CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: R2D2

[Dunia] Di China, suami kecewa tak dapat anak lelaki, bayi perempuan dihumban ke gaung l

[Copy link]
Post time 5-11-2018 09:49 AM | Show all posts
sofiazara replied at 2-11-2018 04:14 PM
curi senduk nasi kat rumah kawan/sedara yang ada ramai anak lelaki.

petua

i pun ada dengar petua ni, kakak i nak sangat anak girl, dia curi tau senduk kt rumah mak mertua dia tapi nan hadoooooo keluar boy jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2018 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Haiii.... Tingat zaman jahilliyah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2018 10:13 PM | Show all posts
Merancang ‘Baby Boy’? Ketahui 8 Cara Untuk Hamil Anak Lelaki
By Irawati Ismail
Posted on March 3, 2016

Ada perancangan untuk dapatkan ‘baby boy’?

Mungkin sebelum ini anda tidak pernah merancang jantina anak, semuanya diserahkan padaNya. Tapi, tidak salah jika ingin merancang kelahiran seterusnya.

Jadi, apa cara yang boleh dilakukan untuk hamil anak lelaki?
8 Cara Yang Boleh Dilakukan Untuk Hamil Anak Lelaki


1. Ketahui waktu ovulasi

Sebelum merancang kehamilan, anda perlu tahu waktu ovulasi terlebih dahulu.

Anda boleh ‘check’ mengguna ‘Ovulation Predictor Kits’ yang biasanya boleh di beli di farmasi atau cari saja maklumat mengenai ovulasi di Internet.

Sebagai permulaan, bolehlah merujuk pada artikel kami yang lalu mengenai ovulasi.

2. Galak suami pakai boxer

Sperma lelaki yang bersifat alkali tidak suka persekitaran yang panas. Oleh itu, suami harus elak memakai seluar dalam yang ketat.

Pakai sesuatu yang longgar seperti ‘boxer’ misalnya terutama apabila hampir hari ovulasi isteri.

Semakin dekat hari ovulasi, suami juga disarankan agar tidak mandi air panas.

3. Minum kopi

Sebelum berhubungan dengan isteri, suami digalakkan untuk minum kopi kerana kafein di dalamnya dikatakan membantu sperma lelaki berenang dengan lebih laju.
hamil anak lelaki


4. Ambil ubat batuk

Jika suami perlu minum kopi, isteri pula digalakkan minum ubat batuk sebelum melakukan hubungan intim.

Ini kerana ubat batuk mengandungi guaifenesin yang membantu menipiskan membran di serviks secara tak langsung memudahkan sperma lelaki berenang masuk ke rahim.

5. Lakukan hubungan intim pada hari ovulasi

Memandangkan sperma lelaki berenang dengan laju dan tidak mampu bertahan lama, maka anda perlu lakukan hubungan intim dengan kerap pada waktu-waktu menghampiri ovulasi.

Dengan ini, sperma lelaki akan mudah melekat pada telur.
meningkatkan kesuburan


6. Ubah posisi

Apabila lakukan hubungan intim, cuba posisi yang memerlukan ‘deep penetration’ kerana ia memudahkan sperma berenang memasuki uterus.

Secara tidak langsung, ia akan memberi lebih peluang untuk melekat dengan mudah pada telur.

7. Pastikan anda mencapai ‘orgasm’

Apabila orgasm atau klimaks terjadi, badan anda berada dalam persekitaran alkali.

Keadaan ini dikatakan sebagai ideal dan memang sesuai untuk menghasilkan anak lelaki.

8. Ambil makanan beralkali

Sperma lelaki sangat sukakan persekitaran bersifat alkali untuk bertahan lebih lama. Biasanya, makanan beralkali ini boleh didapati dalam daging merah, makanan masin, dan soda.

Namun, untuk pilihan yang lebih sihat, anda bolehlah mengamalkan pengambilan sayuran seperti bayam, lobak merah, brokoli, dan kubis, selain lemon dan bawang putih.
hamil anak lelaki

Ingat, Setiap Kehamilan Adalah Istimewa!

Masih belum terlambat untuk mencuba kaedah-kaedah ini untuk hamil anak lelaki.

Namun, sebagai manusia yang hanya berusaha, tentulah cara-cara di atas tidak 100% menjanjikan kehadiran ‘baby boy’ yang anda rancangkan. Elak dari menuding jari jika berlaku sebaliknya.

Apa pun, tidak salah jika kita memanfaatkan semua yang disyorkan ini kerana ia adalah berdasarkan kajian saintis dan para penyelidik profesional.

Selamat mencuba!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.050584 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list