CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4253|Reply: 20

Formula 30:60:5:5. Gaji cuma RM2500 tapi boleh simpan Rm750 sebulan. Ini rahsian

[Copy link]
Post time 23-10-2018 03:24 PM | Show all posts |Read mode


Ramai mengeluh gaji sering takcukup. Orang yang bergaji Rm2k-5k cakap tak cukup. Gaji 10k pun cakap tak cukup.

Apa lagi yang gaji lagi rendah dari tu. Tapi sebenarnya semua ini ada jalan penyelesaian dan kena guna formula yang betul. Paling best siap ada simpanan lagi.

Sperti yang dikongsi oleh Nur Aliah Mohd Nor ikut Formula 30:60:5:5. Caranya mudah ,cuma ikut kita buat perbelajaan dan simpanan mengikut apa yang telah ditetapkan.Sekarang ni minggu gaji jadi boleh terus amalkan ya.


Hati ini rasa gelisah pula bila tahu ada orang yang bergaji RM8000 sebulan tapi nak simpan RM1000 sebulan tu pon sangat susah!

Sini Lia kongsikan 1 formula yang dipanggil ‘kompas kewangan’. Guna je formula mudah ni untuk selamatkan kewangan korang.


Kompas kewangan terbahagi kepada 4 iaitu:

Untung (30%) Terpaksa (60%) Bocor (5%) Sampah (5%)

Dapatkan dulu pendapatan bersih korang. Kerja biasa: Gaji kasar – KWSP – SOCSO – Zakat = Gaji bersih. Kerja sendiri: Pendapatan kasar – belanja bisnes – cukai pendapatan = pendapatan bersih



#NO.1 UNTUNG (30%)
30% ini adalah SIMPANAN yang kita akan ketepikan dari gaji yang kita dapat setiap bulan.

Simpanan ini termasuklah dengan:
> Simpanan jangkamasa pendek. > Simpanan jangkamasa panjang. > Simpanan emergency. > Simpanan pelajaran. > Simpanan pencen. > Simpanan pelancongan. > Simpanan wakaf. > Simpanan sedekah.
Contoh tempat terbaik untuk buat simpanan:
> Tabung Haji. > Saham. > Unit Trust. > Takaful (Islamic Insurance). > EPF, > ASB. > Hartanah
> Emas


#NO.2 TERPAKSA (60%)
Maksud terpaksa ini ialah semua jenis belanja komitmen sara diri dan keluarga termasuklah semua jenis loan.

Contoh loan:
> Loan rumah. > Loan kereta. > ASB Financing. > Personal loan. > PTPTN
Contoh sara diri dan keluarga:
> Minyak kereta. > Bil telefon. > Bil api air. > Keperluan keluarga. Lia faham setengah orang loan itu amat penting untuk kegunaan sesuatu perkara atau sesuatu tujuan. Lain orang lain kegunaannya.


#NO.3 BOCOR (5%)
Bocor ni maksudnya bukan keperluan sangat, kita boleh kawal lagi di bahagian bocor ni.

Contoh:
> ASTRO. > Kredit kad. Kalau di bahagian bocor ini lebih dari 5%, boleh lah potong apa-apa perkara yang tak penting contohnya unifi dan astro.


#NO.4 SAMPAH (5%)
Untuk sampah 5% maksudnya boleh guna dan belanja dengan bahagianya.

Contoh:
> Fast food (McDonald, KFC). > Tealive, Starbucks. > Karoke. > Tengok wayang. Kenapa penting guna formula ini? Sebab kita nak wujudkan 5 tiang impian kewangan kita.



5 TIANG IMPIAN KEWANGAN
Cipta duit (melalui business atau makan gaji)

> Urus pendapatan kita dengan baik menggunakan kompas kewangan. > Lindung harta dengan baik
> Labur harta untuk masa depan. > Agihkan harta dalam keadaan yang baik setelah meninggaal dunia.

Lia yakin dan percaya, dengan tips mudah ini dapat bantu korang untuk uruskan kewangan dengan lebih baik.

Semoga bermanfaat!


Nota tambahan: Jangan lupa untuk sedekah dan zakat ya. Lebihkan memberi, lebihlah rezeki. Kan.

Nota: Formula Abg Abu.

Ok dah tau cara, boleh praktik terus ya sementara gaji masih ada tu!

Sumber: Nur Aliah Mohd Nor



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2018 03:47 PM | Show all posts
formula ni mcm x kena je.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 04:06 PM | Show all posts
byk org nk smpan pn xblh. klu smpan mst kena amik blik in future guna utk emergency
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 04:33 PM | Show all posts
Maksudnya...gaji dia bukan la RM 2500..tertipoooo...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 05:47 PM | Show all posts
macam kelakar je loan rumah loan kereta siap bagi mak ayah bayar bil segala hutang-hutang only rm1500.. acah-acah boleh la dek..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Astro & unifi RM125 je? Biar betik... Satu tu pon dah lebih kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2018 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru nak berminat. Tapi komitmen cuma $1500 hmmm. Mcm xde komitmen je dik
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Sikit nya sampah RM125. Kering habis. Ini cantik kat chart je sebenarnya.
Yang penting kawal nafsu. Dengan shopping online nya, jalan2 tengok wayang, kafe hipster bagai. Cukup sekali je keluar terbang 125 tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2018 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Time gaji tu 30% trus kena asingkan msuk saving yg len tu lantak Ko uruskan mcm mne... Tp org muluyu ni ujung @ awal thn mesti kua duit savings tu anak nk sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 08:00 AM | Show all posts
yer ker gaji cuma 2500 bleh simpan sebanyak tu
xde tanggungan boleh la ckp
ni nak byar hutang kereta, rumah blum lg lain2 keperluan semasa/bulanan
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 08:50 AM | Show all posts
Terpaksa 60% tu cuma 1500? Terpaksala sangat.......
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 09:23 AM | Show all posts
mana potongan epf dgn socso?PCB? ingat gaji rm2500 tu terus dapat rm2500 ker?

yang buat financial nie dah keja ker belum?

mana perbelanjaan kecemasan? e.g medical, insuran?

mana perbelanjaan harian? makan, minum, minyak keta?tetiba tpaksa belanja member makan? sedekah?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 09:51 AM | Show all posts
tajuk misleading.
GAJI BERSIH RM2500 la....
adoi!!!!

so far baca tips kewangan simpan ke, pi holiday ke, SEMUA sampah, penipu, anggap orang lain bodoh.
hidup mengharap harta makpak payung bayar rumah, keter, insuran.
ceh sangat....

marah ni.
hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 10:57 AM | Show all posts
pergghh...1500 dia cover semua siap minyak kete, loan rumah loan kete bagi mak ayah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 11:09 AM | Show all posts
aku dah tak caya teori2 konon2 sifu ni semua nih
ujung ujung nti buat buku kan ebook ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2018 11:10 AM | Show all posts
belanja dapur+mkn ari2 masuk kat mana.. sampah ke..?  yg terpaksa tu mcm tk logik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2018 11:27 AM | Show all posts
Sampah? Habistu makan? Ke duduk rumah family?

I yang 100% home cook pun paling kurang RM200 sebulan beli barang basah. Tu belum barang kering.

Meh I nak bagi tips mudah. Jangan BANDING dengan orang lain. Gaji you = keperluan you. Biarlah member you ada saving 1Mil sekalipun, rumah nama sendiri, aset berjuta. Setiap orang kes berbeza.

Dan..kita hidup ni untuk menyimpan ke? Have a life, spend. You dah penat kerja 8-5 sehari cukup bulan apa reward untuk diri sendiri? Tanya diri sendiri apa yang boleh buat you happy, ada yang melibatkan kos, dan tak semestinya melibatkan duit. Buat apa you nak buat, jangan terlampau hadkan sesuatu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau gaji x sampai 2500?and caner plak dgn y gaji cuma 1k?tanggungan byk..will the so-called "formula" berkesan utk membantu mereka?mcm x lengkap je items dlm "formula" tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 09:47 AM | Show all posts
errr.... yang terpaksa tu termasuk bagi mak ayah, bayar kete etc etc tu rm1500 je ke? fox nye rumah je pun tak cover rm1500 ni...

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 10:32 AM | Show all posts
aku try buat calculation based pd formula ni.. x lepas pun dik oiii.. bg yg baru kerja n still free of any commitment, mungkin blh guna sbb blh rancang dr awal perbelanjaan.. bg yg dah lama keja n ada famili sendiri, bnyk adjustment nak kena buat kalo nak follow formula ni..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 2.494134 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list