bermakna dapur, ruang tamu atau kamar tidur. Rumah itu boleh jadi di mana-mana sahaja. Rumah bermaksud tempat yang paling selesa.

Menulis dari rumah mampu menjadi kerjaya profesional untuk wanita. Mereka perlu diberikan ruang dan masa serta penghormatan untuk mencetus pemikiran selain menjana pendapatan aktif dan pasif untuk memberikan pulangan ekonomi kepada diri sendiri mahu pun keluarga. Menjadi penulis sepenuh masa, bukanlah bermakna menulis novel atau karya kreatif semata-mata. Terdapat banyak genre dan peluang penulisan yang harus diselongkar. Dalam banyak perkara pada zaman ini, penulis perlulah proaktif dan menggunakan kemudahan-kemudahan teknologi masa kini untuk menjaring peluang-peluang tersebut.

Dalam masa yang sama, penulis juga perlulah mempertajamkan minda supaya tulisan-tulisan yang dihasilkan segar, dalam dan menjadikan khazanah persuratan negara berkembang dengan sihat. Apabila sudah sampai pada suatu peringkat kelak, menulis bukan sekadar menjana pendapatan semata-mata.

Penulisan akan menjadi tanda aras kepada tahap ketamadunan bangsa. Penulis yang sejati akan tahu bahawa mendapat pulangan material hanyalah sebahagian daripada tujuan menulis. Mereka yang serius untuk tekal di dalam bidang ini akan menemui makna baharu dalam penulisannya. Karya-karya itu kelak akan terus hidup dan menjadi ‘suara’ kepada pemikiran yang ditinggalkan. Itulah yang ditinggalkan oleh Pak Sako, Keris Mas, Hamka, dan Masuri S.N.  Kita juga harus berbangga apabila nama-nama seperti Siti Zainon Ismail, Zaharah Nawawi, Fatimah Busu, Mahaya Mohd Yassin, Zurinah Hassan dan Adibah Amin terus mekar kerana wanita-wanita ini tidak berputus asa dalam penulisan masing-masing. Bukan anugerah dan label yang mereka dambakan. Marilah kita menjadi puspa yang mewangi di taman persuratan Melayu!

* Kertas kerja ini disesuaikan daripada rencana “Pengarang Sepenuh Masa Kerjaya Profesional” yang terbit di dalam Dewan Siswa Oktober 2009.

** Nisah Haji Haron meninggalkan profesion guamannya pada tahun 2006 untuk menjadi pengarang sepenuh masa setelah menjadi peguam selama 8 tahun.


   
Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 11 Users voted
61.54% (8)
7.69% (1)
7.69% (1)
15.38% (2)
7.69% (1)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2018 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya suke menulis.
Tapi sy x suke menulis sebagai kerjaya
Mahupun utk imbuhan wang.
Pada sy kedua2 faktor ni, menyebabkan
sy x bebas.
So sy menulis di FB (pernah viral) dan di forum.
Menulis di forum plg best.
Suka hatilah nk tulis apa pun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Menulis sebagai kerjaya full time ni kena banyak berfikir, boleh pecah otak oi..memangla seronok duduk rumah ngadap komputer, jari menaip..dapat duit..siapa tak nak kan..tapi nak menulis untuk pancing orang untuk baca bukan mudah..how tulisan memainkan peranan penting untuk seseorang minat untuk baca karya kita itu sangat lah payah, hanya yang mempunyai pemikiran yang kreatif sahaja yang boleh buat..and I think I'm not that one. Walaupun pernah je fikir nak jadi writer. Huhu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin dah pencen nanti akan cuba menulis...Catitan suka duka pengalaman dalam perkhidmatan.... Seperti idola iaitu Mejar (DR) Noor Ibrahim penulis buku pasal helikopter Nuri dan beberapa buku mengenai insurgensi dan TUDM.
Jadi sekarang ni mungkin kot berlatih latih kat Forum nih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya suka menulis juga. Pernah menulis untuk majalah sekolah, hantar cerpen dekat Dewan Siswa, madam pernah tolong hantar stories untuk Reader's Digest (dapat $50 dua kali, kayooo masa tu), tolong tulis skrip untuk pasukan drama sekolah, choral speaking juga, katanya saya kreatif (dulu, bukan sekarang). Sri Delima merupakan sumber inspirasi untuk menulis ketika tu.

Tapi kesibukan dengan kehidupan seharian (kerja, then, melaksanakan tanggungjawab untuk diri sendiri) sedikit sebanyak melunturkan semangat untuk menulis macam dulu (I wrote tips and tricks memasak , also masa zaman aktif travel on my domain masa dekat colleges dulu, dah tak de sebab lupa nak bayar harga domain, boleh cari balik dalam hard disk kot), ada menulis dalam Wattpad (platform pilihan penulis zaman sekarang) sebab nak menyedarkan warga Wattpad tentang satu dogma perubatan bagi masyarakat kita, yang terlalu percayakan tahyul. Akhirnya, terabai juga. Malas pun ada...

Idea senang nak dapat, boleh dapat semasa sedang berada di dapur, tapi senang juga nak hilang, sebab saya tangguh nak tulis idea2 tu (tangan penuh tepung, coklat dll). Nak menulis, kena fokus tau, i.e., staying in Room no 19, tanpa distractions, pakai laptop. Banyak cabaran untuk mendapatkan fokus menulis tu *sobs

I just don't have that passion anymore. Once dah tinggal, susah juga nak start balik. When the going gets tough, I hope I could keep writing my journal on how to live as a ** fighter, and inspire people too.

* Kagum dengan orang yang boleh menulis bagus2, sambil bekerja tetap, dalam bidang lain pula tu. Hats off!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
bolehlah sikit2 nak menulis.banyak lagi benda yang perlu belajar.rasanya belum ready lagi nak menulis secara serius.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2018 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
meklalala replied at 8-11-2018 08:14 PM
Menulis sebagai kerjaya full time ni kena banyak berfikir, boleh pecah otak oi..memangla seronok dud ...

Betul la, kdg nk tulis komen dlm forum pun rasa susah nak tulis apa yg kita fikirkn...mcm x sampai maksud lol

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2018 02:39 PM | Show all posts
krustykrab replied at 10-11-2018 12:26 PM
Betul la, kdg nk tulis komen dlm forum pun rasa susah nak tulis apa yg kita fikirkn...mcm x sampai ...

Itulah..penulisan ni kadang2 ramai yg salah faham..saya punya komen tu pun tak tahu menjawab soalan ke tak..entah entah kelaut je

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2018 03:15 PM | Show all posts
dulu zaman skolah dr rendah, tahun 2 dah jadi juara membaca kisah si nuri..
bila upsr karangan terbaik  sekolah
naik spm terbaik kesusasteraan sampai sultan kedah mai waktu  tu
waktu study upm sempat lagi la ....

tapi skang, hilang seni sastera
hahahahah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2018 11:02 AM | Show all posts
respect pada penulis-penulis yang konsisten, disiplin dengan jadual menulis. komitmen jangka masa panjang untuk menyiapkan satu buku atau karya. ternyata bukan senang nak perah otak, cari idea, rangka plot secara kasar, kemudian nak olah jalan cerita.  benda ni melibatkan passion. ada passion, ada keyakinan, ada sokongan. semangat nak menulis.

sungguhpun begitu ada penulis yang tak boleh menulis dari rumah, beliau sewa hotel untuk kerja menulis novel. memang betul-betul taknak ada gangguan. (lupa nama penulis tu).  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2018 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya suka menulis berdasarkan pengalaman sendiri n orang lain..pernah juga la hantar cerpen kat majalah dewan pelajar dulu..skang sibuk kerja tapi masih buat part time proof-reading n translation untuk pengiklanan n research student U..apa nak buat, gaji hakiki sikit n ekonomi merudum kekdahnya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2018 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
iolss pernah tulis puisi.. htr kat majalah DBP setahun juga tunggu.. dptlah rm50.. tp, walaupun iolss plajar sastera tp bab penulisan kreatif tak berapa nak pandai.. mgkn sbb tak berapa kreatif.. tp, pnulisan ilmiah boleh lah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
saya nakkk tapi masih x berani...aduh duhhh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 09:40 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 13-11-2018 09:55 AM

Terima kasih @bianglala kerana tag saya. Saya dah jarang login cari ni.

Berdasarkan tajuk di atas, perkara pertama saya nak ucap, saya kagum dengan Puan Nisah Haron. Dari blog dialah saya belajar cara-cara untuk menulis dan menghasilkan  buku. Seingat saya, tahun 2014.Banyak ilmu yang saya dapat dari blog Puan Nisah Haron.

Sebelum tu, saya mula menjadi penulis bidan terjun dek kerana saya mencabar diri sendiri untuk menulis karya sastera walaupun tak berapa nak sastera Dan untuk novel pertama saya beli dan baca sebagai rujukan saya ialah, Hlovate. Kenapa? Sebab masa tu, dia penulis terkenal di Jemari Seni dan ketika itu jugalah saya hanya tahu Jemari Seni saja nampak tak betapa saya ni tak luas pengetahuan pasal publisher dan penulis ni?
Bermula dari situlah, saya mula menceburi dalam bidang penulisan. Eh..dah buka sejarah penulisan pulak dah..sorry..

TEMPAT
Saya lebih gemar menulis di rumah. Di ruangan bilik yang tenang dan penuh dengan buku di rak-rak. Pernah saya ikut suami ke Cherating dan kami menginap di sebuah resort yang pemandangannya sangat menarik. Pemandangan kampung dengan ada tasik dan bunga teratai. Chalet yang saya huni tu pula mengadap tasik tu. Ketika inilah saya sambung menaip novel cinta pertama saya, Aku, Dia & Somtam. Kononnya nak dapat 'feel' masa tu tapi mata lebih bekerja dari jemari. mata asyik duk menatap tasik dan bunga teratai.

IDEA
Bagi saya, menulis di mana-mana pun boleh asalkan ada idea dan seperti kata Puan Nisah Haron, bila ada idea menjengah, terus tulis dan jangan tangguh-tangguh kerana idea juga akan hilang sekelip mata. Otak tak boleh menampung semua benda dan apa yang terlintas di kepala, harus dilayarkan di kertas atau skrin.
Sama juga bila menonton sesuatu filem atau drama, saya lebih suka mendengar dialog-dialog yang diucapkan. Kadang-kadang ada yang 'catchy'. Ianya banyak memberi idea kepada saya untuk menggarap sesuatu manuskrip.
Tidak hanya berkisar tentang filem atau drama, kisah realiti juga boleh dijadikan inspirasi sebagai plot cerita untuk kita tulis dan kisah ini sebenarnya lagi baik kerana ia lebih dekat dengan pembaca dan masyarakat.
Tidak lupa juga dengan membaca karya-karya penulis lain sebenarnya juga memberi ilmu kepada penulis seperti saya untuk belajar tatabahasa, lenggok ayat, gaya bahasa dan pengolahan sesuatu plot.

DISIPLIN
Bercerita tentang disiplin, memang betul kena ada disiplin dalam menulis. Kalau penulis itu seorang yang penulis terkenal, sudah tentu manuskripnya sentiasa dinanti-nantikan oleh penerbit dan olehkerana itulah, penulis perlu berdisiplin dalam menyiapkan manuskrip. Seperti kata Puan Nisah Haron, tutup semua medsos seperti facebook, twitter, instagram buat sementara kerana benda-benda ni semua sebenarnya mengganggu dalam penulisan. Saya mengaku yang ini walaupun saya ni penulis kecil-kecilan saja tapi semua tu adalah satu  DISTRACTION.


MINAT
Menyentuh soal minat ni, sejak saya menulis (termasuk di bod bakat dan penulisan pun ada uolss..demi forumer tapi ada yang belum habis karang maafkan saya mana yang mengikuti cerita suka suki ku itu...). Sememangnya saya masih belajar. Banyak perkara yang saya perlu belajar. Banyak kekurangan dalam penulisan saya tetapi disebabkan minat, saya belajar untuk jadi penulis yang baik dalam karya. Sesungguhnya minat itu penting untuk menulis. Idea pun senang datang walau di mana kamu berada. Gitu..

KARYA SAYA
Alhamdulillah, dengan minat dan usaha, saya diberi peluang untuk menghasilkan novel. Di bawah ini senarai karya saya yang telah dibukukan.

Genre seram misteri
AMOI
RAHSIA DIARI MERAH
KLONG MAI
GADIS KEBAYA MERAH

Genre cinta
AKU, DIA & SOMTAM
ARISSA DANIEL
CINTA DANDELION

genre motivasi
BUDAK LUAR KOTAK

Dan terima kasih kepada rakan penulis yang (juga telah mempunyai novel sendiri) yang saya kenal di forum cari ni. Mereka banyak membantu saya dalam menulis. LadyFinger, Nicki Meow, Alyanins, Fizziany, Zura Rahman, Penulis Jemari Seni (ramai di forum cari ni.), Dammerung, The Flash (genre seram depa dua orang ni)
Saya kagum dengan penulis yang menjadikan bidang penulisan ini  sebagai satu kerjaya sepenuh masa. Saya masih separuh masa, ada kerja hakiki walaupun freelancer.

terbaru KILL_NANCY >> I'm your fan.






Comments

i bukak thread about your books, you deserve one :)...  Post time 13-11-2018 09:45 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 11:58 AM | Show all posts
Ipo replied at 13-11-2018 09:40 AM
Terima kasih @bianglala kerana tag saya. Saya dah jarang login cari ni.

Berdasarkan tajuk di ata ...



wooo..bila penulis sendiri berkata-kata dan berkongsi. dah banyak dah buku Ipo. terbaik.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 9-11-2018 10:07 PM
bolehlah sikit2 nak menulis.banyak lagi benda yang perlu belajar.rasanya belum ready lagi nak menuli ...

cik @seribulan boleh la pujuk2 co-mod cik seri ni menulis..sayang kalau bakat simpan kat rumah je kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2018 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 13-11-2018 09:40 AM
Terima kasih @bianglala kerana tag saya. Saya dah jarang login cari ni.

Berdasarkan tajuk di ata ...

terima kasih ipo.

teruskan berkarya ya.jangan sia2kan bakat awak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
MeghanK replied at 13-11-2018 12:12 PM
cik @seribulan boleh la pujuk2 co-mod cik seri ni menulis..sayang kalau bakat simpan kat rumah je  ...

(-_-)!                    
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2018 12:40 PM | Show all posts
MeghanK replied at 13-11-2018 11:12 AM
cik @seribulan boleh la pujuk2 co-mod cik seri ni menulis..sayang kalau bakat simpan kat rumah je  ...

@KILL_NANCY



meh kita perkenal kat penerbit...bang sepupu saya incaj Pesta Buku KL nuh

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 13-11-2018 12:40 PM
@KILL_NANCY



terima kasih cik seri.saya hargainya.

macam mana nak cakap ek.

tak cukup masalah cik seri, nak picit jerawat pun takde masa ni.saya menulis suka2 je.

segannya saya..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.086835 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list