CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37660|Reply: 249

Bollywood Prince ~ RANBIR KAPOOR

  [Copy link]
Post time 29-10-2018 11:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by leon_mclaren78 at 30-10-2018 04:34 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera. Calling peminat2 Ranbir Kapoor... yg baru nk kenal pun jemput la masuk join yach... Melalui benang ni diharapkan chuols semua dpt info yg lebih tepat mengenai Ranbir Kapoor instead of chuols baca info2 negatif berbentuk fitnoh oleh haters di luar sana. Weols juga akan coba menjawab sebaik mungkin segala kemusykilan chuols ttg Ranbir Kapoor & also keluarga Kapoor.




Latarbelakang: Siapa Ranbir Kapoor?


Ranbir Kapoor merupakan anak lelaki kepada pasangan Rishi Kapoor & Neetu Singh. Dilahirkan pada 28 September 1982 di Mumbai, nama Ranbir dicadangkan oleh datuk saudaranya, Shashi Kapoor, bersempena dengan nama asal legenda filem Bollywood ~ Raj Kapoor atau nama asalnya Ranbir Raj Kapoor. Ranbir merupakan cucu lelaki pertama Raj Kapoor dan merupakan generasi ke-4 keluarga Kapoor.

12 orang ahli keluarga Kapoor daripada 4 generasi yang pernah & sedang mewarnai dunia filem Bollywood.


Salasilah lengkap keluarga Raj Kapoor

Gambar2 kenangan Ranbir dengan datuknya, Raj Kapoor. Raj Kapoor meninggal dunia ketika Ranbir berusia 6 tahun (1988).


Keluarga Kapoor memang terkenal sebagai keluarga yg ahlinya paling ramai memilih kerjaya sebagai pelakon filem atau pengarah filem. Dimulai dengan generasi pertama Kapoor, iaitu Prithviraj Kapoor sebagai perintis dunia filem Bollywood dan diwarisi oleh anak2 beliau iaitu Raj Kapoor, Shammi Kapoor dan Shashi Kapoor selaku generasi ke-2 keluarga mereka. Legasi filem ini teruskan oleh anak2 Raj Kapoor iaitu Randhir Kapoor, Rishi Kapoor dan Rajeev Kapoor yg merupakan generasi ke-3 keluarga Kapoor. Seterusnya cucu2 Raj Kapoor, iaitu Karisma Kapoor, Kareena Kapoor dan Ranbir Kapoor kini meneruskan legasi keluarga ini sebagai generasi ke-4. Terbaharu, 2 org lagi cucu Raj Kapoor iaitu Armaan Jain & Aadar Jain juga baru mencuba nasib di dalam dunia perfileman Bollywood.



Sewaktu kecil, Ranbir sering menyaksikan pergaduhan besar Rishi & Neetu pada waktu tengah malam yang hampir menyebabkan ibubapanya berpisah. Setiap kali mendengar ibubapanya bergaduh, Ranbir akan duduk ketakutan di atas tangga dengan keadaan kepalanya berada di antara kedua2 lututnya & menunggu sehingga pergaduhan tersebut berhenti. Jelas sekali Rishi merupakan seorang yang panas baran, ditambah pula dengan tabiat meminum alkohol yang diwarisi dari keluarganya.



Rishi Kapoor sangat garang & tidak suka memanjakan anak2nya. Ranbir sangat takutkan Rishi Kapoor malah tidak berani memandang mata Rishi sehingga ke hari ini. Sewaktu zaman kanak2, Ranbir tak suka makan sayur. Tetapi Rishi akan duduk di meja makan di depan Ranbir & memaksa Ranbir menghabiskan sayur di dalam pinggan. Ranbir yg ketakutan terpaksa mkn sayur tersebut dgn linangan airmata.

Menurut Rishi, beliau tidak mahu anak2 hilang hormat dgn org tua. Beliau mendidik Ranbir sama sebagaimana bapanya (Raj Kapoor) mendidik beliau dahulu. Bagi beliau, perlu ada “gap” antara anak & bapa. Disebabkan ini juga Ranbir lebih rapat dgn ibunya, Neetu Singh.


Di dalam keluarga Kapoor, majoriti mereka tidak memiliki kelulusan tinggi dlm pelajaran, kecuali Kareena Kapoor dan Ranbir Kapoor. Setelah tamat sekolah tinggi (pra-universiti) di  H.R. College of Commerce and Economics, Mumbai, Ranbir memilih untuk melanjutkan pelajarannya di dalam bidang berkaitan perfileman di School of Arts, New York dan seterusnya  di Lee Strasberg Theatre and Film Institute, juga di New York.


Ranbir belajar hidup berdikari sewaktu di New York & sempat membintangi serta mengarah 2 buah filem pendek sewaktu masih belajar di kolej perfileman. Semasa di New York juga, Ranbir pernah terjebak dengan penyalahgunaan dadah (ganja) akibat pengaruh rakan2nya, namun mujur Ranbir dapat menghentikan tabiat tersebut sebelum ia memakan diri. Ranbir seterusnya pulang semula ke Mumbai tanpa menghabiskan pelajarannya.


Rishi Kapoor tidak membenarkan Ranbir menjadi pelakon filem sehingga Ranbir mencecah usia 25 tahun. Ini kerana Rishi berpendapat Ranbir akan sukar mendapatkan pasangan heroine yg sesuai dengan paras rupa yg “boyish-look” & agak jambu. Disbbkan itu Ranbir terpaksa mencari kerja sebagai krew filem. Ranbir memilih bidang perfileman kerana berasa bertanggungjawab meneruskan legasi yang diwarisi oleh keluarganya. Rishi tidak menggunakan sebarang “kabel” utk membantu Ranbir mendapatkan kerja & beliau membiarkan Ranbir berusaha sendiri utk mencari kerja.



Sepertimana org lain, Ranbir juga membawa resume & menjalani temuduga di pejabat Sanjay Leela Bhansali, penerbit tersohor filem Bollywood yang popular dengan filem seperti Devdas dan Hum Dil De Chuke Sanam. Ranbir diterima bekerja di bawah Sanjay Leela Bhansali sebagai krew produksi, di mana Ranbir melakukan tugas2 menyediakan prop & lampu serta melakukan kerja-kerja pembersihan lokasi penggambaran filem.


Tahun pertama bekerja di bawah Sanjay Leela Bhansali, jangan sangka Ranbir mendapat layanan istimewa, sebaliknya Sanjay memberikan tekanan mental sehingga Ranbir pernah terfikir untuk berhenti kerja. Sehinggalah Sanjay Leela Bhansali akhirnya memberikan peluang kepada Ranbir & juga Sonam Kapoor untuk membantunya mengarah filem “Black” lakonan Amitabh Bachchan dan Rani Mukerji pada tahun 2005. Ranbir bertanggungjawab menyelia & melatih pelakon kanak2 di dalam filem tersebut bagaimana utk membawa watak sebagai OKU penglihatan, pendengaran dan pertuturan. Ranbir juga menjadi “body-double” untuk watak yang dipegang Amitabh Bachchan bagi 1 babak akhir filem tersebut.

Bersambung...




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2018 11:54 PM | Show all posts
Edited by leon_mclaren78 at 31-10-2018 01:34 AM

SAMBUNGAN...



Ketika pergi & balik kerja, Ranbir akan menggunakan kenderaan awam. Rishi tidak membenarkan Ranbir menggunakan kereta miliknya.  Neetu berasa kasihan melihat Ranbir yg terpaksa bergegas mengejar masa. Neetu cuba memujuk suaminya, Rishi utk membeli sebuah kereta Honda CRV yg baru sahaja keluar di pasaran utk dirinya tanpa memberitahu yg kereta itu sebenarnya utk Ranbir. Rishi tidak bersetuju & beranggapan suatu pembaziran utk membeli sebuah kereta baru memandangkan mereka telah memiliki kereta. Neetu tidak berputus asa & cuba utk berbulan lamanya memujuk Rishi sehingga akhirnya Rishi bersetuju. Apabila kereta tersebut sampai ke rumah, Neetu menyerahkan kunci kereta tersebut kpd Ranbir. Dpt bayangkan betapa terharunya Ranbir ketika itu?



Ranbir bertemu idolanya, Lionel Messi.


Selain bidang perfileman, Ranbir sangat2 obses dgn dunia bolasepak. Beliau merupakan peminat setia pasukan Barcelona & menjadikan Lionel Messi sebagai idola. Ranbir pernah buat statement... andaikata beliau bukan seorang pelakon, beliau mungkin menceburkan diri sebagai pemain bolasepak professional. Namun pilihan Ranbir utk meneruskan legasi perfileman keluarganya adalah sangat tepat.


Pada tahun 2006 Ranbir akhirnya diberi kepercayaan oleh Sanjay Leela Bhansali utk debut sebagai pelakon utama di dalam filem "Saawariya" bersama2 Sonam Kapoor. Filem ini berbentuk teater muzikal & luar dari kebiasaan filem Hindi. Malah filem ini 100% dibuat di dalam studio sahaja. Filem "Saawariya" yg dikeluarkan pada tahun 2007 tersebut diisytihar sebagai disaster & tidak mendapat sambutan walaupun Rani Mukerji & Salman Khan turut membintangi filem ini sebagai cameo. Utk makluman, Ranbir pernah menjalani kursus tarian sebelum menjadi pelakon filem lagi. Ranbir sememangnya meminati tarian & ibunya Neetu juga tak sangka Ranbir terer menari. Menurut Neetu, beliau hanya menyedarinya sewaktu melihat Ranbir menari di majlis perkahwinan Riddhima. Utk makluman, Ranbir merupakan top-5 pelakon Bollywood yg memiliki skill tarian yg hebat.


Kegagalan filem pertama tidak pernah melunturkan semangat Ranbir. Filem ke-2 beliau pada tahun 2008 yg berjudul "Bachna Ae Haseeno" bersama-sama pendatang baru ketika itu, Deepika Padukone dikatakan mendapat sambutan yg menggalakkan. Ranbir & Deepika telah berkenalan sebelum pembikinan filem "Bachna Ae Haseeno" lagi, dan hubungan mereka menjadi semakin mesra setelah bekerjasama di dlm film ini. Mereka berdua mengaku menjalin hubungan cinta secara terbuka. Setelah lebih setahun, hubungan mereka putus apabila Ranbir dikatakan rapat pula dengan heroine 2 buah filem terbarunya, "Ajab Prem Ki Ghazab Kahani" (2009) dan "Raajneeti" (2010). Heroine tersebut tak lain tak bukan ialah Katrina Kaif. Walau bagaimanapun Ranbir tidak mengakui hubungannya dgn Katrina secara langsung & hanya mengakui Katrina sebagai teman rapatnya sahaja.



Kerjaya Ranbir sampai di kemuncaknya apabila pada tahun 2011, filemnya yg berjudul "Rockstar" berjaya memenangi pelbagai anugerah perfileman, malah buat pertama kalinya Ranbir berjaya memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik. Ironinya beliau berjaya mengenepikan calon2 yg lebih senior & hebat pada tahun tersebut temasuk Shah Rukh Khan, Salman Khan, Ajay Devgan & Emraan Hashmi. Malah utk tahun berikutnya (2012) juga Ranbir sekali lagi berjaya dinobatkan sebagai pelakon lelaki terbaik melalui filem "Barfi!". Utk kedua-dua buah filem ini, Ranbir sgt bekerja keras demi memastikan role tersebut dpt dipersembahkan dgn cara terbaik. Bagi filem "Rockstar", Ranbir belajar bermain gitar semata2 mahu menghayati watak penyanyi rock. Manakala utk menjayakan watak sebagai seorang OKU pendengaran & pertuturan dlm filem "Barfi!", Ranbir mempelajari bahasa isyarat & bahasa badan golongan tersebut. Melalui filem "Barfi!" ini juga Ranbir tak menuturkan sebarang dialog, tp Ranbir mampu membawa penonton mempercayai beliau seorang OKU pendengaran & pertuturan.



Utk tahun 2013, Ranbir tidak memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik, namun filemnya yang berjudul "Yeh Jawaani Hai Deewani" (YJHD) berjaya memecah monopoli 3 Khans di dalam 10 filem terbaik yg mencatat kutipan box-office di India pd tahun 2013. Filem ini menarik memandangkan Ranbir bergandingan dengan bekas kekasihnya, Deepika Padukone. Pairing Ranbir & Deepika di dalam filem mmg sgt ditunggu2 oleh penonton memandangkan itu kali pertama mereka pairing selepas berpisah. Filem ini juga merupakan filem pertama Ranbir yang melepasi kutipan box-office 300 cr.


Namun cuaca pun tak selalunya cerah. Karier Ranbir secara tiba2 merudum di dlm tahun yg sama, di mana filem lakonannya bersama2 kedua2 orang tuanya (Rishi & Neetu) yg berjudul "Besharam" telah declare sebagai flop walaupun opening collectionnya sgt memberangsangkan. Setelah itu setiap filem lakonan Ranbir bagaikan tidak menjadi... filem2 seperti "Roy" & "Bombay Velvet" juga telah declaire sebagai flop. Malah 1 lg filem pairing beliau dgn Deepika yg berjudul "Tamasha" juga tidak dapat membantu.


Pada tahun 2014, Ranbir mencuba nasib menjadi penerbit filem bersama2 pihak Disney utk projek filem beliau yg seterusnya yg berjudul Jagga Jasoos. Filem ini menggandingkan Ranbir utk kali ke-3 bersama2 kekasihnya, Katrina Kaif. Namun pembikinan filem ini sentiasa tertangguh & hanya berjaya release pada tahun 2017, iaitu 3 tahun kemudian. Filem ini hampir tidak diterbitkan berikutan kos yg terlalu tinggi & pengarah filem ini, Anurag Basu dikatakan selalu tidak bersedia memandangkan skrip filem ini dibuat pd saat2 akhir & kerap kali diubah. Filem ini hanya berjaya disiapkan 3 tahun kemudian.  Selain itu Ranbir juga dijemput sebagai cameo di dlm filem blockbuster Aamir Khan berjudul " PK".


Dalam tahun 2014 juga Ranbir secara rasminya menjadi pemilik bersama pasukan bolasepak liga premier di India, iaitu Mumbai City Football Club (MCFC). Ranbir juga mula aktif melibatkan diri sebagai pemain bolasepak sukarelawan kelab bintang2 Bollywood yang diberi nama All Stars Football Club (ASFC) yang dimiliki oleh Bunty Walia, yg merupakan salah seorang ahli perniagaan & penerbit filem Bollywood. Ranbir bersama2 bintang2 Bollywood lain seperti Abhishek Bachchan (juga selaku kapten pasukan), Arjun Kapoor, Dino Morea, Kartik Aryan, Armaan & Aadar Jain, dan ramai lagi akan menjalani latihan stamina & fizikal pd setiap petang Ahad di sebuah padang bolasepak sehingga ke hari ini. Ranbir juga berperanan sebagai pembantu kapten di mana beliau kerap kali mengambil alih peranan sebagai kapten pasukan sekiranya Abhishek tidak dpt beraksi.



Ranbir secara tiba2 memutuskan hubungan cintanya dengan Katrina Kaif pada Januari 2016. Hakikatnya hubungan Ranbir & Katrina dikatakan tidak pernah direstui oleh Rishi & Neetu. Ada desas-desus mengatakan org tua Ranbir beranggapan Katrina telah menjauhkan Ranbir dari keluarga mereka kerana pada pertengahan tahun 2014 Ranbir telah berpindah ke apartment yg disewa Katrina. Sedangkan sebelum itu Ranbir mmg tinggal bersama2 keluarganya. Paling kontroversi ialah apabila Neetu secara sengaja crop-out imej Katrina dari gambar parti keluarga Kapoor di IG. Ranbir dikatakan berpindah keluar dari apartment Katrina beberapa bulan kemudian. Melalui gossip yang bertebaran, punca keretakan hubungan Ranbir & Katrina adalah disebabkan kemesraan antara Ranbir & Deepika ketika mereka berlakon & mempromosi filem "Tamasha" pd akhir tahun 2015.



Setelah berpisah dgn Katrina, Ranbir menumpukan sepenuh perhatian terhadap projek2 filem terbaru. Tahun 2016 karier Ranbir sedikit menyinar menerusi filem arahan Karan Johar, iaitu "Ae Dil Hai Mushkil". Filem ini tidak berjaya mencapai tahap sepertimana filem "Yeh Jawaani Hai Deewani", namun sekurang2nya ianya tidak flop. Tahun 2017 Ranbir kembali dihantui sumpahan flop apabila filem "Jagga Jasoos" terbitannya juga gagal & diisytihar flop. Ranbir agak patah hati & berasakan beliau tidak layak menjadi penerbit. "Jagga Jasoos" merupakan filem pertama & terakhir Ranbir sebagai penerbit.


Ranbir tidak menoleh ke belakang. Tahun 2018 karier Ranbir kembali ke kemuncaknya apabila filem "Sanju" arahan pengarah tersohor, Rajkumar Hirani, berjaya melebur hampir kesemua rekod2 filem Hindi tahap blockbuster di India. Utk kutipan di India sahaja filem ini berada di tempat ke-2 di belakang filem mega-blockbuster lakonan Aamir Khan, "Dangal". Pencapaian ini tidak dijangka & amat membanggakan. Filem "Sanju" setakat ini telah melepasi kutipan lebih 500 cr. di seluruh dunia dan pihak penerbit bercadang utk membawa filem ini ke China dlm masa terdekat kelak.


Status kini Ranbir ~ he is taken by Alia Bhatt! Ya, Ranbir & Alia mula dating sejak start shooting filem terbaru mereka yg berjudul "Brahmastra" yg bakal ditayangkan pd tahun 2019 kelak. Hubungan mereka masih lagi baru, tak sampai setahun. So doakan yg baik2 utk mereka... semoga kali ni berkekalan sbb nampaknya both keluarga Kapoor & Bhatt dh merestui.


Ranbir Kapoor ~ walaupun beliau menghadapi naik turun kariernya, beliau menjadi benchmark pelakon pelapis Bollywood. Nama Ranbir juga menjadi wishlist bagi pelakon2 lain tidak kira pelakon senior ataupun pendatang baru. Sama ada filem2 lakonannya flop atau blockbuster, nama Ranbir pasti menjadi bualan ramai, tidak kiralah negatif atau positif. Tanpa memiliki tubuh badan yg sado atau sasa sepertimana hero2 Bollywood yg lain, Ranbir masih menjadi rebutan penerbit2 & pengarah2 filem, malah ada yg sanggup menunggu giliran utk mendapatkan Ranbir memandangkan kini Ranbir hanya berlakon dlm sebuah filem sahaja dlm tempoh 1 tahun. Ranbir bukan x bleh jadi bhaiya sado, cuma beliau tak minat sbb susah nk jaga, tambahan Ranbir seorang foodie & malas gi gym. Tp utk menjayakan role sebagai Sanjay Dutt yg sado, Ranbir terpaksa jua menyadokan body utk temporary ... bila filem wrap-up, Ranbir hilangkan semua muscle2 heols.. bye2 biceps semua...




Dari segi personaliti, Ranbir seorang yg down-to-earth, gentleman & pemalu tapi friendly, membuatkan siapa sahaja yg pernah mengenali Ranbir akan menyenangi & menyayangi beliau. Even sesama rakan bintang Bollywood tak kira yg senior atau pendatang baru, rata2 sgt menyenangi Ranbir & boleh dikatakan Ranbir ni disayangi ramai la. Bintang2 Bollywood sblm ini sinonim dgn perangai kerek & mendiva mereka x kira lelaki atau pompuan. Tp Ranbir tidak sampai hati menolak setiap kali ada peminat2 yg mahu berselfie dengannya atau meminta autograf. Even Deepika pernah komen Ranbir seorang yg x tahu berkata "TIDAK" -- which perkara yg tidak digemari Deepika pada diri Ranbir. Rishi Kapoor pula pernah merungut Ranbir melayan peminat di airport sehingga beliau hampir terlepas penerbangan.

Bagi Ranbir, beliau juga ada idola sendiri & sangat mengerti keterujaan seorang peminat. Beliau pernah dilayan dgn buruk oleh idolanya. Ranbir juga pernah melihat bapanya, Rishi melayan peminat dgn buruk & beliau tak boleh lupa wajah kecewa peminat Rishi yg mahu meminta bergambar, tp ditolak oleh Rishi dgn kasar. Dari situ Ranbir berazam utk melayan setiap peminatnya dgn sebaik mungkin. Tak percaya? Bulan lepas ketika birthday Ranbir terdapat ramai peminatnya yg berkumpul bawa kek di luar pagar apartment kediaman Ranbir. Ranbir dgn sempoi pakai baju jersi, track suit & selipar dtg turun bertemu mereka semua... siap potong setiap kek yg dibawa oleh peminat2nya, berselfie & bagi autograph. Sporting kan? Even ai dgn forummer Saaya pun pernah ada pengalaman mendpt perhatian Ranbir (sbb weols berdua jah Melayu pakai tudung kat situ).. sblm habis event heols dtg dkt area weols berdiri diblkg pagar & baling souvenir kat weols... Saaya dpt tangkap dgn tangkasnya... hehe... feeling ms tu x terkata excited la.. tu yg buat weols btambah syg kat Ranbir...



Next posting ai akan elaborate ttg filem2 & award2 yg pernah dimenangi Ranbir. Kalo ada apa2 kemusykilan, sila kemukakan soalan chuols..




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2018 11:55 PM | Show all posts
Edited by leon_mclaren78 at 31-10-2018 09:26 AM

Sekilas fakta  Ranbir Kapoor


  • Ranbir berbintang Libra.
  • Ranbir merupakan satu-satunya waris tunggal lelaki keluarga Raj Kapoor yang membawa nama keluarga Kapoor ke generasi yang seterusnya.
  • Parut di pipi sebelah kanan Ranbir adalah akibat kecederaan terkena serpihan pasu bunga yg pecah ketika terjatuh pd zmn kanak2nya.
  • Ranbir mengaku hilang teruna kertika berusia 15 tahun!
  • Ranbir tidak pernah dan tak sanggup menonton filem lakonan ibunya (Neetu) bersama-sama hero lain selain bapanya (Rishi). Namun Ranbir tiada masalah menonton semua filem lakonan Rishi bersama-sama pelbagai heroine.
  • Ranbir menghadapi masalah Nasal Deviated Septum secara semulajadi & mengalami kesukaran bernafas di mana beliau terpaksa bernafas melalui mulut ketika tidur dan bercakap terlalu pantas dari kebiasaan.
  • Ranbir pernah menjalani pembedahan kecil utk adenoid tonsil pada tahun 2014 berikutan masalah ini.
  • Ranbir juga pernah menjalani 2 pembedahan kecil untuk membuang cyst pada bahagian belakang badannya (2012) dan di bahagian dada (2013).
  • Ranbir tidak pernah menjalani sebarang pembedahan plastik atau mencacah sebarang tattoo pada tubuhnya.
  • Setiap kali menaiki penerbangan ke luar negara, Ranbir wajib menghubungi ibu atau bapanya utk memberitahu beliau selamat tiba ke destinasi. Pernah sekali Ranbir terlupa bgtau penerbangannya delayed.. boleh bayang Rishi punya bebel mcm mana, sbb Rishi dh siap2 kira ETA & tunggu panggilan drp Ranbir. Keadaan ini masih diteruskan sehingga ke hari ini.
  • Ranbir merupakan ulat buku & jika ada waktu terluang, beliau gemar membaca buku berkaitan biografi.
  • Madhuri Dixit merupakan idola Ranbir. Ranbir pernah menangis patah hati apabila mendengar berita yg Madhuri akan berkahwin suatu ketika dahulu.
  • Selain Shah Rukh Khan, Ranbir Kapoor merupakan antara insan kegemaran Karan Johar.
  • Ranbir seorang yang gayat bila berada di tempat tinggi.
  • Ranbir obses dengan jenama Supreme.
  • Ranbir seorang sneakers freak! Beliau obses mengumpul sneakers di mana biasanya beliau akan membeli 2 pasang utk model yg sama. Sepasang akan dipakai, manakala yg lg sepasang akan disimpan ala2 mcm kat muzium.


***** Harap maklum list ini akan sentiasa dikemaskini jika ada info tambahan dari masa ke masa.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2018 11:56 PM | Show all posts
Edited by leon_mclaren78 at 2-11-2018 12:11 AM





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2018 11:56 PM | Show all posts
Edited by leon_mclaren78 at 6-11-2018 07:26 PM

Senarai awards yg pernah diterima oleh Ranbir Kapoor

1. 2007 - Star's Sabsey Favourite Kaun Awards, Sabsey Favourite Naya Hero
2. 2008 - Best Male Debut (Filmfare Awards)
3. 2008 - Star Debut of the Year – Male (9th IIFA Awards)
4. 2008 - Most Promising Newcomer (Screen Awards)
5. 2008 - Nokia Future of Entertainment Award (Screen Awards)
6. 2008 - Superstar of Tomorrow – Male (Stardust Awards)
7. 2008 - Best Male Debut (Zee Cine Awards)
8. 2008 - Best Male Debut (Star Guild Awards)

9. 2009 - CNN-IBN Indian of the Year : Entertainment Category
10. 2009 - Star of The Year-Male (Stardust Awards)
11. 2010 - Critics Award for Best Actor (Filmfare Awards)
12. 2010 - New Talent of the Decade - Male (BIG Star Entertainment Awards)

13. 2010 - Most Entertaining Film Actor - Male (BIG Star Entertainment Awards)
14. 2010 - Entertainer of the Year (Star Guild Awards)
15. 2010 - Superstar of Tomorrow (Stardust Awards)

16. 2010 - FICCI Frames 2010 Excellence Awards, Entertainer of the Year
17. 2011 - Most Entertaining Film Actor - Male (BIG Star Entertainment Awards)
18. 2011 - Most Entertaining Film Actor in a Romantic Role - Male (BIG Star Entertainment Awards)
19. 2011 - International Male Icon (Zee Cine Awards)

20. 2011 - Best Actor-Male (Zee Cine Awards)
21. 2011 - CNN-IBN Indian of the Year : Entertainment Category
22. 2011 - Best Actor (13th IIFA Awards)
23. 2011 - Best Actor-Drama (Stardust Awards)
24. 2011 - Star of The Year-Male (Stardust Awards)
25. 2012 - Most Entertaining Film Actor - Male (BIG Star Entertainment Awards)

26. 2012 - Most Entertaining Film Actor in a Romantic Role - Male (BIG Star Entertainment Awards)
27. 2012 - Best Actor (Filmfare Awards)
28. 2012 - Critics Award for Best Actor (Filmfare Awards)
29. 2012 - Best Actor (14th IIFA Awards)
30. 2012 - Hottest Pair (along with Nargis Fakhri) (14th IIFA Awards)
31. 2012 - Best Actor (Screen Awards)
32. 2012 - Best Actor in a Leading Role (Star Guild Awards)
33. 2012 - Best Actor – Male (Zee Cine Awards)

34. 2012 - International Male Icon (Zee Cine Awards)
35. 2012 - Best Actor-Drama (Stardust Awards)
36. 2012 - Star of The Year-Male (Stardust Awards)
37. 2012 - Favorite Movie Youth Icon (People's Choice Awards)

38. 2012 - Favorite Movie Actor - Male (Peoples's Choice Award)
39. 2012 - CNN-IBN Indian of the Year : Entertainment Category
40. 2013 - Best Actor (Filmfare Awards)
41. 2013 - Limca Book of Records, People of the Year award.
42. 2013 - Hottest Pair (along with Deepika Padukone)(15th IIFA Awards)

43. 2013 - Best Actor (15th IIFA Awards)
44. 2013 - Jodi No. 1 along with Priyanka Chopra (Screen Awards)

45. 2013 - Most Entertaining Film Actor - Male (BIG Star Entertainment Awards)
46. 2013 - Most Entertaining Film Actor in a Romantic Role - Male (BIG Star Entertainment Awards)
47. 2013 - Best Actor (Screen Awards)
48. 2013 - Best Actor in a Leading Role (Star Guild Awards)
49. 2013 - Critics' Choice Best Actor (Zee Cine Awards)

50. 2013 - Best Actor-Male (Zee Cine Awards)
51. 2013 - Best Actor-Drama (Stardust Awards)
52. 2013 - Best Star of The Year-Male (Stardust Awards)
53. 2015 - Most Entertaining Film Actor in a Romantic Role - Male (BIG Star Entertainment Awards)
54. 2015 - Films of India Online Awards - Special Mention (Actor)
55. 2015 - Best Actor of the Year-Male (Stardust Award)
56. 2017 - Lokmat Maharashtrian of the Year Awards - Outstanding Entertainer of the Year
57. 2018 - Vanguard Award (Indian Film Festival Melbourne)

















Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2018 11:57 PM | Show all posts
Edited by leon_mclaren78 at 28-11-2018 12:34 AM

Sumber kekayaan Ranbir selain lakonan filem ialah sebagai duta jenama produk2 terkenal. Jom tengok heols jadi duta produk apa..






































Ekceli ada banyakkkkk lg iklan2 yg pernah dilakonkan Ranbir.. . walopun iklan TV tp x kurang menariknya & menghiburkan..

Ranbir minat dgn Pepsi sejak zmn kanak2 lagi... sebelum berminat dlm bidang lakonan filem, Ranbir terlebih dahulu berangan nk blakon iklan Pepsi & menjadi kenyataan akhirnya. Utk makluman, Ranbir pernah ditawarkan sebagai duta produk pemutih kulit, tp Ranbir tolak sbb heols berpendapat produk pemutih kulit ni merupakan suatu diskriminasi terhadap mereka yg berkulit gelap.

Sehingga ke saat ini Ranbir masih aktif blakon iklan TV sungguhpun beliau bz shooting filem baru.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2018 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kiranya dia berusaha dari bawah untuk sampai ke tahap sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 09:49 AM | Show all posts
yeay... bestnya TT .. kipidap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2018 10:09 AM | Show all posts
minat sgt ngan filem Bobby
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
apaknya zaman2 filem Bobby dulu cute betul
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 12:37 PM | Show all posts
encemnya tok moyang. Pviraj tuh . Kakak heols tak acting ek.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 12:40 PM | Show all posts
Ai suka gmbar ni! Very the jambu yg comel!



Tak sabar nak tunggu sambungan kisah2 seterusnya agar kita2 dapat menilai kisah2 Ranbir yang baik mahupun buruk esp yg buruk yg orang dok sibuk jaja2 cerita dan percaya pada sumber media semata2.



Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 12:44 PM | Show all posts
borrow replied at 30-10-2018 12:37 PM
encemnya tok moyang. Pviraj tuh . Kakak heols tak acting ek.

Akak Ranbir, Apak dyorang tak kasi berlakon. Ridhimma ni jenis yg dengar kata so dia tak berlakon dan sekarang ni designer wlaupun dia macam Ranbir. Minat mendalam terhadap dunia lakonan.
Tapi anak sheols, Samara wlpn masih kecik dah nampak gaya2 bakal mengikut jejak langkah family Kapoor.

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 12:48 PM | Show all posts
saaya replied at 30-10-2018 12:44 PM
Akak Ranbir, Apak dyorang tak kasi berlakon. Ridhimma ni jenis yg dengar kata so dia tak berlakon  ...

owh tak bg kew. Sheols mcm ada rupa jugak.

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 12:51 PM | Show all posts
borrow replied at 30-10-2018 12:48 PM
owh tak bg kew. Sheols mcm ada rupa jugak.

Tapi pada pendapat Ai lah, rupa sheols xberapa nk commercial utk dijual. Heheee... Eloklah sheols maintain as designer. Itupun dah berbakul2 haters keluarga Kapoor kecam sheols. Kalau jadi retis, lagi teruk kena kecam mcm Ranbir.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2018 01:43 PM | Show all posts
CardiGans85 replied at 30-10-2018 08:06 AM
Kiranya dia berusaha dari bawah untuk sampai ke tahap sekarang.

Ye chuols... Ranbir jadi level2 budak suruhan sebelum muncul jadi hero. Bagus gak heols dpt kutip pengalaman bermula dari bawah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-10-2018 01:44 PM | Show all posts
ikinbest replied at 30-10-2018 09:49 AM
yeay... bestnya TT .. kipidap

TQ chuols... appreciate that!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2018 01:45 PM | Show all posts
borrow replied at 30-10-2018 12:37 PM
encemnya tok moyang. Pviraj tuh . Kakak heols tak acting ek.

Theyols keturunan from Pakistan.. moyangnya mcm rupa kokusen sket..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2018 01:47 PM | Show all posts
saaya replied at 30-10-2018 12:40 PM
Ai suka gmbar ni! Very the jambu yg comel!

Jambu yg ni bleh tahan gak la.. muka innocent.. ai x suka tgk heols jaman2 rambut BSB... hauk gile..
Mujur dh kertu sket muka siap jua..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2018 01:49 PM | Show all posts
borrow replied at 30-10-2018 12:48 PM
owh tak bg kew. Sheols mcm ada rupa jugak.

Riddhima ni ai speku muka byk repair2, dh x ori.. ntah2 sama join Kareena gi buat muka.. ai prefer muka theyols b4 plastic surgery tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.459151 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list