CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5052|Reply: 3

SAWAN AKA EPILEPSI, PUNCA, SIMPTOM & RAWATAN

  [Copy link]
Post time 29-10-2018 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Edited by listria at 29-10-2018 11:01 AM

Epilepsi atau sawan adalah satu keadaan yang boleh menyebabkan seseorang mengalami kejang berulang kali. Kerosakan atau perubahan dalam otak dikenali sebagai punca kepada sebilangan kecil kes sawan atau epilepsi. Tetapi dalam kebanyakan kes yang telah berlaku, punca sebenar itu masih belum diketahui.

Di dalam otak manusia terdapat neuron atau sel saraf yang merupakan sebahagian daripada sistem saraf. Setiap sel saraf berkomunikasi dengan menggunakan impuls elektrik. Dalam kes epilepsi, sawan berlaku apabila impuls elektrik yang dihasilkan secara berlebihan, telah menyebabkan tingkah laku atau pergerakan badan yang tidak terkawal.

Kejang atau istilah "tarik" memang merupakan simptom utama sawan, tetapi tidak semestinya orang yang mengalami sawan berpenyakit epilepsi. Dalam dunia perubatan, seseorang itu hanya disyaki berpengidap penyakit epilepsi selepas telah mengalami sawan atau "tarik" lebih daripada sekali. Tahap sawan bagi setiap pesakit epilepsi berbeza-beza. Sesetengah orang hanya alami sawan beberapa saat atau beberapa minit saja. Sesetengah orang pula mengalami sawan di beberapa bahagian badan mereka untuk tempoh lebih lama malah ada yang tidak sedar diri untuk jangka waktu tertentu.


Menurut data WHO, kira-kira 50 juta orang di dunia mempunyai masalah epilepsi. Angka ini akan meningkat sekitar 2.4 juta setiap tahun. Kadar kes epilepsi ini adalah lebih tinggi di negara-negara membangun termasuk Malaysia. Di negara-negara maju, kes epilepsi meningkat sekitar 30-50 kes bagi setiap 100,000 penduduk. Sedangkan di negara-negara yang mempunyai pendapatan per kapita lebih rendah dan sederhana, kadar peningkatan kes mencapai dua kali ganda.

PUNCA SAWAN @ EPILEPSI


Epilepsi boleh mula menyerang pada sebarang usia walaupun kebanyakan kes ini berlaku sejak zaman kanak-kanak. Disebabkan hal tersebut, epilepsi dikelafikasikan kepada dua iaitu Idiopatik dan Simptomatic.

Epilepsi idiopatik (disebut juga sebagai epilepsi utama) merupakan jenis epilepsi yang punca kejadiannya tidak atau sukar diketahui. Sesetengah pakar mengesyaki bahawa keadaan ini disebabkan oleh faktor genetik (keturunan). Sedangkan Epilepsi Simptomatik (disebut juga epilepsi menengah) merupakan jenis epilepsi yang penyebabnya dapat diketahui. Beberapa faktor seperti kecederaan kepala, tumor otak, dan strok dianggap sebagai puncaya kepada epilepsi sekunder (menengah) ini

RAWATAN DAN KOMPLIKASI EPILEPSI

Sehingga kini tiada ubat atau kaedah khusus yang boleh menyembuhkan sawan atau epeilepsi ini sepenuhnya. Pun begitu, ubat anti-epileptik atau OAE mampu mencegah terjadinya kejang sehingga pesakit boleh melakukan aktiviti sehari-hari secara normal dengan mudah dan selamat.

Selain ubat-ubatan, pengendalian epilepsi juga perlu dimulai dengan cara hidup yang sihat seperti bersukan secara teratur, tidak mengambil minuman beralkohol secara berlebihan atau mengambil diet khusus.

Alasan kenapa kejang kejang pada pesakit epilepsi perlu ditangani dengan betul adalah untuk mengelakkan berlakunya keadaan yang boleh membahayakan nyawa pesakit. Contohnya jatuh, tenggelam atau mengalami kemalangan ketika memandu akibat kekejangan anggota badan.

Epilepsi juga boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba namun ianya adalah kes yang jarang berlaku. Status epileptikus adalah satu keadaan dimana seseorang itu mengalami sawan lebih daripada 5 minit atau mengalami satu siri kejang anggota tubuh yang pendek. Apabila satu siri kejang pendek berlaku, orang yang mempunyai status epileptikus ini akan berada dalam keadaan yang tidak sedarkan diri sepenuhnya. Status epileptikus boleh menyebabkan kerosakan pada otak secara kekal malah boleh juga menyebabkan kematian.

Kaedah rawatan alternatif Stemcell Putih Telur juga telah didapati banyak membantu ubati pesakit yang bermasalah berkaitan kerosakan dan perubahan sel sel otak yang juga menjadi antara punca utama kepada sawan atau epilepsi ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2018 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Sawan ketika memandu tu bahayalah.. Ada kawan hampir2 dihimpit sebuah kereta di Federal Highway. Pemandu tu tiba2 menghimpit ke belah kiri.. Dekat 2 minit gak kete tu bergesel dgn guard rail pastu berenti..

Tgk dalam kete, pemandu tu dah menggelupur berbuih mulut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2018 11:30 AM | Show all posts
Edited by listria at 29-10-2018 11:31 AM

Tanda Tanda Sawan/ Epilepsi Pada Kanak Kanak

Epilepsi adalah gangguan otak yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja termasuk bayi dan kanak kanak. Di Malaysia, orang biasa sering sebut penyakit ini sebagai "sawan" atau "ayan" di Indonesia. Simptom seseorang yang menderita epilepsi juga boleh dilihat pada bayi. Antaranya ialah "Tanda terdapat bintik coklat di badan seperti tanda lahir berukuran 1 hingga 2 sentimeter. Tandanya terdapat lebih daripada enam tompok. Satu lagi tanda yang harus diperhatikan adalah ada patch merah yang hampir menutupi bahagian muka anak-anak. Terdapat juga bintik-bintik di wajah yang menyerupai jerawat besar. Sejak bayi lagi mereka juga boleh mengalami kejutan atau kekejangan tiba-tiba dan kekejangan ini boleh berhenti secara automatik. Kebiasaanya kekejangan ini tidak lebih daripada 5 minit. Kadang kadang perasaan keliru @ bengong lebih daripada 10 kali sehari juga boleh terjadi pada anak anak bila sawan atau epilepsi ini menyerang. Terdapat juga kanak-kanak yang tiba-tiba tidak sedarkan diri seketika tetapi kemudian tersedar atau bangun semula selepas beberapa minit. Masalah ini juga dapat diatasi dengan memberikan ubat anti-epilepsi. Pengurusan ubatan atau supplemen natural yang sesuai seperti Serbuk Putih Telur 9 Hari (dibancuh dengan susu dengan sukatan yang sesuai) akan dapat mencegah dan mengawal sawan atau epilepsi. Untuk kepastian keadaan epilepsi, diagnosis epilepsi elektroensefalografi (EEG) atau pemeriksaan ke pakar boleh dilakukan untuk melihat aktiviti fizikal di otak. Selepas itu mungkin pemeriksaan radiologi boleh dilakukan jika keadaan terlalu kronik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 05:51 AM | Show all posts
najib888 replied at 29-10-2018 11:10 AM
Sawan ketika memandu tu bahayalah.. Ada kawan hampir2 dihimpit sebuah kereta di Federal Highway. Pem ...

pemandu tadi therefore tidak akan dibenarkan memandu sampailah ada Neurologist treat dia dan sign papers.
dia hanya boleh memandu hanya bila dia tak dapat seizure sekali pun dalam 2 tahun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.190643 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list